You are on page 1of 3

Sahsiah

Soalan 4.

Berdasarkan Teori Pilihan, terdapat dua jenis perlakuan individu iaitu


perlakuan yang efektif dan tidak efektif. Bincangkan.

Seseorang guru yang permikiran positif dan mempunyanyi semangat yang sentiasa berkorban
dan menyumbang kepada masyarakat adalah guru yang perlakuan efektif. Seorang guru yang
bertingkahlaku efektif mempunyai cirri-ciri tertentu iaitu guru mesti membuat perancangan
pelajaran sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran, mereka akan mengikuti pengajaran
peringkat demi peringkat, langkah demi langkah, fakta demi fakta, yang keseluruhannya secara
sistematik dan efektif.Pembelajaran akan dijalankan dengan lancar,menarik dan berkesan sekira
seeorang guru mengguna pelbagai kaedah pengajaran yang bersesuaian.

Manakalah,perlakuan tidak efektif pula sukar untuk mencapai objektif pembelajaran bagi
seseorang guru.Ia sebab, Pengajaran dan pembelajaran guru kurang kepada pendekatan
`berpusatkan murid’. Komunikasi secara dua hala tidak dapta dilakukan.Guru tidak membuat
persedian sebelum memeulakan P&P dan murid-murid sukar untuk memguasai apa yang hendak
disampaikan oleh guru-guru.Guru yang tidak prihatin menyebabkan pelajar menganggap guru
mereka sebagai tidak mempedulikan mereka, tidak memuji, membantu atau menganggap belajar
itu penting. Guru kerap menggunakan kritikan dan maklum balas yang negatif. Keadaan ini
menyebabkan pelajar-pelajar akan merasa rendah diri terhadap pelajar-pelajar lain. Keadaan
belajar yang tidak selesa dan konduksif menyebabkan prestasi murid-murid semakin merosot.

Soalan 5

Huraikan peringkat-peringkat keperluan dalam model hieraki keperluan


Maslow.

Model Hieraki Keperluan Maslow mengandungi lima peringkat. Peringkat-peringkat keperluan


mengikut susunan keperluan adalah keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan
kasih sayang, keperluan penghargaan kendiri dan keperluan kesempurnaan kendiri.

1.  Keperluan Fisiologi.
Mengikut model hieraki keperluan Maslow,  peringkat ini merupakan keperluan peringkat
pertama yang perlu dipenuhi. Keperluan ini adalah penting bagi setiap individu seperti keperluan
mendapatkan makanan, minuman dan tempat tinggal.  Dalam konteks pendidikan, sebagai
contoh pelajar-pelajar yang tidak mendapat keperluan makanan yang secukupnya tidak dapat
menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pelajaran mereka. Kesan daripada kekurangan
keperluan ini akan mengakibatkan kesihatan pelajar terganggu atau terjejas.  Sekiranya keperluan
ini tidak dipenuhi juga boleh menyebabkan pelajar kurang motivasi atau minat terhadap
pelajaran.
2. Keperluan Keselamatan.                                                                    Keperluan ini termasuk
keperluan kepada kestabilan, pergantungan, perlindungan, bebas  daripada rasa takut dan
bimbang. Menurut Maslow keperluan kepada keselamatan sangat penting pada peringkat kanak-
kanak dan orang dewasa yang mengalami kejiwaan. Dalam konteks pendidikan, guru berperanan
besar di dalam kelas. Keselamatan di dalam kelas dapat dijamin jika seseorang guru itu bertindak
secara konsisten. Contohnya jika seseorang guru itu memberikan arahan, pastikan arahan yang
diberi tidak bercanggah dan apa yang penting guru seharusnya ada sikap toleransi terhadap
pelajarnya.  Dengan cara ini pelajar-pelajar akan berasa selamat dan membolehkan mereka dapat
menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap proses pembelajaran. 

3.  Keperluan Kasih Sayang. 


Menurut Teori Maslow, keperluan ini juga diperlukan untuk mendapatkan hubungan yang mesra,
kasih sayang dan perasaan diri. Jika keperluan ini tidak dipenuhi, manusia akan merasai gelisah,
kecewa dan tidak tenteram. Dalam konteks pendidikan, pelajar kadang kala berasakan diri dan
emosi di dalam keadaan yang tidak stabil contohnya apabila berlaku pergaduhan sesama mereka,
dimarahi atau didenda oleh guru. Ini akan menjadikan minat dan kehendak mereka untuk belajar
akan hilang. Maka guru perlulah memberi tunjuk ajar, menasihati atau memberi sesi kaunseling
untuk mengeratkan hubungan yang baik. Dengan cara tersebut, mereka akan merasa diterima,
dihormati serta dihargai dan secara tidak langsung proses pembelajaran akan berjalan dengan
baik, harmonis dan berkesan.

