You are on page 1of 3

2.

PENGENALAN KEPADA ISO 9000

ISO 9000 merupakan Standard Kualiti yang sangat popular di seluruh dunia. Ia
merupakan standard antarabangsa yang mengandungi keperluan asas untuk sistem pengurusan
kualiti. Ribuan organisasi telah menggunakan standard ini dan dijangkakan akan banyak lagi
organisasi yang akan mengamalkannya termasuk Perkhidmatan Awam Negara Brunei
Darussalam.

Definisi kualiti di bawah MS ISO 9000 merujuk kepada keseluruhan ciri-ciri sesuatu
entiti (produk dan perkhidmatan) yang dapat memenuhi kehendak pelanggan yang dinyatakan
dan yang tersirat manakala pengurusan kualiti berkaitan dengan struktur organisasi,
tanggungjawab, prosedur-prosedur, proses-proses dan sumber-sumber bagi melaksanakan
pengurusan kualiti.

ISO 9000 dibangunkah oleh ISO (International Organisation Of Standardation) badan


standard antarabangsa yang beribu pejabat di Geneva, Switzerland. ISO ini sesuai digunakan
oleh semua jenis organisasi sama ada swasta atau pun kerajaan, memberikan perkhidmatan atau
mengeluarkan produk, ia boleh membantu sesuatu organisasi itu menetapkan standard kualiti
yang diiktiraf dan dihormati oleh seluruh dunia.

ISO mula ditubuhkan di Switzerland pada tahun 1947. Keahliannya sekarang telah lebih
dari 90 buah negara dari seluruh dunia. Cetakan pertama mengenai Keterjaminan Kualiti ialah
pada tahun 1987 dan diperbaharui pada tahun 1994. Standard Kualiti ini kemudiannya
dinamakan "Standard ISO 9000". Tujuan utama ialah untuk memudahkan perdagangan
antarabangsa melalui menyediakan satu set standard yang boleh diakui dan dihormati oleh
seluruh dunia.

Sistem ISO ini berupaya meningkatkan operasi secara berterusan dan secara tidak
lansung menepati keperluan dan harapan pelanggan. Sistem ini dikenalpasti melalui
pengiktirafan yang menggunakan asas perlaksanaan TQM ( Total Quality Management). Ianya
mengutamakan pencegahan yang berasaskan prinsip kualiti yang memfokuskan kepada apa yang
perlu dilakukan dan bukan bagaimana hendak melakukan.

Pengiktirafan sesuatu organisasi mengambarkan kemampuan syarikat tersebut untuk


konsisten dalam memberi produk atau perkhidmatan yang menepati keperluan pelanggan.
Keperluan sistem ini bermatlamat untuk mencapai kepuasan pelanggan melalui aplikasi sistem
kualiti, peningkatan berterusan dan pencegahan kerosakan.

Melalui persijilan ini, sesebuah organisasi akan mendapat banyak faedah seperti
mengurangkan tindakan pembetulan, pengenalpastian tugas-tugas yang patut dijalankan serta
memperincikan langkah-langkah yang perlu diambil. Selain itu organisasi tersebut dapat
menyediakan kaedah dokumentasi secara tersusun melalui amalan-amalan pengurusan dan cara
bekerja dan secara tidak lansung akan memberi kepuasan kepada para pelanggan.

Standard ISO ini mempunyai jenis-jenisnya tersendiri seperti


1. ISO 9000 - Pelbagai Siri Standard Antarabangsa (International) seperti: ISO 9001, 9002,
9003 mengenai Kualiti Pengurusan dan Keterjaminan.
2. ISO 9004 adalah mengenai Kualiti Pengurusan dan Kualiti Perkembangan Sistem
3. ISO 10011 - mengenai Standard Pengauditan
4. ISO 10012 - mengenai Keterjaminan Peralatan mengikut kehendak ISO.
5. ISO 10013 - mengenai Pembentukan Manual Kualiti
6. ISO 14000 - mengenai Standard Alam Sekitar (Environmental)
Kesimpulan

Melalui persijilan ini, semua pihak mendapat manfaat dan faedah dan secara tidak
lansung memberikan kemudahan kepada pelanggan untuk memilih produk ataupun jenis-jenis
perkhidmatan yang mereka inginkan. Ia adalah satu mekanisme untuk mengukur dan mengkaji
kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki dan mematuhi prosedur yang ditetapkan.

You might also like