You are on page 1of 20

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ULU KINTA

31150 ULU KINTA PERAK DARUL RIDZUAN


------------------------------------------------------------------------------------
PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT PENDIDIKAN SIVIK
KEWARGANEGARAAN

 NAMA : AIMAN DANISH BIN MOHD MOKHLIS


 NOMBOR KAD PENGENALAN : 980627-06-5227
 KELAS : 1 SERI PAGI
 NAMA GURU : PUAN MARIAM
 MARKAH :

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Page


 PENGENALAN 3
 OBJEKTIF PROJEK 3
 PELAKSANAAN PROJEK 4
 KERJA AMALI 5
 CACATAN SEMASA PELAKSANAAN PROJEK 6
 TUN DR MAHATHIR MOHAMAD 8
 LATAR BELAKANG
 PENDIDIKAN
 KERJAYA DAN KELUARGA
 KERJAYA POLITIK
 KESIHATAN
 KONTROVERSI
 KRISIS PELEMBAGAAN
 PEMECATAN ANWAR IBRAHIM
 KELUAR UMNO
 PENULIS BLOG
 GARIS MASA
 RUJUKAN
 PAUTAN LUAR
 KOS PELAKSANAAN PROJEK 19
 REFLEKSI 20
 PENGHARGAAN 20

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Page


PENGENALAN
Khidmat Masyarakat ialah komponen amali Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang
memerlukan pengelibatan anda secara kumpulan dalam aktiviti sekolah dan
komuniti.Pengelibatan ini ialah dalam bentuk projek atau kajian yang boleh membantu dan
meningkatkan imej diri,sekolah dan komuniti

Melalui Khidmat Masyarakat ini,anda dapat mengaplikasikan pengetahuan,kemahiran


dan nilai sivik kewarganegaraan yang dapat dipelajari di dalam bilik darjah.Anda juga dapat
merasakan bahawa anda ialah sebahagian daripada anggota masyarakat yang
bertanggungjawab.Dengan ini,anda dapat membina martabat diri yang positif da berbangga
kerana telah memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.

OBJEKTIF PROJEK
PROJEK INI MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEKTIF,IAITU:

1. DAPAT MEMAPARKAN KEISTIMEWAAN TOKOH TEMPATAN DALAM


PELBAGAI BIDANG.

2. DAPAT MENUNJUKKAN KEPADA MURID-MURID TENTANG CIRI-CIRI


ORANG YANG BERJAYA.

3. DAPAT MENINGKATKAN MOTIVASI MURID-MURID UNTUK


MENCAPAI KEJAYAAN

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Page


PELAKSANAAN PROJEK
PERANCANGAN
Projek ini dimulakan dengan memilih tajuk projek.Saya telah membuat keputusan untuk
memilih tajuk “Tokoh Sangjunganku”.Projek ini telah diadakan di Dewan Sekolah ini
pada 3 Julai 2011.

Tujuan saya mengadakan projek ini adalah untuk menunjukkan keistimewaan tokoh
negara kita Perdana Menteri yang ke 4 .Dengan itu,murid-murid di sekolah ini akan dapat
mencontohi ciri-ciri orang yang berjaya dan seterusnya menjadikan mana-mana tokoh
sebagai idola mereka untuk mencapai kejayaan.

Saya sudah mula merancang projek ini dalam bulan Mac dan mengambil masa selama
satu bulan untuk menjayakannya.Kami selalu berbincang selepas tamat waktu
persekolahan.Kami akan merujuk kepada guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
kami,iaitu Puan Mariam sekiranya menghadapi apa-apa masalah.

Saya juga telah menjalankan aktiviti-aktiviti berikut seperti menentukan cara mengumpul
maklumat.

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Page


KERJA AMALI
SETELAH MEMBUAT PERANCANGAN YANG TELITI , SAYA TELAH
MENJALANKAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG BERIKUT , IAITU:

1. MENDAPAT PERSETUJUAN GURU PENDIDIKAN


SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TENTANG TAJUK
PROJEK SAYA.

2. MEMBINCANGKAN KOS PROJEK DARI SEGI


SUMBER PENDAPATAN DAN BAHAN-BAHAN YANG
PERLU DIBELI.

