You are on page 1of 7

1

TOPIK 3
BEKALAN KUASA AU MOD PENYUISAN
 Biasa digunakan sbg bekalan kuasa sedia tunggu untuk beban kritikal
Cth: komputer, alatan telekomunikasi dan alatan perubatan
 Beroperasi bila bekalan elektrik terputus atau terganggu
 Dikenali sebagai UPS (Uninteruptible Power Supply)

3 jenis bekalan kuasa AU.


i. Bekalan kuasa AU mod penyuisan.
ii. Bekalan kuasa AU salun.
iii. Bekalan kuasa AU Dua Hala.

PERKAKASAN PENSTABIL BEKALAN KUASA

Kadang-kala bekalan kuasa yang dibekalkan oleh punca bekalan dari dinding tidak begitu
stabil. Ia mungkin melebihi tahap 240 Volt sehingga mencapai 280 Volt dan menurun
semula. Keadaan ini dipanggil ‘power surge’ atau lonjakan kuasa. Untuk menstabil
voltan masukan ke unit bekalan kuasa pada tahap 240 Volt, beberapa jenis peralatan
penstabil kuasa boleh digunakan. Antaranya :

a. UPS (uninterupted power supply)


b. AVR (automatic voltage regulator)
c. PLC (power line conditioner)

UPS berfungsi untuk menstabilkan bekalan kuasa pada tahap 240 Volt dan menyediakan
bekalan bantuan secara automatik sewaktu ‘black out’. Untuk menggunakan UPS,bekalan
kuasa dari soket 240 Volt dimasukkan ke UPS. Dari UPS barulah dimasukkan ke soket
240 Volt ke alatan elektrik.

Apabila berlakunya ‘black out’, UPS secara automatik memulakan bekalannya sendiri
yang datang dari satu bateri yang terdapat didalamnya. Bekalan ini selalunya dapat
bertahan selama 10- 15 minit. Jadi dalam tempoh tersebut, pengguna komputer bolehlah
menyelamatkan data-data dengan melakukan operasi penyimpanan data di dalam cakera
bateri berkenaan akan selalu dicas semasa bekalan elektrik dalam keadaan biasa.
2

AVR pula hanya berfungsi menstabilkan bekalan kuasa dengan cara


menghilangkan‘power surge’. “Power surge’ialah di mana voltan memuncak secara
mendadak hingga 280 Volt. AVR berfungsi mengelakkan voltan dari naik ke 280 Volt.
Ini dilakukan secara automatik oleh litar dalam AVR. PLC juga berfungsi hampir sama
dengan AVR .

Rajah Blok UPS

Bateri Vat Penyongsang Beban Kritikal

Bekalan
TNB

 Bila Bekalan terputus, bateri akan menyalurkan arus teris ke penyongsang untuk
ditukarkan ke Vau

 Dalam keadaan biasa, penyongsang bertindak sebagai penukar Va.t ke Va.u bagi
tujuan pengecas bateri dengan magnitud voltan dan frekuensi yang dikehendaki

Merujuk kepada rajah di atas:

 Vat :boleh diperolehi daripada bateri sel kering / basah atau sebarang punca at.
Jenis bateri yang selalu digunakan
 Acid Plumbum
 Nicel Cadmium (paling popular)
3
Kelebihan:
 mempunyai “trickle charger” yang keupayaan tinggi untuk membekalkan arus
yang minima bagi menahan kapasiti bateri.
 Litar penyongsang: berkeupayaan menukarkan voltan at kepada voltan au
 Vau: boleh dalam keadaan tetap atau berubah

Rangkaian sistem bekalan kuasa AU tanpa gangguan (UPS)

Static Switch

Rectifier Inverter Critical


Load
AC
main supply

Battery

Kendalian bagi rangkaian sistem bekalan kuasa AU tanpa gangguan (UPS) di atas

i. Rangkaian terdiri daripada komponen-komponen penerus, penyongsang, bank


bateri, suis static dan talian by-pass
ii. Pada keadaan normal, beban akan menerima bekalan dan melalui penerus dan
penyongsang dan seterusnya ke beban
iii. Apabila berlakunya kecemasan pada bekalan masukan, bank bateri akan
membekalkan bekalan melalui penyongsang dan seterusnya ke beban
iv. Apabila sistem UPS mengalami kerosakan, bekalan ke beban akan
dipindahkan ke talian AU melalui suis pemindahan static.
v. Talian by-pass adalah bagi membolehkan beban dibekalkan terus dari talian
bagi tujuan penyenggaraan
4
3 ciri bekalan kuasa AU .

i. Boleh bekalkan voltan au bila bekalan terputus pada beban kritikal


ii. Boleh bekalkan voltan au dan frekuensi mengikut keperluan alat
iii. Boleh bekerja sebagai bekalan kuasa sedia tunggu.

