You are on page 1of 45

SGDT2063

TEKNOLOGI PENDIDIKAN

INTERNET :
KEGUNAAN DALAM
PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

1
INTERNET :
KEGUNAAN DALAM
PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

Nazzir Hussain Bin Haji Mydeen


(201400)
Kamalaselvi A/P Nadarajan
(201391)
Ganthiahmah A/P Ragavan
(201389)
Sangga A/L Sinnayah
(201405)
Pendahuluan
Internet adalah nama khas yang merujuk
kepada rangkaian komputer yang dibina
dengan menggunakan protokol
Rangkaian yang dikenali sebagai TCP/IP
(Transmission Control Protocol/Internet
Protocol). Rangkaian ini diasaskan oleh
sekumpulan komputer yang dihubungkan
bersama-sama pada tahun
1960-an melalui sebuah projek
penyelidikan yang diberi nama ARPA
(Advanced Research Project Agency) oleh
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.
Matlamat asalnya ialah untuk
menghasilkan satu jaringan yang
membolehkan proses pemindahan data
yang selamat di antara komputer-
komputer tentera yang terletak di
tempattempat
yang berbeza dengan menggunakan
beberapa laluan komunikasi yang
berlainan.
Semenjak pertengahan 1980-an, satu agensi
kerajaan Amerika Syarikat, National Science
Foundation (NSF) dan lain-lain badan
kerajaan diberi kuasa mengawal capaian
kepada Internet. Dalam tahun 1991, pihak
NSF mula longgarkan peraturan dan
membenarkan kegunaan Internet untuk
tujuan komersial. Pada April tahun 1995,
kerajaan Amerika Syarikat seterusnya
menyerahkan kawalan Internet kepada suatu
badan bebas dan sekaligus menghapuskan
sekatan capaian Internet.
Di Malaysia, Internet bermula pada 1987
melalui Rangkaian Komputer Malaysia
(RangKoM) yang telah disambungkan
kepada rangkaian Internet. Universiti
tempatan merupakan pengguna RangKoM
pada peringat awal.
Kini, Internet telah mendapat sambutan
hangat di kalangan masyarakat menerusi
aplikasinya yang menarik menyerlah
sebagai sumber maklumat perdana.
Mengikut statistik, pengguna Internet di
Malaysia pada tahun 1990 dan 1995
masing-masing ialah 18 000 dan 778 000.
Peningkatan ini disebabkan Internet telah
mewujudkan pelbagai ruang untuk
beraktiviti dan memainkan peranan
sebagai agen perubahan masyarakat
dalam kurikulum pendidikan negara.
Revolusi teknologi maklumat yang bakal
mempengaruhi persekitaran pendidikan
semasa di Malaysia dieksplotasikan
melalui penubuhan sekolah bestari dan
Internet menjadi salah satu kemudahan
yang bakal memainkan peranan penting
dalam mencorakkan sekolah yang
berwajah baru di seluruh negara.
Penggunaan E-mel dalam
Pendidikan
Aplikasi paling asas teknologi Internet yang
boleh diketengahkan di peringkat sekolah
ialah aplikasi e-mel. Melalui aplikasi ini,
para pelajar boleh menyatakan sebarang
masalah berkaitan dengan apa yang telah
dipelajari dengan serta-merta.
Contohnya, pelajar boleh menanya guru
soalan atau masalah yang dihadapi semasa
belajar melalui e-mel.
Dengan itu, guru boleh membantu pelajar
tersebut melalui e-mel atau guru boleh
menjadikan soalan atau masalah yang
ditanya itu sebagai persediaan untuk pada
hari yang berikutnya. Sebaliknya, guru juga
boleh mengetahui respon pelajar terhadap
kerja rumah yang diberi melalui e-mel.
Menurut Dr. Jane Lasarenko (1997), kebaikan
yang utama menggalakkan pelajar
berkomunikasi dengan guru melalui e-mel
ialah ini dapat menanam semangat yang
