You are on page 1of 15

Alat idiofon yang digoyang. Ianya diperbuat daripada pipa ataupun tabung buluh yang terpilih.

Sebuah Angklung
lazimnya terdiri dari dua hingga empat tabung yang diikat pada 'rumahnya' yang dikenali sebagai 'ancak'.
Angklung untuk melodi dilaras dalam jarak ataupun jeda satu oktaf di antara satu sama lain dan bagi Angklung
pengiring iaitu accompaniment, ianya perlu dilaras mengikut kaedah 'trinada' (Tonic Triad) iaitu Do, Mi, So sama
ada dalam mode Major ataupun Minor. Permainan muzik Angklung sering dipersembahkan secara berkumpulan
untuk majlis keraian dan juga iringan tarian seperti 'Kuda Kepang dan 'Barungan' yang mula berkembang di
Johor.

Beduk

Beduk adalah Gendang satu muka yang berbentuk memanjang iaitu elongated. Peranannya dalam budaya
masyarakat Melayu khususnya di Nusantara adalah bersifat non-musical. Malah ianya merupakan sebagai
instrument untuk mengesakan perintah Allah s.w.t. Digunakan di surau ataupun masjid di kampung-kampung
bagi menandakan masuknya waktu untuk bersolat. Ianya dipukul dengan pemukul kayu dalam pola rithme yang
beransur cepat iaitu accelerando.

Belulang daripada kulit lembu digunakan sebagai bahan bunyi. Beduk juga mendukung peranan yang sama
seperti Kertuk Kayu dan bersifat kudus bagi umat Islam di Malaysia.
Beduk jenis leger

Ruang dalaman beduk jenis leger

Beduk yang diperbuat daripada kayu

Tebukan dalaman alat beduk


Muka beduk yang dibiar terbuka

CakLempong

Alat melodi dalam keluarga gong yang berukuran kecil. Ianya diperbuat daripada gangsa dan menggunakan
teknik acuan. Perkataan Cak Lempong juga digunakan untuk mendiskripsikan jenis ensemblenya. Mula
berkembang di kalangan masyarakat Melayu berketurunan Minangkabau di Negeri Sembilan. Kini kesenian
muzik Cak Lempong telah bertapak di negeri-negeri lain dan diajar di sekolah-sekolah serta pusat-pusat
pengajian tinggi.

Dalam permainan Cak Lempong lazimnya alat-alat seperti Seruling Buluh, Salung, Rebana dan Gong disertakan
bersama untuk mengiringi Pencak Silat, Tari Lilin, Randai dan Tari Inai serta lagu-lagu bunyi-bunyian dan juga
nyanyian. Untuk perarakan pengantin istilah 'Pacik' sering digunakan oleh masyarakat tempatan untuk
mendiskripsikan kumpulannya. Dalam permainan ini alat-alat Cak Lempong dipegang oleh pemain itu sendiri di
mana setiap pemain akan memegang dua buah Cak Lempong dan dimainkan secara meningkah untuk mencipta
satu rangkap melodi pendek. Lazimnya dalam permainan 'Pacik' akan dianggotai oleh tiga orang pemain.

Dalam situasi tertentu alat Cak Lempong boleh dijadikan sebagai alat pengganti atau alternatif kepada Canang
seperti dalam persembahan Dikir Barat dan Wayang Kulit Kelantan. Namun dalam keadaan sedemikian nama
sifatnya hendaklah dijelaskan sebagai alat 'Canang'. lni berdasarkan kepada kontekstual persembahannya yang
amat berkait dengan tuntutan disiplin berkenaan.
Dalam amalan persembahan masakini (performance practice), kumpulan Cak Lempong telah dibahagikan
kepada tiga bahagian mengikut fungsinya, iaitu bahagian 'Gereteh" yang memainkan melodi, manakala 'Tingkah'
dan 'Saua' akan memainkan rithme secara berhomofoni (in Homophony) sebagai unsur pelengkap kepada irama
sesebuah lagu tersebut.

Canang
Canang sejenis alat dari keluarga gong yang berukuran kecil. Berperanan sebagai alat 'penanda masa' (time
marker) dalam ensemble paluan tradisional yang terdapat di Kelantan.