3. MENETAPKAN BENTUK PERSEMBAHAN DALAM


KELAS , IAITU FOLIO YANG MENGANDUNGI
MAKLUMAT TENTANG TOKOH-TOKOH DAN
GAMBAR-GAMBAR MEREKA

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Page


CACATAN SEMASA PELAKSANAAN
PROJEK.

9 MAC 2011: SAYA MEMBUAT PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT SETELAH

GURU PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN SAYA ,

IAITU CIKGU MARIAM BINTI MOHAMAD MENERANGKAN

KONSEP PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT DI DALAM KELAS.

12 MAC 2011 : SAYA TELAH MENGADAKAN PERBINCANGAN DI PUSAT

SUMBER SEKOLAH UNTUK MEMBUAT PERSEDIAAN AWAL.

13 MAC 2011: SAYA BERBINCANG DENGAN CIKGU MARIAM BINTI

MOHAMAD TENTANG TAJUK PROJEK SAYA SELEPAS TAMAT

SESI PERSEKOLAHAN PADA HARI INI.

17 MAC 2011: PIHAK SEKOLAH TELAH MELULUSKAN PERMOHONAN SAYA

UNTUK MEMBUAT PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT.

20 MAC 2011: PUAN MARIAM BINTI MOHAMAD MEMBANTU SAYA

MENGUMUMKAN TARIKH UNTUK MEMBERI FOLIO

KEPADA WARGA SEKOLAH

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Page


22 MAC 2011: SAYA MERINGKASKAN MAKLUMAT TENTANG TOKOH

DENGAN MENAIPKANNYA MENGGUNAKAN KOMPUTER

25 MAC 2011: SAYA BERKUNJUNG KE PERPUSTAKAAN DESA BATU 6 UNTUK

MENDAPATKAN LEBIH BANYAK MAKLUMAT.

29 MAC 2011: SAYA MENAMPAL , MEMOTONG DAN MELETAKKAN YANG

TELAH DITAIP BERSAMA GAMBAR-GAMBAR TOKOH YANG

TELAH DIKUMPULKAN UNTUK MENGHASILKAN FOLIO.

11 APRIL 2011: SAYA SUDAH MENYIAP KAN SEBUAH FOLIO UNTUK

MENGHANTAR KEPADA PUAN MARIAM IAITU GURU SIVIK

SAYA.

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Page


Mahathir bin Mohamad
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Amat Berbahagia Tun
 Mahathir bin Mohamad

Perdana Menteri Malaysia ke-4

Tempoh berjawat
16 Julai 1981 – 31 Oktober 2003

Raja Sultan Ahmad Shah (1979 - 1984)


Sultan Iskandar (1984 - 1989)
Sultan Azlan Shah (1989 - 1994)
Tuanku Ja'afar (1994 - 1999)
Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah (1999 -
2001)
Tuanku Syed Sirajuddin(2001 - 2006)

Didahului oleh Hussein Onn

Digantikan oleh Abdullah Ahmad Badawi

Timbalan Perdana Menteri Malaysiake-4

Tempoh berjawat
15 September 1978 – 16 Julai 1981

Didahului oleh Hussein Onn

Digantikan oleh Musa Hitam

Tarikh lahir 20 Disember 1925(umur 85)

Tempat lahir Alor Star, Kedah Darul Aman

Parti politik UMNO

Pasangan Dr. Siti Hasmah

Pekerjaan Doktor

Agama Islam

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Page


Tandatangan

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Tulisan Jawi: ‫محضير بن محمد‬, dilahirkan pada 20 Disember 1925).
Beliau amat popular dengan gelaran "Dr. M" dan nama pena beliau adalah Che Det. Beliau
merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16
Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui Malaysia ke arah arus kemodenan dengan
pantas dan memberi kemakmuran di setiap lapisan masyarakat Malaysia.

Pencapaian terbaik beliau adalah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam
sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang
Melayu. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya
yang autokratik dan dituduh bersifat kronisme.

Beliau juga merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang suka berterus-terang dan bersifat
kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia — kapitalisme autokratik yang
dianjurkan oleh negeri — sebagai alternatif kepada individualisme Amerika Syarikat dan
kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire).

