P. 1
pantun

pantun

4.0

|Views: 2,383|Likes:
Published by Firda
falsafah dan logika melayu
pantun
Siti Salmeah Binte Ameer
falsafah dan logika melayu
pantun
Siti Salmeah Binte Ameer

More info:

Published by: Firda on Sep 03, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

FALSAFAH & LOGIKA MELAYU (JXEA 1104

)
Tajuk Tugasan: Falsafah dan pemikiran masyarakat Melayu dalam Pantun khususnya Pantun Adat, Pantun Kiasan dan Sindiran, Pantun Nasihat.

Nama: Siti Salmeah Binte Ameer No. Matrik: JEA 080717

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU 2008

Pengenalan “Ilmu falsafah ialah ilmu yang menyelidiki segala sesuatu dengan mendalam mengenai ketuhanan, alam semesta dan manusia sehingga dapat menghasilkan pengetahuan tentang bagaimana hakikatnya sejauh yang dapat dicapai akal manusia dan bagaimana sikap manusia itu seharusnya setelah mencapai pengetahuan itu” (Hasbullah Bakry, 1961). Menurut Endang Saifullah (1982) dalam rumusannya, falsafah adalah hasil daya upaya manusia dengan akal budinya untuk memahami (mendalami dan menyelami) secara radikal dan integral serta sistematik hakikat sarwa yang ada iaitu hakikat tuhan, hakikat alam semesta dan hakikat manusia serta sikap manusia yang termaksud sebagai konsekwensi. Menurut M.J Langeveld (hal 20) “falsafah dapat diertikan sebagai suatu kesatuan yang terdiri dari tiga lingkungan masalah iaitu masalah keadaan(metafizika manusia, alam dan sebagainya), masalah nilai (teori nilai, etika, estetika yang bernilai berdasarkan agama). Bertitik tolak daripada daripada pengertian falsafah dapatlah kita meninjau falsafah dan pemikiran orang Melayu hasil daripada interaksi beberapa tamadun besar dalam kebudayaan Melayu yang akhirnya menjurus kepada nilai etika dan estetika berdasarkan agama Islam. Dengan yang demikian di sini akan dianalisa pantun-pantun Melayu tradisional yang dipilih dari sudut jenis dan maknanya untuk melihat falsafah dan pemikiran masyarakat Melayu. Analisis dilakukan khusus terhadap Pantun Adat, Pantun Kiasan dan Pantun Nasihat. Pantun Za’ba menjelaskan “Pantun itukah kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal kepunyaan Melayu…kaedah karangan berangkap yang jati terpakai pada orangorang Melayu kampong bagi menggambarkan fikiran-fikiran” 2

Dari sudut aksiologinya, menurut Mohd Thani Ahmad, pantun merupakan media utama untuk melahirkan rasa hati dan keluhan jiwa. Di dalamnya tergambar alam pemikiran orang-orang Melayu yang mungkin penuh perasaan gembira, suka duka, hiba, sayu, kecewa, sindiran di samping mencerminkan sikap dan tindakan mereka dalam menghadapi kehidupan. Menurut Norazit Selat dan Zainal Abidin Borhan pantun Melayu merupakan hasil ciptaan masyarakat dan budaya. Walaupun ia dihasilakn oleh individu, persoalan hakcipta tidak pernah menjadi isu. Pantun bukan milik individu, tetapi milik kolektif seluruh masyarakat. Lantaran itu segala wawasan dan nasihat yang terkandung ditujukan kepada semua. Masyarakat dan budaya Melayu telah memainkan peranan dari segi orientasi nilainya untuk menjadikan manusia Melayu seorang yang beradab, tertib dan beradat. Tertib, beradab, beradat, sopan, berbahasa adalah di antara ciri atau sifat dari kehalusan. Kehalusan yang lahir dari tempaan adat Melayu. Dari sudut pandangan idealisme, manusia yang budiman mengikut konteks Melayu adalah manusia yang kenal akan dirinya, yang tahu menjaga diri dan yang memiliki kekuatan diri . Pelbagai pantun telah dicipta oleh masyarakat Melayu yang menjadi bahan turun temurun dan disampaikan dari mulut ke mulut. Dalam kumpulan pantun yang ada menurut buku ‘Kurik Kundi Merah Saga’, ada sebelas jenis pantun iaitu Pantun Kasih Sayang, Pantun Adat, Pantun Nasihat, Pantun Perantauan, Pantun Kiasan, Pantun Peribahasa, Pantun Budi, Pantun Agama, Pantun Kepahlawanan, Pantun Perniagaan dan Pantun Jenaka. Pantun Adat Menurut kamus dewan edisi ke empat, adat merupakan peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun (sejak dahulukala), di dalam sesuatu masyarakat (sehingga 3

merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi). Adat juga merupakan cara yang sudah menjadi kebiasaan. Berdasarkan pantun rujukan 11, ia jelas menggambarkan perihal orang Melayu yang berpeganag kuat pada adat. Oleh demekian adat ini dipelihara, dipatuhi dan dijaga oleh masyarakat Melayu itu sendiri lantas merupakan satu kebiasaan dalam kehidupan masyarakat Melayu. Teguhnya masyarakat Melayu terhadap pegangannya kepada adat, ia tetap dipelihara walaupun timbul sesuatu perubahan budaya dalam masyarakat tersebut akibat pengaruh dari anasir-anasir dari luar seperti dalam pantun rujukan 2. Berdasarkan pantun rujukan 3 ini jelas kita lihat permuafakatan antara ahli masyarakat Melayu yang sungguh dititikberatkan dan juga menjadi resam masyarakat. Pantun ini juga memaparkan prinsip gotong royong iaitu kerjasama dan persepakatan yang dipegang oleh masyarakat Melayu tradisional dalam pembentukan kehidupan yang bersatu padu. Sukacita dapat kita lihat bahawa pegangan ini masih lagi dipraktikan hingga dewasa kini. Kalau diteliti makna bagi pantun tersebut, kita dapati adat memainkan peranan yang besar dalam aktiviti – aktiviti sosial. Pantun Kiasan Menurut orang Melayu tidak mengamalkan sikap berterus terang apabila membuat teguran. Ini merupakan cara orang Melayu mendidik anak dan cucu serta ahli masyarakat. Sering sekali teguran yang disampaikan adalah dengan tidak secara langsung ataupun diberi kiasan kepada sesuatu perkara atau benda. Ini bermaksud untuk tidak menyinggung perasaan orang yang ditegur. Perkara ini masih dipraktikan oleh masyarakat Melayu hingga masa kini. Kiasan, menurut Kamus Dewan Edisi ke empat merupakan satu sindiran, ibarat atau perumpamaan.
1

Sila lihat lampiran

4

Dalam pantun rujukan 4, ini besar gambarannya tentang pegangan orang Melayu terhadap agama Islam. Oleh demikian hal-hal yang berkenaan dengan agama sangat dititik beratkan. Menurut fikiran masyarakat Melayu tentang orang yang meninggalkan sembahyang merupakan sesuatu yang disesalkan kerana seseorang itu tetap dianggap sebagai golongan yang rugi kerana meninggalkan yang sembahyang walaupun dia mempunyai kelulusan yang tinggi. Kalau kita lihat buah fikiran yang ingin disampaikan oleh pantun rujukan 5, kita dapati masyarakat Melayu memandang berat tentang penghargaan. Penghargaan terhadap apa yang mereka ada dalam kehidupan mereka. Pantun ini bertujuan untuk mengingatkan masyarakat supaya tidak melupakan jasa orang yang berbudi setelah meraih kejayaan. Melalaui pantun ini, seseorang itu ditegur secara sinis. Ini juga merupakan satu ingatan kepada mereka supaya beringat-ingat apabila ingin menabur budi kerana ia akan sia-sia jika berbudi dengan mereka yang tidak menghargai jasa. Perkara kedua yang ingin diketengahkan dalam pantun tersebut adalah ia merupakan satu sindiran kepada golongan yang tidak bersyukur atau berterima kasih terhadap sesuatu rezki yang ada namun mengharapkan sesuatu keuntungan yang lebih besar walaupun belum tentu akan menjadi genggaman. Natijahnya, masyarakat Melayu berpegang kepada sifat berterima kasih akan apa yang mereka perolehi dan menjauhi sifat tamak haloba. Pantun nasihat Masyarakat Melayu sering ingat mengingati sesama sendiri melalui maknamakna di dalam pantun-pantun. Pantun-pantun ini juga merangkumi pandangan hidup. Berdasarkan pantun rujukan 7, perkara khianat merupakan satu perkara yang amat dikeji oleh masyarakat Melayu dan melalui pantun ini, perkara yang dikeji dan juga dilaknati Allah disampaikan dan jika dilakukan khianat nescaya tidak selamat hidupnya 5

