You are on page 1of 12

BAB 3

TINGKATAN 5

KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

Objektif Pembelajaran
 Menerangkan latar belakang pembinaan negara dan bangsa
 Mengenalpasti asas negara dan bangsa pada zaman Kesultanan Melaka.
 Membandingkan sistem pentadbiran negeri-negeri Melayu yang diwarisi daripada Kesultanan
Melayu Melaka.

Latar Belakang Pembinaan Negara Dan Bangsa

1 Jelaskan konsep Kerajaan dan Negeri dalam masyarakat Melayu tradisional (ms65)
[ Esei 6 markah]
Kod Tema M
F1 Muncul kerajaan disebabkan adanya raja. 1
F2 Kedudukan raja adalah tertinggi dalam kerajaan. 1
F3 Raja bertanggungjawab memberi perlindungan politik kepada rakyat. 1
F4 Raja bertanggungjawab menjamin keselamatan rakyatnya. 1
F5 Rakyat akan menerima dan mengakui kekuasaan raja. 1
F6 Kesetiaan rakyat terhadap raja akan menentukan sempadan kerajaan atau 1
wilayah yang diperintah oleh raja. .
F7 Kerajaan kuat akan menakluki atau menaungi kerajaan yang lemah untuk 1
mengembangkan empayar.
C7a Contohnya Kesultanan Melayu Melaka mempunyai banyak negeri taklukan 1
dan naungan.
F8 Negeri bererti kawasan. 1
C8a Contohnya negeri Larut / negeri Bernam / negeri Krian.
F9 Dalam Perjanjian kerajaan Melayu dengan kuasa asing, keseluruhan kerajaan 1
dan jajahan takluk disebut negeri

Tulis nota berdasarkan perkataan dihitamkan


Sebab munculnya kerajaan / Kedudukan raja / tanggungjawab raja (Perlindungan) (keselamatan) /
Tanggungjawab rakyat / Kesetiaan rakyat (menentukan) / Kerajaan kuat (menakluki) / Contoh (Melaka) /
Bererti kawasan / maksud negeri dalam perjanjian dengan kuasa asing

2 Nyatakan konsep kerajaan dan negeri semasa penjajahan British di Tanah


Kod Tema M
F1 Setiap kerajaan Melayu sebagai negeri. 1
F2 British menetapkan sempadan setiap kerajaan. 1
F3 Konsep kerajaan beransur-ansur luput dengan digantikan dengan konsep 1
negeri.
Istilah negeri / Penetapan sempadan / Konsep bertukar

3 Apakah yang dimaksudkan dengan bangsa Malaysia?(ms66-67)


Kod Tema M
F1 Bangsa Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum yang berlainan 1
1
bahasa, budaya, kepercayaan dan pendapat terhadap keduniaan.
Berbilang bangsa/ berlainan ( bahasa / budaya/ kepercayaan)
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

1 Jelaskan perkembangan yang membawa kepada pembentukan negara moden Eropah (ms67-68)
Esei 8 markah
Kod Tema M
F1 Konsep negara bangsa moden Eropah berasaskan sempadan, rumpun 1
bangsa dan persamaan bahasa.
F2 Tiga peristiwa yang mencetuskan idea pembentukan negara bangsa moden di 1
Eropah ialah Revolusi Inggeris 1688 /Perang Kemerdekaan Amerika 1776 /
Revolusi Perancis 1789.
F3 Tiga idea yang muncul ketika itu hak rakyat / kerajaan berperlembagaan / 1
negara bangsa moden.
F4 Asas pembentukan negara moden ialah mengikut sempadan rumpun bangsa 1
F5 Unsur yang digunakan oleh para nasionalis untuk membentuk negara bangsa 1
masing-masing ialah unsur persamaan rumpun bangsa / persamaan bahasa.
F6 Kekalahan Jerman dan sekutunya dalam Perang Dunia Pertama dan 1
Persidangan Damai Paris telah mencapai kesepakatan melalui Deklarasi
Empat Belas Perkara Woodrow Wilson.
F7 Prinsip deklarasi tersebut penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri dan 1
prinsip sempadan negara berasaskan bangsa.
F8 Kesan deklarasi tersebut Empayar Austria-Hungary dan Turki yang 1
mengalami kekalahan telah dibahagi-bahagikan.
F9 Menyebabkan pelbagai etnik dan bangsa tersebut beroleh kemerdekaan. 1
F10 Muncul negara bangsa yang baru di Eropah 1
C10 Contohnya Czechoslovakia / Estonia / Finland / Latvia / Lithuania / Poland / 1
a Yugoslavia.
Soalan Struktur
a. Nyatakan asas pembentukan negara moden b. Nyatakan tiga peristiwa penting yang
Eropah mencetuskan idea pembentukan negara bangsa
Eropah.
c. Nyatakan tiga idea yang muncul di Eropah d. Apakah unsur yang digunakan oleh para
ketika itu. nasionalis untuk membentuk negara bangsa?
e. Nama deklarasi yang dipersetujui dalam f. Nyatakan isi Prinsip deklarasi tersebut.
Persidangan Damai Paris
g. Apakah kesan deklarasi tersebut? h. Senaraikan empat negara bangsa baru yang
muncul di Eropah.

