You are on page 1of 8

CONTOH KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2010 ( TAJUK KEDUA = MIGRASI DALAMAN PENDUDUK

)
Posted on March 20, 2010 by SMKPS

Oleh : Mohd Khamsuldin Bin Abdul Wahab

Batu Pahat , 20 Mac (SMKPS) – Di sini saya sertakan satu lagi tajuk kerja kursus Geografi iaitu Migrasi
Dalaman Penduduk. Diharapkan semua pelajar berpuas hati dan dapat menggunakan bahan ini dengan
sepenuhnya.

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saad

Kampung Parit Raja Ahmad,

83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.

(Nombor 1) TAJUK :

MIGRASI DALAMAN PENDUDUK

DI KAMPUNG SELULUN,

PT KASSIM, BATU PAHAT

NAMA : MOHD KHAMSULDIN BIN ABDUL WAHAB

KELAS : 3 MANTAP

SEKOLAH : SMK PENGHULU SAAD, PT RAJA

AHMAD 83500 PT SULONG, BT. PAHAT

NAMA GURU : EN MAMAT

TARIKH HANTAR : 28 MEI 2010

TANDATANGAN PELAJAR TANDATANGAN GURU

—————————- —————————

(Nombor 2) SENARAI KANDUNGAN

TAJUK HALAMAN

1) Penghargaan
2) Pendahuluan

3) Objektif Kajian

4) Kawasan Kajian

5) Kaedah Kajian

6) Hasil Kajian

7) Rumusan

8) Rujukan

9) Lampiran

10) Bukti ( soal selidik dan temu bual )

(Nombor 3) PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK Penghulu Saad, Pn Hajah
Salbiah Bt Hj. Maskan kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus
ini. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya iaitu En. Mohd Khamsuldin Bin Abdul Wahab yang telah
banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.

Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan
kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah mereka habiskan demi
memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya iaitu Mustaffa Siraj dan Mamat yang telah banyak membantu saya
ketika proses soal selidik dan temu bual dilakukan. Terima kasih juga kerana sudi meminjamkan basikal
kepada saya.

Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung Selulun yang telah sudi
memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan. Hanya Allah sahaja yang
dapat jasa dan budi baik kalian semua.

(Nombor 4) PENDAHULUAN

Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan Penilaian Menengah
Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk iaitu Migrasi Dalaman Penduduk. Oleh itu, kami
semua telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kampung sendiri memandangkan ia amat
bersesuai dengan tajuk yang diberikan. Di kampung Selulun, sememangnya terdapat migrasi yang
berlaku di kampung ini disebabkan perkembangan sektor pekerjaan di kawasan sekitarnya.

Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan Mac sehingga bulan Mei
iaitu kira-kira 3 bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang telah
dijalankan.
Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya kepada
saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal saya.

(Nombor 5) OBJEKTIF KAJIAN

Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan

1) Mendefinisikan Konsep migrasi penduduk dengan tepat dan jelas

2) Menyatakan Pola migrasi penduduk di kawasan kajian

3) Menyatakan Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian.

4) Menyatakan Kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian.

5) Mencadangkan Langkah untuk mengatasi kesan migrasi yang berlaku di kawasan kajian.

6) Penerapan nilai dan unsur patriotisme terhadap penduduk di Kg. Selulun mengenai kepentingan
migrasi.

(Nombor 6) KAWASAN KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan di Kampung Selulun Batu Pahat Johor. Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-
kira 15 kilometer dari Bandar Batu Pahat dan kira-kira 11 km dari pekan Parit Sulong. Biasanya tambang
bas yang dikenakan untuk pengangkutan bas ke sekolah ialah RM 1.40 untuk perjalanan pergi dan balik
yang mengambil masa 15 minit untuk sampai ke sekolah. Kawasan kampung saya mempunyai sebuah
sekolah rendah iaitu SK Sri Tanjong yang mempunyai pelajar seramai 200 orang. Kampung saya juga
mudah untuk dikunjungi kerana mempunyai sistem perhubungan dan pengangkutan yang sempurna.

