You are on page 1of 3

MESYUARAT KAKITANGAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU AMAN

Tarikh:2 Mac 2011


Masa :1.00 petang
Kehadiran :14/15

Bil Perkara yang dibincangkan Tindakan

1 Ucapan En Nazri B. Othman (Penolong Kanan 1)


Terima Kasih dan selamat datang kepada semua guru.
2. Pengurusan Pentadbiran

2.1 Pengumuman struktur organisasi pentadbiran


Struktur organisasi pentabdiran Sekolah Kebangsaan
Pulau Aman telah dirombak semula selepas berlakunya
perpindahan guru.(Lampiran struktur organisasi sekolah)

2.2 Pengumuman guru-guru panitia bagi setiap


matapelajaran.Sistem fail panitia perlu sentiasa
dikemaskini dari semasa ke semasa.

2.3 Keceriaan kelas perlu dijalankan dengan


menggunakan peruntukan wang sumbangan PIBG RM
100.00.

3. Kurikulum

3.1 Ujian bulanan bagi setiap matapelajaran perlu


dijalankan dan markah dicatat di dalam buku rekod
prestasi murid.Ujian perlu dijalankan pada bulan
Mac,April,Julai dan Ogos.

3.2 Buku latihan murid bagi setiap matapelajaran


disediakan dan guru perlu menggunakan buku-buku
latihan tersebut sepenuhnya.
4. Hal Ehwal Murid

4.1 Rekod kehadiran murid perlu dilengkapkan dengan


sempurna.Maklumat peribadi murid perlu diisi di dalam
rekod kehadiran tersebut.
4.2 Catatan harian Program Rancangan Makanan
Tambahan perlu dibuat pada setiap hari.

4.3Buku rekod pencapaian murid akan diwujudkan bagi


mencatat markah prestasi ujian murid.
5. Kokurikulum
5.1 Pengurusan Program uniform/ persatuan
Pembentangan takwim tahunan aktiviti kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Pulau Aman.Jadual bertugas bagi
aktiviti kokurikulum diedarkan kepada semua guru.

Bil Perkara yang dibincangkan Tindakan

5.2 Sukan sekolah/msspp


Program 1 murid 1 sukan perlu dilaksanakan kepada
semua murid menerusi permainan bola jaring,bola baling
serta sepak takraw.

5.3 Semua guru diwajibkan untuk memakai uniform


rasmi Tunas Kadet Remaja Sekolah mulai 31 Mac 2011
pada setiap hari Rabu.
6. Program Khas 1 Malaysia

6.1 Program khas 1 Malaysia perlu dilaksanakan kepada


semua murid bagi menyahut seruan Perdana
Menteri.Penglibatan semua murid adalah diwajibkan.

6.2 Guru perlu mengambil inisiatif bagi melaksanakan


program 1 Malaysia.
7. Lain-lain Hal

7.1 Penetapan masa pergerakan guru untuk pergi dan


balik sekolah ialah pada jam 7.30 pagi dan 2.30
petang.Semua guru diminta menepati masa yang telah
ditetapkan.

7.2 Pengumuman berkaitan peruntukan kewangan yang


telah dikhaskan kepada murid di sekolah.Sebarang
pesanan bahan-bahan pembelajaran perlulah dibuat
melalui nota minta.

7.3 Guru baharu perlu melengkapkan fail sumber


masing-masing bagi memudahkan sebarang
urusan.Butir-butir penting perlu diletakkan pada kulit fail.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

……………………….. ………………………………….
(Mariah Bt Abd Wahab @ Ibrahim)

You might also like