You are on page 1of 37

Kuliah 8 dan 9

PEMBANGUNAN
POLITIK DALAM
KONTEKS HUBUNGAN
ETNIK

1
Pendahuluan
Malaysia mempunyai penduduk berbilang kaum dengan
latar belakang sejarah, keturunan, budaya, agama dan
kepercayaan serta cara hidup dan nilai hidup yang
berbeza.
Dasar penjajah British telah menggalakkan kemasukan
imigran asing (dari China dan India) ke Malaysia pada
abad ke-19 dan awal abad ke-20 untuk mengembangkan
sistem ekonomi penjajah.
Orang Cina digalakkan datang kerana keperluan sebagai
tenaga buruh di sektor perlombongan bijih timah.
Orang India sebagai sumber tenaga buruh dalam sektor
perladangan.
2
Kedua-dua sektor ekonomi (perlombongan &
perladangan) adalah tulang belakang ekonomi
British di negara ini.
Kehadiran imigran asing telah melahirkan
masyarakat berbilang kaum di Malaysia; setiap
kaum dipisahkan dengan kegiatan ekonomi,
tempat tinggal dan sistem persekolahan yang
berbeza.
Kepelbagaian etnik di Malaysia telah
mempengaruhi dan mencorakkan
pembangunan politik di negara ini.
3
Daripada lahirnya kesedaran politik di
kalangan penduduk yang mempunyai
haluan berbeza antara satu kaum dengan
lain sehingga wujudnya parti-parti politik
bercorak perkauman.
Kemudiannya berkembang ke arah
penyatuan politik antara etnik di Malaysia.

4
Perkembangan Politik Kepartian
Melayu, Cina & India
Sebelum penubuhan parti-parti politik,
kesedaran politik di kalangan penduduk
berbilang kaum telah lahir.
Di kalangan orang Melayu, telah bermula
kesedaran berteraskan keagamaan, kemudian
berkembang kepada pembentukan persatuan
kenegerian dan seterusnya pertubuhan bercorak
politik sebelum penubuhan parti politik.
Kesedaran politik orang Cina dan orang India
berteraskan kepada pergolakan politik di negara
China & India sebelum lahirnya parti politik kaum
itu sendiri di Tanah Melayu.
5
Kesedaran Kebangsaan & Politik
Orang Melayu
Kesedaran kebangsaan di kalangan orang Melayu
dapat dikesan sejak zaman Kesultanan Melaka, apabila
bermulanya penjajahan Portugis ke atas Melaka pada
tahun 1511.
Telah berlaku penentangan penduduk & pemimpin
tempatan terhadap penjajahan & perjuangan untuk
mempertahankan bangsa & kerajaan.
Perjuangan penduduk & pemimpin tempatan diteruskan
untuk menentang penjajah British pada tahun-tahun
berikutnya di negeri-negeri Melayu.

6
Pada awal abad ke-20, telah lahir kesedaran berteraskan
agama di kalangan orang Melayu.
Kesedaran itu wujud hasil daripada pengaruh gerakan
islah di Asia Barat terhadap sekumpulan ulama dari
Tanah Melayu.
Mereka ini dikenali sebagai Kaum Muda dalam
masyarakat Melayu.

7
Golongan ini bukan sahaja mengajar di rumah, surau &
masjid, tetapi juga mendirikan sekolah agama yang
dikenali sebagai madrasah.
Antaranya:
– Madrasah al-Iqbal al-Islamiyah di Singapura pada
tahun 1908
– Madrasah al-Hadi di Melaka pada tahun 1917
– Madrasah al-Masyur di Pulau Pinang.
• Madrasah ini telah berjaya melahirkan tokoh politik
Melayu yang penting seperti Dr. Burhanuddin al-Helmi.

