You are on page 1of 7

Pajeri Nenas

kak liza mmg suka masakan kampung tapi oleh sebab nak kurangkan penggunaan 
santan so hanya buat sekali sekala jer.... 

Pajeri Nenas 

Bahan-Bahan: 
1 biji nenas [potong kecil] 
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa] 
1 inci halia ] 
5 ulas bawang merah ] tumbuk 
2 ulas bawang putih ] 
1 sudu besar udang kering [tumbuk] 
1 inci cm kulit kayu manis 
6 sudu besar rempah kari daging[bancuh ngan air] 
4 sudu besar minyak 
2 sudu besar gula merah/putih 
2 sudu besar kerisik 
Garam secukup rasa 

Cara: 
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu 
manis dan rempah kari yang digaul dengan air. 
2. Masukkan kerisik dan nenas. Kacau supaya rempah tidak melekat pada 
periuk. 
3. Masukkan santan dan garam serta gula merah/pasir. 
4. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak. 

Tambahan: 
Selain daripada nanas, terung panjang, terung peparu, mangga atau buah 
kedondong juga boleh digunakan untuk masakan pajeri. 

Posted at 04:32 pm by hanieliza


Comment (1)   Permalink
Puding Buah sos Oren/Mangga

Bahan-Bahan: 
Bahan puding: 
1 peket agar-agar 
5 gelas air 
1 tin cocktail buah [asingkan air dan buahnya] 
1 tin susu cair 
1 cawan gula 
1 cawan tepung jagung 

Cara; 
1. Masak agar-agar sehingga hancur. Tapiskan. 
2. Masukkan susu cair, air buah dalam tin & gula. 
3. Bancuhkan tepung jagung dengan sikit air dan masukkan dalam adunan agar. 
4. Susun cocktail buah ke dalam acuan. 
5. Apabila agar-agar sudah masak, tuangkan kedalam acuan yang mengandungi 
buah-buahan cocktail tadi. 
6. Biarkan sejuk dan simpan ke dalam peti sejuk. 

Bahan untuk sos Oren/Mangga 


3 biji buah oren sunkis atau mangga masak 
3 cawan yogurt perasa oren atau mangga 
1 liter jus oren atau mangga [dalam kotak] 

Cara: 
1. Buangkan kulit oren atau mangga dan potong kecil. 
2. Masukkan semua bahan dlam blender dan mesinkan. 
3. Masukkan dalam mangkuk dan sejukan. 
4. Bila nak menghidangkan..keluarkan puding dan masukkan dalam mangkuk yg 
berisi sos ini. 

Posted at 04:31 pm by hanieliza


Make a comment   Permalink
Rendang Ayam Minang
Bahan-Bahan: 

1 ekor ayam [buangkan kulit,potong kecil dan bersihkan] 


5 helai daun kunyit [mayang halus] 
2 batang serai [ketuk] 
2 ulas bawang putih [ketuk[ 
1/2 cawan minyak 
2 cawan santan pekat 
2 s/besar kerisik 
1 s/besar gula 
garam 

Bahan-Bahan dimesinkan 
15 tangkai cili kering + ciliapi mengikut kepedasan sendiri 
3 biji bawang besar 
10 biji bawang merah 
4 biji bawang putih dikisar 
1 inci halia halus 
1 inci lengkuas 
1 inci kunyit hidup 
4 batang serai 

Cara: 
1. Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bawang putih yg diketukkan. 
2. Masukkan bahan mesin dan biarkan sehingga wangi dan naik minyak. 
3. Masukkan ayam dan kacau rata. Biarkan ayam masak sebentar. 
4. Masukkan santan, garam dan biarkan mendidih dan agak pekat 
5. Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit. 
6. Biarkan sehingga naik minyak. 
7. Boleh dihifdangkan dengan nasi atau pulut atau roti saja..

Posted at 04:29 pm by hanieliza


Make a comment   Permalink
Spagetti Goreng Pedas
selalunya kita dijamukan spagetti sebagai Italian Food..
tapi biasalah kalau dah Melayu tu sure nak yg pedas.. 

Spagetti Goreng Pedas 

Bahan-Bahan: 
1 paket spagetti 
1 cawan daging cincang 
1 mangkuk cendawan butang - dipotong 4 
2 biji tomato - dipotong dadu 
4 ulas bawang putih - di cincang 
2 labu bawang besar dipotong dadu 
3 sudu besar cili kisar 
1 sudu kecil tomato puri 
2 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar 
1 botol besar sos spagetti (original) 
daun aregano 
daun bawang - hiriskan 

Cara: 
1.Rebuskan spagetti + sikit garam sehingga lembut. Toskan dan gaulkan dgn 
sikit minyak. 
2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar & putih dalam kuali hingga naik 
bau. 
3. Masukkan cili kisar, tomato puri dan goreng hingga cili masak. 
4. Masukkan daging kisar, cendawan butang, tomato. Gaulkan rata. 
5. Masukkan lada hitam & garam dan gaul rata. Biar atas api perlahan selama 
2 minit. 
6. Masukkan serbuh aregano & hirisan daun bawang dan angkat untuk 
dihidangkan. 

