You are on page 1of 47

TAJUK 10

DASAR-DASAR KERAJAAN
DEFINISI DASAR AWAM
• “Public Policy is Whatever Goverments choose to do or not
to do”.
(Thomas R. Dye-Understanding Public Policy, 1975)

• Usaha Kerajaan menghadapi/ mengatasi masalah yang


membebankan semua atau sebahagian masyarakat untuk
kebajikan umum.

“SESUATU DASAR KERAJAAN ADALAH PENGISTIHARAN


HASRAT DAN NILAI (VALUES) KERAJAAN TERHADAP
SESUATU FENOMENA, PERKARA, ISU, KEADAAN ATAU
MASALAH DI DALAM MASYARAKAT.”

Dr. Abdullah Ab. Rahman, Masalah dan Isu Dalam penggubalan dan
Pelaksanaan Dasar Awam.
MATLAMAT
• MEMBENTUK SEBUAH NEGARA YANG
MAJU DAN PROGRESIF.
• MEWUJUDKAN KEAMANAN DAN
KESTABILAN DALAM MASYARAKAT.
• M ENGGALAKKAN PERSEFAHAMAN
KAUM
ISU-ISU YANG MELIBATKAN ASPEK
DASAR YANG UTAMA DAN MEMERLUKAN
PENGGUBALAN DASAR YANG KHUSUS.

ISU POLITIK DAN PENTADBIRAN


• Polarisasi kaum.
• Penyalahgunaan dasar dan pengedaran dadah
antarabangsa.
• Keperluan pembentukan budaya kerja dan sikap
yang positif untuk pembangunan.
• Masalah kemiskinan mutlak yang berterusan
walaupun menurun dari segi peratusnya.
• Saiz sektor awam yang masih besar beban
perbelanjaan yang tinggi.
• Isu pencemaran alam yang lahir daripada aktiviti
pembangunan yang tidak terkawal.
ISU –ISU YANG MELIBATKAN ASPEK
DASAR YANG UTAMA DAN MEMERLUKAN
PENGGUBALAN DASAR YANG KHUSUS.

ISU EKONOMI
• Arah dan kadar pertumbuhan ekonomi negara.
• Masalah pengeluaran yang menurun dan
kekurangan tenaga buruh.
• Asas sektor pembuatan/perkilangan yang sempit.
(Tertumpu kepada industri elektronik, tekstil dan
beberapa jenis industri gantian inport).
• Kadar produktiviti yang secara relatifnya masih
rendah.
• Perbezaan pendapatan dan status sosio-ekonomi
rakyat antara kaum, wilayah dan kawasan bandar
dan luar bandar.
ISU-ISU YANG MELIBATKAN ASPEK
DASAR YANG UTAMA DAN MEMERLUKAN
PENGGUBALAN DASAR YANG KHUSUS.

ISU ANTARABANGSA
• Pergeseran politik kuasa-
kuasa besar di rantau ini.
• Masalah politik di rantau
Asia.
• Pendatang tanpa izin.
• Kecenderungan kuasa besar
untuk menguasai dan
menentukan arus politik dan
sistem ekonomi antabangsa
dan lain-lain.
SEJARAH DASAR-DASAR
NEGARA
• PENTADBIRAN NEGARA BERMULA
SEJAK ZAMAN KERAJAAN MELAYU
KLASIK SEHINGGA KE ZAMAN
KERAJAAN MELAYU MELAKA.
• PERUBAHAN BESAR BERLAKU
APABILA BRITISH MENJAJAH TANAH
MELAYU DAN MEMPERKENALKAN
SISTEM PENTADBIRAN MODEN.
KEPENTINGAN
• MALAYSIA MERUPAKAN SEBUAH
NEGARA YANG UNIK DAN
MEMERLUKAN SISTEM PENTADBIRAN
YANG TERSENDIRI.
• MELETAKKAN SISTEM PENTADBIRAN
NEGARA PADA LANDASAN YANG
SEBENARNYA MENGIKUT KEPERLUAN
DAN PERUBAHAN SEMASA.
JENIS-JENIS DASAR
FASA PERTAMA (SELEPAS MERDEKA)