Dr Mahathir telah dikaitkan dengan pembangunan pelbagai projek mega pada zaman
pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar
PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya
Multimedia(Multimedia Super Coridor/MSC).

Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia",
negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh
bertenaga. Pada Jun 2005, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di
Malaysia. Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan
pemimpin paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara.

Latar belakang
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che Det
dilahirkan pada 20 Disember 1925, di Kedah. Beliau merupakan anak bongsu daripada 9 adik-
beradik, keluarga Mohamed Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi. Ayahnya, Mohamad
Iskandar, adalah berbangsa India, anak kepada seorang Malayalee Muslim (yang berasal dari
[Kerala], India) dan ibunya berbangsa Melayu. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah laki-laki
Melayu di seberang Perak, Alor Setar untuk tempoh 2 tahun sebelum menyambung di sekolah
kerajaan beraliran Inggeris di Alor Setar iaitu di Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau adalah Perdana
Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Page


Oktober 2003, beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan
menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia.

Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah
negara yang berbilang bangsa melalui peningkatan golongan miskin menjadi golongan pertengahan
orang Melayu begitu ketara. Walau bagaimanapun, beliau sering dikritik atas gaya pemerintahannya
yang autokratik dan tidak dapat lari dari tuduhan kronisme seperti pemerintah-pemerintah lain di
dunia.

Beliau juga merupakan seorang tokoh politik penting antarabangsa yang suka berterus-terang dan
disifatkan kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia — kapitalisme
autokratik yang dianjurkan oleh negeri — sebagai alternatif kepada individualisme Amerika Syarikat
dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire).

Dr Mahathir telah bertanggungjawab dengan apa yang dipanggil pembangunan projek mega pada
zaman pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar
PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia
(Multimedia Super Coridor/MSC), yang akhirnya menjadi lambang kemegahan rakyat dan diterima
ramai.

Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia",
negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh
bertenaga. Seperti dijangka pada Oct 2003, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan
yang tertinggi di Malaysia atas jasanya yang teramat besar pada nusa dan bangsa. Melalui
perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin kedua
paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Presiden Suharto dari
Indonesia.

Pendidikan
Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.
Selepas lulus, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Government English School (GES) (kini
dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid), Alor Setar pada tahun 1932. Beliau akhirnya lulus Sijil
Tinggi Pelajaran (Senior Cambridge) di sekolah tersebut. Sewaktu Perang Dunia Ke-2, Dr. Mahathir
menghabiskan masanya dengan berniaga cendol, diikuti dengan membuka kedai kopi dan
kemudiannya gerai buah-buahan di Pekan Rabu, Alor Setar.

Beliau seterusnya menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura, dan
dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun1953. Selepas
mendapat ijazah, beliau ditugaskan sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang, Malaysia.

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Page


Kerjaya dan keluarga
Pada tahun 1954, Dr. Mahathir berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor
Setar, Jitra, Langkawi dan Perlis sehingga tahun 1957. Beliau kemudian melangsungkan
perkahwinan dengan Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali pada 5 Ogos 1956 dan dikurniakan tujuh cahaya
mata, iaitu empat lelaki dan tiga perempuan. Anak-anak beliau adalah:

 Marina Mahathir
 Mirzan Mahathir
 Melinda Mahathir
 Mokhzani Mahathir
 Mukhriz Mahathir
 Maizura
 Mazhar

Pada tahun 1957, beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri,
MAHA Klinik yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim. Ketika itu, beliau merupakan anak Melayu pertama
yang membuka klinik persendirian di Alor Setar yang pada ketika itu terdapat lima buah klinik sahaja.
Klinik ini kemudiannya berpindah ke 1587, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar dan kekal
sehingga sekarang.

Kerjaya politik
Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945 yang mana beliau mengambil bahagian dalam
kempen menentang Malayan Union. Apabila UMNO ditubuhkan pada 1946, beliau adalah salah
seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Sebagai Pengerusi Parti Negeri Kedah, dan
Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak sengajanya menimbulkan perasaan marah di
golongan yang mempunyai perkaitan dengan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman apabila beliau
membentangkan kriteria-kriteria kelayakan dalam pemilihan calon untuk pilihan raya umum 1959.
Berasa sakit hati atas penuduhan bahawa beliau hendak memilihkan calon-calon yang rapat
dengannya, Dr Mahathir enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut.

Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar
selepas menewaskan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan majoriti sebanyak 60.2%. Beliau
menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Dalam Pilihan Raya 1969, beliau ditewaskan
oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa, dengan cuma 989 undi sahaja, selepas beliau mengumumkan
bahawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina untuk mencapai kerusinya.

Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi
UMNO pada 12 Julai, selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Page


suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26 September 1969, Dr Mahathir juga
dipecat keahliannya dalam UMNO.

Semasa di luar parti, Tun Dr Mahathir mengarang buku "Dilema Melayu" (The Malay Dilemma). Buku
kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang Melayu telah diharamkan pada
tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas Tun Dr Mahathir menjadi Perdana
Menteri 18 tahun kemudiannya.

Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir masuk semula ke dalam UMNO
pada 7 Mac 1972 dan dilantik sebagai senator pada tahun 1973. Beliau bertanding di Kubang
Pasu pada pilihan raya umum 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding. Selepas pilihan
raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak. Beliau
memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden UMNO pada tahun 1975. Pada 1976,
Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya
Datuk Hussein Onn melantik Dr Mahathir sebagai timbalannya, sambil masih
mengekalkan portfolio pendidikan yang disandangnya. Tidak lama selepas itu Tun Dr Mahathir
menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan
persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya. Pada 10 Julai, 1981 Dr Mahathir
menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri
Pertahanan. Pada 31 Oktober, 2003, Dr Mahathir bersara dan menamakan timbalannya, Datuk Seri
Abdullah Badawi sebagai penggantinya.

Dr Mahathir mengisytiharkan keluar daripada UMNO pada 19 Mei 2008 dalam satu ceramah di Alor
Setar, Kedah kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Bagaimanapun
dalam Perhimpunan Agung UMNO 2008 pada Mac 2009, Dr Mahathir menghadiri hari terakhir
perhimpunan itu sebagai jemputan. Dr Mahathir kembali menyertai UMNO .Nombor ahli 0000001
dikekalkan.

Kesihatan
Pada 24 Januari 1989 Dr Mahathir Mohamad pernah menjalani pembedahan pintasan arteri koronari
di Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL), Kuala Lumpur.

Pada 9 November 2006, beliau sekali lagi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana
serangan jantung setelah saluran darah arteri tersumbat.

Pada 14 Mei 2007, beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Langkawi selepas
kesukaran bernafas pada jam 4.00 petang.

Pada 4 September 2007, Dr Mahathir Mohamad menjalani pembedahan pintasan arteri koronari di
IJN selama 5 jam. Pembedahan diketuai pakar jantung terkemuka, Tan Sri Dr. Yahya Awang, Datuk

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Page


Dr. Razali Wathooth, Datuk Dr. Azahari Yakub, Datuk Dr. Venugopal Balchand, Datuk Ezani Mohd.
Taib dan Ketua Pakar Bedah Kardiologi Klinik Mayo di California, Amerika Syarikat, Prof. Dr. Hartzell
Schaff. Ini merupakan pembedahan saluran darah arteri kali ke-2.

Pada 15 September 2007, sekali lagi beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di IJN jam 7.00 pm.
Ketika itu beliau berusia 82 tahun.[2]

Malam 2 Oktober 2010, di Melbourne, Australia, Tun Dr Mahathir telah dimasukkan ke Hospital


Epworth akibat sakit batuk dan selesema. Kemasukan beliau ke hospital tersebut disahkan oleh
pegawai khasnya, Sufi Yusof. Dr Mahathir pergi ke Melbourne bertujuan untuk berucap pada seminar
mengenai pembangunan manusia anjuran Kelab UMNO Australia Melbourne di University of
Melbourne.

Kontroversi
Krisis perlembagaan
Pada tahun 1983 dan 1991, Mahathir berdepan dengan pihak Raja dan Sultan dengan membuang
kuasa veto Raja dan imuniti mereka dari dihukum. Sebelum pindaan ini, setiap Bil yang akan menjadi
undang-undang dikehendaki mendapat persetujuan Agung. Dengan pindaan tersebut, bil yang
diluluskan oleh Parlimen akan menjadi undang-undang selepas 30 hari tanpa mendapat persetujuan
Agung. Bagaimanapun, perkara ini hanya untuk undang-undang sekular dan Sultan masih berkuasa
dalam undang-undang Islam yang berada di bawah bidang kuasa mereka.

