You are on page 1of 4

UJIAN LISAN BERDASARKAN SEKOLAH

BAHASA MELAYU 2008

Nama Pelajar :Ahmad Bukhari bin Mohamad (Pengerusi Forum)


Mohd Hafizi bin Abdul Rahman (Professor di Universiti Kebangsaan
Malaysia)
Nik Muhamad Lukman Nulhakim bin Nik Abdullah (Menteri di Jabatan
Perdana Menteri)
Mohd Syafiq Ramadhan bin (Ketua Polis Negara)
Mohd Muzammil bin (Bekas Mat Rempit)

Tajuk : Pandu Cermat Jiwa Selamat

Jenis : Perbincangan / Forum

Guru : Puan Mek Siti

Pengerusi : Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh. Selamat datang diucapkan


kepada para hadirin sekalian kerana sudi hadir pada petang ini. Seperti yang
kita semua sedia maklum bahawa pada petang yang sungguh indah ini kita
akan mendengar dan berdiskusi dalam sebuah forum yang bertajuk “Pandu
Cermat Jiwa Selamat”.

Kebelakangan ini kita sering kali mendengar atau membaca daripada media
massa serta media elektronik bahawa rakyat Malaysia sering kali terlibat dalam
pelbagai masalah yang berkaitan dengan jalan raya. Oleh itu, jalan
penyelesaian yang efektif harus dicari supaya perkara ini tidak menjadi lebih
buruk lagi. Oleh itu, sesuailah dengan tajuk forum kita pada hari ini yang
berkaitan dengan pengguna jalan raya dan diharapkan anda semua akan
mendapat manfaat daripada sesi forum pada petang ini.

Sebelum kita memulakan sesi perbincangan di antara ahli panel eloklah saya
terlebih dahulu memperkenalkan nama dan sedikit latar belakang ahli-ahli
panel kita dalam forum hari ini.

Ahli panel kita yang pertama pada hari ini adalah Professor Madya Tengku
Hafizi yang menjadi pensyarah di Universiti Malaya. Beliau adalah seorang
yang aktif dalam menyemai sifat bertanggungjawab di kalangan pengguna
jalan raya dengan menyertai pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) seperti
Street Smart, Persatuan Pengguna Jalan Raya Malaysia dan sebagainya.

Ahli panel kita yang kedua adalah Dato’ Nik Muhamad Lukman Nulhakim
yang menjawat jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri di
Putrajaya. Beliau merupakan penaung kepada beberapa badan kerajaan yang
aktif dalam menyemai sifat murni di kalangan pengguna jalan raya di
Malaysia. 2
Ahli panel kita yang ketiga pada hari ini adalah Tun Syafiq Ramadhan yang
bertugas sebagai Ketua Polis Negara dan merupakan jemputan khas kita pada

MAKTAB RENDAH SAINS MARA PENGKALAN CHEPA | ULBS BM 2008


petang ini. Beliau merupakan tonggak kepada pasukan keselamatan di negara
kita dan sememangnya jasa beliau amat dihargai.

Ahli panel kita yang keempat adalah Encik Muzammil yang merupakan bekas
mat rempit semasa remaja dahulu. Namun sekarang beliau telah insaf dan aktif
dalam membendung masalah mat rempit di kalangan remaja kini.

Tanpa membuang masa saya ingin menjemput Professor Madya Hafizi untuk
menyampaikan idea dan pandangan beliau mengenai masalah pengguna jalan
raya pada masa kini dan diikuti oleh ahli panel yang lain. Dipersilakan.

Professor : Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis kerana sudi memberikan peluang
kepada saya untuk berucap. Sebelum saya memberikan pandangan saya, saya
ingin memberitahu sedikit tentang latar belakang tentang diri saya. Nama saya
Mohd Hafizi Bin Abdul Rahman dan bertugas sebagai seorang di Fakulti
Sains Kemasyarakatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada pandangan saya,
kes kemalangan jalan raya yang semakin meningkat adalah sesuatu yang amat
membimbangkan dan perlu dianggap serius oleh semua pihak. Peningkatan kes
kemalangan jalan raya pada tahun ini berbanding tahun telah meningkat
sebanyak tiga puluh lima peratus. Kebanyakkan kes kemalangan maut yang
dilaporkan adalah berpunca daripada pengguna jalan raya itu sendiri. Seramai
beratus-ratus orang menemui ajalnya kerana tidak berhati-hati ketika memandu
terutamanya pada musim perayaan. Kemalangan jalan raya boleh
mengakibatkan kita kehilangan orang tersayang dan menyebakan trauma
dalam hidup kita sendiri.