MEMBENTUK PERPADUAN KAUM DAN


KESTABILAN POLITIK

• DASAR EKONOMI BARU


• DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
• DASAR PELAJARAN KEBANGSAAN
• RUKUN NEGARA
DASAR EKONOMI BARU

• Dilancarkan ekoran peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Ia


merupakan Rancangan Pembangunan Ekonomi secara
berperingkat selama 20 tahun. (1979-1990)
• Objektif DEB ialah membasmi kemiskinan dan penyusunan
semula masyarakat.
• Strategi perlaksanaan DEB ialah Serapang Dua Mata iaitu:-
1. Membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan
memperbanyakkan peluang pekerjaan, mengadakan
perkhidmatan sosial percuma atau dibantu tanpa mengira kaum.
• Menyusun semula masyarakat untuk akhirnya menghapuskan
pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
• Pencapaian matlamat DEB haruslah dalam kontek perkembangan
ekonomi negara yang berterusan.
PROGRAM PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT MELIPUTI:-

• Usaha meninggikan pengeluaran pendapatan dan mutu


kehidupan golongan miskin di mana 64.8% adalah Melayu,
26.2% Cina dan 38.2% India. (86% berada di luar bandar)
• Usaha menseimbangkan struktur gunatenaga supaya
menjelang 1990 ianya mencerminkan susunan penduduk
mengikut etnik.
• Usaha menambahkan pemilikan modal rakyat Malaysia
khususnya Bumiputra dalam Syarikat Berhad. (Bumiputra 2.4%,
bukan Bumiputra 34.3% dan pelabur asing 63.3%)
• Usaha membentuk satu masyarakat perdagangan dan
perindustrian di kalangan Bumiputra supaya pada 1990 mereka
akan memiliki dan menguruskan sekurang-kurangnya 30%
daripada kegiatan dagangan dan perindustrian.
• Usaha memajukan negeri dan kawasan yang mundur melalui
Program Pembangunan Wilayah.
“SUNGGUHPUN TEMPOH DEB TAMAT
PADA TAHUN 1990, MENGIKUT YAB
PERDANA MENTERI USAHA MENCAPAI
MATLAMATNYA AKAN DITERUSKAN
DALAM RANCANGAN PEMBANGUNAN
JANGKA PANJANG MALAYSIA KEDUA
1991-2020”.
DASAR PENDIDIKAN

• Dasar Pendidikan (Pelajaran)


Kebangsaan melalui Penyata Razak
1956 & dimaktubkan dlm Ordinan
Pelajaran, 1957.

• Dilaksanakan utk mengganti sistem


pendidikan penjajah.

• Disemak semula pada thn 1960 yg


menghasilkan Laporan Rahman Talib
& dimaktubkan dlm Akta Pelajaran,
1961.
OBJEKTIF

“BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yg


diisytiharkan dlm Ordinan Pelajaran, 1957 ialah utk
menubuhkan satu sistem pendidikan yg akan dapat
memenuhi keperluan negara & menggalakkan
perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, &
politiknya…”
PENCAPAIAN SEMASA

• Hasil Pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan,


tenaga rakyat yg dihasilkan pada keseluruhannya
dapat memenuhi keperluan gunatenaga negara
kecuali di beberapa bidang tertentu.

• Dapat merapatkan jurang pengenalan bidang


pekerjaan mengikut kaum sama ada di sektor
awam @ swasta.

• Mengurangkan kemiskinan terutamanya kaum


bumiputra yg berpendidikan.
PENDIDIKAN DAN LATIHAN DI BAWAH
RANCANGAN MALAYSIA KE- 9

• Pendidikan Prasekolah dan Rendah meningkat kepada 702,897


pada 2005. Pendidikan Menengah meningkat kepada 2.1 juta
pada 2005.
• Melahirkan tenaga kerja yg berpendidikan, mahir & terlatih.
• Melahirkan warganegara yg bertanggungjawab & mempunyai
nilai-nilai moral & etika yg kukuh.
• Membantu kpd pencapaian Dasar pembangunan Nasional
(DPN) – utk membasmi kemiskinan & penyusunan semula
masyarakat.
• Bagi peluang pendidikan & latihan kpd golongan
berpendapatan rendah – tingkatkan pendapatan & mudah
dapat kerja seterusnya menyumbangkan peningkatan agihan
pendapatan.
• Enrolmen peringkat pengajian di Institusi pendidikan tertiari
awam dan swasta meningkat 731,698 pada 2005.
STRATEGI PELAKSANAAN