Kampung Selulun mempunyai tanah subur ( tanah pamah ) yang rata dan ini menggalakkan sebahagian
besar penduduk terlibat dalam aktiviti pertanian. Kampung ini telah wujud sekitar tahun 1900 an yang lalu
dan kini telah mempunyai kira-kira 1200 orang penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada kaum
Melayu. Pekerjaan utama penduduk ialah dalam sektor pertanian iaitu menanam kepala sawit dan
sesetengahnya terlibat dengan sektor perkilangan, perniagaan dan profesional seperti menjadi guru dan
pekerja swasta.

PETA KAJIAN

1) Lukis Peta Daerah Batu Pahat

2) Peta Pekan Parit Sulong

i) Tajuk dan Bingkai [1 m]

ii) Arah mata angin dan petunjuk [ 1 m]

3) Peta Kg. Selulun


( pelajar diminta melukis peta kawasan kajian tempat mereka membuat kajian tersebut ) = kena lukis
sendiri dan lengkapkan dengan

iii) Tajuk dan Bingkai [1 m]

iv) Arah mata angin dan petunjuk [ 1 m]

v) Simbol Piawai [ 1 m ]

vi) Kekemasan dan kesempurnaan peta [ 1 m ]

( peta perlu kemas dan cantik )

- Perlu diwarnakan mengikut kesesuaian

(Nombor 7) KAEDAH KAJIAN

Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan untuk
memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah
menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah yang telah
digunakan :-

1) Pemerhatian = saya telah membuat pemerhatian untuk mengenalpasti pola migrasi yang
berlaku di kawasan kampung pt kassim

2) Temu Bual = seterusnya saya telah menemu bual beberapa orang penduduk kampung
untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka pola migrasi di kampung saya. Temu bual dijalankan
kepada penduduk kampung yang telah lama menetap disitu kerana mereka lebih berpengalaman dan
tahu tentang keadaan kawasan kampung.

3) Soal Selidik = saya juga telah menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi oleh
penduduk kampung yang akan menjadi responden terhadap kajian yang akan dilakukan. ( borang soal
selidik – sila rujuk lampiran )

4) Rujukan = selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet
untuk mendapatkan maklumat tambahan terutamanya tentang penerangan migrasu yang berlaku di
Malaysia.

(Nombor8) DAPATAN KAJIAN

8.1 Konsep Migrasi Penduduk

Secara umum migrasi penduduk ialah penghijrahan seseorang yang melintasi sempadan, kawasan,
negeri, negara atau sempadan antarabangsa. Merujuk kepada kajian ini migrasi yang dibincangkan ialah
migrasi dalaman. Dalam konteks ini, migrasi ialah penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain.

8.2 Pola Migrasi Penduduk

Setelah kajian dijalankan, saya dapati terdapat beberapa pola migrasi yang sering berlaku di kampung
saya. Berikut ialah pola migrasi yang wujud:

i) Migrasi luar bandar bandar

Ini ialah merupakan migrasi yang paling banyak berlaku di kawasan kampung saya. Migrasi ini berlaku
disebabkan oleh dia faktor iaitu tolakan dan tarikan. Faktor tolakan disebabkan kurangnya peluang
pekerjaan dan pendapatan yang terhad, tidak lumayan dan tidak tetap. Manakala faktor tarikan pula ialah
kerana kawasan bandar menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik sama ada di sektor awam dan
swasta seperti perkilangan, pembinaan, perniagaan dan perkhidmatan.

ii) Migrasi Luar Bandar ke Luar Bandar

Migrasi ini juga berlaku di kawasan kampung saya. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh dasar kerajaan
yang membuka rancangan pembangunan tanah seperti FELDA, KEJORA, KETENGAH dan KESEDAR
telah menarik penduduk yang tidak mempunyai tanah di luar bandar untuk berhijrah ke rancangan
pembangunan tanah ini. Keadaan ini telah menarik minat penduduk kawasan luar bandar yang lain
berhijrah ke kampung saya.