2 Jelaskan Proses pembentukan negara bangsa Itali pada abad ke-19 (ms68)
Esei 8 markah
Kod Tema M
F1 Itali pada mulanya terbahagi kepada beberapa buah wilayah. 1
F2 Di bahagian utara masih dikuasai oleh Austria.. 1
F3 Orang Itali mahu menyatukan wilayah-wilayah mereka 1
F4 Mahu menghalau orang Austria dari bumi Itali. 1
F5 Tokoh yang berusaha menyatukan Itali Count Camillo Benso di Cavour. 1
F6 Amalan yang digunakan oleh Count Camillo Benso untuk menyatukan Itali 1
menjadi sebuah negara menggunakan amalan realpolitik.
F7 Maksudkan amalan Realpolitik amalan politik yang dipelopori oleh 1
Niccolo Machiavelli dalam bukunya ‘The Prince’.

2
F8 Amalan ini mewajarkan apa sahaja cara seperti tipu helah, kekerasan, 1
provokasi dan peperangan untuk mencapai matlamat politik.
F9 CCBdC telah mewujudkan kerjasama dengan Napoleon III (pemerintah 1
Perancis) bagi menentang Austria.
F10 Hasil bantuan tentera Napoleon III, Itali berjaya menewaskan Austria. 1
F11 Beliau telah mengadakan pungutan suara 1
F12 CCBdC memperolehi sokongan majoriti rakyat untuk menyatukan Itali 1
F13 Sebagai balasan terhadap kerjasama Itali membantu Prussia menewaskan 1
Austria, wilayah Venetia telah dipulangkan kepada Itali.
F14 Pada tahun 1870, Perancis mengundurkan tenteranya dari Rom. 1
F15 Dengan ini CCBdC mengambil peluang menyatukan Rom dan Itali. 1
F16 Akhirnya telah membentuk negara bangsa Itali. 1

Soalan Struktur
a Nyatakan keadaan negara Itali sebelum terbentuknya negara b Apakah hasrat orang Itali?
bangsa Itali (terbahagi) (di utara – negara menguasai) (Menyatukan) (Menghalau)

c Namakan tokoh yang berusaha menyatukan Itali d Nyatakan amalan yang digunakan oleh tokoh
terlibat untuk menyatukan Itali.
e Apakah maksud amalan realpolitik?
f Apakah langkah-langkah yang dilaksanakan oleh CCBdC untuk menyatukan Itali?( berkerjasama
dengan siapa untuk menentang siapa) (kejayaan kerjasama) ( Mengadakan pungutan suara- hasilnya)
(balasan kerjasama Itali membantu Prussia menewaskan Itali) ( Menyatukan Rom dengan Itali -
kesannya)

3 Jelaskan Proses pembentukan negara bangsa Jerman pada abad ke-19 (ms69)
Kod Tema M
F1 Nama tokoh yang berusaha menyatukan Jerman ialah Otto Eduard Von 1
Bismark.
F2 Cara yang diamalkan oleh OEVB untuk menyatukan negara Jerman ialah 1
mengamalkan realpolitik dan politik darah dan besi .
F3 OEVB menggunakan pelbagai tektik cara realpolitik untuk menyatukan 1
negara Jerman
F4 Tipu helah 1
F5 Pemalsuan dokumen 1
F6 Provokasi. 1
F7 Penipuan 1
F8 ugutan 1
F9 Rakyat Jerman bersedia menerima sistem kediktatoran yang dibawa oleh 1
Bismark
F10 OEVB menggunakan isu membenci kuasa asing untuk memenangi dan 1
membangkitkan semangat rakyat Prussia di medan tempur.

