You are on page 1of 2

4.2 Latihan.

4.2.1 Latihan kesedaran.

Latihan ini merupakan latihan kepada pekerja yang perlu didedahkan dengan
konsep ISO, dan pada masa yang sama diwujudkan suasana kualiti seperti banner,
lencana, kuiz, hari kualti dan lain-lain yang berkenaan dengan kualiti.

Pada tanggal 18 September 2002, latihan kesedaran telah dijalankan. Peserta


yang terlibat adalah pegawai-pegawai perpustakaan UKM. Orang yang memberi
penerangan adalah Cik Zaleha L. Saleh daripada Perpustakaan dan Perkhidmatan
Maklumat UNITAR.

Pada minggu yang sama, ceramah kesedaran ISO telah diadakan, dan
penceramahnya ialah Puan Noorma Sidek daripada Jabatan Kewangan HUKM.
Selepas tamatnya ceramah kesedaran ISO, pembentangan proses kerja utama telah
diadakan pada 16 Oktober 2002 bagi memastikan perjalanan latihan kesedaran itu
berjalan dengan lancar dan menambahbaik sekiranya terdapat cacat cela. Semua
ceramah ini dijalankan di Perpustakaan Tun Sri Lanang.

4.2.2 Latihan dokumentasi.

Latihan ini merupakan satu latihan bagaimana untuk membina manual kualiti,
prosuder kualiti, dan arahan kerja di samping rekod kualiti. Tanggal 31 Oktober 2002,
pihak Perpustakaan UKM telah mengadakan Bengkel Pendokumentasian ISO yang
dibentangkan oleh Puan Noorma Sidek.

Selain itu juga, kursus Dokumentasi ISO 9001:2000 telah diadakan pada 18-
20 Februari 2003 oleh Encik Mohd. Bakri Jalil daripada SIRIM Berhad. Ada juga
bimbingan memantapkan Dokumentasi SPK PTSL 4-6 April 2003 dengan pakar
runding.

4.2.3 Latihan kualiti audit dalaman

Latihan ini mengajar pegawai bagaimana teknik audit yang baik, cara
mengaudit, persediaan auditor sebelum audit, laporan audit dan lain-lain. Semua ini
akan diajar oleh pegawai audit perpustakaan atau ketua bahagian.
Dan ketiga-tiga latihan ini mempunyai keberkesanan yang sama iaitu dapat
menambahbaik sesuatu kerja dan dapat meningkatkan lagi mutu kerja dan
perkhidmatan pelanggan. Perpustakaan juga akan sentiasa melakukan
penambahbaikan ke arah menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan menepati
keperluan pelanggan selaras dengan slogan perpustakaan iaitu “Perpustakaan Penjana
Generasi Bermaklumat”.

You might also like