8
Sehingga tahun 1930 belum wujud
sebuah pertubuhan yang dapat
memperjuangkan kepentingan politik
orang Melayu.
Yang wujud hanya pertubuhan dan
persatuan yang bertujuan melahirkan
kesedaran orang Melayu supaya
memajukan diri mereka dalam aspek
sosioekonomi.
9
Antaranya Kesatuan Melayu Singapura
(KMS) ditubuhkan pada 14 Mei 1926
oleh sebilangan orang Melayu Singapura
yang berpelajaran Inggeris.
Perjuangan utama KMS adalah untuk
memperbaiki kedudukan sosioekonomi
orang Melayu & memupuk
kecenderungan mereka dalam bidang
politik.
10
Perjuangan politik yang jelas di kalangan
orang Melayu berlaku pada akhir tahun
1930-an.
Pada Mei 1937, golongan nasionalis yang
berpendidikan Melayu & dipengaruhi oleh
gerakan nasionalis Indonesia telah
menubuhkan parti politik iaitu Kesatuan
Melayu Muda (KMM) di Kuala Lumpur
yang dipimpin oleh Ibrahim bin Haji
Yaakob.
Pertubuhan ini didaftarkan sebagai satu
pertubuhan yang sah pada Ogos 1938.
11
• KMM adalah pertubuhan politik Melayu
yang pertama di Tanah Melayu.
• Penubuhannya adalah hasil kesedaran
sekumpulan nasionalis Melayu tentang
perlunya penyatuan di kalangan orang
Melayu.
• Warta Malaya telah menjadi lidah
perjuangan KMM.
12
Kesedaran Dan Kegiatan Politik
Orang Cina
Berbeza dengan orang Melayu, kegiatan politik
orang Cina dan India di Tanah Melayu
berdasarkan kepada peristiwa politik di negara
asal mereka, China dan India.
Ini kerana kedatangan mereka ke Tanah Melayu
pada awalnya hanyalah untuk mencari kekayaan
sebelum kembali ke negara asal mereka.
Budaya berpersatuan telah diamalkan oleh
orang Cina sejak di China.

13
Penghijrahan mereka ke Tanah Melayu
turut membawa bersama pertubuhan atau
persatuan sulit bagi tujuan melindungi
kepentingan ahli kumpulan ketika berada
di sini.
Kewujudan kongsi gelap Hai San dan
Ghee Hin di kawasan lombong di negeri-
negeri pantai barat seperti di Perak dan
Selangor merupakan bukti jelas wujudnya
kesedaran mereka untuk berpersatuan.

14
Kesedaran Dan Kegiatan Politik Orang
India
Secara umumnya, sebelum Perang Dunia
Kedua, masyarakat India boleh dikatakan tidak
aktif dalam politik.
Ini disebabkan kebanyakan mereka di ladang-
ladang yang jauh dari arus pembangunan.
Keadaan ini menyekat mereka daripada
memahami perubahan politik di India mahupun
Tanah Melayu.

15
Terdapat sekumpulan kecil orang India
yang tinggal di kawasan bandar sudah
mempunyai kesedaran politik.
Mereka terdiri daripada golongan peniaga
dan profesional.
Mereka lebih cenderung kepada politik
negara India dan kegiatan politik golongan
ini dipengaruhi oleh pergolakan politik di
India.
16
Penubuhan Parti Politik Melayu, Cina
Dan India

• United Malays National Organisation (UMNO)


ditubuhkan oleh orang Melayu kesan daripada
bantahan terhadap rancangan Malayan Union
yang diperkenalkan oleh British pada tahun
1946.
• Antara 1 - 4 Mac 1946, 41 pertubuhan Melayu
dari pelbagai bahagian Tanah Melayu dan
Singapura berhimpun di Kelab Selangor, Kuala
Lumpur, untuk membantah perlembagaan
Malayan Union.

17
• Pada 11 Mei 1946, persetujuan dicapai
untuk membentuk UMNO atau
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(PEKEMBAR).
• Kelahiran UMNO adalah hasil cetusan
semangat kebangsaan orang Melayu
dalam memperjuangkan kepentingan dan
hak-hak mereka di bawah Rancangan
Malayan Union.