Soalan Struktur
a Namakan tokoh yang berusaha menyatukan Jerman
b Nyatakan cara yang diamalkan oleh tokoh terlibat untuk menyatukan Jerman
c Nyatakan tektik-tektik realpolitik yang diamalkan oleh OEVB
d Nyatakan Isu yang digunakan oleh Bismark untuk membangkitkn semangat rakyat Jerman.

3
4 Jelaskan proses pembentukan kerajaan Islam Madinah (ms71)
Kod Tema M
F1 Pembentukan kerajaan Islam di Madinah merupakan satu contoh penyatuan 1
melalui prinsip Islam.
F2 Nabi Muhammad S.A.W menyusun perlembagaan terlebih dahulu sebelum 1
mengasaskan kerajaan Islam Madinah.
F3 Piagam Madinah berjaya menyatukan penduduknya yang berbilang kaum 1
iaitu orang Yahudi, orang Kristian dan orang Arab.
F4 Dengan cara diplomasi, musyawarah dan permuafakatan baginda berjaya 1
membentuk kerajaan Madinah.
F5 Kejayaan membentuk kerajaan Islam Madinah disebabkan wujudnya 1
amalan kerjasama antara pemimpin dengan pemimpin dan antara pemimpin
dengan rakyat

a Penyatuan melalui prinsip Islam b Menyusun perlembagaan terlebih dahulu


c Berjaya menyatukan penduduk d Dengan cara diplomasi/musyawarah
e Kerjasama (pemimpin/rakyat)

5 Bagaimanakah proses pembentukan negara kita (ms71)


Kod Tema M
F1 Melalui kebijaksanaan pemimpin. 1
F2 Tidak melibatkan pertumpahan darah. 1
F3 Kemerdekaan dicapai melalui rundingan 1
F4 Pakatan murni dan tolak ansur antara tiga kaum 1
F5 Pandangan jauh pemimpin 1

a Pemimpin (bijaksana) (berpandangan jauh) b Tiada pertumpahan ...........


c Kemerdekaan (melalui ) d Pakatan murni
e

CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA


1 Terangkan dua ciri utama proses pembinaan negara bangsa di negara kita.
Kod Tema M
F1 Negara 1
H1a Wilayah yang mempunyai penduduk 1
H1b Negara juga mempunyai sempadan 1
H1c Mempunyai pemerintah yang berwibawa 1
H1d Terdapat institusi pemerintahan yang tersusun 1
H1e Bertanggungjawab membuat dan melaksanakan keputusan politik 1
H1f Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan negara 1
Negara (Wilayah /penduduk/ sempadan/pemerintah) / Institusi pemerintahan tersusun /
menguatkuasakan undang-undang

F2 Bangsa 1
H2a Sekumpulan manusia 1
H2b Mereka mendiami sesebuah wilayah 1
H2c Mempunyai persamaan dari segi bahasa / adat resam / kesenian 1
H2c Mempunyai persamaan dalam pengalaman sejarah 1
H2d Kini idea bangsa digunakan untuk melahirkan perasaan bersatu padu 1
H2d Melahirkan bangsa Malaysia yang kukuh 1
4
Manusia / mendiami wilayah / Persamaan (bahasa) (adat resam) (kesenian) / Persamaan sejarah

F3 Kerajaan 1
H3a Institusi pemerintahan 1
H3b Bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar sesebuah negara. 1
H3c Merangkumi semua badan yang membuat / mentafsir / melaksanakan dasar- 1
dasar tersebut..
H3d Peranan kerajaan bertindak sebagai pengaman 1
H3e Penentu arah kehidupan masyarakat sesebuah negara. 1
H3f Kerajaan di negara kita merujuk kepada tiga badan dalam pemerintahan iaitu 1
Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman
Institusi pemerintahan (bertanggungjawab) / Peranan kerajaan (pengaman) (penentu arah) /( tiga badan
utama dalam pemerintahan di negara kita)
1
F4 Perlembagaan 1
H4a Merupakan peraturan tertinggi sama ada bertulis atau tidak bertulis. 1
H4b Menjadi rujukan dan panduan bagi mentadbir dan memerintah negara. 1
H4c Perlembagaan bertujuan memberi jaminan perlindungan kepada rakyat. 1
Peraturan tertinggi / Menjadi rujukan / Tujuan perlembagaan

KESULTANAN MELAYU MELAKA - ASAS PEMBENTUKAN NEGARA DAN


BANGSA

1 Namakan dokumen utama yang mencatatkan peradaban peraturan kenegaraan Kesultanan Melayu
Melaka. (ms74)
Kod Tema M
F1 Hikayat Sejarah Melayu karya Tun Seri Lanang. 1

