You are on page 1of 18

http://www.mdpt.gov.

my/mdpt/profil/latarbelakang

Majlis Daerah Perak Tengah telah ditubuhkan pada 1 Disember 1979 iaitu setelah diluluskan

penubuhannya oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam perjumpaan Bil. 936 bertarikh 20

November 1979. Penubuhan Majlis Daerah Perak Tengah ini selaras dengan penyusunan

semula Penguasa-penguasa Tempatan seluruh Malaysia.

Dengan tertubuhnya Majlis Daerah Perak Tengah ini, maka terhapuslah dua penguasa

tempatan yang wujud sebelum ini iaitu Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan, Parit (LPKT)

dan Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Luar Bandar (LLB).

Page 1 of 18
http://www.mdpt.gov.my/mdpt/profil/latarbelakang

Dengan kenaikan taraf Menjadi Majlis Daerah Perak Tengah, maka kawasan yang tersebut

adalah jauh lebih luas iaitu 9308 hektar.  kawasan adoption seluas 5978 hektar sementara

kawasan operasi seluas 3330 hektar bagi kawasan-kawasan berikut:-

Kawasan Keluasan (hektar)


Parit 512
Tanjung Belanja 84
Buluh Akar 32
Bota Kanan 250
Titi Gambong 688
Seri Iskandar 1,430
Kampung Gajah 334
Jumlah 3,330

Kenaikan taraf dan pembesaran kawasan ini adalah merupakan satu perkara yang wajar,

kerana dengan cara ini saja segala bentuk kemudahan bandar atau ciri-ciri perbandaran dapat

diperkenalkan dan dinikmati di peringkat luar bandar.

Pentadbiran Majlis Daerah Perak Tengah juga telah berpindah dari Pekan Parit ke Pusat

Pentadbiran Bandar Baru Seri Iskandar pada 14 September 1993. Oleh itu adalah diharapkan

pentadbiran ini dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik dan berkualiti.

Page 2 of 18
http://www.mdpt.gov.my/mdpt/profil/latarbelakang

Berikut adalah Misi & Visi Majlis Daerah Perak Tengah :

Page 3 of 18
http://www.mdpt.gov.my/mdpt/profil/latarbelakang

 Menjamin Perkhidmatan Yang Cekap, Mesra Dan Berkualiti Kepada Setiap

Pelanggan Dan Sentiasa Berusaha Menjadikan Kawasan Majlis Daerah Perak Tengah

"BERSIH, INDAH DAN GEDUNG ILMU".

Berikut adalah objektif - objektif Majlis Daerah Perak Tengah ditubuhkan :

 Merancang dan melaksanakan projek pembangunan untuk penghuni-penghuni di

kawasan majlis.

 Memberi dan menyediakan perkhidmatan majlis kepada semua pembayar cukai.

 Memberi kesejahteraan dan keselesaan kepada masyarakat disegi sosial-ekonomi dan

persekitaran.

 Menguatkuasakan undang-undang kecil majlis bagi kesejahteraan masyarakat.

Berikut adalah fungsi - fungsi Majlis Daerah Perak Tengah :

 Melesenkan dan mengawal perniagaan, iklan dan penjaja

 Merancang dan mengawal pembangunan termasuk menyediakan pelan struktur

 Mengawalselia pelupusan sisa pepejal dan pembersihan bandar

 Menyelenggara sistem saliran dan kebersihan alam sekitar

 Mengindahkan kawasan dengan landskap yang menarik

Page 4 of 18
http://www.mdpt.gov.my/mdpt/profil/latarbelakang

Logo ini telah di gunapakai mulai dari tarikh 31 Julai

1981. Logo tersebut digunakan dalam setiap kepala

surat, sampul, lakri dan sebagai pengenalan kepada

Majlis dalam setiap acara rasmi.

Page 5 of 18
http://www.mdpt.gov.my/mdpt/profil/latarbelakang

Tafsiran Logo.

 Warna kuning, hitam dan putih melambangkan warna negeri Perak Darul Ridzuan.

 Objek lima (5) anak panah melambangkan lima (5) objektif jabatan (Perpaduan

negara, demokrasi, Kebebasan, Kecekapan Pentadbiran dan Pembangunan Ekonomi

dan Sosial)

 Objek orang (manusia) yang berdampingan di bawah anak panah melambangkan

Ahli-ahli Majlis berserta kakitangan Majlis berkerjasama bergerak untuk mencapai

objektif jabatan. Ia juga melambangkan Ahli Majlis dan Kakitangan yang berbilang

kaum yang sedia berkhidmat.

 Lambang bunga padi di kanan dan kiri logo mengambarkan pembangunan pesat di

daerah Perak Tengah. Padi juga adalah tanaman utama di daerah ini.

 Tiga lekuk di bahagian bawah logo yang bertulis "BERKHIDMAT UNTUK

RAKYAT" menggambarkan tiga (3) kaum majoriti (Melayu, Cina dan India) di

daerah Perak Tengah yang mendapat perkhidmatan dari Majlis.

Pencipta.