tinggi di kalangan pelajar dalam
pembelajaran mereka. Bukan itu sahaja,
pelajar tidak lagi ada alasan untuk
menghantar kerja rumah lewat kerana
mereka boleh menggunakan e-mel untuk
menghantar kerja rumah pada hari yang
ditetapkan sehingga tamatnya hari tersebut.
Selain itu, Cisco System Inc. iaitu sebuah
syarikat teknologi maklumat yang
menceburi bidang pendidikan menyebut
bahawa melalui e-mel, para guru dan
pelajar juga boleh berkomunikasi dengan
sekolah-sekolah di
seluruh negara bahkan di serata dunia
hanya melalui makmal komputer atau
bilik-bilik darjah. (Jamaludin Badusah et
al. 2000).
Aplikasi ini membolehkan mereka
bertukar-tukar mesej semasa,
berkongsi idea dan bahan-bahan
pendidikan di antara satu sama lain
memandangkan e-mel bukan sahaja
cepat malahan juga murah
berbanding dengan mel biasa atau
menggunakan faksimili.
Internet Sebagai Sumber
Rujukan
Internet juga telah memperkayakan lagi
sumber maklumat. Sebagai gedung
ilmu yang luas sifatnya, Internet mampu
menyediakan sumber rujukan yang bersifat
lebih menyeluruh. Kandungannya turut
mencakupi keperluan maklumat pendidikan
semasa sama ada untuk kegunaan semua
golongan. Lebih dari itu, Internet turut
menyediakan pelbagai bentuk maklumat yang
sesuai untuk pelbagai program pendidikan.
Pencapaian maklumat tersebut adalah
cepat dan mudah dikendalikan.
Contohnya, jika mengambil laman Web
sebagai salah satu sumber maklumat
pendidikan, maka dengan usaha yang agak
mudah kita boleh mendapatkannya dengan
sekelip mata. Usaha tersebut dapat
direalisasikan kerana Internet sudah
dilengkapi dengan komponen-komponen yang
dapat membantu penggunanya seperti pelayar
Web dan enjin pencarian atau Pencarian
Maklumat Luas (Global Information Browsing)
yang membolehkan pengguna melihat
maklumat dengan mudah dan tidak kira di
mana maklumat itu berada.
Dengan itu, kategori laman Web yang boleh
disifatkan sebagai bermaklumat dan
sesuai untuk tujuan pendidikan termasuklah
laman Web bagi institusi pengajian tinggi
maya, agensi berita,majalah dan akhbar
dalam talian yang kandungan mereka
ketengahkan bersifat lebih terperinci mudah
dicapai.
Kini bukan lagi satu khayalan apabila
seseorang individu dengan mudah dapat
melawat masuk ke dalam sebuah
perpustakaan di seluruh dunia untuk
pelbagai tujuan seperti sumber
penyelidikan, pengajian rentas budaya,
mempertingkatkan penguasaan bahasa
asing, bertukar-tukar pendapat atau sekadar
belajar dengan rakan sebaya.
Terdapat pelbagai laman Web dalam
Internet yang mempunyai perpustakaaan
yang tersendiri yang dipanggil ‘virtual
library’. Guru boleh mendapatkan maklumat
atau bahan rujukan untuk tujuan pengajaran
sebelum disampaikan dalam kelas. Dengan
penggunaan Internet sebagai sumber
untuk mendapatkan maklumat, sudah
pastilah corak pengajaran dan pembelajaran
dapat berlangsung dalam suasana yang
menyeronokkan.
Penggunaan Laman Web
Sekolah
Teknologi Internet juga mampu
menyediakan kemudahan kepada para guru
dan pelajar untuk mengambil
bahagian di dalam pelbagai aktiviti seperti
pembangunan laman Web di setiap sekolah.
Sudah ramai yang memperakui bahawa
laman web adalah saluran berkesan untuk
mewartakan segala kegiatan sekolah kepada
para pelajar dan guru sekolah tersebut. Di
samping itu laman web tersebut juga boleh