2 Senaraikan susunlapis masyarakat Melayu tradisional (ms74)


Kod Tema M
F1 Sultan/Raja 1
F2 Keluarga dan kerabat di Raja 1
F3 Ulama istana/pembesar dan pentadbir 1
F4 Rakyat biasa yang bebas 1
F5 Rakyat yang merupakan hamba 1
Sultan / Kerabat di raja / pembesar / rakyat biasa / hamba

3 Berikan tiga ciri negara dan bangsa Kesultanan Melayu Melaka


Kod Tema M
F1 Wilayah pengaruh 1
F2 Kedaulatan 1
F3 Lambang negara 1
F4 Keunggulan undang-undang 1
F5 Rakyat 1
F6 Kerajaan

4 Terangkan empat ciri negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka (ms75)
Kod Fakta / Huraian Tema M
F1 Wilayah pengaruh 1
H1a Merujuk kepada kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui 1
pemerintahan seorang raja.
H1b Kesultanan Melayu Melaka mempunyai kawasan pengaruh yang luas 1
5
walaupun tiada sempadan ditetapkan.
H1c Empayarnya meliputi seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh 1
Timur Sumatera.
Kawasan yang rakyatnya memperakui pemerintahan raja terlibat / Empayar Melaka meliputi.........
F2 Kedaulatan 1
H2a Kedaulatan dirujuk terus kepada raja yang memerintah 1
H2b Raja yang memerintah mewakili negeri / kawasan pemerintahan. 1
Kedaulatan merujuk kepada (siapa) / Raja memerintah mewakili (apa)

F3 Lambang-lambang kebesaran 1
H3a Sistem pemerintahan beraja. 1
H3b Adat istiadat Melayu 1
H3c Bahasa Melayu 1
H3d Agama Islam 1
H3e alat regalia. 1
H3f Nobat. 1
H3g Warna.. 1
H3h Undang-undang. 1
H3i Protokol . 1
H3j Istiadat di istana 1
Sistem Pemerintahan / Istiadat /Bahasa / Agama/ Warna / Undang-undang

F4 Keunggulan Undang-undang 1
H4a Dua sumber undang-undang bertulis Kesultanan Melayu Melaka. 1
H4b Hukum Kanun Melaka (HKM). 1
H4c Undang-undang Laut Melaka (ULM). 1
(Namakan dua undang-undang bertulis Kesultanan Melayu Melaka.)

F5 Rakyat
H5a Rakyat bertanggungjawab mentaati raja yang memerintah.
H5b Rakyat bersedia mempertahankan negara..
H5c Menghadiri adat-istiadat kerajaan
H5d Mengadakan gotong-royong
H5e Menyertai kerahan tenaga
Nyatakan tanggungjawab rakyat di Melaka. (Mentaati) (Mempertahankan) (Menghadiri)
(Gotong-royong) (Kerahan)

F6 Kerajaan
H6a Kerajaan hanya wujud apabila adanya raja.
H6b Raja pemerintah tertinggi.
H6c Raja dibantu oleh Bendahara / Penghulu Bendahara / Temenggung, /
Laksamana
H6d Mereka menjadi tonggak institusi kerajaan yang memerintah
H6e Diberi portfolio mengikut bidang tugas masing-masing iaitu di istana/ di
darat/ di laut / jajahan takluk.
H6e Mengamalkan sistem Pembesar Empat
Wujud kerajaan(sebab) / Raja (Tertinggi) / Pembantu raja(siapa ) / Ciri-ciri pembesar (tonggak/porfolio)/
Lipatan

5 Senaraikan Isi kandungan Hukum Kanun Melaka


Kod Fakta Tema M

6
F1 Mengandungi 44 Fasal
F2 Menyentuh bidang kuasa raja.
F3 Meyentuh bidang kuasa pembesar.
F4 Pantang larang di kalangan anggota masyarakat
F5 Hukuman terhadap kesalahan jenayah awam
F6 Undang-undang keluarga
(Senaraikan isi kandungan Hukum Kanun Melaka) Bidang kuasa(siapa?) / Pantang larang /
Hukuman / Keluarga

6 Senaraikan isi kandungan Undang-undang Laut Melaka


Kod Fakta Tema M
F1 Berkaitan dengan tatacara pelayaran di laut
F2 Seperti tanggungjawab pengawal kapal
F3 aturcara pelayaran
F4 perniagaan.
F5 Bidang kuasa nakhoda kapal
F6 Hukuman bagi kesalahan jenayah
(Senaraikan isi kandungan Undang-undang Laut Melaka) Tanggungjawab / Aturcara / bidang kuasa /
hukuman

