You are on page 1of 24

NAMA: NOOR AZLAN BIN MAHMUD

TINGKATAN: 3A

SEKOLAH: SEKOLAH ISLAM ADNI

GURU PENILAI: PN. ASNAYUDZI BINTI MOHD YUNUS

Tandatangan Pelajar

Tandatangan Guru

..

BIL. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

ASPEK TAJUK SENARAI KANDUNGAN PENGHARGAAN PENDAHULUAN OBJEKTIF KAJIAN KAWASAN KAJIAN KAEDAH KAJIAN DAPATAN KAJIAN RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN

HALAMAN 1 2 3 4 5 6-8 9 10-21 22 23 24

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Islam Adni, Pn Rozana bte Hussein kerana telah memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada saya dan rakan-rakan saya membuat kajian Geografi ini. Terima kasih juga, saya tujukan kepada guru Geografi Tingkatan 3 A Pn Asnayudzi Mohd Yunus yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam membuat kerja kursus ini dari awal hinggalah siap sepenuhnya.

Ucapan terima kasih juga diberikan kepada ibu dan bapa saya, Mahmud Bin Abu Bakar dan Noorashikin Bte. Selamat, yang telah memberikan banyak memberikan dorongan dan nasihat kepada saya bagi menyiapkan kerja khusus Geografi ini . Jasa mereka tidak dapat saya lupakan.

Tidak lupa juga kepada rakan sekelas tanpa kerana sudi menolong saya bagi melengkapkan kerja khusus ini dengan sempurna

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada responden-responden yang telah sudi meluangkan masa bagi menemu bual dan menjawab beberapa soalan berkenaan dengan tajuk ini

Bagi memenuhi keperluan Penilaian Menengah Rendah 2011, pelajar-pelajar Tingkatan 3 diwajibkan menlaksanakan Kerja Kursus geografi di sekolah. Saya dan rakan-rakan saya telah memilih tajuk Pencemaran Alam Sekitar Di Taman Sri Watan, Ampang, Selangor.

Kami memilih pencemaran alam sekitar di kawasan Taman Sri Watan kerana lokasi ini merupakan tempat tinggal saya. Di taman ini terdapat banyak kawasan petempatan yang yang begitu padat dan kawasan perniagaan yang pesat membangun. Selain itu juga terdapat jalan raya yang sentiasa sibuk yang menjadi laluan utama untuk taman-taman yang berhampiran untuk keluar ke Bandar Baru Ampang.

Untuk melengkapkan lagi kajian ini, kami telah menjalankannya selepas waktu persekolahan.Masa yang diperuntukkan untuk menjalankan kerja khusus ini ialah dari bulan Februari hingga bulan July iaitu 5 Bulan. Setiap pelajar perlu menulis laporan ini secara individu berdasarkan maklumat yang dikumpulkan secara berkumpulan.

Antara objektif-objektif kajian yang saya jalankan ialah:-

1)Menerangkan konsep pencemaran alam sekitar di Taman Sri Watan, Ampang, Selangor.

2) Menghurai jenis-jenis pencemaran alam sekitar di Taman Sri Watan, Ampang, Selangor.

3) Menjelaskan punca-punca pencemaran alam sekitar di Taman Sri Watan, Ampang, Selangor.

4) Menyatakan kesan-kesan pencemaran alam sekitar di Taman Sri Watan, Ampang, Selangor.

5) Memberi cadangan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di Taman Sri Watan, Ampang, Selangor.

6) Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

Kawasan kajian yang telah kami pilih dalam melengkapkan lagi kajian ini ialah di Taman Sri Watan, Ampang, Selangor iaitu kira-kira 6-7 Kilometer dari Bandar raya Kuala Lumpur, Taman Sri Watan pada asalnya tapak perumahan kos rendah yang dibangunkan oleh pihak kerajaan. Sejarah awal kawasan ini merupakan kawasan hutan. Pada akhir 1970-an, kawasan ini telah dibangunkan dengan jayanya sebagai sebuah kawasan petempatan yang sempurna. Kawasan ini mempunyai bentuk muka bumi yang beralun serta bersaliran baik.

Peta Daerah : Ampang

A: Kawasan Kajian

Peta Kawasan Kajian

Kaedah Kajian

Bagi mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut, saya telah menggunakan beberapa kaedah iaitu:-

1) Kaedah pemerhatian -Saya telah melakukan kaedah pemerhatian di kawasan-kawasan perumahan di Taman Sri Watan dengan memerhatikan aktiviti manusia yang menyebabkan terjadinya pencemaran di kawasan saya ini

2) Kaedah soal selidik

-Kami juga telah memberikan kertas soal selidik kepada 20 orang responden yang terdiri daripada penduduk sekitar taman ini. Soalan yang kami berikan adalah berdasarkan tajuk yang diberi. Sila rujuk soalan soal selidik yang disediakan.

Dapatan Kajian
Konsep Pencemaran Alam Sekitar

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap .

Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.

10

Jenis-jenis Pencemaran Alam sekitar: a. Pencemaran Udara

Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang dan harta benda. Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk,asap,kabus,wap dan gas(Karbon Monoksida,Nitrogen Oksida,Hidrokarbon,Ozon,Sulfur Oksida ,bau-bauan) ataupun apaapa campuran bahan-bahan ini. Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya .

11

Punca-punca pencemaran alam sekitar a)Perkilangan

Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran udara yang utama. Kebanyakan kilang dibina di kawasan perindustrian. Masalah timbul apabila asap yang disalurkan ke udara melalui serombong-serombong asap tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan udara. Ini biasanya dikaitkan dengan bahan agrokimia. Selain itu,kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan Lebih memburukkan lagi asap kilang ini berwarna hitam dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Contohnya kilang membuat barangan konsumer, loji-loji pemprosesan petroleum dan lain-lain lagi..

12

b)

Ramai penduduk suka membakar sampah merata-rata dan secara terbuka. Sementara ada juga sebilangan penduduk yang tidak mengambil kira perasaan orang lain dengan membakar kawasan semak samun kerana mereka tidak suka membuang sampah di tempat yang disediakan oleh pihak pemaju.

13

c)

Fakta menunjukkan bahawa kenderaan merupakan faktor terbesar yang menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan hutan, tasik dan kehidupan laut. Gas beracun ini juga turut menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia sejagat. Selain itu juga, bilangan kenderaan yang terlalu banyak juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Asap kenderaan akan menghasilkan karbon monoksida dan menyebabkan udara semakin panas.

Saya berasa bangga dan bersyukur kerana dapat mengenalpasti punca pencemaran di Taman Sri Watan, Ampang, Selangor .Ia dapat membantu saya membasmi punca-punca ini.

14

Kesan Kesan Pencemaran Alam Sekitar

Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fosil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fosil seperti minyak dan arang batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik. Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Ini berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkantumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka yang berpenyakit seperti mengidap asma. 15

Jerebu adalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang, asap kenderaan dan juga asap pembakaran adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan. Jerebu adalah satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketika dahulu. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara. Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar.

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk,terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas, mata terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan terasa sakit dada.

16

Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesanya adalah permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.

17

Pencemaran udara telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran udara ialah terhadap system pernafasan. Udara dan bahan cemar yang terperangkap didalamnya akan memasuki hidung atau mulut manusia dan memasuki paru-paru melalui trakea. Karbon Monoksida (CO) adalah antara gas yang dapat meracuni system pengangkutan oksigen dalam darah dengan begitu berkesan sekali. Selain itu, bahan cemar Nitrogen Oksida (NO2) boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari, bahan cemar gas ozon (03) boleh menimbulkan kerengsaan. Habuk, asap, kabus, wap, atau bahan bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia.

Saya berasa bersyukur dan berbangga kerana saya dapat menganalisis kesan pencemaran sebelum kesan-kesan ini menjadi lebih memudaratkan lagi.

18

Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di Taman Sri Watan, Ampang, Selangor
Beberapa cadangan untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar di Taman Sri Watan, iaitu: a) Kempen Cintai Alam Sekitar Kempen ini boleh diadakan oleh pihak sekolah atau kerajaan untuk menerangkan kepada penduduk tentang bagaimana mereka boleh melakukan bahagian mereka untuk menjaga alam sekitar. Kempen ini juga boleh merapatkan hubungan antara satu sama lain.

b) Pameran Pencemaran Alam Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan isu pencemaran. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam yang berdekatan kampung. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk

mengurangkan kadar pencemaran.Bahan-bahan menarik seperti carta, poster dan keratan surat khabar bolehlah dipamerkan. Selain itu, pita video dan slaid-slaid yang ada berkenaan dengan pencemaran juga boleh ditayangkan. Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar.

19

c) Kuat Kuasa Undang-Undang Kerajaan perlu menguatkuasa undang-undang seperti memberi denda kepada sesiapa yang membuang sampah merata-rata. Kerajaan juga perlu memantau keadaan taman dari masa ke masa. Kerajaan juga harus tetapkan had kadar pembebasan asap ke udara bagi kenderaan dan kilang.

d) Catalytic Converter Catalytic Converter adalah adalah sebuah peranti yang digunakan untuk mengurangkan pembebasan array dari sebuah enjin pembakaran dalaman. Dalam kereta, ini biasanya hasil penukaran 90% daripada karbon monoksida,hidrokarbon, dan oksida nitrogen menjadi gas kurang bahaya. Ini dapat membantu mengurangkan pencemaran udara.

Saya berasa bangga dan bersyukur kerana kerajaan Malaysia telah mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran udara di Malaysia.

20

Bahan Grafik Carta Pie

Air , 3 Bunyi, 4 Air Udara Bau, 4 Udara, 6 Tanih Bau Tanih , 3 Bunyi

Jenis Pencemaran di Taman Sri Watan, Ampang, Selangor


6 5 4 3 2 1 0 Air Udara Tanih Bau Bunyi

21

Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Saya berasa bangga kerana dapat menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Objektif kajian saya iaitu menerangkan konsep pencemaran alam sekitar, menghuraikan jenis-jenis pencemaran alam sekitar, menyatakan kesan-kesan pencemaran alam sekitar, memberi cadangan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di Taman Sri Watan dan akhir sekali menerapkan nilai atau unsur patriotism dalam dapatan kajian telah berjaya dicapai.

22

23

Rujukan

Internet Pondoksiti.blogspot.com, maps.google.com, geografimeranti.blogspot.com Orang Sumber Muhammad Afiq bin Muhammad Zahari, 15, 6 Jalan Watan 26, Taman Sri Watan, Ampang Selangor Mahmud Bin Abu Bakar , 46, 22 Jalan Watan 18, Taman Sri Watan, Ampang Selangor Mohd Zaini Ariff Bin Mohd Zahani, 13, 20 Jalan Watan 18, Taman Sri Watan, Ampang Selangor

24

You might also like