You are on page 1of 5

Sejarah

Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15
Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada
masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap
tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik
mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi.
Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik
atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau
menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan
sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak
terdapat di Kelantan dan Terengganu.

Motif

Motif adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau
menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu
Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi
seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.

Rupabentuk Kain Batik Sarung


 Motif Ayam
 Motif Bunga Buluh
 Motif Bunga Kerak Nasi 
 Motif Bunga Kotak Bercampur
 Motif Bunga Orkid
 Motif Bunga Raya
 Motif Daun Sireh
 Motif Geometrik
 Motif Pucuk Rebung
 Motif Rama-rama  
Motif Ayam
 Motif Siput
Contoh Motif Organik.
Contoh Motif Geometrik.

 Motif Pucuk Rebung


 Motif Bunga Kotak Bercampur

Motif Bunga Buluh

Motif Bunga Raya Motif Siput Motif Pucuk Rebung

Corak

Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik
tersebut.
Antara corak-corak yang sering digunakan.

 Corak Berdiri
 Corak Jalur
 Corak Melintang
 Corak Menyeluruh
 Corak Menyerong
 Corak Tompok-tompok Blok penerap batik
 Corak Ulangan Batu-bata
 Corak Ulangan/Selang seli

Proses Membuat

Alatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik.

 Blok penerap
 Campuran lilin
 Kain
 Pencelup
 Sebuah Meja

Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik.
Selepas diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit.
Setelah itu, ia akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang
lebih gelap. Proses ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air
yang mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan.
Kain batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah
kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan.

Penjenisan Kain Batik

Batik terbahagi kepada tiga jenis.

Batik Blok

Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok
corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan
mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan
terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.
   
Proses menerap kain menggunakan blok corak

Batik Conteng

Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih.
Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak
dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin
itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan.
Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai
benteng.

   
Proses mencanting kain

Batik Skrin

Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng.
Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak
batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang
berpengidang. Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan
warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang
beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang
lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja.

Penggunaan

Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk
membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam
pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlis-
majlis formal dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai
hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-
lain lagi. Batik boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu
digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering
dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.

You might also like