You are on page 1of 1

Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi

nasional di negara kita?

Terdapat banyak sebab institusi pentadbiran negara dapat memperkukuh integrasi

nasional di negara kita. Salah satu sebab ialah menyebabkan orang berbangga untuk

menjadi rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia akan berbangga dengan sejarah negara

Malaysia dan juga akan menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa.

Selain itu, salah satu sebab ialah rakyat Malaysia menjadi lebih berdisiplin. Hal

ini demikian supaya rakyat Malaysia mematuhi undang-undang dan peraturan. Orang

Malaysia juga akan menjadi lebih wajar dalam pemilihan mereka. Rakyat Malaysia juga

akan berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi dalam perbualan pada aktiviti

berharian.

Di samping itu, rakyat Malaysia akan bersemangat setia negara. Hal ini demikian

kerana rakyat akan lebih bercinta akan bangsa dan negara. Rakyat Malaysia akan

bersyukur sebagai warganegara Malaysia kerana terdapat institusi pentadbiran tempatan

yang terbaik di negara kita. Warganegara Malaysia juga akan lebih peka kepada masalah

dan isu tentang bangsa dan negara seperti pembinaan MRT di Lembah Klang.

Akhir sekali, rakyat Malaysia akan mewujudkan semangat kekitaan antara satu

sama lain . Masyrakat akan hormat-menghormati antara satu sama lain. Hal ini demikian

supaya mengeratkan hubungan silaturrahim antara masyarakat. Masyarakat akan juga

bekerjasama dan tolong-menolong apabila seseorang memerlukan pertolongan. Semangat

kekitaan dapat dilihat dengan pengenalan slogan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh

Perdana Menteri kita iaitu Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib.

You might also like