8.3 Faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Dalaman Penduduk di Kawasan Kajian

Migrasi dalaman yang berlaku di kawasan kampung saya ini disebabkan oleh beberapa faktor. Setelah
menyemak borang soal selidik didapati faktor tersebut ialah :-

A (Migrasi Luar bandar ke Bandar)

i) melanjutkan pelajaran

- kebanyakan pelajar yang telah menghabiskan persekolahan telah meninggalkan kampung untuk
melanjutkan pelajaran ke bandar kerana di sana menawarkan banyak peluang pendidikan seperti ILP
(institut latihan perindustrian), Giat Mara, universiti awam dan swasta serta kolej-kolej yang boleh
memberikan masa depan kepada pelajar.

ii) peluang pekerjaan

- sememangnya migrasi luar bandar ini berlaku disebabkan oleh peluang pekerjaan yang lebih meluas di
kawasan bandar. Sebagai contoh peluang kerja dalam sektor perindustrian, perniagaan, pembuatan dan
lain-lain. Kadar upah yang tinggi juga menyebabkan penduduk di kampung saya berpindah ke kawasan
bandar.

B (Migrasi Luar Bandar ke Luar Bandar)

iii) Governan

- pihak kerajaan telah memajukan kawasan kampung saya dengan adanya pembukaan tanah-tanah baru
untuk kawasan pertanian seperti kelapa sawit di bawah agensi FELDA dan FELCRA. Keadaan ini
menyebabkan terdapatnya penduduk dari kawasan luar bandar yang lain telah berpindah ke kawasan
kampung saya untuk mencari peluang pekerjaan daripada sektor pertanian. Sebagai contoh, penduduk
dari kampung Parit Ismail, Parit Ju dan kawasan sekitarnya.
iv) Ikut Keluarga / Perkahwinan

- daripada borang soal selidik yang telah dikaji saya mendapati terdapat beberapa buah keluarga yang
datang ke kampung saya ini disebabkan kerana mengikut keluarga dan berkahwin dengan penduduk
daripada kampung saya. Secara tidak langsung ini akan menyebabkan bilangan penduduk di kampung
saya semakin bertambah secara semulajadi.

Penerapan Unsur Patriotisme

Saya sangat bersyukur kerana di kawasan kampung saya mempunyai penduduk yang hidup dalam
keadaan aman, damai dan sentosa walau pun bilangan penduduk sering berubah disebabkan oleh faktor
migrasi dalaman ini.

8.4 Kesan Migrasi Dalaman Penduduk di Kawasan Kajian

Kegiatan migrasi yang berlaku di kawasan kampung saya sebenarnya telah memberi yang positif dan
negatif di kawasan kampung saya. Antara kesan yang dapat dilihat ialah :-

A ( KESAN POSITIF )

1) Penduduk Bertambah

- Migrasi dalaman yang berlaku ini telah menyebabkan bilangan penduduk di kampung saya telah
meningkat walau pun terdapat penduduk yang telah berhijrah ke luar. Ini diseimbangkan oleh kemasukan
penduduk disebabkan oleh faktor governan, ikut keluarga dan perkahwinan. Walau bagaimana pun
penduduk di kampung saya masih stabil dan masih lagi ada kawasan yang belum dihuni oleh penduduk.

2) Hasil Pertanian Bertambah

- migrasi yang berlaku ini telah menyebabkan hasil pertanian telah bertambah disebabkan oleh
pertambahan penduduk dan pertambahan pembukaan kawasan pertanian. Keadaan ini telah
menghasilkan lebih banyak jumlah pengeluaran terutamanya hasil kelapa sawit.

B ( KESAN NEGATIF )

3) Masalah Sosial

- Hal ini sebenarnya disebabkan oleh masalah yang ditimbulkan oleh pekerja asing yang di bawa oleh
penduduk kampung untuk bekerja dalam sektor pertanian. Keadaan ini telah menyebabkan penduduk
asing semakin bertambah di kawasan kampung saya. Mereka ini kadang kala telah menimbulkan
masalah sosial seperti kes pecah rumah dan mengganggu anak gadis di kampung saya.

4) Persaingan Mendapatkan Peluang Pekerjaan / Penggangguran

- kemasukan terlalu ramai penduduk di kalangan penduduk kawasan sekitar dan warga asing telah telah
menyebabkan berlaku persaingan mendapatkan pekerjaan di kalangan penduduk kampung saya. Apabila
berlakunya persaingan ini akan menyebabkan berlakunya masalah pengangguran.