7 Jelaskan mengenai kedaulatan bagi sesebuah negara


Kod Fakta Tema M
F1 Merupakan kekuasaan tertinggi terhadap rakyat 1
F2 Kekuasaan tidak boleh dihadkan oleh mana-mana pihak 1
F3 Kedaulatan juga merujuk pada kekuasaan yang dimiliki oleh sebuah negara / 1
pemerintah
F4 Pemerintah boleh menggunakan segala kuasa yang dimiliki untuk 1
menggubal / menguatkuasakan undang-undang
F5 Negara mempunyai hak mutlak terhadap rakyat 1
F6 Kedaulatan memastikan negara bebas daripada campur tangan / paksaan / 1
taklukan / penjajahan kuasa asing
F7 Dalam kerajaan Melayu Melaka kedaulatan dirujuk terus kepada raja yang 1
memerintah
F8 Raja yang memerintah mewakili negeri / kawasan pemerintahan. 1
Tulis nota berkesan berdasarkan tulisan yang dihitamkan

8 Maksudkan rakyat (ms78)


F1 Seluruh penduduk bagi sesebuah wilayah. 1
F2 Mereka terikat kepada undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan 1
dalam wilayah tersebut.

9 Nyatakan kepentingan penguatkuasaan undang-undang (ms76)


Kod Fakta Tema M
F1 Mengawal masyarakat melalui peraturan. 1
F2 Memelihara keamanan. 1
F3 Melindungi rakyat. 1
F4 Melicinkan pentadbiran

Warisan Negeri-Negeri Melayu

1 Jelaskan ciri-Ciri warisan Kesultanan Melayu Melaka di negeri Johor, Perak

7
dan Pahang (ms80
Kod Fakta Tema M
F1 Sistem pemerintahan Negeri-Negeri Melayu terlibat berdasarkan sistem 1
pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
F2 Warisan Kerajaan Melaka diamalkan seperti Adat istiadat Melayu / agama 1
Islam/ Bahasa Melayu.
F3 Negeri-negeri tersebut diasaskan oleh kerabat diraja Melaka 1
F4 Menggunakan gelaran sultan pada awal nama. 1
F5 Sistem pewarisan takhta mementingkan jurai keturunan sebelah bapa. 1
F6 Putera sulung sultan berpeluang mewarisi takhta kerajaan.. 1
F7 Sekiranya tidak mempunyai putera, adik lelaki sultan boleh mewarisi takhta. 1
F8 Mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan. 1
F9 Perbezaan antara ketiga-tiga negeri tersebut pada gelaran pembesarnya. 1
F10 Warisan kesultanan Melayu Melaka dapat dilihat dalam kitab undang- 1
undang Johor, Perak dan Pahang.
F11 Undang-undang tersebut dipinda berdasarkan Hukum Kanun Melaka. 1
F12 Disesuaikan dengan unsur-unsur tempatan. 1
F13 Contoh Undang-undang Pahang sangat dipengaruhi oleh Hukum Kanun 1
Melaka
Tulis ringkas berdasarkan nota ringkas
Persamaan sistem pemerintahan / Warisan (adat istiadat) (Islam) (Bahasa) / Pengasas negeri terlibat /
Gelaran awal nama / Sistem pewarisan (Jurai keturunan) (Putera Sulung) (adik lelaki) / Sistem
pemerintahan (Lipatan) / Kitab Undang-undang (berdasarkan)