di dunia dan di akhirat. Ini juga memaparkan keteguhan pegangan masyarakat Melayu terhadap agama Islam dan masyarakat Melayu dan kekreatifan dalam menyelitkan larangan-larangan agama yang harus dipatuhi. Ini juga merupakan pandangan hidup sebagai seorang Islam sebagai perspektif yang seluas-luasnya. Sifat merendah diri dan menghormati orang tua merupakan sesuatu amalan yang dititikberatkan oleh masyarakat Melayu. Melalui pantun rujukan 8, menurut

nasihat dan jangan melawan percakapan ibu bapa, jangan bersikap takbur dan bersifat rendah diri. Sikap meninggi diri seperti lalang tidak disukai dan perlu dihindari. Kesimpulan Melalui pantun tradisional ini dapat kita nilai sifat-sifat serta sikap orang Melayu yang amat mementingkan nilai budi, menjunjung tinggi hubungan kekeluargaan, hormat menghormati sesama insan dan hidup penuh muafakat dalam setiap aspek kehidupan. Ini merupakan falsafah kehidupan Masyarakat Melayu yang masih dipegang hingga kini.

6

Rujukan 1. Abbas Mohd. Shariff, (2002), Budaya dan Falsafah Orang Melayu, EDN, Singapura. 2. Awang Sariyan, (2007), Falsafah dan Logika Melayu, Synergymate Sdn.Bhd, Akademi Pengajian Melayu, Kuala Lumpur. 3. Dewan Bahasa dan Pustaka, (2005), Kurik Kundi Merah Saga: Kumpulan Pantun Lisan Melayu, cetakan kedua, Edisi kedua, DBP, Kuala Lumpur. 4. Dewan Bahasa dan Pustaka, (1990), Kurik Kundi Merah Saga: Kumpulan Pantun Lisan Melayu, cetakan kedua, DBP, Kuala Lumpur. 5. Hashim bin Musa, (1999), Falsafah dan logika Melayu: Suatu pengenalan, Akademi Pengajian Melayu, Kuala Lumpur. 6. Mariam Bt Mahdi, (1996), Pantun: Pencerminan Falsafah dan Pemikiran Melayu, University Malaya, Kuala Lumpur. 7. Wan Ab. Kadir Wan Yusoff, (1996), Pantun: Manifestasi Minda Masyarakat, Akademi Pengajian Melayu, University Malaya, Kuala Lumpur. 8. Worawit Baru@Haji Ahmad Idris, (2004), Pemikiran Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

7

Lampiran Rujukan 1: Lebat daun bunga tanjung, Berbau harum bunga cempaka; Adat dijaga pusaka dijunjung, Baru terpelihara adat pusaka Rujukan 5: Buah langsat kuning mencelah Sensusuk tidak berbunga lagi, Sudah dapat gading berbuah Tanduk tidak berguna lagi

Rujukan 2: Cantik kembang bunga melati, Tumbuh sebatang di tepi kota Hilang tumbuh patah berganti, Adat pusaka terpelihara juga

Rujukan 6: Todak menyerang Singapura, Habis dikerat dicincang lumat ; Bila khianat pada manusia Dunia akhirat tak selamat

Rujukan 3: Hendak belayar ke Teluk Betung Sambil mencuba labuhkan pukat; Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat

Rujukan 7: Subur tumbuhnya pohon kelapa Buahnya banyak bertali-tali Turutlah kata ibu dana bapa Takbur jangan sekali-kali

Rujukan 4: Kemumu di dalam semak, Jatuh melayang selaranya; Meski ilmu setinggi tegak Tidak sembahyang apa gunanya

Rujukan 8: Tengku Muda Raja di Linggi Pergi berniaga ke negeri Palembang; Biar ambil resmi padi, Jangan diikut resmi lalang 8

9

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->