Pengerusi : Boleh Professor terangkan apakah faktor-faktor yang mendorong masalah ini
menjadi semakin meruncing?

Terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada berlakunya kes kemalangan


jalan raya. Antara faktornya ialah kecuaian pemandu itu sendiri. Faktor ini
merupakan faktor terbesar yang menyumbang kapada peningkatan peratusan
kes kemalangan jalan raya. Sikap pemandu yang tidak berhati-berhati bukan
sahaja membahayakan nyawanya sendiri malah turut membahayakan nyawa
pengguna jalan raya yang lain yang tidak berdosa. Sikap terburu-buru yang
diamalkan oleh segelintir pemandu akan menyebabkannya terlibat dalam
kemalangan dan menyebabkan nyawanya terkorban. Mereka juga cenderung
untuk melanggar peraturan jalan raya demi dan membahayakan nyawa
pengguna jalan raya yang lain demi untuk kepentingan mereka. Sikap ini harus
dikikis supaya kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan daripada berlaku.

Selain itu, faktor keadaan jalan raya turut menjadi penyumbanag


kapada berlakunya kemalangan jalan raya. Jalan raya yang tidak diselanggara
dengan baik boleh menyebabkan kenderaan terbabas dan menyebabkan nyawa
pengguna jalan raya terancam. Jalan raya yang berlubang, jalan yang berlopak
dan kerosakan ataupun ketiadaan lampu jalan merupakan antara bukti yang
menunjukkan jalan raya tidak diselanggara dengan baik oleh pihak 2
bertanggungjawab tempatan. Ciri-ciri keselamatan seperti penghadang jaln
perlu dibina dan dipasang bagi menyelamatkan nyawa pengguna jalan raya
daripada terkorban.

MAKTAB RENDAH SAINS MARA PENGKALAN CHEPA | ULBS BM 2008


Justeru itu, saya ingin mengambil kesempatan untuk berpesan kepda
para hadirin yang hadir pada majlis ini supaya berhati-hatilah ketika memandu
dan ingatlah nyawa orang tersayang kerana mereka merupakan anugerah yang
tidak ternilai yang dianugerahkan oleh tuhan.

Menteri : Terima kasih tuan pengerusi majlis kerana sudi menjemput saya dalam forum
ini. Sebenarnya saya telah membatalkan semua temu janji saya pada hari ini
hanya kerana ingin menghadiri forum ini. Mengenai tajuk kita pada hari ini
iaitu mengenai kemalangan jalan raya. Pada pengamatan saya, kejadian
kemalangan jalan raya menjadi salah satu nahas yang meragut nyawa. Seperti
yang kita tahu, setiap musim perayaan, nahas jalan raya semakin meningkat
dan kadar kematian juga turut meningkat. Saya merasa sungguh sedih dan pilu
apabila dikenang kepada waris nahas tersebut. Ramai kanak-kanak hilang
tempat bergantung terpaksa tinggal di rumah anak-anak yatim.

Pengerusi : Pihak kerajaan telah membuat banyak kempen untuk mengatasi masalah ini.
Jadi boleh Tuan terangkan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh
pihak kerajaan dalam membendung masalah ini?

Pihak kerajaan telah banyak merangka langkah-langkah bagi mengatasi


masalah ini. Menteri kerja raya telah diberikan banyak peruntukan untuk
mengatasi masalah yang berkaitan dengan jalan raya seperti jalan yang tidak
berturap dan berlubang. Selain itu pihak kerajaan telah memberikan peruntukan
kepada pihak polis bagi menaik taraf pasukan supaya dapat membanteras
gejala lumba haram.