Posted at 04:26 pm by hanieliza


Comment (1)   Permalink

Monday, August 23, 2004


Gulai Kurma Telur
GULAI KURMA TELUR

BAHAN
6 biji telur rebus [buangkan kulit]
2 s/b rempah kurma
5 ulas bawang merah ]
2 ulas baeang putih   ]  tumbuk
1 inci halia                ]
2 mangkuk santan
2 biji kentang [potong kecil]
3 biji cili hijau
2 biji tomato buah [belah 4]
2 labu bawang besar [belah 4]
minyak
garam

Cara:
1. Bancuhkan rempah kurma dengan bahan tumbuk. Panaskan minyak.
2. Tumis  rempah sehingga wangi dan naik minyak. 
3. Masukkan santan dan biarkan mendideh.
4. Masukkan kentang dan telur rebus.
5. Bila mendideh masukkan garam dan semua bahan lain dan biarkan sehingga 
mendideh dan pekat.
6. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.

Posted at 11:33 am by hanieliza


Make a comment   Permalink

Masak Lemak Ciliapi Telur


Bahan-Bahan: 
6 biji telur itik 
1 mangkuk pati santan 
1 mangkuk santan cair
1 batang serai - dititik 
10 biji belimbing - di belah 2
daun kunyit- dikoyakkan sikit

Bahan tumbuk: 
10 biji cili api 
4 ulas bawang merah 
kunyit hidup
Sedikit air 
Garam 

Cara: 
1. Masukkan bahan tumbuk, santan cair, serbuk kunyit & serai ke dalam periuk. 
2. Reneh atas api perlahan sehingga mendideh.
3. Masukkan sedikit air agar kuah tidak terlalu pekat. 
4. Pecahkan telur itik ke dalam periuk satu persatu - jangan sampai kuning telur 
pecah. 
5. Masukkan  garam, daun kunyit dan belimbing. Kacau dengan perlahan jangan 
sampai pecah minyak. 
6. Hidangkan dengan nasi putih.

Posted at 11:32 am by hanieliza


Make a comment   Permalink
Jemput-jemput Nestum
CEKUDUK/JEMPUT-JEMPUT NESTUM 
bahan
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan nestum
1/2 cawan ikan bilis [dibersihkan dan tumbuk]
1/2  cawan carrot parut
1 labu bawang besar [cincang]
1 biji telur
1 pkok daun bawang [potong pendek]
2 biji cili merah [cincang]
garam
air secukupnya
minyak untuk goreng

cara:
1. Bancuhkan semua bahan [jangan terlalu keras] dan panaskan minyak.
2. Bila minyak dah panas..sudukan dan goreng sehingga garing.
3. Angkat kueh dan toskan minyak.
4. Potong kecil kueh dan hidangkan bersama cili sos.

Nota: Sesuai untuk makan pagi atau petang..malam pun okey jugak..

Posted at 11:31 am by hanieliza


Make a comment   Permalink

Thursday, August 19, 2004


KEROPOK LEKOR

   

KEROPOK LEKOR 

500 gm ikan selayang/parang 


500 gm tepung sagu 
garam secukupnya 
sedikit kiub ais 

Cara; 
1. Ambil isi ikan, buangkan tulangnya. 
2. Tumbuk atau blend halus isi ikan sambil dibubuh garam. 
3. Campur juga sedikit kiub ais semasa melakukan proses ini. 
4. Kemudian bubuh tepung sagu secukupnya sambil diuli menjadi doh yang 
kenyal [kental]. 
5. Ambil sebuku kecil adunan ini dan kepalkan. 
6. Gelekkan supaya menjadi saperti sebatang kayu. 
7. Jerang air hingga men-didih dan masukkan keropok ke dalamnya. 
8. Bila keropok timbul, angkat dan sejatkan di dalam penapis. 
8. Biar sejuk sebelum dipotong pendek dan digoreng di dalam minyak panas. 

cili sos versi kak liza.. 

1 kg cili mesin [yg dijual kat kedai] 


1 kg gula pasir 
1 botol besar cuka [Tganu punya] 

masakkan sampai gula tu hancur dan mendideh sekejap.. 

kak liza tak masukkan asam jawa sbb saasam jawa tu tentu diperahkan dgn air..ini akan membuat cili sos tu nanti
bercendawan..tak boleh tahan lama.. 

cili ni boleh dimakan ngan keropok lekor..keropok keping..

Posted at 10:44 pm by hanieliza


Comments (7)   Permalink

You might also like