1. Menjadikan bahasa kebangsaan sbg bahasa


pengantar yg utama;

– Mengadakan kurikulum yg sama & berorientasikan


Malaysia bagi semua jenis sekolah;

– Mewujudkan sistem peperiksaan yg sama bagi


semua;

– Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;


STRATEGI PELAKSANAAN

1. Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya


dgn menyediakan pendidikan yg menyeluruh,
seimbang & bersepadu;

– Mengadakan peluang pendidikan asas selama


sembilan tahun;

– Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang &


mutu dgn mengagihkan peruntukan secara adil &
memberi perhatian khas kpd kumpulan yg kurang
bernasib baik & kawasan luar bandar @
pedalaman;
STRATEGI PELAKSANAAN

1. Menyediakan pendidikan rendah mengikut KBSR


yg berasaskan 3M pada thn 1983 yg nenjurus kpd
KBSM pada thn 1989;

– Memperluaskan pendidikan vokasional dan teknik


melalui penyusunan semula kurikulum sek.
vokasional pada tahun 1978;

– Mempelbagai & memperbanyakkan kemudahan


pendidikan di peringkat universiti terutama dlm
bidang sastera gunaan & sains gunaan
STRATEGI PELAKSANAAN

1. Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral &


disiplin;

– Menjadikan Bahasa Kebangsaan & Bahasa


Inggeris sbg mata pelajaran yg wajib diajar di
sekolah-sekolah & memberi peluang sempurna bagi
pembelajaran bahasa-bahasa lain spt Bahasa Cina
& Bahasa Tamil;

– Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yg memupuk


disiplin, spt pasukan-pasukan kadet tentera, kadet
polis, pengakap, puteri islam dll.
DASAR KEBUDAYAAN

• Merupakan keseluruhan
cara hidup manusia.

• Memerlukan perancangan
yg teliti dan rapi supaya
dapat melahirkan cara
hidup yang bersifat
keMalaysiaan.
PRINSIP-PRINSIP DASAR KEBUDAYAAN

1. Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal


Rantau ini

– Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan


Wajar boleh diterima

– Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam


Pembentukkan Kebudayaan Kebangsaan
OBJEKTIF

1. Mengukuhkan perpaduan bangsa


& negara melalui Kebudayaan;

– Memupuk & memelihara


keperibadian kebangsaan yg
tumbuh drpd Kebudayaan
Kebangsaan;

– Memperkayakan &
mempertingkatkan kualiti
kehidupan kemanusiaan &
kerohanian yg seimbang dgn
pembangunan sosioekonomi.
FASA KEDUA
MENUKARKAN STATUS NEGARA
KEPADA NEIC

• DASAR PENSWASTAAN
• DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA
• WAWASAN 2020 DASAR
• PEMBANGUNAN NASIONAL
DASAR PENSWASTAAN

PEMINDAHAN PEMILIKAN & KUASA


KAWALAN KERAJAAN KE ATAS
PERKHIDMATAN & AKTIVITI EKONOMI
KEPADA PIHAK-PIHAK SWASTA.
DASAR PENSWASTAAN

OBJEKTIF DASAR PENSWASTAAN

• Mengurangkan beban kewangan kerajaan.

• Meninggikan kecekapan & penghasilan kerja.

• Menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

• Pengagihan sumber secara cekap.

• Mempercepatkan pencapaian hasrat DEB.


STRATEGI & PELAKSANAAN
1. Pemulihan, pemeliharaan & pembangunan kebudayaan ke arah
menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui
usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan,
pengembangan & perhubungan budaya;

– Meningkat & mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-


usaha membimbing & melatih peminat, mendokong &
menggerak kebudayaan seluas-luasnya sbg jentera
pembangunan yg berkesan;

– Mewujudkan komunikasi yg berkesan ke arah kesedaran


kebangsaan, kenegaraan & nasionalisme Malaysia;

– Memenuhi keperluan sosiobudaya;

– Meninggikan taraf & mutu kesenian


DASAR PANDANG KE TIMUR

• Diumumkan oleh Y.A.B. PM pada 8 Februari 1982 semasa “5th


Joint Annual Conference Of Majeca/Jameca” di K.L.

• Fokus Jepun & Korsel.