4.  Keperluan Penghargaan Kendiri.


Keperluan ini adalah merupakan keperluan untuk mendapatkan pengiktirafan tentang diri sendiri,
penghormatan dari orang lain, rasa dikenali dan mendapat kejayaan sosial. Keperluan ini dapat
dibahagikan kepada dua jenis iaitu penghargaan terhadap diri sendiri dan penghargaan yang
diberikan oleh orang lain. Penerimaan memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan
ini contohnya penerimaan oleh keluarga, guru dan rakan sebaya. Pelajar yang merasakan diri
mereka diterima akan terasa dihargai, dikasihi dan disayangi. Ini membolehkan mereka
berinteraksi secara positif dalam membincangkan masalah pembelajaran mereka.  Setiap
individu memerlukan penilaian yang tinggi dan stabil tentang diri mereka.  Bagi memenuhi
kehendak atau membolehkan perkara ini berlaku, terlebih dahulu seseorang itu perlu
menghormati dirinya sendiri dan berusaha pula menjadikan dirinya dihargai oleh orang lain.   

5. Keperluan Kesempurnaan Kendiri.  


Keperluan ini berada di peringkat paling atas dalam Model Hieraki Keperluan Maslow. Setiap
individu berbeza dalam mengisi keperluan ini iaitu merangkumi kebolehan menggunakan
sepenuhnya potensi yang dimiliki diikuti bakat dan kebolehan. Keperluan ini hanya dapat dicapai
setelah seseorang itu memenuhkan keperluan lain yang terdapat pada peringkat yang lebih bawah
di dalam sistem keperluan ini. Ini bermakna seseorang yang telah mencapai peringkat ini telah
dapat memenuhi keperluan untuk mendapatkan keindahan serta hidup yang bermakna, dapat
menerima keadaan dirinya dan orang lain, merasakan nikmat kehidupan dan telah menggunakan
kebolehannya dengan semaksimanya. Individu yang gagal memenuhi keperluan ini akan
menyebabkan rasa kehilangan atau kecewa dan tidak mendapat kepuasan dalam hidupnya.
Soalan 2
Id merupakan pendorong tingkah laku untuk memenuhi kehendak asas. Sekiranya desakan Id
memenuhi tanpa menyalahi undang-undang, maka tingkah laku terhasil dan dikira sebagai Ego.
Tingkah laku yang terhasil tidak melanggari nilai moral dan mempunyai pandangan sendiri
untuk melakukannya dikenali sebagai Superego. Contohnya:

Id - pelajar rasa hendak bercakap semasa cikgu mengajar.

Ego- tingkah laku ini mungkin mengganggu suasana pembelajaran.

Superego- tidak betul dan perlu menghormati guru semasa waktu pembelajaran.

Soalan 3 Pada pendapat anda, apakah implikasi pelaksanaan hukuman positif di sekolah.
Terdapat 3 jenis prinsip untuk menjelaskan tentang bagaimana tingkah laku terbentuk. prinsip ini juga
memudahkan guru mengetahui tingkah laku seseorang murid. Salah satu prinsip yang akan kita
bincangkan di sini ialah hukuman positif. Hukuman positif ialah penghukum atau ransangan aversif di
beri menyebabkan tingkah laku dapat dikurangkan atau dihentikan. Implikasi hukuman positif ini
dijalankan di sekolah adalah kadang kala hukuman yang dibuat akan menyebabkan berlakunya
kecederaan emosi terhadap murid seperti rasa terhina dan malu. Malah murid boleh menunjukkan sikap
yang lebih teruk kerana tidak berpuas hati dengan hukuman yang diberi. Hukuman positif dijalankan
adalah untuk menghentikan tingkah laku murid yang dianggap tidak sesuai. Walau bagaimana pun,
sebaik-baiknya menjadi pilihan terakhir dilakukan kerana melibatkan pelbagai isu dan memerlukan
kepada pertimbangan etika yang sewajarnya.

You might also like