Pada tahun 1988, apabila UMNO diisytiharkan haram oleh Mahkamah Agung, Mahathir dipercayai [perlu
rujukan]
 merencanakan pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan tiga orang lagi hakim
Mahkamah Agung yang cuba untuk menghalang kes tersebut. Siri insiden 1988 ini dilihat sebagai titik
hitam sejarah perundangan negara Malaysia yang sepatutnya bebas dari campur tangan pihak
eksekutif.Mahathir selaku ketua badan eksekutif telah mencampuri urusan badan kehakiman ketika
itu.

Pemecatan Anwar Ibrahim


Pada tahun 1998, kerajaan di bawah pimpinan Mahathir mendakwa Dato' Seri Anwar Ibrahim atas
kesalahan salah laku seksual dan penyalahgunaan kuasa. Anwar pada masa itu adalahTimbalan
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Anwar mendakwa bahawa beliau dizalimi kerana beliau
membawa isu korupsi dan nepotisme dan Mahathir serta orang-orangnya adalah sasaran bagi
tuduhan tersebut. Penyokong Mahathir pula percaya bahawa Anwar sebenarnya korupsi dan
nepotisme dan cuba untuk menggantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri selepas melihat
kejatuhan Presiden Suharto di Indonesia atas isu yang sama.

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Page


Krisis Anwar membawa kepada protes besar-besaran yang dikenali sebagai "Gerakan Reformasi"
dan tertubuhnya Parti Keadilan Nasional (PKR) dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999. Namun
begitu, PKR hanya memenangi lima kerusi Parlimen pada pilihan raya tersebut dan hampir pupus
pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 apabila hanya memenangi satu kerusi Parlimen
di Permatang Pauh yang dimenangi oleh isteri Anwar, Dr Wan Azizah. Parti tersebut
walaubagaimanapun berjaya mendapat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum Malaysia
2008 dengan memenangi 31 kerusi Parlimen, jumlah terbesar antara semua parti-parti pembangkang
di Malaysia.

Keluar UMNO
Pada 19 Mei 2008, Dr Mahathir mengisytiharkan keluar dari parti UMNO [3]. Beliau bertindak demikian
kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan UMNO sekarang yang gagal membela nasib orang
Melayu di negara ini. Dr Mahathir mendakwa UMNO kini hanyalah dijadikan parti untuk mengiktiraf
Abdullah sebagai Presiden UMNO dan mengutamakan kepentingan keluarganya (menantunya Khairy
adalah Naib Ketua Pemuda UMNO) sehingga membelakangkan negara. Pengumuman keluar UMNO
ini dibuat ketika beliau berucap di hadapan 1,000 orang di Alor Star, Kedah.

Pemerhati politik berpendapat tindakan keluar UMNO berkait rapat dengan cubaan gagal Dr Mahathir
untuk mendesak Abdullah turun dari jawatan sebagai presiden UMNO. Dr Mahathir dilaporkan
mengadakan perjumpaan dengan Dato' Seri Najib Tun Razak, Timbalan Presiden UMNO yang juga
Timbalan Perdana Menteri pada 18 Mei 2008. Perjumpaan itu berkemungkinan tidak berhasil
memujuk Najib menentang Abdullah menyebabkan Mahathir tidak mempunyai pilihan lain selain
keluar dari UMNO[4].

Mengulas pengumuman Mahathir keluar dari UMNO, bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa
Hitam berkata 'duri dalam daging sudahpun terkeluar' dan pucuk pimpinan UMNO pula harus
menerima realiti bahawa UMNO tidak sekuat dahulu dan konsep 'Mahathirisme' sudah berlalu [5].

Sehari selepas perlantikan secara rasmi Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang
keenam, Dr. Mahathir bersama-sama isterinya,Dr. Siti Hasmah dan anak mereka, Datuk Mokhzani
telah menyerahkan borang untuk menjadi ahli UMNO semula. Upacara tersebut berlangsung di
kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya. Bertitik tolak kemasukan inilah UMNO menjadi kuat
semula dan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan negara yang diterajui UMNO semakin dipulihkan.