2 Jelaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor (ESEI 8 markah)


Kod Fakta Tema M
F1 Tokoh yang memperkenalkan perlembagaan bertulis di negeri Johor ialah 1
Sultan Abu Bakar.
F2 Nama perlembagaan tersebut ialahUndang-undang Tubuh Negeri Johor 1
(UTKJ)
F3 Perkara-perkara utama dalam Undang-undang Tubuh negeri Johor ialah 1
keturunan sultan sebagai pewaris takhta / Pengiktirafan orang Melayu
sebagai rakyat Johor / Agama Islam sebagai agama rasmi Johor.
F4 Syarat-syarat menjadi raja mengikut UTKJ ialah berbangsa Melayu/ Lelaki / 1
beragama Islam / Merupakan waris pemerintah Johor.
F5 Larangan kepada Raja, Menteri dan Jemaah pangkuan Negeri ialah dilarang 1
menyerahkan negeri kepada kuasa lain.
F6 Raja berhak memilih Menteri Besar 1
F7 Jawatan Naib Menteri Besar ditentukan oleh Jemaah Menteri dengan 1
pekenan Raja
F8 Ciri-ciri Jemaah Menteri ialah terdiri daripada 8 hingga 12 pegawai kanan 1
kerajaan yang menjadi ahli Majlis Negeri
F9 Mereka berbangsa Melayu / beragama Islam/ rakyat Johor 1
F10 Setiap pegawai kerajaan yang dilantik menjadi menteri mesti mengangkat 1
sumpah / memberi taat setia kepada Raja dan kerajaan Johor.
F11 Persidangan Jemaah Menteri diadakan sebulan sekali atau bila-bila masa 1
apabila dikehendaki oleh Raja atau Menteri Besar atau Naib Menteri Besar
F12 Tujuan Undang-Undang Tubuh UTKJ diwujudkan ialah keinginan untuk 1
membentuk kerajaan bercorak demokrasi bagi menggantikan kerajaan
berkuasa mutlak.
F13 Kesan diwujudkan UTKJ ialah berjaya memantapkan sistem pentadbiran 1

8
Johor
F14 Dapat menghalang rancangan British menguasai negeri Johor. 1
Soalan Struktur
Nama tokoh yang memperkenalkan perlembagaan bertulis di negeri Johor? (ms80)
Nama perlembagaan tersebut? (ms80)
Perkara-perkara utama dalam Undang-undang Tubuh negeri Johor (ms80)
Syarat-syarat menjadi raja mengikut UTKJ (ms81)
Larangan kepada Raja, Menteri dan Jemaah pangkuan Negeri (ms81)
Pihak yang berhak memilih Menteri Besar? (ms81)
Pihak yang berhak melantik jawatan Naib Menteri Besar? (ms81)
Dua cabang Majlis Mesyuarat Negeri (ms82)
Ciri-ciri Jemaah Menteri (ms82)
Faktor yang mendorong penggubalan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor? (ms82)
Kesan diwujudkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor (ms82)

3 Jelaskan Usaha-usaha Sultan Muhammad untuk melicinkan pentadbiran di di


Kelantan
Kod Fakta Tema M
F1 Membentuk Sistem Jemaah Menteri. 1
F2 Ciri-ciri Sistem Jemaah Menteri terdapat lapan badan Jemaah Menteri. 1
F3 Setiap satunya dianggotai oleh empat orang pembesar. 1
F4 Setiap jemaah menteri mempunyai bidang tugas masing-masing. 1
F5 Jemaah Penasihat Raja 1
F6 tugas ialah mengurus perkara penting yang bukan rahsia 1
F7 Jemaah Menteri Istana 1
F8 tugas ialah mengurus istiadat raja dan istiadat rasmi Kelantan 1
F9 Jemaah Menteri Keadilan Dan Kehakiman 1
F10 Tugas ialah mengendali urusan penting tentang keadilan dan kehakiman 1
F11 Jemaah Menteri Dalam negeri 1
F12 Tugas ialah menjaga keamanan negeri 1
F13 Jemaah Menteri Luar 1
F14 Tugas ialah mengurus hal ehwal luar negeri 1
F15 Jemaah Menteri Perbendaharaan 1
F16 Tugas ialah mengendalikan harta benda dan hasil mahsul 1
F17 Jemaah Menteri Peperangan 1
F18 Tugas ialah mengurus pertahanan negeri 1
F19 Jemaaah Menteri Pentdbiran Dan Pengimrahan Negeri 1
F20 Tugas ialah mengurus kemajuan dan pembangunan negeri 1
F21 Untuk mengukuhkan kewibawaan Sultan Muhammad II, baginda telah 1
menyingkirkan kerabat diraja yang terlibat dalam perebutan kuasa
F22 Digantikan dengan golongan pembesar Nik dan Wan. 1
Soalan Struktur
Usaha yang telah diambil oleh Sultan Muhammad II untuk melicinkan pentadbiran di Kelantan?
(ms82)
Nama sultan yang menubuhkan Sistem Jemaah Menteri di Kelantan(ms82)
Tujuan penubuhan Sistem Jemaah Menteri(ms82) (melicinkan)
Ciri-ciri Sistem Jemaah Menteri di Kelantan (ms82) (lapan badan) (Setiap badan diwakili-jumlah)
(bidang tugas)
Senarai Jawatan dan peranan dalam sistem Jemaah Menteri Kelantan dan bidang tugas
Tindakan Sultan Muhammad II untuk mengukuhkan kewibawaan baginda? (Menyingkirkan)
9
(menggantikan)