Rajah blok bekalan kuasa AU tanpa gangguan (UPS)

Bateri Vat Penyongsang Beban Kritikal

Bekalan TNB

Kendalian bagi rajah blok bekalan kuasa AU tanpa gangguan (UPS) di atas

 Bila Bekalan terputus, bateri akan menyalurkan arus teris ke penyongsang untuk
ditukarkan ke Vau

 Dalam keadaan biasa, penyongsang bertindak sebagai penukar Vau ke Vat bagi
tujuan pengecas bateri
5
4 kepentingan Bekalan Kuasa AU yang diproses semula

i. Digunakan untuk mengawal beban-beban yang kritikal seperti memproses


data computer atau peralatan perubatan
ii. Memberi perlindungan terhadap gangguan-gangguan pada talian
iii. Dapat membekalkan bekalan AU pada tempat-tempat yang tidak dapat
memperolehi bekalan AU
iv. Boleh digunakan untuk bekalan kecemasan atau dalam erti kata lain sebagai
‘stand-by’
TIGA (3) kelebihan bekalan kuasa AU 2 hala.
i. kurangkan kadar harmonik
ii. mengawal bekalan kuasa au
iii. keluaran au yang tinggi dengan frekuensi yang rendah

Rajah Litar bekalan kuasa AU dua hala.


6
Kendalian litar.
 Apabila S1 dan S2 diberi isyarat, ia akan membenarkan arus mengalir melaluinya
dan mendapat keluaran A.U. Selanjutnya S3 dan S4 diberi isyarat setelah S1 dan
S2 berada dalam keadaan off, arus akan mengalir dan menghasilkan keluaran
voltan A.U ke transformer.
 Keadaan arah aliran yang berlawanan antara dua isyarat tersebut akan
menghasilkan keluaran dua hala. Seterusnya voltan a.u yang terhasil akan
disambungkan kepada satu litar cycloconverter untuk menghasilkan voltan a.u
pada frekuensi yang tinggi kepada satu frekuensi yang rendah.

Gangguan talian AU yang biasa berlaku

1. Voltan lampau / Lebihan voltan – magnitude voltan yang lebih tinggi dari nilai
norminalnya
2. Voltan kurang - magnitude voltan yang lebih rendah dari nilai norminalnya
3. Voltan spike - voltan yang berlaku sekali sekala
4. Bekalan Terputus - voltan adalah terputus-putus untuk beberapa kitar
5. Elektromagnetik Interference (EMI) - kebisingan yang berlaku pada ulangan
yang tinggi
6. Harmonik - gelombang voltan yang mengandungi komponen harmonic
7. Gelombang voltan pemenggal – pemenggalan yang berlaku berulangkali pada
gelombang
7
Salun- bermaksud litar bekalan kuasa AU yang mempunyai komponen aruhan dan
kapasitan bagi membolehkan ia beropersi pada ulangan yang tinggi.

Rajah litar bekalan kuasa AU salun.

At –At
Sambungan frekuensi tinggi

Kendalian:
Pada peringkat permulaan bekalan Vs adalah bekalan daripada penerus atau bateri
yang ditukarkan ke bekalan au melalui penyongsang. Keluaran au daripada
penyongsang akan melalui komponen salun iaitu komponen aruhan dan kapasitor
yang bertujuan untuk menghalang sebarang gangguan harmonik dan boleh beroperasi
pada ulangan yang tinggi.. Seterusnya voltan au akan ditinggikan melalui pengubah.
Bekalan au diubah dan distabilkan ke nilai voltan at melalui penerus gelombang
penuh dan penapis (LC). Bekalan at ini pada peringkat terakhir akan ditukarkan ke au
semula sebelum ke beban melalui penyongsang ke dua.

You might also like