• Program Latihan:
o Latihan perindustrian & Teknikal.
o Pengajian Akademik.
o Kemajuan Eksekutif.
o Hubungan antara institusi.
o Mencontohi sesuatu yg baik drpd kedua-dua negara &
mengurangkan pergantungan/hubungan dgn rakan-rakan
tradisi.
o Tujuan: Meninggikan prestasi pengurusan & pembangunan
berdasarkan pendekatan/pengalaman/ciri-ciri positif yg
diamalkan oleh Jepun dan Korsel.
DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI
DALAM PENTADBIRAN

1. LATAR BELAKANG/ RASIONAL


o Islam adalah agama rasmi - Perlembagaan Negara.,
Penganut-penganut agama lain bebas mengamalkan
agama masing-masing.

o Kebangkitan semula Islam sejak awal 1970-an di


Seantero Dunia.

o Menerapkan nilai-nilai positif & murni yg terdapat dlm


Islam itu utk diterapkan & dijadikan amalan
masyarakat di M‘sia.
OBJEKTIF

• Membentuk sebuah masyarakat Malaysia yg


BERAMANAH, BERIDENTITIi & DISEGANI oleh
masyarakat lain.

• Menubuhkan sebuah negara yg bahagia.

• Menghapuskan sikap yg negatif dlm menjalankan tugas


yg dipertanggungjawabkan.

• Menghasilkan perkhidmatan yg bermutu.


NILAI-NILAI YANG DISEGANI

• Ada 11 nilai yg disarankan iaitu AMANAH,


BERTANGGUNGJAWAB, IKHLAS, DEDIKASI,
SEDERHANA, TEKUN, BERSIH, BERDISIPLIN,
BEKERJASAMA, BERBUDI MULIA &
BERSYUKUR.

* Huraikan/bincangkan secara mendalam semua nilai


ini satu persatu.
DASAR BERSIH, CEKAP DAN AMANAH

KONSEP BCA

1. BERSIH
o Bersih dari segi fizikal
1. Bersih dari segi moral

2. CEKAP
o Hasil kerja yg tinggi
o Mutu kerja yg tinggi
o Menepati objektif kerja
DASAR BERSIH, CEKAP DAN AMANAH

KONSEP BCA

1. AMANAH
o Rela & cuba menjalankan tugas &
tanggungjawab yg diamanahkan dlm batas
kuasa yg ditentukan dgn penuh gigih & ikhlas
bagi mencapai objektif yg ditetapkan.

o Mempunyai sifat luhur & murni, jujur kpd diri


sendiri, rakan & organisasi.
BERSIH, CEKAP DAN AMANAH

• Dilancarkan pada pertengahan April 1982 oleh Y.A.B.


PM.

• Tiga sifat unsur yg perlu diamalkan.

• Tujuannya : mewujudkan satu etika kerja & sikap


berkhidmat yg baru.
KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

• Dilancarkan oleh Y.A.B. PM pada 19 Mac 1983.

• Tujuan: Memupuk/menanam ciri-ciri kepimpinan yg


berkesan utk dicontohi, dihayati & diamalkan oleh
segenap lapisan anggota Kerajaan/orang awam.
PROGRAM-PROGRAM PEMBAHARUAN YANG LAIN

• Etika Perkhidmatan Awam (1979: Buku Panduan


Perkhidmatan Cemerlang)

• Pemakaian tanda nama (Pekeliling 8/83: 14.10.83

• Penggunaan kad perakam waktu (Pekeliling Am


11/81)

• Manual prosedur kerja/fail meja (Surat BTH. 6.4.83)


PROGRAM-PROGRAM PEMBAHARUAN YANG LAIN

• KMK

• Pelan Pejabat Terbuka (PA 4/83)

• Konsep Pejabat Daerah Contoh. (Keputusan


mesyuarat MB/KM 22/23.2.80)

