You are on page 1of 13

http://www.scribd.

com/doc/19312377/GERKO-peringkat-1

PENDAHULUAN

Aktiviti kokurikulum telah lama diperkenal dan dilaksanakan dalam sistempendidikan di negara ini, iaitu

sejak zaman penjajahan British lagi. Contohnya,penubuhan pergerakan pengakap yang pertama di

Malaysia mengambil tempatdi Singapura pada tahun 1909. Aktiviti kokurikulum diberi penekanan

olehKementerian Pendidikan Malaysia seperti yang terkandung dalam surat arahan


School Course of Studies Regulations 1956 dan Pindaan Tahun 1961 (Akta

Pendidikan 1961, No. 552). Aktiviti ini lebih dikenali dengan nama KegiatanKumpulan. Seterusnya pada

tahun 1985, mata pelajaran kokurikulum diajar dandimasukkan ke dalam jadual waktu persekolahan di

sekolah rendah.

Sebahagian besar aktiviti kokurikulum dilaksanakan di luar bilik darjah.Kadangkala aktiviti

kokurikulum juga dilaksanakan di dalam bilik darjah. Padaasasnya, gerak kerja kokurikulum merupakan

sebahagian daripada kurikulum sekolah dan setiap pelajar perlu melibatkan diri dalam aktiviti ini.

Mengikut Md.Aris Mansor (1985), kokurikulum merupakan satu bidang pembelajaran yangberasaskan

mata pelajaran akademik. Walau bagaimanapun, sebahagian besargerak kerja kokurikulum merangkumi

pembelajaran yang bukan berasaskanmata pelajaran akademik.

Secara amnya, kokurikulum merujuk aktiviti dan pengalaman pendidikanyang dilaksanakan di

luar bilik darjah. Kokurikulum lebih banyak dilaksanakansecara tidak langsung atau tidak formal. Aktiviti

kokurikulum lebih menekankannilai, bakat, peranan, kepimpinan, sosial dan sebagainya. Aktiviti ini juga

dikenalikurikulum tersembunyi.

Warta Kerajaan bertarikh , 28 hb Disember 1967, No. 5652 (PeraturanKursus Pengajian) Sekolah 1956,
mendefinisikan kokurikulum sebagaikegiatan kumpulan, manakala Warta Kerajaanbertarikh 31hb
Disember1997 , Jil 41, No.26, TambahanNo.94, PerundanganA.P.U (A) 531, Akta Pendidikan 1996,
Peraturan-Peraturan (Kokurikulum Kebangsaan)

mendifinisikan kokurikulum sepertu berikut:

“Kegiatan kokurikulum” ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutandaripada proses pengajaran dan

pembelajaran dalam bilik darjah yangmemberikan murid


peluang untuk menambah, mengukuh danmengamalkan pengetahuan, kemahirandan nilai yang dipelajari

di bilikdarjah.”

Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan FalsafahPendidikan Negara. Antara

matlamat yang hendak dicapai ialah sepertiberikut: (Ab. Alim: 2005)


2.1
Menyemai perasaan muhibbah, perpaduan dan integrasi nasional
di kalangan generasi muda;
2.2
Menggalakkan peningkatan disiplin pelajar;
2.3
Memperkenalkan
pengalaman
yang
menyeluruh
dan
keseimbangan dengan pendidikan formal;
2.4
Menanam, memupuk dan memberi latihan awal dari aspek
kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan di kalangan pelajar;
2.5
Menyumbangkan usaha membina iklim, budaya dan tempat belajar
yang menarik dan menyeronokkan;
2.6
Mewujudkan perimbangan antara perkembangan intelek dengan
perkembangan jasmani, rohani dan emosi;
2.7
Mengisi masa lapang dengan berfaedah;
2.8
Menyemai nilai-nilai pendidikan dalam gerak kerja kokurikulum
Strategi Pelaksanaan Kokurikulum di Sekolah ialah:

- Melibatkan semua pelajar secara aktif samada secara individu atauberkumpulan dalam semua bidang

kokurikulum dan khidmat sekolah serta masyarakat.

-Merancang kokurikulum dengan teliti dengan menggunakan Management by Objective(MBO)

-Mencatat semua gerak kerja kokurikulum dan kemajuan yang telah


dicapai atau dijalankan.

-Memberi penghargaan kepada pelajar yang terlibat seperti suratpenghargaan, penganugerahan tokoh

pelajar aktif kokurikulum,majlis penyampaian sijil dan sebagainya.

-Menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (JBPS),

-Melibatkan PIBG, masyarakat setempat dan agensi luar, terutama bagi memberi sokongan, latihan dan
kewangan.

-Mengadakan dan mengagihkan peruntukan kewangan sekolah kepada setiap persatuan atau berpandukan

aktiviti yang telah dilaksanakan.