Untuk rekod, bekas presiden-presiden UMNO terdahulu meninggal dunia selepas melepaskan
jawatan presiden di dalam parti UMNO kecuali Tun Abdul Razak, yang meninggal ketika masih
menjawat jawatan tersebut.[6]. Dato' Onn Jaafar keluar dari UMNO apabila cadangan beliau untuk
menjadikan UMNO parti berbilang bangsa tidak dipersetujui. Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein
Onn pula meninggal dunia selepas melepaskan jawatan di dalam parti UMNO kerana berselisih
pendapat dengan Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri selama lebih 22 tahun.

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Page


Penulisan blog
Beliau mula menulis blog pada 1 Mei 2008 pada pukul 1:27 AM, dengan penulisan beliau "The
Appointment of Judges". Pada 19 Jun, blog beliau telah berpindah ke laman baru yang lebih
dipercayai dan selamat simpanannya.[7]

Kini blog beliau terletak di http://www.chedet.cc/.

Garis masa

 1925: Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 20 Disember.


 1945: Mengambil bahagian dalam penentangan Malayan Union.
 1946: Menjadi ahli UMNO semasa ia ditubuhkan.
 1953: Mendapat ijazah perubatan dari Kolej Perubatan King Edward (yang kemudiannya
dikenali sebagai Universiti Malaya) di Singapura;
 1954: Berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Alor Star, Hospital Langkawi,
Hospital Jitra dan Hospital Perlis.
 1957: Berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, MAHA Klinik di
Alor Setar.
 1964: Dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar atas tiket Parti Perikatan selepas beliau
menewaskan calon PAS, Mohd Shaari Haji Abdul Shukur, dengan majoriti 4,210 undi; Dr
Mahathir mendapat 12,406 undi, sementara Mohd Shaari mendapat 8196 undi.
 1965: Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO.
 1968: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pelajaran Tinggi.
 1969: Ditewaskan oleh calon Pas, Haji Yusoff Rawa dalam Pilihanraya pada 10 Mei, dengan
989 undi di kawasan Kotar Setar; beliau dikatakan kalah kerana kehilangan "undi Cina" apabila
beliau mengumumkan bahawa beliau tidak perlu undi Cina untuk memenangi dalam pilihanraya;
 Dipecat jawatan daripada Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, berikutan
pengedaran suratnya kepada Tunku Abdul Rahman;
 Diberhentikan keahliannya dalam UMNO pada 26 September.
 1970: Mengeluarkan buku dalam bahasa Inggeris yang bertajuk "Dilema Melayu" (The Malay
Dilemma); buku ini diharamkan dengan serentak.
 1972: Diterima kembali menjadi ahli UMNO pada 7 Mac;
 Dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Perindustrian Makanan Malaysia (FIMA).
 1973: Dilantik sebagai senator.
 1974: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Universiti Nasional;