diakses oleh para pelajar, guru dan pihak
lain yang berminat dari seluruh negara.
Jika kemudahan ini diperluaskan lagi, ibu
bapa hanya perlu melanggani laman web
tersebut untuk mengetahui segala
perkembangan bidang akademik atau ko-
kurikulum anak-anak mereka tanpa
berkunjung ke sekolah. Ibu bapa juga dapat
menghubungi guru melalui e-mel yang
didapati dari laman web yang dikunjungi.
Secara tidak langsung, hubungan ibu bapa
dengan pihak sekolah dapat ditingkatkan.
Oleh yang demikian, masalah-maslah disiplin
pelajar yang memerlukan kerjasama antara
pihak sekolah dengan mudahnya dapat
ditangani. Ibu bapa tidak ada lagi alasan
bahawa mereka sibuk dan tidak dapat
berkunjung ke sekolah untuk
berbincang tentang hal-hal anak-anak
mereka. Guru mempunyai satu alternaltif
lagi untuk berjumpa dengan ibu
bapa anak muridnya.
Perkongsian Maklumat
dengan Internet
Projek Jaringan Pendidikan (JP) di bawah
kelolaan makmal Teknologi Komputer,
Kementerian Pendidikan dan MIMOS
merupakan satu usaha penting yang
menyediakan kemudahan dan perkhidmatan
rangkaian kepada pelajar dan pendidik.
Projek ini merupakan salah satu aktiviti
dalam program Komputer Dalam Pendidikan
oleh Kementerian Pendidikan. Matlamat
utama kewujudan projek ini adalah untuk
mewujudkan perkongsian maklumat serta
sekolah yang kaya dengan maklumat dan
seterusnya meningkatkan mutu pendidikan
bertaraf dunia.
Menerusi projek ini, guru boleh memasukkan
aktiviti-aktiviti kreatif dan inovatif yang
berasaskan teknologi maklumat. Di dalam
projek ini juga, terdapat kemudahan
‘mailing list’ (kumpulan perbincangan
berasaskan topik yang menggunakan e-mel
sebagai kaedah komunikasi) yang
menyediakan kemudahan ‘listserv’
atau senarai perkhidmatan dan terdapat
lebih 3000 ‘listserv’ di dalam Internet yang
boleh difikirkan oleh manusia (Jamaludin
Badusah et. al 2000).
Penggunaan Internet oleh
Guru
i.) meluaskan pengetahuan guru
Kemudahan Internet memberi peluang
kepada guru mempertingkatkan tahap ilmu
pengetahuan mereka melalui pelbagai
maklumat yang berkaitan. Sebagai contoh
para guru boleh mengakses bahan-bahan
akedemik dan mencari maklumat pendidikan
melalui perpustakaan siber universiti-
universiti tempatan dan luar negara atau
kemudahan USENET yang disediakan oleh
Internet.
Di samping itu, para guru dapat
membincangkan isu semasa pengajaran
dengan guru-guru lain di seluruh negara
mengenai program pendidikan yang telah
berjaya.
ii.) sebagai Bahan Bantu Mengajar
Pendidikan berasaskan Internet juga boleh
dikategorikan sebagai proses pengajaran dan
pembelajaran. Ini memandangkan
kemudahan Internet bukan sahaja
menawarkan komponen-komponen lain
seperti laman-laman web, malah
menyediakan sumber pendidikan berbentuk
teks yang diperkayakan dengan unsur-unsur
lain seperti grafik, animasi atau audio
visual.
Kaedah pendidikan melalui Internet ini
memerlukan penglibatan aktif para
penggunanya di samping mengetengahkan
konsep interaktif. Konsep tersebut bukan
sahaja sesuai menyampaikan sumber-sumber
maklumat berbentuk pendidikan, malah
sesuai digunakan untuk menyampaikan
program latihan dan perkhidmatan
pendidikan dalam talian.
Program-program pendidikan dan latihan
secara interaktif menerusi Internet sama
ada yang dikendalikan oleh pihak sekolah
atau institusi pengajian tinggi dan pihak