18
• Melihat kepada perkembangan politik di Tanah
Melayu, orang Cina menubuhkan parti mereka.
• Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA)
dimulakan pada satu majlis makan malam di
rumah Yong Shook Lin pada 15 Disember 1948.
• Pada peringkat awal, MCA lebih menumpukan
perhatian kepada kerja-kerja sosial dalam
membantu orang Cina menghadapi zaman
Darurat di Tanah Melayu.

19
• Orang India menubuhkan Malayan Indian
Congress (MIC) pada Ogos 1946.
• MIC diketuai oleh John A. Thivy (1946-
1947).
• Penubuhannya bertujuan untuk
membantu dan memperjuangkan
kepentingan politik, ekonomi dan sosial
orang India di Tanah Melayu.
20
• UMNO berjaya mencapai kesepakatan dengan
Malayan Chinese Association (MCA) dalam
membentuk Perikatan UMNO-MCA dalam menghadapi
persaingan politik di Tanah Melayu.
• Kerjasama itu kemudian diperkukuhkan dengan
penyertaan Malayan Indian Congress (MIC) pada tahun
1954 dan membentuk Perikatan UMNO-MCA-MIC.
• Perikatan telah berjaya dalam pilihanraya & dapat
mengukuhkan kedudukannya ke arah memperjuangkan
berkerajaan sendiri dan kemerdekaan bagi Tanah
Melayu.

21
• Kemenangan Perikatan UMNO-MCA-MIC
menunjukkan aliran politik yang bukan bercorak
perkauman mula diterima oleh penduduk Tanah
Melayu.
• Kemenangan ini membuka jalan yang lebih luas bagi
Perikatan untuk memperjuangkan kemerdekaan
Tanah Melayu daripada pemerintahan British.
• Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan
pada 31 Ogos 1957.
• Pencapaian ini menunjukkan telah mula wujud
kompromi dalam perkembangan nasionalisme dan
hubungan etnik di Tanah Melayu.
22
Kesedaran Nasionalisme dan Politik
Sebelum Tahun 1959
• Kesedaran nasionalisme di kalangan
masyarakat Sarawak mula muncul di
sekitar tahun 1930-an. Gerakan
nasionalisme etnik Melayu pada tahun
1930-an adalah diketuai oleh Rakawi
Yusof. Beliau menerbitkan akhbar Fajar
Sarawak (akhbar Jawi) pada tahun 1930.

23
• 4 Jun 1959 persetujuan telah dicapai
untuk menubuhkan sebuah parti yang
dikenali Sarawak United People’s Party
(SUPP).
• SUPP menjadi pelopor kepada politik
berparti di Sarawak.

24
• Orang Melayu menubuhkan Parti Negara
Sarawak (PANAS) dan Barisan Rakyat
Jati Sarawak (BARJASA); kaum Dayak
pula menubuhkan Sarawak National Party
(SNAP) dan Parti Pesaka Anak Sarawak
(PESAKA).

25
• PANAS adalah parti politik kedua yang dibentuk
di Sarawak selepas SUPP. PANAS ditubuhkan
secara rasmi pada 9 April 1960.
• Penubuhan PANAS mendapat galakan daripada
kerajaan kolonial untuk mencabar SUPP.
• SNAP merupakan parti politik yang ketiga
ditubuhkan di Sarawak dan adalah parti kaum
Dayak yang pertama.

26
Pembentukan Parti Perikatan Sarawak
dan Pilihanraya Umum 1963
• Untuk menguatkan perpaduan parti pro-
Malaysia, kelima-lima parti pro-Malaysia,
iaitu PANAS, BARJASA, SNAP, PESAKA
dan SCA membentuk satu pakatan yang
dikenali sebagai Barisan Bersatu Sarawak
(Sarawak United Front/SUF) pada 22
Oktober 1962