Dalam konteks persembahan yang berhubung dengan teater tradisional ianya disertakan secara berpasangan
iaitu Canang 'ibu' dan 'anak'. Manakala dalam ensemble bagi mengiringi tarian istana seperti Asyik mengikut
amalan semasa canang digunakan sebanyak empat biji dilaraskan mengikut sistem diatonik yang mempunyai
pic suara yang tepat (definite pitch). Lazimnya dalam ensemble paluan Asyik, canang yang bernada seperti C, D,
E dan G mengikut skala Major, digunakan untuk memainkan mode rithme yang bersifat minimalism iaitu secara
berulang-ulang. Kini terdapat dua jenis canang yang sering digunakan iaitu diperbuat daripada 'besi' dan
'gangsa'.

Geduk

Gendang dua muka yang berbentuk silinder. Ianya sering digunakan dalam permainan Wayang Kulit dan Menora
di Kelantan dan Wayang Gedek di Kedah. Baluhnya diperbuat daripada kayu keras seperti nangka ataupun
angsana (sena) dan pada kedua-dua permukaannya diregangkan dengan belulang lembu dengan menggunakan
bahan pelekat dan berbaji ataupun pasak yang diperbuat daripada kayu keras, lazimnya daripada kayu nibung.
Alat Geduk dipasang dengan kaki pada bahagian depan badannya. Dalam konteks persembahan, posisi muka
Geduk akan berada secara berhadapan dengan pemainnya. Ianya dipalu dengan sepasang pemukul kayu.
Dalam ensemble Wayang Kulit dan Menora di Kelantan ianya disertakan secara berpasangan iaitu Ibu dan Anak.
Secara dikotomi, Geduk Ibu mempunyai ukuran yang lebih besar daripada Geduk Anak dan mampu
menghasilkan suara yang lebih ubar ataupun rendah daripada Anak. Sungguhpun mempunyai dua muka, tetapi
pada permukaan yang di atas sahaja digunakan untuk menghasilkan bunyi. Kemasukan (entry point) geduk
dalam persembahan muzik Wayang Kulit misalnya adalah secara bergilir-gilir di antara 'ibu' dan 'anak' dan sering
dimainkan oleh dua orang pemain.
Gendang Ibu

Sejenis gendang 'dua muka' yang berukuran besar dan ditakrifkan sebagai Gendang Melayu. Ianya mula
berkembang di negeri Kelantan dan digunakan sebagai alat genderang dalam ensemble paluan untuk mengiringi
teater tradisional serta tarian klasik istana dan rakyat.

Belulang Lembu - Muka Besar


Belulang Kambing - Muka Kecil

Temalangnya diperbuat daripada kayu nangka ataupun jenis kayu keras yang lain yang dianggap sesuai.
Bentuknya seperti tempayan iaitu barrel-shape dan tebukkan dalaman dilakukan selari dengan bentuk luaran. lni
bagi menjaminkan mutu suara yang terbaik iaitu yang ideal. Bagi masyarakat penggamal di negeri Kelantan,
khususnya, bentuk tersebut sering diunggapkan sebagai 'tubuh ikan'. Pada permukaan besar temalang tersebut
telah dirambing dengan belulang lembu manakala permukaan kecilnya dengan belulang kambing.

Proses merambing hendaklah berrnula dengan meregang ataupun memasangkan kulit-kulit berkenaan yang
masih dalam keadaan lembab pada bingkai buluh. Dengan ini, apabila kering, ianya akan turut menebat iaitu
bind together di antara kulit dan bingkai tersebut. Kemudian dipasangkan serentak pada kedua-dua muka
gendang tersebut dan dijalin dengan rotan, berbentuk seperti 'Y' sebagai bahan penegang, menerusi gelung-
gelung yang diperbuat daripada kulit berfungsi sebagai 'simpai' iaitu alat tala ataupun immediate tuning device
bagi gendang. Dalam proses penalaan bunyi, kemban rotan juga dipakai pada badan gendang tersebut. Ini bagi
menjamin ketegangannya supaya tidak cepat mengendur. Dalam keadaan yang sama kemban rotan juga
berfungsi sebagai bahan penghias.

'Temalang' Gendang Anak - Tebukan dalaman sesebuah gendang itu adalah penting bagi menentukan timbre
ataupun sifat bunyinya
Gendang Melayu yang digunakan dalam ensemble Silat Kedah

Dalam konteks persembahan Gendang Ibu akan disertai secara berpasangan dengan Gendang Anak untuk
memainkan pola-pola paluan yang khusus secara meningkah bagi pembinaan setiap struktur irama mengikut
disiplin yang didukunginya seperti ensemble Wayang Kulit, Mak Yong, Menora dan Silat.