4 Jelaskan mengenai Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu


Kod Fakta Tema M
F1 Nama sultan yang memperkenalkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1
Terengganu ialah Sultan Zainal Abidin III..
F2 Asas rujukan undang-undang ini ialah berasaskan Undang-Undang Tubuh 1
Negeri Johor.
F3 Tujuan Sultan Terengganu memperkenalkan perlembagaan ini ialah untuk 1
menghalang British yang sedang berusaha meluaskan kuasanya di
Terengganu.
F4 Kedudukan Agama Islam dalam perlembagaan ini ialah sebagai agama 1
negeri.
F5 Corak pemerintahan beraja mengikut perlembagaan ini ialah bercorak raja 1
berpelembagaan.
F6 Syarat-syarat menjadi Sultan Terengganu ialah mesti beragama Islam, 1
berbangsa Melayu, lelaki, dan merupakan pewaris sultan yang memerintah
Terengganu.
F7 Pembantu Sultan dalam pemerintahan ialah Majlis Mesyuarat Kerajaan, dan 1
Jemaah Menteri.
F8 Ciri-ciri Menteri yang dilantik ialah beragama Islam, berbangsa Melayu, 1
rakyat Terengganu, serta mengaku taat setia kepada sultan dan kerajaan.
F9 Majlis Mesyuarat Kerajaan diketuai oleh Menteri Besar yang dilantik oleh 1
Sultan.
F10 Naib Menteri Besar dilantik oleh Jemaah Menteri. 1
F11 Tanggungjawab Ahli Mesyuarat Kerajaan ialah membantu Sultan dan 1
Jemaah Menteri mentadbir negeri / Menggubal undang-undang dan
peraturan negeri / menjaga kebajikan rakyat / menjaga keamanan negeri /
menjalin hubungan persahabatan dengan negeri lain
F12 Sultan dan Menteri dilarang mengkianati pemerintah negeri dan ditegah 1
menyerah negeri kepada kuasa lain.
F13 Kepentingan perlembagaan ini ialah menjamin sistem pentadbiran yang 1
berkesan / Menggambarkan kebijaksanaan pemerintah Terengganu untuk
meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran / menjadi benteng
mengekalkan kedaulatan negeri Terengganu
F14 Fasal-fasal yang ada dalam perlembagaan tersebut ialah Perlantikan Raja, 1
syarat menjadi Raja, waris takhta, Tegahan kepada raja, Kedudukan agama
Islam.
Siapakah nama sultan yang telah memperkenalkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu?(ms84)
Nyatakan asas rujukan undang-undang ini(ms84) (Johor)
Apakah tujuan Sultan Terengganu memperkenalkan perlembagaan bertulis tersebut?(ms84) (menghalang)
Nyatakan kedudukan agama Islam dalam perlembagaan ini. (ms85)
Apakah corak pemerintahan beraja mengikut perlembagaan tersebut?(ms85) (R P)
Nyatakan syarat-syarat menjadi Sultan Terengganu.(ms85) ( Islam / Melayu / Lelaki / Waris )
Nyatakan pembantu sultan dalam melaksanakan pemerintahan.(ms(ms85) (MMK) (JM)
Nyatakan ciri-ciri Menteri yang dilantik (ms85) (Islam) (Melayu) (Rakyat) (Setia)
Siapakah yang mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan? (ms86) (MB)
Siapakah yang berhak melantik Naib Menteri Besar? (ms86) (J M)
Senaraikan tanggungjawab Ahli Mesyuarat Kerajaan (ms86) (membantu) (Menggubal) (kebajikan)
(Keamanan) (Hubungan)
Apakah larangan kepada Sultan dan Menteri? (ms86) (mengkianati) (menyerah)
Nyatakan kepentingan perlembagaan ini (ms86) (berkesan) (kebijaksanaan) (benteng)