-Berusaha mendapatkan peralatan yang diperlukan bagi aktivitikokurikulum samada dibeli atau melalui

sumbangan daripada pihakluar.

-Mewujudkan atau mengemaskan sistem rumah dan mengadakan


jadual tahunan kegiatan rumah yang tersusun rapi.

- Mengadakan aktiviti yang boleh disertai oleh ramai pelajar sepertisukan tara, merentas desa,

perkhemahan unit beruniform dansebagainya.


-Menghantar guru mengikuti kursus dan latihan dalam kegiatan
kokurikulum mengikut bidang dan jenisnya.

-Mengadakan pertandingan antara darjah atau rumah dalampelbagai aktiviti seperti berbalas pantun, kuiz,

syarahan, sukan danpermainan, bilik darjah tercantik, membaca, bercerita dansebagainya.

-Mengadakan hari unit beruniform lengkap mengikut unit masing-


masing.

Jenis-jenis aktiviti

Berdasarkan Warta Kerajaan bertarikh 21hb. Mei 1998, Jilid 42.No 11Tambahan No.41 Perundangan P.U

(A) 196, pihak sekolah bolehmenubuhkan persatuansekolah daripada kategori yang berikut:

Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan –Peraturan

Pendidikan

(Kurikulum Kebangsaan) 1997;

-Hobi dan rekreasi;

-Sukan dan permainan;


-Badan beruniform; atau
-Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar

Peruntukan masa

Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967,Jilid 11,Bil. 27, No.5652 telah membuat ketetapan
pembahagian masa untukKokurikulum seperti yang berikut:

Sekolah rendah,

1 n 2, 60 minit
3 n 4, 60 minit
5 n 6, 120 minit

tugas dan Tanggungjawab Guru

Dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Bahagian 2, jelas dinyatakan


kuasa yang diberikan kepada Pendaftar, Penolong Pendaftar, menjalankansemuakuasadanfungsiyangdiberikankepada
KetuaPendaftartertaklukkepadaapa-apasekatanyangdikenakanolehKetuaPendaftar.

Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru:

A .Hendaklah ada seorang Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru


yang dilantik oleh Menteri;
b .Menteri boleh melantik seorang Timbalan Ketua Pendaftar
Sekolah dan Guru;

c. Menteri hendaklah melantik seorang Pendaftar Sekolah danGuru bagisetiap Negeri, dan boleh melantik

apa-apa bilanganPenolong Pendaftar Sekolah dan Penolong Pendaftar Guruyang difikirkan perlu bagi

maksudakta ini;
d Timbalan Ketua Pendaftar, Pendaftar, dan Penolong Pendaftar
hendaklahdi bawaharahan dan kawalan Ketua Pendaftar;

e. Ketua Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa dan menjalankanfungsi-fungsi yang diberikan kepadanya

oleh Akta ini, dan sewaktu ketiadaannya kuasa dan fungsi-fungsi sedemikianbolehlah dipunyai atau

dijalankan oleh Timbalan Ketua Pendaftar;

f. Pendaftar atau Penolong Pendaftar boleh menjalankan semuakuasa dan fungsi yang diberikan kepada

Ketua Pendaftar olehatau di bawah Aktaini,tertakluk kepada apa-apa sekatan yangboleh dikenakan oleh

Ketua Pendaftar .

.4.2Guru Besar sebagai Penolong Pendaftar mempunyai kuasa untukmelantik guru sebagai guru penasihat

bagi menjalankan tugas-tugasdalam aktivitikokurikulum berdasarkan peruntukan yang sedia ada

Langkah-Langkah yang Dilaksanakan oleh Kementerian


Pelajaran Malaysia
3.5.1Melantik pegawai sepenuh masa untuk menyelia danmelaksanakan tanggungjawab mengurus gerak kerja

kokurikulumsamada di peringkat Kementerian, Pejabat Pendidikan Negeri,Pejabat Pendidikan Daerah

atau sekolah. Jawatan yangdimaksudkan termasuklah Ketua Penolong Pengarah, PenyeliaKokurikulum

atau Penolong Kanan Kokurikulum.


3.5.2

Kementerian Pelajaran dari semasa ke semasa telahmengeluarkan arahan dan pekeliling serta dasar

tertentu yangberkaitan dengan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum di sekolahdan maktab perguruan.
3.5.3

Struktur pengurusan kokurikulum di sekolah telah dikemas kinidengan lebih jelas dan teratur. Seorang

Penolong KananKokurikulum telah dimasukkan ke dalam carta organisasi. Cartaorganisasi dapat

menjelaskan tugas dan tanggungjawab guru yangmelaksanakan gerak kerja kokurikulum.