Tebukan muka kecil Gendang Ibu

Tebukan muka besar Gendang Ibu


Kedudukan 'simpai' Gendang Ibu dan Gendang Anak

Temalang Gendang Anak

Secara praktis, permukaan besar Gendang Ibu dapat melahirkan suara asas yang dapat kita sifatkan sebagai
mnemonik 'doh' dan pada permukaan kecilnya ialah mnemonik 'phat', begitu juga dengan permukaan besar
Gendang Anak iaitu mnemonik 'ting' dan pada permukaan kecil ialah mnemonik 'chat'.

Tebukan muka besar Gendang Anak

Dalam amalan semasa persembahan ianya dipangku di atas riba secara tertib mengikut keselesaan pemainnya
dan dipalu dengan tangan pada kedua-dua belah mukanya. Kecuali dalam ensemble paluan Silat di mana
pemalu kayu digunakan pada permukaan besar bagi kedua-dua gendang berkenaan. Lazimnya untuk
persembahan seni Silat, gendang-gendang yang berukuran besar dan mempunyai kulit yang lebih tebal pada
permukaan besarnya digunakan.
Gong Agong

Gong Agung diperbuat daripada 'perunggu', mempunyai ukuran 90 - 95 sm pada garisan lintang serta ketinggian
di antara 28 - 30 sm dan mampu untuk menerbitkan siri overtone yang terbanyak dan mempunyai pic suara yang
terendah dalam keluarga gong. Berperanan sebagai alat kolotomik dalam genre Gamelan di Malaysia. Sifat
kolotomiknya adalah lebih berpusat kepada ciri-ciri penamat bagi sesebuah lagu dan adakalanya digunakan
sebagai penanda bagi keratin frasa-frasa lagu mengikut repertoirnya. Gong Agung daripada perunggu sering
digunakan dalam permainan Gamelan Melayu iaitu satu nama genre yang digunakan apabila membicarakan
mengenai rangkaian Gamelan di Malaysia iaitu Joget Gamelan, merupakan gabungan tarian dan muzik yang
mula dicipta di kalangan istana-istana di Pahang pada abad ke 19, kemudian Terengganu pada awal abad ke 20.

Manakala Gong Agung yang sering digunakan dalam ensemble yang berkembang di Johor adalah diperbuat
daripada besi oleh tukang-tukang yang mahir dari kalangan masyarakat Melayu berketurunan Jawa. Mereka
menggunakan teknik petri dan tempa untuk membuat gong tersebut.

Gong Sukuwan

Gong Agung digunakan secara berpasangan dengan Gong Suwukan, iaitu alat kolotomik yang berukuran
sederhana besar dalam keluarga gong. Ianya diperbuat daripada penunggu dan berukuran 65 sm pada garis
lintang. Sifat kolotomiknya lebih berpusat kepada ciri-ciri pembahagian pada keratan frasa-frasa lagu mengikut
proses 'gongan' iaitu satu proses pembinaan lagu bagi setiap pembahagian keratannya sebelum kemasukkan
gong yang berkenaan.

Gong Sukuwan & Gong Agong

Pemukul Gong Gamelan

Kompang

Mempunyai baluh 'berbingkai' yang diperbuat daripada kayu jenis keras. Lazimnya dari spesis Nangka dan nama
saintifiknya Artocarpus heterophyllus. Belulang daripada kulit kambing digunakan sebagai bahan bunyi yang
dipasang pada permukaan baluhnya dengan menggunakan bahan pelekat kemudian ditindih dengan paku
supaya ketegangannya lebih terjamin. Kompang juga memerlukan rotan sedak sebagai alat tala untuk
menghasilkan suara yang baik.

Permainan Kompang lazimnya dimainkan secara berkumpulan dalam keadaan 'bersila', 'berdiri', ataupun
'berarak' mengikut keperluannya. Dalam teknik penghasilan bunyi, pemain akan menggunakan sebelah tangan
untuk memegangnya dan menggunakan sebelah tangan lagi untuk memukulnya.
Bingkai kompang

Selain dari Marhaban, peranan Kompang dalam kehidupan masyarakat masa kini telah menjadi begitu penting
khususnya untuk meraikan majlis perkahwinan ataupun menyambut tetamu dan juga pembesar-pembesar
negara. Kini permainan Kompang telah mula diajar di sekolah-sekolah serta pusat-pusat pengajian tinggi dan
institusi Kerajaan. Dalam konteks persembahan, sesebuah kumpulan Kompang terdiri daripada tiga kumpulan
mengikut peranannya.

