You are on page 1of 4

BAB 1 - ORGANISASI BENGKEL DAN KESELAMATAN

1.1 Pengurusan Organisasi Bengkel dan Keselamatan


 Organisasi bengkel bermaksud sistem pengurusan bengkel yang berasaskan kerjasama
antara guru dan pelajar.
 Sistem ini mengutamakan tugasan secara berkumpulan dalam bentuk giliran.
 Tabiat kerja yang selamat serta sistematik sepanjang kerja amali diutamakan.

Struktur Organisasi Bengkel

GURU KHB

Formen = Ketua Murid di bengkel


FORMEN

Penolong
PENOLONGFormen = Penolong Ketua Murid di bengkel
FORMEN

KUMPULAN A KUMPULAN B KUMPULAN C KUMPULAN D

Tugas – Tugas Formen

1. Memastikan setiap murid hadir ke bengkel dalam barisan.


2. Mengatur murid di luar bengkel sebelum mendapat kebenaran masuk.
3. Memastikan setiap kumpulan menjalankan tugasan mengikut jadual.
4. Memeriksa setiap alatan yang digunakan telah disimpan dengan teratur.
5. Melaporkan sebarang kerosakan atau kehilangan kepada guru.
6. Menerima dan menyampaikan arahan yang disampaikan oleh guru kepada semua murid.

Jadual Kerja

1. Setiap kelas mesti mempunyai jadual kerja semasa di bengkel.


2. Setiap murid dibahagikan mengikut kumpulan untuk menjalankan tugas.
3. Tugas dilakukan secara bergilir-gilir berdasarkan jadual.

Contoh Jadual Kerja


TUGAS Minggu

1 2 3 4

Membersihkan lantai dan meja A B C D

Memeriksa dan menyimpan alatan / projek B C D A

Membuka, menutup dan membersih tingkap C D A B

Menyusun kerusi dan meja D A B C

KHB Page 1
Amalan 4 M

Membersih Menyusun Atur Mendisiplin Menilai

Bengkel dan alatan Alatan tangan yang Murid mesti Murid dapat menilai
perlu telah digunakan mematuhi peraturan kemampuan diri
diselenggarakan mesti disimpan di keselamatan mengenai mutu kerja
supaya sentiasa tempat yang bengkel, alatan dan dan proses kerja.
disediakan. diri.
bersih, kemas,
selesa dan selamat
digunakan.

Peraturan Keselamatan Bengkel

1) Memastikan bengkel dalam keadaan bersih dan teratur.


2) Mengenal pasti tempat khas yang digunakan untuk menyimpan alatan dan bahan.
3) Pastikan semua alat kawalan dan suis elektrik di bengkel berfungsi.
4) Bengkel mestilah mempunyai alat pertolongan cemas.
5) Melaporkan kepada guru dengan segera jika berlaku kemalangan di bengkel.
6) Memadamkan suis sebelum meninggalkan bengkel.

Peraturan Keselamatan Alatan

1) Memastikan alatan dan bahan selamat digunakan.


2) Menggunakan alatan yang bersesuaian dengan kerja yang dilakukan.
3) Membersihkan alatan yang digunakan dan menyimpannya di tempat yang dikhaskan.
4) Lapor kepada guru jika terdapat alatan yang rosak atau hilang.
5) Menggunakan alatan elektrik hanya dengan kebenaran guru.

Peraturan Keselamatan Diri

1) Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan di bengkel.


2) Melengkapi diri dengan pengetahuan asas pertolongan cemas.
3) Memakai apron semasa melakukan kerja amali di bengkel.
4) Memakai kasut bertutup dan bertapak getah semasa berada di bengkel bagi mengelak
kemalangan.
5) Dilarang bermain, bergurau, makan dan minum semasa di bengkel.
6) Meminta kebenaran guru sebelum menggunakan mana – mana peralatan atau mesin.
7) Ditegah berbual semasa menggunakan peralatan atau mesin.
8) Mematuhi penggunaan alatan perlindungan diri seperti gogal, sarung tangan, mask dan penutup
telinga.
9) Melapor kepada guru jika berlaku kemalangan.

KHB Page 2
Pakaian Yang Sesuai Untuk Kerja Amali

Rambut pendek
Memakai tudung/
Ikat rambut
Memakai gogal

Memakai apron

Memakai sarung Lengan baju


tangan dilipat

Memakai kasut

Langkah - Langkah Merawat Kecederaan Ringan

1 2 3

Alat Pemadam Api

Jenis Bahan
Pemadam Api

Debu Karbon
Air Buih
Kering Dioksida
KHB Page 3
A B ABC BC
Langkah – Langkah Mengendalikan Alat Pemadam Api

1 2 3

Tarik pin picu


Halakan pada Tekan
Halakan pada api
api tuas

Etika dan Budaya Kerja

 ETIKA KERJA ialah disiplin dan sikap terhadap kerja seperti menepati waktu,
bertanggungjawab, amanah dan mematuhi arahan.

KHB Page 4

You might also like