10
5 Apakah persamaan antara Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dengan Undang- Undang
Tubuh Negeri Terengganu 1911?
Kod Fakta Tema M
F1 Kedua-duanya merupakan perlembagaan bertulis yang teratur dan lengkap 1
F2 Menetapkan keturunan Sultan sebagai pewaris takhta 1
F3 Mengiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi negeri 1
F4 Raja hendaklah berbangsa Melayu /lelaki / beragama Islam 1
F5 Raja juga mestilah merupakan waris pemerintah 1
F6 Raja berhak memilih Menteri Besar / Menteri Besar dilantik oleh Sultan 1
F7 Jawatan Naib Menteri Besar ditentukan oleh Jemaah Menteri dengan 1
perkenan Raja
F8 Ahli Mesyuarat Kerajaan bertanggungjawab membantu Sultan dan Jemaah 1
Menteri untuk mentadbir negeri dan rakyat
F9 Kedua-duanya digubal bagi menghalang British meluaskan kuasa di negeri 1
masing-masing
F10 Menjamin pentadbiran yang berkesan/ memantapkan sistem pentadbiran 1
F11 Menggambarkan kebijaksanaan pemerintah 1
F12 Meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran 1
F13 Undang-undang ini sebagai benteng / tulang belakang mengekalkan 1
kedaulatan negeri
F14 Membentuk kerajaan bercorak demokrasi 1
F15 Mengekalkan sistem monarki 1
F16 Membentuk sistem raja berperlembagaan 1
F17 Menggantikan pemerintahan raja berkuasa mutlak 1
F18 Waris sultan / menteri / Jemaah Menteri dilarang mengkhianati pemerintah 1
negeri/ ditegah menyerahkan negeri kepada kuasa lain
Soalan Struktur
Tulis Nota berkesan berdasarkan tulisan yang dihitamkan

5 Jelaskan sistem pentadbiran dalam Persekutuan Negeri Sembilan dikatakan


mempunyai unsur demokrasi.
Kod Fakta Tema M
F1 Negeri Sembilan terdiri daripada sembilan buah negeri antaranya Sungai 1
Ujong, Jelebu, Seri Menanti, Johol.
F2 Negeri Melayu pertama mirip persekutuan sebelum terbentuknya negeri- 1
Negeri Bersekutu
F3 Mengamalkan sistem pemerintahan berdasarkan Adat Perpatih 1
F4 Kedaulatan berada di tangan rakyat 1
F5 Perlantikan pemimpin dibuat daripada peringkat paling bawah 1
F6 Anak Buah, diikuti oleh Buapak, Lembaga dan Undang yang 1
kemudiannya melantik Yang Dipertuan Besar(YDPB)
F7 Yang Dipertuan Besar merupakan pemerintah tertinggi 1
F8 Walau bagaimanapun, YDPB tidak berhak melantik pembesar 1
F9 Pelantikan dibuat oleh Undang, Lembaga, Buapak dan Anak Buah 1
F10 Setiap keputusan YDPB adalah berdasarkan perundingan dengan Undang 1
F11 Negeri Sembilan dibahagikan kepada beberapa daerah/ jajahan / luak 1
F12 Ketua setiap luak ialah Undang yang dipilih oleh Lembaga 1
F13 YDPB dilantik oleh Undang 1
F14 Lembaga dilantik oleh Buapak 1
F15 Lembaga merupakan ketua suku anggota masyarakat 1

11
F16 Setiap Lembaga bertanggungjawab terhadap suku masing-masing 1
F17 Lembaga berkuasa memilih individu yang layak menjadi Undang 1
F18 Buapak merupakan Ketua Perut 1
Setiap anggota Perut dikenali sebagai Anak Buah
F19 Buapak menjadi rujukan bagi setiap masalah, khususnya yang berkaitan 1
dengan adat
F20 Sistem ini tidak mengamalkan kuasa mutlak 1
F21 Mengagihkan kuasa kepada individu mengikut peringkat 1
Soalan Struktur
Jumlah negeri(contoh) / Negeri Melayu Pertama/ Nama sistem pemerintahan / Kedaulatan(di tangan siapa)
/ Cara perlantikan Pemimpin/ Yang Dipertuan Besar tiada kuasa/ Keputusan Yang Dipertuan
Besar(berunding dengan siapa)/ Tiada kuasa mutlak/ Mengagihkan kuasa/ Pemuafakatan
Lembaga- Dilantik oleh Buapak / Ketua suku masyarakat / Bertanggungjawab terhadap suku masing-
masing/ Berkuasa melantik Undang
Buapak – Merupakan Ketua Perut / Setiap anggota Peru dikenali sebagai Anak Buah/ Menjadi tempat
rujukan setiap masalah terutama berkaitan adat.
Keistimewaan sistem pemerintahan Negeri Sembilan- Kepentingan bersama/ Semangat bergotong royong/
Permuafakatan/ Saling menghormati

12

You might also like