Kumpulan pertama terdiri daripada beberapa orang pemain yang akan bertindak sebagai 'Pembolong'
menggunakan istilah lokaliti untuk memainkan pola paluan yang khusus serta spesifik secara seragam iaitu in
unison sebagai pukulan 'dasar'. Kumpulan kedua akan bertindak sebagai 'Peningkah' lazimnya terdiri daripada
seorang sahaja sebagai master dalam permainan tersebut, dan kumpulan ketiga akan bertindak sebagai
'Penyilang' yang memainkan rentak hias sebagai unsur pelengkap kepada keseluruhan pola paluan yang terjalin
di dalamnya.

Belulang kambing

Amalan berzikir yang dapat kita kategorikan di bawah konsep seni muzik keimanan juga didapati berkembang di
kalangan masyarakat tempatan di daerah Pekan, Pahang. Ianya dikenali sebagai zikir Pahang. Dalam amalan
zikir tersebut, rebana digunakan sebagai alat pengiring. Rebana ini berukuran besar pada permukaannya dan
baluhnya pula diperbuat daripada jenis kayu yang keras seperti merbau ataupun nangka. Belulang daripada kulit
kambing digunakan sebagai bahan bunyi iaitu the sounding body. Alat ini dikenali dengan nama kompaunnya
sebagai Rebana Zikir Pahang. Dalam ensemble Mak Yong Laut yang berkembang di Perlis, Rebana disertakan
secara berpasangan iaitu sebagai Ibu dan Anak, disamping sebuah rebana besar untuk memainkan pola-pola
paluan sebagai penyokong irama. Ensemble lengkap dalam Mak Yong Laut terdiri daripada :

(i) Sepasang Rebana - ibu dan anak.


(ii) Sebuah Rebana Besar.
(iii) Sebuah Biola sebagai alat melodi, ensemble asal menggunakan Rebab tiga tali.
(iv) Sepasang Tetawak - ibu dan anak
(v) Dua pasang Cerek Buluh

Melihat kepada bentuk ensemblenya secara tidak langsung dapat mengemukakan kepada kita suatu fizikal
muzik yang mencirikan unsur-unsur Sinkretisrne.

Rebana

Sejenis gendang satu muka yang digunakan untuk mengiringi tarian dan juga nyanyian rakyat yang dikenali
sebagai 'Adai-Adai' oleh masyarakat Melayu berketurunan Brunei di daerah Papar, Beaufort dan Sipitang.
Rebana dipalu dengan sebelah tangan seperti juga teknik yang digunakan untuk rebana yang terdapat dalam
ensemble muzik sinkretik yang lain. Paluan rebana serta nyanyian Adai-Adai diadakan untuk meraikan majlis-
majlis keramaian dan menyambut tetamu kehormat.

Manakala di kalangan suku kaum Bajau pula terdapat sejenis gendang panjang yang mempunyai satu muka
sahaja. Ianya diletakkan secara berdiri di atas lantai dan dipalu dengan tangan. Gendang ini lazimnya digunakan
dalam kesenian muzik 'Bertitik' untuk memainkan pola paluan seperti irama 'Kedidi', 'Ayas' dan 'Tidong'.

Manakala di kalangan masyarakat Brunei terdapat juga sejenis gendang kecil yang dikenali sebagai 'gendang
labik' dan 'dombak' iaitu sejenis gendang satu muka. Di kalangan masyarakat Brunei di Sabah, gendang rebana
sering juga disebut sebagai 'rempana'.

Gendang satu muka yang terbesar pernah wujud dalam budaya muzik masyarakat Melayu. Temalang ataupun
baluhnya yang berbentuk seperti pasu ataupun potted type itu diperbuat daripada kayu yang keras seperti
'merbau' ataupun 'cengal'.
Rebana besar

Pada permukaannya yang berukuran dalam 80 sm - 100 sm pada garis lintang, diregangkan dengan belulang
kerbau sebagai bahan bunyi iaitu sounding body. Rotan yang dibelah dua digunakan sebagai bahan ekustik
utama bagi proses penegangan kulit dan diperkuatkan dengan pancang-pancang kayu yang juga berfungsi
sebagai alat tala. Lukisan yang bermotifkan alam seperti bunga-bungaan telah diwarnakan dengan pelbagai
warna sebagai lambang kepada makna simbologi serta kehalusan estetikanya.

