You are on page 1of 6

POLISI MADA

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) komited untuk memberi perkhidmatan yang
terbaik, tepat dan efisyen di dalam menjadi agensi peneraju pembangunan industri padi
negara dan penggerak utama pembangunan sosio-ekonomi masyarakat peladang di kawasan
Muda.

Mada akan :

Merancang dan melaksanakan infrastruktur yang secukupnya

Menyediakan jadual tanaman padi yang tetap dan jelas

Memberi khidmat nasihat yang kompeten dan mudah diperolehi

Menyediakan bekalan air pengairan yang efisien dan efektif

Menyediakan peluang latihan yang mencukupi


Soalan Lazim / Frequently Ask Question (FAQ)

Soalan :
Apakah jenis tanaman yang diberikan fokus utama MADA?
1

Tanaman yang diberi fokus penekanan utama oleh MADA ialah


tanaman padi.

Soalan :
Impak pengeluaran hasil padi sejak MADA ditubuhkan?
2

Sebelum MADA ditubuhkan, hasil padi yang dikeluarkan pada


tahun 1965 ialah 3.4 tan/ha melalui penanaman setahun sekali.
Namun, setelah MADA mula beroperasi pada tahun 1970,
penanaman secara dua kali setahun ( double cropping) berjaya
dilakukan dengan jayanya. Ini dibuktikan apabila hasil padi pada
musim 1/2005 mencatatkan pengeluaran 6.1 tan/ha dengan
peningkatan sebanyak 79.41%.

Soalan : Selain tumpuan kepada tanaman padi, adakah MADA


3 mempunyai sebarang projek/program lain?

MADA turut melibatkan diri dalam aktiviti bukan padi melalui


Projek Bukan Padi seperti tanaman mempelam , ternakan
akuakultur dan juga ternakan lembu fidlot. Selain itu, MADA turut
berkecimpung di dalam projek pembangunan industri dan
keusahawanan seperti kratangan dan pembuatan kuih-kuih
tradisional. Projek bukan padi merupakan salah satu usaha murni
MADA untuk membantu petani meningkatkan pendapatan
mereka selain daripada menyambut baik usaha Kerajaan untuk
melibatkan diri di dalam keselurahan rantai nilai ( Total Value
Chain).

Soalan : Berapakah luas kawasan pentadbiran MADA dan adakah


4 kawasan pentadbiran MADA sama dengan kawasan pentadbiran
negeri?

Keluasan kawasan MADA yang merangkumi Bandar Kangar


hingga ke Pekan Guar Chempedak ialah 126,155ha. Keluasan
kawasan tanaman padi ialah 96,558ha. Kawasan pentadbiran
MADA adalah tidak sama dengan kawasan pentadbiran negeri.

Soalan : Adakah MADA mempunyai teknologi tertentu untuk meningkatkan


5 hasil?

Terdapat dua teknologi yang digunakan untuk meningkatkan hasil


pengeluaran padi iaitu: a) Sistem Pertanian Tepat Mengamalkan
penggunaan input mengikut keperluan tanaman, masa, lokasi dan
pada kadar yang bertepatan. b) Sistem Pemantauan dan
Ramalan Hasil Padi Melalui penggunaan teknologi remote
sensing dan GIS dapat memberi maklumat secara ’near real
-time’ dengan menggunakan data satelite Radarsat yang
berupaya memberi maklumat-maklumat tanaman padi untuk
keseluruhan kawasan Muda.

Soalan : Adakah semua empangan di negeri Kedah di bawah kendalian


6 MADA?

Tidak. Empangan yang di bawah kendalian MADA ialah


Empangan Pedu, Empangan Muda dan Empangan Ahning.
Takungan Empangan Muda disalurkan melalui terowong Saiong
ke Empangan Pedu untuk dilepaskan bagi kegunaan pengairan
melalui Sg. Pedu/Sg. Padang Terap ke kawasan Muda. Manakala
Empangan Ahning berfungsi untuk bekalan air domestik.
Empangan Beris yang terletak di Sik adalah di bawah seliaan
Jabatan Pengairan dan Saliran.

Soalan : Apakah strategi MADA untuk mengatasi masalah kekurangan


7 tenaga buruh memandangkan peladang di kawasan MADA
kebanyakkannya telah berumur?

Untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh, MADA telah


merancang dan menggunakan pelbagai pendekatan untuk
mengatasi masalah tersebut. Melalui program Estet padi yang
dilancarkan baru-baru ini, ianya berkonsepkan pengurusan
ladang secara berpusat yang diuruskan oleh Pertubuhan
Peladang Kawasan. Melalui cara ini, penggunaan tenaga buruh
dapat diminimakan. Selain itu, penggunaan jentera sepenuhnya
digunakan daripada proses menabur benih, pembajaan, kerja-
kerja meracun dan juga kerja-kerja menuai

Soalan : Memandangkan MADA merupakan kawasan jelapang padi yang


8 terbesar di utara, berapakah sumbangan padi MADA kepada
jumlah pengeluaran padi Negara?

MADA menyumbangkan 40% daripada jumlah pengeluaran padi


Negara.

Soalan : Bagaimanakah untuk melibatkan diri di dalam program MADA


9 /menjadi usahawan MADA?

Untuk melibatkan di dalam program-program MADA, seseorang


itu haruslah menjadi ahli PPK, pernah mempunyai penglibatan di
dalam aktiviti keusahawanan dan harus mempunyai minat yang
mendalam di samping keazaman yang kuat untuk berusaha.