 Encik Mokhsen bin Mat Piah,

 21, Rumah Murah Jalan Jelapang, Ipoh.

Rujukan.

 (5) dlm. MDPT. C11/13 bertarikh  31 Julai 1981


Page 6 of 18
http://www.mdpt.gov.my/mdpt/profil/latarbelakang

Aduan

•    Mengambil tindakan terhadap aduan orang awam dalam tempoh 15 hari

Kelulusan Permohonan Kelulusan Bangunan

•    Memproses permohonan kebenaran merancang pelan susunatur dalam tempoh 57 hari

tertakluk kepada penerimaan sokongan jabatan teknikal luar.

•    Memproses dan memberi ulasan pelan perancangan bagi memajukan tanah dalam tempoh

2 bulan.

•    Memproses permohonan (Pelan) Skim Perumahan/Kilang/Institut Pengajian, Stesyen

Minyak dalam tempoh 6 minggu dari tarikh permohonan diterima.

•    Memproses permohonan (Pelan) membina rumah kediaman sesebuah dalam tempoh 4

minggu dari tarikh permohonan diterima.

•    Memproses dan meluluskan permohonan (pelan) pindaan bangunan/rumah dalam tempoh

2 minggu dari tarikh permohonan diterima dengan syarat ianya lengkap.

•    Mengeluarkan Sijil Layak Menduduki (CFO) dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh

permohonan diterima dengan syarat mematuhi semua kehendak yang ditetapkan.

•    Memproses dan memberi ulasan permohonan tukar syarat kegunaan tanah, permohonan

Page 7 of 18
http://www.mdpt.gov.my/mdpt/profil/latarbelakang

pecah sempadan, permohonan penyerah balik dan berimilik semula dan permohonan tanah

kerajaan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan permohonan.

Perancang Bandar

•    Memproses dan menyiapkan baucer bayaran kepada pemohon yang menerima bantuan

bagi Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) dalam tempoh 2 minggu dari tarikh

surat kelulusan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ( Bahagian Kemiskinan

Bandar)

•    Menjawab surat-surat balasan penerimaan yang bukan diterima di kaunter dalam tempoh

5 hari bekerja.

•    Menjawab surat-surat ulasan yang bukan diterima di kaunter dijawab dalam tempoh 7 hari

bekerja.

•    Melaksanakan kerja-kerja pembangunan infrastruktur dan sosio-ekonomi melalui

peruntukan yang ada mengikut masa yang ditetapkan.

•    Projek penswastaan dan usahasama dilaksanakan berperingkat-peringkat berpandukan

kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

Kebersihan Awam

•    Perkhidmatan kutipan sampah Domestik mengikut jadual 3 kali seminggu;

•    Perkhidmatan sampah Tred dan Industri mengikut setiap hari bagi kawasan di Pusat

Bandar dan 3 kali seminggu di kawasan lain.

Pelesenan

•    Memproses kelulusan lesen perniagaan dalam tempoh tidak lebih 1 minggu;

Page 8 of 18
http://www.mdpt.gov.my/mdpt/profil/latarbelakang

Nama :  Dato' Hasim bin Haji Hasan

Tarikh Lahir : 30 Julai 1961

Tempat Lahir : Gerik, Perak Darul Ridzuan

Taraf Perkahwinan : Berkahwin

Kelulusan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sains Politik) Diploma Pengurusan

Awam

Nama Skim Perkhidmatan Sekarang : Pegawai Tadbir & Diplomatik

Nama Gelaran Jawatan Sekarang : Pegawai Daerah

Tempoh Perkhidmatan Dengan Kerajaan : 19 Tahun

Tarikh Lantikan Pertama : 1 Ogos 1989

Tarikh Mula Berkhidmat di Pejabat Sekarang : 16 Ogos 2006

Alamat Pejabat : Pejabat Daerah Dan Tanah Perak Tengah, Seri Iskandar, 32610 Perak.

Page 9 of 18
http://www.mdpt.gov.my/mdpt/profil/latarbelakang

Carta Organisasi

Page 10 of 18
http://www.mdpt.gov.my/mdpt/profil/latarbelakang

Kompleks Sejarah Pasir Salak, Kg. Gajah.

Page 11 of 18
http://www.mdpt.gov.my/mdpt/profil/latarbelakang

 Terletak kira-kira 70 km dari Ipoh dan kira-kira 25 km dari Teluk Intan. Terdapat  

beberapa tempat yang sesuai dilawati, diantaranya ialah Tugu Lela Rentaka, Kubu

Dato' Maharaja Lela, Masjid Pasir Salak, Rumah Kutai, Kubur SiPutum, Memorial

Pahlawan, Kubur J.W.W. Birch, Terowong Masa dan yang berkaitan dengan sejarah

Pasir Salak.

 Resort Percutian Pasir Salak mengandungi Bilik Penginapan Berhawa Dingin, Kolam

Renang, Dewan Persidangan, Bilik Seminar dan Bengkel, Restoran Beraneka

Makanan dan Riverside Gazebo.