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Page


 Melepaskan jawatan sebagai senator untuk bertanding di Pilihanraya 1974, yang
mana beliau menang tanpa bertanding;
 Dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 5 September.
 1975: Menjadi salah satu daripada tiga naib presiden UMNO, selepas memenangi dengan
majoriti sebanyak 47 undi.
 1976: Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada 5 Mac.
 1978: Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Tun Hussein Onn pada 15
September;
 Melepaskan jawatan sebagai Menteri Pelajaran untuk menjadi Menteri Perdagangan
dan Perindustrian Malaysia (1 Jun 1978 - Julai 1981);
 1981: Menjadi Presiden UMNO pada 26 Jun, dan Perdana Menteri Malaysia ke-empat
pada 10 Julai, berikutan perletakan jawatan Tun Hussein Onn atas sebab-sebab kesihatan;
 Menjadi Menteri Pertahanan (18 Julai, 1981 - 6 Mei, 1986) disamping memegang
jawatan Perdana Menteri;
 Melancarkan slogan-slogan "Bersih, Cekap dan Amanah", "Kepimpinan Melalui
Teladan", the "Dasar Pandang ke Timur", "Pemupukan Nilai-nilai Islam", dan
polisi pemulauanbarang UK ("Buy British Last");
 Mencepatkan masa sebanyak setengah jam di Semenanjung Malaysia untuk
menyeleraskannya dengan Malaysia Timur;
 Meminta maaf daripada Tunku Abdul Rahman secara umum;
 Menarik balik pengharaman buku Dilema Melayu (The Malay Dilemma)
 Merancangkan serangan subuh dengan pengambilan kembali Guthrie
Corporation oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB) di Bursa Saham London pada 7
September, supaya memulangkan hakmilik lebih kurang
200,000 ekar tanah pertanian kepada rakyat Malaysia.
 1983: Mengemaskinikan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Sultan-sultan, supaya rang
undang-undang yang diputuskan oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dapat
menjadiakta, selepas penerimaan pendapat Yang Di-Pertuan Agung ataupun Sultan-sultan negeri
masing-masing;
 Menubuhkan PROTON, sebuah projek kereta nasional.
 1986: Datuk Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 27
Februari;
 Ghafar Baba dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia;
 Menjadi Menteri Dalam Negeri pada 7 Mei di samping memegang jawatan Perdana
Menteri;
 Suatu pertikaian tertimbul dengan negeri Singapura tentang lawatan rasmi Chaim
Herzog, Presiden negara Israel.

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Page


 1987: Menewaskan cabaran Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan Presiden UMNO
dengan majoriti yang nipis sekali pada 24 April;
 Menjadi Menteri Kehakiman di samping memegang jawatan Menteri Dalam Negeri
dan Perdana Menteri Malaysia.
 1988: Memecat empat hakim Mahkamah Tertinggi, termasuk Tun Salleh Abas kerana
menghalang perbicaraan tentang salah laku tata tertib semasa kehadapan UMNO akan
diputuskan oleh Mahkamah Tertinggi (pada masa itu, UMNO telah diharamkan oleh Makhamah
Tinggi);
 1990: Menjadi Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri (Oktober 1990 - Januari 1999) di samping
memegang jawatan Perdana Menteri.
 1993: Melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri;
 Mengehadkan pengecualian Sultan-sultan daripada pendakwaan, selepas
peristiwa Douglas Gomez;
 Perhubungan di antara Dr. Mahathir dan pemimpin-pemimpin Australia merosot
apabila Paul Keating mewajahkan Dr. Mahathir sebagai seorang yang degil ("recalcitrant")
kerana enggan menghadiri Persidangan APEC.
 1997: Menetapkan nilai mata wang Malaysia pada 1 September supaya mengatasi Krisis
Kewangan Asia 1997.
 1998: Memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari semua jawatan dalam kerajaan dan dalam
UMNO pada 2 September;
 Mendakwa Anwar Ibrahim atas kesalahan liwat dan penyalahgunaan kuasanya;
Anwar dihadapkan ke mahkamah pada 2 November;
 Pergaulan dengan Amerika Syarikat menjadi buruk apabila Al Gore, Naib Presiden
Amerika Syarikat, merendahkan nama baik negara Malaysia di Persidangan APEC yang
pada masa itu dianjurkan oleh Malaysia.
 Melantik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalan Perdana Menteri;
 Pembukaan rasmi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
di Sepang, yang menelan kos sebanyak RM13 bilion;
 Penghabisan pembinaan Menara Berkembar Petronas yang mempunyai 88 tingkat,
iaitu menara berkembar yang tertinggi di dunia;
 Dipilih sebagai "Asia's Newsmaker of 1998" oleh Majalah TIME.
 1999: Menjadi Menteri Kewangan Pertama pada 8 Januari, di samping memegang jawatan
Perdana Menteri ketika Malaysia masih mengalami Krisis Ekonomi 1997;
 Pembukaan rasmi Cyberjaya, sebuah bandar yang baru yang memainkan peranan
yang penting dalam Koridor Raya Multimedia Malaysia.
 2001: Menjadi Menteri Kewangan dan Menteri Tugas-tugas Khas (5 Jun 2001) disamping
memegang jawatan Perdana Menteri.