Soalan :
Berapakah jumlah peladang di dalam kawasan MADA?
10

MADA mempunyai 48,000 peladang di dalam kawasan MADA


PELAKSANAAN SISTEM KUALITI MS ISO 9000

BAGI PENGENDALIAN SISTEM PENGURUSAN AIR MADA

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah dianugerahkan dengan persijilan MS ISO 9002:1994 untuk

pelaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) bagi Proses Pengendalian Sistem Pengurusan Air MADA di Ibu

Pejabat, Daerah dan Lokaliti (A-I, G-II, C-III dan F-IV) pada 14 Disember 2000.

Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti ini melibatkan Unit Pengurusan Air di Ibu Pejabat (Alor Star), Wilayah I

(Kangar), Wilayah II (Jitra), Wilayah III (Pendang), Wilayah IV (Kota Sarang Semut), Lokaliti A-I (Arau), Lokaliti G-

II (Jitra), Lokaliti C-III (Tajar) & Lokaliti F-IV (Sg. Limau Dalam).

Mulai 1 Mei 2003, pihak MADA mula menggunapakai dokumen yang baru berasaskan standard MS ISO

9001:2000. Pihak MADA telah diaudit oleh pihak SIRIM QAS Sdn. Bhd. dan telah dianugerahkan dengan sijil MS

ISO 9001:2000 pada 20 Februari 2004.

Pelaksanaan SPK ini diperkembangkan kepada lapan (8) Lokaliti pada awal tahun 2007 melibatkan Lokaliti D-I

(Tambun Tulang), Lokaliti E-I (Simpang Empat), Lokaliti D-II (Tunjang), Lokaliti H-II (Kepala Batas), Lokaliti A-III

(Hutan Kampong), Lokaliti E-III (Kobah), Lokaliti B-IV (Pengkalan Kundur) dan Lokaliti D-IV (Permatang Buluh)

menjadikan keseluruhan 12 Lokaliti terlibat dengan Sistem Kualiti MS ISO 9001:2000. Pelaksanaan Sistem

Kualiti di kawasan-kawasan tersebut telah diperakui oleh pihak SIRIM semasa Audit Pemantauan yang

dilaksanakan pada 19 hingga 21 Mac 2007 dan dianugerahkan sijil pada 13 Ogos 2007.

Pada awal tahun 2009, sebanyak lapan (8) Lokaliti ditambah dalam Skop Pendaftaran SPK; B-I (Kayang), C-I

(Utan Aji), A-II (Kodiang), B-II (Sanglang), C-II (Kerpan), B-III (Alor Senibong), C-IV (Kangkong) dan E-IV (Bukit

Besar) menjadikan keseluruhan 20 Lokaliti daripada 27 Lokaliti terlibat dengan SPK. Sijil bagi perluasan Skop

Pendaftaran SPK ini (penambahan Lokaliti) telah dianugerahkan oleh pihak SIRIM pada 16 Disember 2009.

Sejajar dengan terbitan standard MS ISO 9001:2008, pihak SIRIM telah menetapkan bahawa semua

perlaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2000 perlu beralih ke standard yang baru ini dan semua

persijilan mulai tahun 2010 adalah berasaskan MS ISO 9001:2008.

Sistem Pengurusan Kualiti yang diamalkan bagi Pengendalian Sistem Pengurusan Air MADA telah memulakan

kerja-kerja persediaan peralihan daripada MS ISO 9001:2000 kepada MS ISO 9001:2008 sejak bulan Ogos 2009.

Sehubungan itu semua dokumen kualiti telah dikemaskini supaya menepati kehendak MS ISO 9001:2008 yang

baru.

Pelaksanaan SPK juga telah diperkembangkan kepada tujuh (7) lagi Lokaliti; E-II (Kubang Sepat), F-II (Jerlun), I-

II (Kuala Sungai), D-III (Titi Haji Idris), F-III (Pendang), A-IV (Batas Paip) dan G-IV (Guar Chempedak) bermula
pada 1 Disember 2009 iaitu selaras dengan komitmen pihak Pengurusan untuk melaksanakan SPK MS ISO 9000

di keseluruhan Lokaliti dalam Kawasan Muda menjelang tahun 2010 dengan berasaskan standard MS ISO

9001:2008.

Audit Pensijilan Semula oleh pihak SIRIM pada 11 hingga 13 Januari 2010 telah merumuskan bahawa Sistem

Pengurusan Kualiti bagi Pengendalian Sistem Pengurusan Air MADA di Ibu Pejabat, 4 Wilayah dan 27 Lokaliti

yang dilaksanakan adalah menepati standard MS ISO 9001:2008. Sehubungan dengan itu, pihak MADA telah

dianugerahkan dengan persijilan MS ISO 9001:2008 pada 26 Mei 2010.

KRONOLOGI PELAKSANAAN SISTEM KUALITI MS ISO 9001:2008

BAGI PENGENDALIAN SISTEM PENGURUSAN AIR MADA

TAHUN LOKALITI-LOKALITI YANG JUMLAH


BIL. VERSI
PELAKSANAAN TERLIBAT LOKALITI
MS ISO
1 2000 A-I, G-II, C-III & F-IV 4
9002:1994
MS ISO A-I, D-I, E-I, D-II, G-II, H-II, A-III,
2 2005 12
9001:2000 C-III, E-III, B-IV, D-IV & F-IV.
A-I, B-I, C-I, D-I, E-I, A-II, B-II,
MS ISO C-II, D-II, G-II, H-II, A-III, B-III,
3 2008 20
9001:2000 C-III, E-III, B-IV, C-IV, D-IV, E-IV
& F-IV.
MS ISO
4 2009 SEMUA LOKALITI 27
9001:2008

You might also like