 Waktu melawat kompleks ini adalah seperti berikut :-

Hari Masa
Isnin-Khamis 10.00pg-5.00ptg
Jumaat 10.00pg - tghari, 2.45ptg-5.00ptg
Sabtu, Ahad & Cuti
10.00pg - 6.00ptg
Umum

Makam Diraja Di Tebing Sungai Perak.

Page 12 of 18
http://www.mdpt.gov.my/mdpt/profil/latarbelakang

 Menempatkan makam - makan raja terdahulu di sekitar tebing Sungai Perak.

Pusat Ternakan Tuntung, Bota Kanan.

 Pusat ini terletak di Kampung Bota Kanan dalam daerah Perak Tengah, 50km dari

barat daya Ipoh.

 Ianya terletak berhampiran dengan tebing sebelah kanan Sungai Perak, meliputi

kawasan berpasir dengan keluasan lebih satu hektar.

 Pusat ternakan tuntung ini diwujudkan bagi mengatasi masalah kepupusan binatang

berkenaan di samping bertindak untuk memulihara ekosistem tuntung.

Page 13 of 18
http://www.mdpt.gov.my/mdpt/profil/latarbelakang

 Kompleks berkenaan dilengkapi pelbagai kemudahan dalam usaha memelihara

spesies berkenaan seperti kolam pemeliharaan ibu tuntung, pusat penetasan serta bilik

pameran.

 Pusat ini terdiri daripada sebuah bangunan pentadbiran yang mempunyai pejabat,

bilik kuliah, makmal dan ruang legar untuk pameran.

 Terdapat juga 4 buah kolam ibu, sebuah kolam anak dan tapak penetasan di sekitar

kawasan pusat ini untuk menempatkan tuntung dewasa bertelur, anak-anak tuntung

yang baru menetas dan untuk proses pengeraman telur-telur tuntung.

 Selain berupaya menjadi aset pelancongan popular, kompleks berkenaan penting

terutama bagi generasi muda mengenali dan menjalankan kajian mengenai tuntung.

Industri Pasu / Labu Tanah, Kg. Tg. Bidara & Kg. Gajah.

 Kampung Tanjung Bidara, Kg. Gajah terkenal dengan perusahaan labu dan pasu yang

diperbuat daripada tanah.

 Labu dan pasu ini merupakan hasil seni kraftangan yang diperbuat dari tanah liat yang

diuli, diterap dengan pelbagai corak, diasapkan serta dibakar untuk menghasilkan satu

rupabentuk yang sungguh berseni dan unik.


Page 14 of 18
http://www.mdpt.gov.my/mdpt/profil/latarbelakang

Page 15 of 18
http://www.mdpt.gov.my/mdpt/profil/latarbelakang

JENIS PENGANGKUTAN TAMBANG


 
Pengangkutan Udara ( Lapangan Terbang Ipoh ) Tambang
 Kuala Lumpur - Ipoh
RM 110.10
 
Perkhidmatan Teksi Tambang
 Ipoh - Seri Iskandar
RM 35.00
 Kuala Kangsar - Seri Iskandar
RM 45.00
 Teluk Intan - Seri Iskandar
RM 50.00
 Setiawan - Iskandar
RM 50.00
 Stesen Keretapi Ipoh - Seri Iskandar
RM 30.00
 Stesen Keretapi Batu Gajah - Seri Iskandar
RM 20.00
 
Perkhidmatan Bas Tambang
 Kuala Lumpur - Ipoh
RM 11.30
 Ipoh - Seri Iskandar ( Perak Roadways )
RM 3.90
 Kuala Kangsar - Seri Iskandar ( Express Kuala
RM 7.00
Kangsar - Ipoh )

 Teluk Intan - Seri Iskandar


RM 9.00
 Setiawan - Seri Iskandar
RM 3.60

Page 16 of 18
http://www.mdpt.gov.my/mdpt/profil/latarbelakang

 Pulau Pinang - Ipoh


RM 10.10
 
Stesen Keretapi Batu Gajah / Ipoh Tambang
 Kuala Lumpur - Ipoh
RM 22.00
 Kuala Lumpur - Batu Gajah
RM 21.00
 Pulau Pinang - Ipoh
RM 15.00
 

Pendidikan

Terdapat banyak institusi pendidikan di daerah Perak Tengah dari sekolah rendah hingga ke

IPTA dan IPTS yang ternama di negara kita. Berikut adalah antara senarai institusi

pendidikan yang terdapat di Perak Tengah :

Sekolah Rendah :

 SK Sungai Galah

 SK Balun Bidai

 SK Dato' Sagor

Untuk maklumat lanjut, sila klik >> selanjutnya.

Sekolah Menengah :

 SMK Sultan Muhammad Shah

 SMK Sultan Abdul Jalil Shah

Page 17 of 18
http://www.mdpt.gov.my/mdpt/profil/latarbelakang

 SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub

Untuk maklumat lanjut, sila klik >> selanjutnya.

Intitusi Pendidikan Tinggi :

 Universiti Institut Teknologi Mara Seri Iskandar

 Universiti Teknologi Petronas

Page 18 of 18

You might also like