• Arahan pengisytiharan harta

• Pusat-pusat pembayaran bil setempat (KL/PJ


1.10.82 Tempat-tempat Lain 1.1.83)
DASAR WANITA NEGARA
DIGUBAL DENGAN HARAPAN AGAR
SEGALA HALANGAN DAN SEKATAN
KEPADA PENGINTERGRASIAN
WANITA SEPENUHNYA DALAM
PROSES PEMBANGUNAN DAPAT DI
ATASI
RASIONAL
• Menyedari pelbagai peranan wanita dalam keluarga, masyarakat,
ekonomi dan politik negara, kerajaan mengakui bahawa strategi-
strategi yang khusus perlu dibentuk bagi melibatkan wanita secara
berkesan dalam proses pembangunan supaya potensi wanita dapat
dioptimumkan. Usaha gigih perlu diambil untuk membantu wanita
melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan sosial dan ekonomi yang
utama. Ini memerlukan satu dasar bagi memberi panduan serta arah
haluan dalam segala usaha pembangunan supaya kepentingan dan
penyertaan wanita tidak terabai dan diintegrasikan sumbangan
mereka dalam proses pembangunan negara. Menyedari hakikat
inilah kerajaan telah menggubal Dasar Wanita Negara (DWN) dalam
tahun 1989. Penggubalan dasar ini memperjelaskan kesungguhan
kerajaan ke arah membantu penyertaan wanita dalam arus
pembangunan negara dengan lebih bermakna. DWN menyediakan
garis panduan bagi mengintegrasikan sumbangan wanita dalam
proses pembangunan negara.
MATLAMAT
DASAR WANITA NEGARA
• MENJAMIN PERKONGSIAN SAKSAMA DALAM
MEMPEROLEHI KEMUDAHAN SUMBER, MAKLUMAT,
PELUANG PENYERTAAN DAN MANFAAT
PEMBANGUNAN KEPADA LELAKI DAN WANITA.
MATLAMAT PERSAMAAN DAN KESAKSAMAAN
DIJADIKAN TERAS DASAR PEMBANGUNAN YANG
BERORIENTASIKAN RAKYAT, AGAR WANITA YANG
MERUPAKAN 50% PENDUDUK NEGARA DAPAT
MENYUMBANG.
MATLAMAT
DASAR WANITA NEGARA
• MENGINTERGRASIKAN WANITA DALAM
SEMUA SEKTOR PEMBANGUNAN NEGARA
SELARAS DENGAN KEMAMPUAN DAN
KEHENDAK WANITA BAGI
MEMPERTINGKATKAN MUTU KEHIDUPAN,
MEMBASMI KEMISKINAN, MENGHAPUS
KEJAHILAN DAN BUTA HURUF
DASAR SOSIAL NEGARA
• Dasar Sosial Negara (DSN) adalah
satu dasar pembangunan sosial yang
berteraskan nilai-nilai murni dan
peningkatan keupayaan insan bagi
mencapai kesepaduan dan kestabilan
sosial, ketahanan nasional dan
kesejahteraan hidup masyarakat
Malaysia yang maju dan mantap.
MATLAMAT
• Dasar ini yang diluluskan oleh kabinet pada 19 Februari
2003 bermatlamat mewujudkan masyarakat Malaysia
yang maju dan mapan dari aspek sosial, ekonomi dan
teknologi.
Setiap anggota masyarakat berpeluang untuk
memperkembangkan potensi diri secara optimum di
dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-
ciri bersatu-padu, berdaya tahan, demokratik, bermoral,
bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan saksama
selaras dengan matlamat Wawasan 2020.
OBJEKTIF
• Objektif Umum

1. Menjamin setiap individu, keluarga dan komuniti tanpa


mengira kumpulan etnik, agama,budaya,gender dan fahaman
politik serta wilayah dapat menyertai dan memberi sumbangan
kepada arus pembangunan negara serta menikmati
kesejahteraan hidup secara berterusan.

Objektif Khusus

1. Selaras dengan penyataan matlamat dan objektif umum, Dasar


Sosial Negara menggariskan empat objektif khusus yang saling
melengkapi dengan menerapkan nilai-nilai murni di setiap
peringkat pelaksanaannya:

a. Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat


dipenuhi;

b. Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat;


FASA KETIGA
MATLAMAT MENCIPTA 1
NEGARA BANGSA MALAYSIA
• 1MALAYSIA
• MEB
1MALAYSIA
• Konsep 1Malaysia bertujuan memperkukuhkan
hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai
kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk
menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang
bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka.
Konsep ini juga, jika dihayati sepenuhnya oleh
semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah
negara yang lebih aman, stabil dan maju dalam
segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia.
HALANGAN PERLAKSANAAN DASAR-DASAR
NEGARA

1. SIKAP
1. Kurang cekap

• Tidak dedikasi

• Tidak bersemangat

• Kurang inovasi

• Tidak jujur

• Tidak ikhlas

• Cepat puas hati

You might also like