berkuasa pendidikan memerlukan
penglibatan secara langsung di antara pihak
penerima dan penyampainya. Sebagai
contoh mengakseskan nota-nota kuliah,
menghantar dan menyemak tugasan boleh
dilakukan menerusi talian.
Pembelajaran ini dikatakan lebih
memanfaatkan pelajar kerana walau apapun
kaedah pengajaran yang dipilih,
penglibatan pelajar secara aktif perlulah
diberi keutamaan. Penglibatan secara aktif
oleh pelajar dalam mengakseskan bahan-
bahan yang diperlu dalam Internet berupaya
memupuk dan memperkembangkan
kemahiran berfikir dan kreativiti di kalangan
pelajar (Rashidi dan Abdul Razak 1997).
iii.) E-Tuisyen
Jika proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah sebelum ini hanya berkisar antara
guru dan pelajar, kini Internet tidak
ketinggalan turut dimanfaatkan sebagai alat
bantu mengajar yang berkesan dan selari
dengan kemajuan teknologi semasa.
Bukti kepentingan Internet
dalam Pendidikan
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh sebuah
pertubuhan di Amerika Syarikat, CAST telah
mendapati pelajar yang mencapai Internet
mampu menghasilkan projek sekolah yang
lebih baik berbanding dengan para pelajar
yang tidak memiliki Internet (Jamaludin
Badusah et al. 2000). Ini membuktikan
peranan Internet dalam pendidikan adalah
sangat besar.
Sesungguhnya, Internet berupaya
mengangkat kemampuan dan
kecemerlangan para pelajar dalam
pelajaran dan pembelajaran pelajar di
Malaysia. Sehubungan itu, pendekatan
Sekolah Bestari yang digubal dan
Persekitaran Pembelajaran Bestari sebagai
susulan daripadanya ditujukan khusus
kepada pelajar-pelajar.
Program yang digubal oleh Kementerian
Pendidikan dengan kerjasama pihak
pengamal dan penggalak seperti MIMOS ini
bertujuan untuk
menggalakkan pembelajaran dengan
Internet yang memerupakan pembelajaran
sepanjang hayat. Galakkan ini diharapkan
menjadi dasar ke arah melahirkan manusia
yang cekap dalam menerima ilmu
melalui penggunaan Internet
RUMUSAN
Berdasarkan kepada perkembangan semasa,
kemudahan Internet di peringkat sekolah di
negara ini masih lagi terdapat banyak
kekangan. Walaupun demikian persekitaran
sekolah dijangka memberikan suasana yang
sesuai dalam usaha mengintegrasi teknologi
maklumat dalam budaya masyarakat kita.
Sekiranya kemudahan Internet ingin
dieksploitasikan sepenuhnya sewajarnya
pihak yang berkenaan memberikan latihan
yang mencukupi kepada golongan guru dan
pelajar.
Pendidikan adalah isu global yang perlu
diberi perhatian untuk membawa Malaysia
ke arah pencapaian yang lebih cemerlang.
Untuk membekalkan kualiti pendidikan yang
bertaraf antarabangsa demi melahirkan
generasi baru yang bersifat inovasi,
berfikiran saintifik serta berupaya
berinteraksi secara efektif melalui
teknologi-teknologi terbaru, khususnya
Internet, sekolah-sekolah dan institusi
pengajian tinggi perlu sentiasa bertindak
balas positif terhadap pembangunan
teknologi.
Keperluan kepada penggunaan teknologi
pendidikan berasaskan internet jelas
menggambarkan betapa pentingnya
pembelajaran elektronik dalam pendidikan
kerana hal ni berperanan untuk
mentranformasikan Malaysia
menjadi negara maju yang berorientasikan
teknologi maklumat dan komunikasi.
SERIBU PENGHARGAAN
PM Dr. Ahmad Jelani
Sekian, Semua kawan-kawan
Terima
Kasih

You might also like