You are on page 1of 1

BENDERA MALAYSIA

Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang yang sama lebarnya,
tanda keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri:

1. Johor 8. Perak
2. Kedah 9. Perlis
3. Kelantan 10. Sabah
4. Melaka 11. Sarawak
5. Negeri Sembilan 12. Selangor
6. Pahang 13. Terengganu
7. Pulau Pinang 14. Kerajaan Persekutuan

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima 
melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan, tanda Agama Islam.
Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan

Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.

Maksud "Jalur Gemilang"

JALUR- menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur
pada Bendera Malaysia menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang
dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.

GEMILANG- bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian, Bendera Malaysia
Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara
Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekalipun sama ada di dalam atau di
luar negara.

Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa
mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.

Jalur atau Bendera melambangkan citra atau imej negara dan rakyat yang patriotis, gigih, gagah dan berani
menghadapi cabaran serta sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara. Warna merah melambangkan
gagah dan berani menghadapi cabaran. Warna putih melambangkan keluhuran budi dan warna biru
melambangkan rakyat yang bersatu padu dan hidup rukun damai. Warna kuning pula melambangkan kesetiaan
rakyat kepada Raja dan negara.

Merahmu bara semangat waja Itu sumpah warga berdaulat


Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara Jalur Gemilang dibawah naunganmu
Biru perpaduan kami semua Jalur Gemilang kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Puncak dunia telah kau tawan Amalan murni rakyat Malaysia
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa Merdeka Jalur Gemilang megah kami terasa
Semangat jaya kami warganya Jalur Gemilang kibarkanlah wawasan
Merah, putih, biru, kuning
Empat belas melintang jalurnya Jalur semangat kami semua
Semua negeri dalam Malaysia (2x) Berkibarlah, berkibarlah, berkibarlah
Satu suara satu semangat Jalur Gemilang!

You might also like