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Page


 2002: Mengumumkan penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajarkan mata
pelajaran Matematik dan Sains, mulai tahun 2003;
 Mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dalam Perhimpunan
Agung UMNO, tetapi telah dirayu untuk membuat penangguhan selama 18 bulan.
 2003: Bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober, 2003 dan menamakan
timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi, sebagai pengganti; beliau memegang jawatan
Perdana Menteri selama 22 tahun, dan terjadi salah satu daripada pemimpin-pemimpin
negara Asia yang paling lama perkhidmatannya;
 Dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia.
 2008: Dianugerahkan Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) membawa gelaran "Datuk
Seri Utama".

Rujukan

1. ↑ Mahathir dan Abdullah akan hadir perasmian Perhimpunan Agung Umno


2. ↑ Dr. Mahathir masuk semula ke ICU, Utusan Online.
3. ↑ Tun Dr Mahathir Umum Keluar Umno Berkuatkuasa Serta Merta, Bernama. Dicapai 19 Mei 2007
4. ↑ [1], Malaysian Insider, 19 Mei 2008
5. ↑ Musa: 'Duri dalam daging sudahpun terkeluar', Malaysiakini, 19 Mei 2008
6. ↑ Nur Jazlan, The Umno curse strikes, again, Malaysian Insider, 19 Mei 2008
7. ↑ http://dr-chedet.blogspot.com/, Blog lama.

 Victor A. Pogadaev. 20 Tahun Yang Mengubah Wajah Malaysia. Berita Harian, 13. 3. 2002

Pautan luar

Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:


Mahathir bin Mohamed

 (Melayu) Blog Mahathir - Che Det

 (Melayu) Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir

 (Melayu) http://www.tunmahathir.com

 (Melayu) Laman sokongan Tun Mahathir.

 (Melayu) Ensiklopedia Malaysia: Mahathir bin Mohamad

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Page


Penyandang Terdahulu Perdana Menteri Malaysia Penyandang Kemudian
16 Julai 1981 – 31 Dato' Seri Abdullah bin Haji
Hussein Onn Oktober 2003 Ahmad Badawi

Penyandang Terdahulu Presiden UMNO Penyandang Kemudian


28 Jun 1981 – 30 Dato' Seri Abdullah bin Haji
Hussein Onn Oktober 2003 Ahmad Badawi

Penyandang Terdahulu Timbalan Perdana Menteri Penyandang Kemudian


Malaysia
Tun Hussein Onn 5 Mac 1976 – 15 Julai 1981 Musa Hitam

Penyandang Terdahulu Menteri Kewangan Penyandang Kemudian


Malaysia
1 Jun 2001 – 31 Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad
Tun Daim Zainuddin
Oktober 2003 Badawi

KOS PELAKSANAAN PROJEK

PENDAPATAN RM PEMBELANJAAN RM

Peruntukan daripada sekolah 50.00 Kad manila 8.00

Sumbangan daripada ibu bapa 30.00 Mounting board 15.00

Kertas warna 15.00

Kertas A4 11.50

Pensel / Pen warna 20.50

Double side tape 5.00

Mencetak gambar foto 30.00

JUMLAH 80.00 JUMLAH 105.00

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Page


REFLEKSI
MASALAH
Saya telah menghadapi beberapa masalah ketika menjalankan projek ini.Antaranya ialah
Ketika saya cuba mendapatkan gambar-gambar tokoh yang terkini.Ini kerana gambar-
gambar tokoh yang dilayari di laman web tidak begitu kecil saiznya untuk untuk
dijadikan folio.

KESIMPULAN
Namun begitu, saya amat gembira dan berpuas hati kerana dapat melaksanakan projek ini
dengan jayanya.Dengan bimbingan Puan Mariam Binti Mohamad, banyak perkara yang
saya pelajari dalam menguruskan sesuatu projek dari awal hingga akhir.Kejayaan projek
ini juga merupakan berkat kerjasama daripada semua pihak.

Saya telah dapat memahami erti kerjasama., toleransi dan tolong-menolong sepanjang
saya menjayakan projek ini.Kami juga berazam untuk mengadakan projek seperti ini
pada masa akan datang kerana saya sedar akan kebaikannya.

PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah,guru Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan kami, iaitu Puan Mariam binti Mohamad,guru-guru serta rakan-rakan
yang telah memberi sokongan kepada saya untuk mengadakan projek ini.

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Page

You might also like