27
• SUF kemudiannya telah ditukarkan kepada Parti
Perikatan Sarawak (Sarawak Alliance
Party/SAP).
• Ahli jawatankuasa SAP terdiri daripada
Temenggung Jugah (PESAKA), Pengarah
Montegrai (PESAKA), Dato Tuanku Haji Bujang
(BARJASA), William Tan (SCA), Leong Ho Yuen
(PANAS), Stephen Kalong Ningkan (SNAP),
Ling Beng Siong (SCA) dan K.K. Menon
(SNAP).
28
• Pembentukan SAP menandakan satu
peringkat perkembangan penting dalam
politik Sarawak.
• SAP amat perlu dalam sebuah
masyarakat yang berbilang kaum seperti
Sarawak demi mencapai keharmonian
dan kesefahaman di antara kaum-kaum
utama di Sarawak.

29
Perkembangan Politik di Sabah

• Politik berparti di Sabah bermula dengan


agak lewat, iaitu pada tahun 1961 setelah
pengumuman gagasan Malaysia oleh
Tunku Abdul Rahman.

30
Kesedaran Politik Sebelum
Tahun 1961
• Parti politik pertama yang dibentuk di
Sabah ialah United National Kadazan
Organization (UNKO).
• UNKO adalah parti politik suku Kadazan
yang berpusat di pantai barat Sabah. Ia
ditubuhkan pada Ogos 1961 dan
dipengerusikan oleh Donald Stephens.

31
• USNO dibentuk pada 23 Disember 1961,
iaitu empat bulan selepas penubuhan
UNKO.
• Ia dipimpin oleh Datu Mustapha bin Datu
Harun (Pengerusi), Mohd Said bin Kemak,
Mohd Yassin bin Hj. Hashim, Sakaran bin
Dandai dan ketua-ketua suku Suluk, Bajau
dan Melayu-Brunei.

32
• Orang Murut berasa bimbang bahawa
kemungkinan mereka akan ketinggalan dalam
arus perubahan yang pesat di Sabah
berbanding dengan orang Kadazan dan Melayu
Muslim.
• Oleh itu, G. S. Sundang keluar dari UNKO dan
menubuhkan United National Pasok Momogun
Organization (Pasok Momogun) pada 4 Januari
1962 bersama dengan Orang Kaya-Kaya
Sedomon.
33
• Orang Cina telah menubuhkan parti politik
mereka pada tahun 1962. North Borneo
Democratic Party (NBDP) dibentuk di Kota
Kinabalu yang dipimpin oleh Peter Chin
dan United Party (UP) di Sandakan dan
diketuai oleh Khoo Siak Chiew.

34
• Komuniti India juga menubuhkan
pertubuhan politik mereka supaya
komuniti ini tidak diabaikan dalam arus
perkembangan politik di Sabah.
• Pertubuhan yang dibentuk adalah North
Borneo Indian Congress (NBIC) pada 14
Oktober 1962

35
• Pada Oktober 1961, kerajaan British mengumumkan
pilihanraya pertama bagi Sabah akan diadakan secepat
mungkin untuk menyediakan penduduk Sabah ke arah
berkerajaan sendiri.
• Dengan itu, parti-parti politik di Sabah akhirnya
mencapai persetujuan untuk bergabung membentuk
satu pakatan bersama.
• Parti UNKO bergabung dengan USNO pada Ogos 1962
untuk membentuk Parti Perikatan Sabah. BUNAP
menyertai Parti Perikatan Sabah pada Oktober 1962,
manakala Pasok Momogun dan SIC pada November
1962.

36
Kesimpulan
• Senario pembangunan politik di Malaysia dapat
dilihat bermula daripada lahirnya kesedaran
berpolitik dan gerakan nasionalisme di kalangan
berbagai etnik di Malaysia dan berkembang
kepada penubuhan parti politik bercorak
perkauman sehingga kepada penggabungan
parti politik pro-kerajaan untuk memperjuangkan
berkerajaan sendiri dan kemerdekaan.
• Kerjasama antara etnik utama tersebut akhirnya
membawa kepada pembentukan Malaysia pada
16 September 1963.

37

You might also like