Ketua Polis : Kami pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebenarnya telah banyak
melakukan langkah-langkah untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya
yang kian meningkat sejak akhir-akhir ini. Salah satu langkah yang diambil
oleh PDRM ialah kami menguatkuasakan undang-undang jalan raya yang ada.
Contohnya, bagi pengguna-pengguna jalan raya yang melanggar peraturan
jalan raya, mereka akan dikenakan hukuman yang sewajarnya. Hal ini penting
untuk memberi pengajaran bagi mereka yang melanggar peraturan jalan raya.
Selain itu, pihak PDRM turut menjalinkan kerjasama dengan Kementrian
Pelajaran dalam usaha membanteras kes ini. Pihak kami telah banyak
mengadakan pameran-pameran yang berunsur kemalangan jalan raya di
sekolah-sekolah bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar tentang
hal ini. Kami juga banyak menjalankan kempen kesedaran kepada para
pengguna jalan raya di seluruh negara pada setiap tahun supaya mereka sedar
tentang pentingnya keselamatan jalan raya ini.

Pengerusi : Apakah pandangan Dato’ dalam hal ini?

Pada pandangan saya, akhir-akhir ini banyak pihak cuba bekerjasama


membanteras masalah ini. Hal ini adalah perkara yang baik kerana sesetengah
pihak sudah menyedari akan kepentingan parkara ini. Saya berharap para 2
pengguna jalan raya akan lebih berhemah ketika menggunakan jalan raya
untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Kes ini bukan sahaja

MAKTAB RENDAH SAINS MARA PENGKALAN CHEPA | ULBS BM 2008


akan menyusahkan diri kita sahaja, malah mungkin para pengguna jalan raya
yang lain juga. Jadi, sama-samalah kita menjalankan tanggungjawab kita.

Muzammil : Kemalangan jalan raya yang berlaku di Malaysia berlaku di sebabkan kecuaian
pemandu sendiri. Mereka mengambil jalan mudah ketika memandu di jalan
raya. Mereka juga tidak mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan
oleh pihak kerajaan. Mereka tidak menghiraukan keselamatan orang lain.
Contoh, mereka tidak mematuhi lampu isyarat walaupun lampu isyarat
berwarna merah. Mereka juga selalu memandu kenderaan melebihi had laju
yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Pengerusi : Mungkin saudara Muzammil boleh ceritakan sedikit pengalaman saudara untuk
iktibar kita semua?

Saya sebagai pengguna jalan raya, ingin berkongsi cerita dengan orang ramai.
Saya telah berlumba haram ketika berada di bangku sekolah lagi. Saya telah
terpengaruh dengan rakan sebaya. Mula-mula saya hanya melakukan hanya
untuk suka-suka sahaja. Tetapi lama-kelamaan, saya menganggapnya sebagai
hobi. Pada suatu malam, saya telah berlumba haram dengan kawan-kawan.
Ketika dalam perlumbaan, kami telah didatangi oleh pihak polis. Kami terus
memecut motorsikal kami untuk melarikan diri. Ketika sya memesuki satu
selekoh, tiba-tiba sebuah lori muncul di hadapan sya. Saya tidak dapat
mengawal motorsikal saya, lalu terjatuh. Saya pengsan dalam kejadian
tersebut. Ketika saya sedar, saya telah berada di hospital. Doktor telah
mengesahkan bahawa kaki kanan saya perlu dipotong. Dan akhirnya, kaki
kanan saya dipotong. Peristiwa itu menjadi titik hitam dalam diri saya.

Pengerusi : Nampaknya kita telah pun sampai di penghujung forum perbincangan pada hari
ini oleh itu marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripada segala yang
telah diperkatakan oleh para panel jemputan kita pada hari ini. Semoga yang
baik itu dijadikan teladan dan yang buruk itu dijadikan sempadan.
Assalamulaikum warahmatul hiwabarokatuh..

MAKTAB RENDAH SAINS MARA PENGKALAN CHEPA | ULBS BM 2008

You might also like