Untuk persembahan rebana ubi diletakkan di atas tapak secara mengiring

Dalam konteks persembahan, ianya dipukul dengan tangan secara direct contact dengan pemain iaitu tanpa
menggunakan alat pemukul, untuk mengiringi 'nyanyian zikir, yang bertemakan keagamaan dan juga kesedaran
sosial semasa. Nyanyian zikir Rebana Besar disampaikan secara chorus iaitu suara ramai oleh pemain alat
berkenaan yang lazimnya dianggotai oleh tiga orang pemain dalam setiap kumpulan. Persembahan REBANA
BESAR sering diadakan bagi meraikan majlis keramaian seperti perkahwinan dan juga menyambut hari
kebesaran bagi masyarakat di Kelantan.
Baji atau kayu pasak merupakan bahan ekustik utama untuk penalaan bunyi

Namun begitu, di negeri Kelantan juga terdapat sejenis muzik rakyat yang menggunakan peralatan yang
menyerupai 'Rebana Besar'. Ianya dikenali sebagai 'Rebana Ubi'. Secara fizikal rebana ubi mempunyai bentuk
yang sama seperti rebana besar tetapi berukuran lebih kecil sedikit dan menggunakan prinsip serta bahan
akustik yang sama bagi proses pembuatannya seperti mana yang diamalkan dalam pembuatan rebana besar.
Baluhnya juga ditebuk dan mempunyai lubang yang berkompaun dan berbentuk seperti pasu. Tetapi pada
permukaan besarnya telah diregangkan dengan belulang lembu sebagai bahan bunyi.

Dalam konteks persembahan ianya dipalu dengan tangan ataupun pemalu kayu yang dibalut dengan bahan
lembut seperti tali, getah dan sebagainya. Persembahan rebana ubi diadakan untuk meraikan majlis keramaian
dan juga pertandingan. Dalam acara pertandingan misalnya mereka akan memainkan lagu-lagu yang diilhamkan
daripada repertoir muzik Wayang Kulit Kelantan serta lagu-lagu wajib yang lain seperti lagu 'Masuk Bangsal' dan
sebagainya. Setiap kumpulan akan dianggotai oleh enam orang pemain dan tiga biji rebana, di mana setiap
rebana ubi akan dipalu oleh dua orang pemain.

Dalam amalan untuk tujuan pertandingan dan juga persembahan biasa, ketegangan kulit serta teknik paluan
akan menjadi faktor penentu bagi tujuan pengadilan dan rangsangan estetikanya. Nama kompaun Rebana Ubi
adalah diilhamkan daripada bentuk sejenis ubi yang dikenali sebagai 'Ubi Badak' iaitu berukuran besar, bulat dan
mempunyai warna kehitaman.

Tebukan dalaman rebana ubi

Rebana mangkuk

Rebana Mangkuk juga merupakan sejenis gendang satu muka. Baluhnya diperbuat daripada mangkuk yang
diguna untuk mengumpul susu getah. Lazimnya mangkuk-mangkuk tersebut diperbuat daripada tanah Hat. Pada
permukaannya ditutup dengan beberapa lapisan getah sebagai bahan bunyi menggunakan kaedah siratan rotan
dan bahan pelekat. Untuk menegangkan lapisan getah itu tadi, dua keping berbaji kayu dimasukkan secara
bertentangan pada bahagian bawah alat berkenaan kemudian diketatkan. Berbaji kayu ini adalah berfungsi
sebagai alat tala kepada rebana berkenaan seperti juga yang digunakan untuk alat rebana yang lain seperti
Rebana Ubi dan sebagainya.

Rebana Mangkuk digunakan untuk memainkan lagu-Iagu seperti dalam repertoire Rebana Ubi untuk muzik
hiburan bagi komuniti setempat. Ianya dipalu dengan sebatang pemalu kayu yang dibalut dengan getah. Rebana
Mangkuk bolehlah dianggapkan sebagai alat muzik eksperimental yang diasaskan daripada alat rebana
tradisional yang lain.

You might also like