You are on page 1of 2

JENIS PENCEMARAN

Melalui pemerhatian dan daripada edaran boring soal selidik, saya mendapati bahawa
antara jenis pencemaran yang erlaku di Kuala Sungai Baru, Melaka ialah pencemaran air da
pencemaran udara.

Kuala Sungai Baru, Melaka adalah merupakan sebuah kawasan yang berdekatan dengan
sungai dan laut. Oleh yang demikian, pencemaran air boleh berlaku di kawasan ini. Pencemaran
air berlaku adalah disebabkan sikap dan aktiviti manusia yang suka membuang sampah-sarap di
dalamlaut dan sungai. Selain daripada itu, aktiviti penternakan binatang juga menyebabkan
berlakunya pencemaran air, pembuangan najis binatang ternakan ke sungai yang berdekatan
menyebabkan air tercemar dan secara tidak langsung menyebabkan hidupan akuatik semakin
berkurangan.

Pencemaran udara juga berlaku di kawasan ini dengan berlakunya peningkatan


penggunaan kenderaan bermotor serta pembakaran sampah secara terbuka oleh penduduk-
penduduk yang tinggal di kawasan ini. Asap-asap dari kenderaan terutamanya bas –bas awam
secara tidak langsung menyumbangkan kepada pencemaran udara. Sikap penduduk itu sendiri
juga yang mengambil langkah mudah dengan membakar sampah terutamanya bahan sisa PVC
atau plastik seperti pembungkus plastik menyebabkan pencemaran udara kerana pembakaran
plastik menyebabkan perlepasan gas beracun seperti sulfurik dioksida.

Oleh yang sedemikian, kita sebagai seorang manusia seharusnya lebih prihatin dan
bertanggungjawab untuk mengurangkan pemasalahan pencemaran ini untuk melindungi alam
sekitar.

9
Berdasarkan data-data yang saya perolehi daripada responden, antara punca-punca
pencemaran air yang berlaku di Kuala Sungai Baru, Melaka adalah disebabkan oleh pembuangan
sisa ternakan dan pembuangan sampah. Di sebuah kawasan di Kuala Sungai Baru, Melaka
terdapat aktiviti penternakan giat dijalankan. Disebabkan dengan adanya aktiviti ini, sisa-sisa
ternakan dibuang ke dalam sungai dan ianya mengalir terus ke laut. Ini akan menyebabkan air
sungai dan laut menjadi kotor dan hidupan air akan mati. Pembuangan yang tidak
bertanggungjawab menyebabkan pencemaran terus berlaku. Kita seharusnya bersyukur dengan
segala nikmat yang diberikan supaya sumber yang ada akan kekal berterusan.

Bagi pencemaran udara pula, antara punca-punca yang menyebabkan pencemaran ini
berlaku di kawasan kajian ialah pembakaran terbuka, penggunaan CFC dan pelepasan asap
kenderaan. Kuala Sungai Baru adalah merupakan sebuah kawasan luar bandar, kebanyakan
penduduk sekitarnya membakar sampah secara terbuka. Perbuatan ini akan menyumbang kepada
berlakunya jerebu jika ianya berlaku secara berterusan. Penggunaan CFC juga salah satu punca
berlakunya pencemaran udara. CFC banyak digunakan di dalam alat-alat elektrik seperti
penyaman udara, peti ais, pengguna aerosol dan sebagainya. Penggunaan secara berterusan akan
menyebabkan berlakunya penipisan lapisan ozon. Punca seterusnya ialah pelepasan asap
kenderaan bermotor. Di mana asap-asap yang dilepaskan oleh kenderaan mengandungi gas-gas
yang beracun dan akan menjejaskan kualiti udara.

13

You might also like