5) Struktur Penduduk Berubah


- migrasi luar bandar ke bandar yan berlaku di kawasan kampung saya telah menyebabkan struktur
penduduk berubah. Ini kerana kebanyakan penduduk yang berhijrah ialah golongan belia atau muda
terutamanya lelaki. Keadaan ini telah menyebabkan golongan muda semakin berkurangan dan golongan
kanak-kanak serta tua terus bertambah. Keadaan ini telah menyukarkan penduduk untuk mengadakan
aktiviti kerana kekurangan tenaga muda yang kuat.

Penerapan Unsur Patriotisme

Saya berharap walau pun penduduk kampung berusaha untuk meningkatkan taraf hidup, kemakmuran
kampung juga perlu dipelihara. Penduduk kampung perlulah saling bekerjasama untuk memastikan
keadaan kampung sentiasa selamat untuk dihuni. Perlu wujudkan rukun tetangga untuk menjaga
keselamatan kampung daripada sebarang masalah sosial daripada terus berlaku.

Walau bagai mana pun saya bersyukur kerana kampung saya masih lagi aman dan selamat untuk dihuni.

8.5 Cadangan Mengatasi Kesan Migrasi Dalaman Penduduk

( peringatan = cadangana perlu selari dengan Kesan Migrasi di tajuk 8.4)

Bagi memastikan keadaan kampung saya ini selamat daripada sebarang masalah beberapa tindakana
boleh diambil. Antaranya ialah :-

1) Wujudkan Rukun Tetangga

- rukun tetangga ini perlu diwujudkan di kampung saya untuk memastikan kawasan kampung sentiasa
selamat daripada masalah sosial seperti pecah rumah. Giliran bertugas dan jaga malam perlu di lakukan
oleh penduduk kampung bagi memastikan keadaan kampung sentiasa terkawal terutamanya pada waktu
malam.

2) Wujudkan Peluang Pekerjaan

- bagi mengatasi masalah pengangguran pihak kerajaan perlu menyediakan lebih banyak peluang
pekerjaan kepada penduduk. Keadaan ini penting bagi mengatasi masalah sosial yang diwujudkan oleh
mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.

3) meningkatkan kemudahan kesihatan dan pendidikan

- pihak kerajaan atau AJK kampung perlulah memastikan kemudahan kesihatan dan pendidikan dapat
dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Keadaan ini sangat penting bagi memastikan golongan muda
atau belia tidak berpindah atau meninggalkan kampung dan berhijrah ke kawasan bandar.

Penerapan Unsur Patriotisme

Saya sebagai penduduk berasa amat bangga kerana melalui langkah-langkah yang dilakukan , masalah
dan kesan negatif lain dapat dikurangkan. Kita perlu sedar bahawa kampung ini merupakan tempat
tinggal bagi saya sehingga saya menghembuskan nafas yang terakhir.

Justeru, saya amat mengharapkan agar semua individu mempunyai kesedaran yang tinggi untuk
menjaga kampung ini daripada sebarang masalah yang dihadapi. Semangat kerjasama dan tolong
menolong perlu ada dalam setiap diri penduduk kampung saya ini.

Bahan Grafik

- Pelajar boleh memilih untuk menggunakan dua bahan grafik :-

i) Jadual

ii) Graf

iii) Carta Pai

iv) Peta Aliran

- Bahan grafik boleh diletakkan di mana-mana aspek dapatan kajian yang sesuai

(Nombor 9) RUMUSAN

Migrasi ini sememangnya merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Apa yang penting migrasi
ini perlu di kawal supaya ia tidak menimbulkan masalah kepada penduduk kampung. Sebagai contoh,
kemasukan warga asing yang keterlaluan boleh menyebabkan berlakunya masalah sosial kepada
penduduk kampung. Di samping itu, golongan belia digalakkan untuk tidak berpindah kerana mereka
merupakan aset yang amat berharga untuk membangunkan kawasan kampung saya.

Diharapkan panduan ini dapat membantu pelajar menghasilkan kerja kursus yang bermutu.. teruskan
usaha anda

-SMKPS-

Possibly related posts: (automatically generated)

* Kursus KAPP Siri II PASTI Negeri Perlis

Filed under: AKADEMIK SMKPS


« CONTOH SOAL SELIDIK KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2010 PELAJAR TERBAIK SPM SMKPS
– MOHD SHAFIE MUSLI

You might also like