3.5
Langkah-Langkah yang Dilaksanakan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia

3.5.1Melantik pegawai sepenuh masa untuk menyelia danmelaksanakan tanggungjawab mengurus gerak kerja

kokurikulumsamada di peringkat Kementerian, Pejabat Pendidikan Negeri,Pejabat Pendidikan Daerah

atau sekolah. Jawatan yangdimaksudkan termasuklah Ketua Penolong Pengarah, PenyeliaKokurikulum

atau Penolong Kanan Kokurikulum.


3.5.2

Kementerian Pelajaran dari semasa ke semasa telahmengeluarkan arahan dan pekeliling serta dasar

tertentu yangberkaitan dengan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum di sekolahdan maktab perguruan.
3.5.3

Struktur pengurusan kokurikulum di sekolah telah dikemas kinidengan lebih jelas dan teratur. Seorang

Penolong KananKokurikulum telah dimasukkan ke dalam carta organisasi. Cartaorganisasi dapat

menjelaskan tugas dan tanggungjawab guru yangmelaksanakan gerak kerja kokurikulum.

Merancang Aktiviti Kokurikulum di Sekolah


Pentadbir,pengurus dan guru sekolah perlu merancang gerak kerjakokurikulum (GERKO) yang

dilaksanakan di sekolah. Keberkesananpelaksanaan GERKO di sekolah bergantung pada perancangan,

strategipelaksanaan dan penyeliaan yang teliti daripada semua pihak.Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah

dan Jawatankuasa PelaksanaanKokurikulum perlu berganding bahu membuat perancangan aktiviti dan

cara pelaksanaan kokurikulum sekolah. Kedua-dua jawatankuasa ini perlumemikirkan beberapa perkara

semasa merancang aktiviti kokurikulum disekolah. Antaranya ialah:

3.6.1Mengutamakan aktiviti yang melibatkan penyertaan lebih ramai


pelajar.
3.6.2

Gerak kerja yang pelbagai corak untuk memupuk, melatih danmengembangkan bakat yang berkaitan

dengan seni suara,lakonan, muzik, kepimpinan, syarahan dan sebagainya.


3.6.3Melaksana dan mempelbagaikan aktiviti yang melibatkan
pendidikan di luar ataupun secara tak formal dan bukan formal.
3.6.4Melaksana dan mempelbagaikan aktiviti yang menyemai
penerapan nilai-nilai murni.
3.6.5

Merancang dan menyediakan perancangan tahunan serta blueprinttentang sasaran pencapaian bagi setiap

jenis dan bidang gerakkerja kokurikulum.

-Kebanyakan sekolah melaksanakan gerak kerja kokurikulum padasemester pertama persekolahan. Pada

semester kedua, tumpuan diberikankepada peperiksaan.

Prosedur Tetap Penubuhan Persatuan

( Pakaian Seragam, Kelab / Persatuan dan Kelab Sukan / Permainan)


3.7.1 Penubuhan
i)Mesyuarat penaja.
ii)Surat permohonan penubuhan dari Guru Pemimpin /
Penasihat Pasukan Pakaian Seragam, Kelab / Persatuan
Kelab Sukan / Permainan kepada Pengetua / Guru Besar.
(Rujuk Lampiran 1)
iii)Surat Pelantikan dari Pengetua / Guru Besar kepada GuruPemimpin / Penasihat Pasukan Pakaian
Seragam, Kelab /Persatuan, Kelab Sukan / Permainan. (Rujuk Lampiran 2)

iv)Surat Kelulusan Penubuhan Pasukan Pakaian Seragam,Kelab / Persatuan, Kelab Sukan / Permainan
dari Pengetua /Guru Besar kepada Guru Pemimpin / Penasihat.
(Rujuk Lampiran 3)

v)Tanggungjawab Guru Pemimpin / Penasihat.


(Rujuk Lampiran 4)

vi)Surat Penurunan Kuasa daripada Pemimpin melaluiPengetua / Guru Besar kepada Ahli Jawatankuasa
(AJK).(Rujuk Lampiran 5)

vii)Tanggungjawab AJK. (Rujuk Lampiran 6)

viii)Surat permohonan menubuhkan Pasukan Pakaian Seragamkepada agensi-agensi kerajaan dan badan
bukan kerajaan.(Rujuk Lampiran 7A, 7B)
KOMPONEN / BIDANG GERAK KERJA KOKURIKULUM

Gerak kerja kokurikulum di sekolah rendah dapat dikategorikan kepada tiga jenis
atau bidang iaitu:

Unit beruniform / pasukan pakaian seragam

Kelab dan Persatuan

Sukan dan Permainan

bidang Unit Beruniform / Pasukan Pakaian Seragam

Sesebuah sekolah rendah boleh menubuhkan unit beruniform / pakaian seragammengikut

keperluan setempat, kemudahan peralatan, personal atau jurulatih dankemudahan sedia ada di

sesebuah sekolah bagi mengendali dan melaksanakanaktiviti setiap unit beruniform. Antara

pasukan pakaian seragam yang bolehditubuhkan di sekolah rendah ialah:

Kumpulan Pengakap (unit Pengakap Kanak-Kanak)



Kumpulan Pandu Puteri (unit Tunas Puteri)

Persatuan Bulan Sabit Merah (Pasukan Link)

Pasukan St. John Ambulan (pasukan SJAM Junior)

Kadet Remaja Sekolah (Tunas Kadet Remaja Sekolah)

Puteri Islam
Persatuan dan Kelab

Bidang persatuan dan kelab yang ditubuhkan di sekolah boleh dikategorikankepada dua iaitu

persatuan dan kelab yang berasaskan mata pelajaran(akademik) dan persatuan dan kelab yang

berasaskan minat, perkhidmatan,kecenderungan dan hobi.

1.2.1Persatuan dan Kelab Berasaskan Akademik atau Mata Pelajaran

Penubuhan persatuan berasaskan akademik atau mata pelajaran bertujuanuntuk

menambahkan minat dan kemahiran pelajar dalam mata pelajarantersebut. Sekolah boleh

menubuhkan persatuan dan kelab ini berdasarkankeperluan sekolah dan kemudahan yang

diperoleh. Antara persatuan dan kelabyang boleh ditubuhkan di sekolah rendah adalah seperti:
Bahasa (berasaskan bahasa yang diajar di sekolah seperti Persatuan
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan sebagainya)

Sains

Matematik

Seni Lukis

Muzik

Komputer

Agama (seperti Persatuan Agama Islam
Persatuan dan Kelab Berasaskan Minat, Perkhidmatan, Kecenderungan
dan Hobi

Persatuan berasaskan minat, perkhidmatan, kecenderungan dan hobiditubuhkan di sekolah

bertujuan untuk menarik minat dan memberi ilmupengetahuan. Persatuan yang boleh

ditubuhkan di sekolah adalah seperti:



Perpustakaan / pusat sumber

Koperasi sekolah

Pendidikan Pengguna

Koir

Bimbingan dan Kaunseling

Bidang Sukan dan Permainan

Banyak aktiviti sukan dan permainan yang boleh dilaksanakan di sekolahrendah. Aktiviti sukan

terbahagi kepada dua iaitu berasaskan sukan danpermainan antarabangsa, contohnya bola

sepak, olahraga dan yang berasaskanpermainan tradisional seperti wau, gasing dan

sebagainya. Antara bidang sukandan permaianan yang boleh dilaksanakan di sekolah adalah

seperti:

Bola Sepak

Bola Jaring

Olahraga

Pingpong

Wau

Sepak Takraw

Gimnastik

PENGURUSAN GERAK KERJA KOKURIKULUM (GERKO)

Penyertaan pelajar dalam gerak kerja kokurikulum bergantung pada peraturansekolah yang

dikenakan ke atas mereka. Kebanyakan sekolah telah mewajibkansetiap pelajar menyertai

gerak kerja kokurikulum. Di samping itu, terdapatbeberapa faktor lain yang menentukan

penyertaan pelajar seperti:

(a) minat pelajar;

(b) guru yang terlatih dalam gerak kerja kokurikulum;

(c) galakan dan dorongandaripada pihak sekolah;

(d) kejayaan pelajar terdahulu dalam gerak kerja kokurikulum;

(e) Penglibatan aktif guru dalam gerak kerja kokurikulum;

(f)Kemudahan fizikal dan kewangan sekolah; dan

(g) Sikap dan sokongan ibu bapa.

Carta Organisasi Kokurikulum di Sekolah

Setiap sekolah rendah perlu mewujudkan dua buah jawatankuasa, iaituJawatankuasa

Kokurikulum Sekolah dan Jawatankuasa PelaksanaanKokurikulum. Kedua-dua jawatankuasa

ini adalah berbeza. JawatankuasaKokurikulum Sekolah lebih berfungsi menyediakan polisi,

manakalaJawatankuasa Pelaksanaan Kokurikulum lebih ke arah melaksanakan polisi yangtelah

ditetapkan.

Dalam mengurus aktiviti kokurikulum di sekolah, Guru Besar sebagaiPenolong

Pendaftar hendaklah menubuhkan Organisasi PengurusanKokurikulum Sekolah bagi

membantu beliau memantau, menilai, memperbaiki,mencemerlangkan aktiviti kokurikulum


sekolah. Beberapa perkara perlu diambilkira semasa membentuk organisasi ini agar ia dapat

memberikan faedah kepadapelajar dan sekolah iaitu:

Fungsi dan tanggungjawab setiap ahli.


1.2
Kekerapan mengadakan mesyuarat.
1.3
Pembentukan jawatankuasa kecil.
1.4
Pelaporan berkala.
1.5
Dokumentasi

You might also like