You are on page 1of 2

91, PSRN HALAMAN AMPANG 10

HALAMAN AMPANG MEWAH


31400 IPOH
PERAK

TUAN PENGARAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA UTARA
IPOH
PERAK 23 JANUARI 2011

TUAN/PUAN

PERKARA: PERMOHANAN UNTUK BERTUKAR KE SEKOLAH MENENGAH

METHODIST (P) IPOH.

Dengan sukacitanya, saya selaku ibu kepada Kalaiyaarasie A/P Jeganathan merayu
kepada Tuan untuk menukarkan anak saya ke Sekolah Menengah Methodist
Perempuan Ipoh.

2. Alasan untuk mendapatkan pertimbangan Tuan/Puan adalah seperti berikut :-

a) Suami saya berada di luar negara untuk mengambil rawatan kesihatan


(rawatan bagi sakit buah pinggang.)
b) Hal ini menyebabkan saya dan anak – anak saya berpindah ke rumah
bapa mertua saya di alamat yang tertera di atas. Oleh sebab alamat
tersebut berdekatan dengan SMK Methodist Perempuan Ipoh, jadi saya
merayu kepada Tuan/Puan untuk mempertimbangkan rayuan saya.
c) Saya juga tidak ada perkhidmatan pengangkutan ke SMK Seri Puteri
malah mempunyai tiga orang anak yang masih belajar. Jadi saya
sangat berjerih payah untuk mendapatkan perkhidmatan
pengangkutan.

Saya juga akan menyertakan salinan dokumen – dokumen berkaitan rayuan ini. Saya
berharap agar Tuan/Puan akan memahami segala masalah saya dan meluluskan
rayuan ini. Segala kerjasama dan sokongan Tuan/Puan terlebih dahulu saya ucapan
ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang berharap,

____________________________

(KOMALA A/P NADARAJAN)

You might also like