You are on page 1of 3

1.

0 RASIONAL
Badan Pengawas Pusat Sumber SESMA merupakan badan yang bertanggungjawab menjaga
kepentingan dan kebajikan pusat-pusat sumber yang terdapat di SESMA seperti perpustakaan
dan bilik audio visual. Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, kami bersetuju untuk
mengadakan lawatan berinformasi yang sememangnya menjadi aktiviti tahunan kami.

2.0 OBJEKTIF
Berikut merupakan objektif lawatan berinformasi ini diadakan:

 Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan Pengawas Pusat Sumber


SESMA
 Memberikan penghargaan kepada Pengawas Pusat Sumber atas khidmat
cemerlang yang diberikan semasa bertugas
 Memberikan pengalaman baru kepada peserta-peserta lawatan ini.
 Meningkatkan mutu perkhidmatan ahli Badan Pengawas Pusat Sumber
SESMA
 Bertukar-tukar pendapat dengan pengawas-pengawas pusat sumber sekolah
yang dilawati
 Melahirkan pengawas pusat sumber yang berfikiran terbuka, maju dan positif.
 Membina kesimbangan intelek , jasmani, emosi dan rohani semasa lawatan
 Memberi peluang kepada murid menimba ilmu secara tidak formal

3.0 TEMPAT YANG DILAWATI

Pada tahun ini, kami bersetuju untuk melawat negeri di selatan iaitu Johor dan Negara
Singapura. Antara tempat-tempat yang akan kami lawati ialah:

 Sekolah Tun Fatimah


 Universiti Teknologi Malaysia
 Kota Johor Lama
 Tanjung Piai
 Pusat Sains Singapura
 Sekolah di Singapura
 The merlion
4.0 TARIKH
Kami bercadang untuk mengadakan lawatan ini pada bulan April. Jika persiapan yang
dirancang berjalan lancar, lawatan ini akan diadakan pada 13 April hingga 16 April 2011.
Bersama –sama dengan kertas kerja ini telah disertakan dengan jadual.

5.0 JAWATANKUASA

Ketua Rombongan : Mohd Akmal bin Othman

Penolong : Syafiq bin Zakaria

Bendahari : Siti Hamidah binti Abdullah

Ajk Cenderahati : Nur Syahirah binti Kamal Baharin


Shahril Ikhwan bin Rumaizi

Ajk Makanan : Shahrul Izhan bin husin


Aimi Nabila binti Yusoff

Ajk keselamatan : Muhamad Amiruddin Aziff bin Yusof


Ahmad Razimin Syafiq bin Mohd Zaki

6.0 PESERTA

Bilangan peserta yang akan mengikuti lawatan ini seramai 38 orang yang terdiri daripada para
pengawas pusat sumber dan beberapa orang guru pengiring. Bersama dengan kertas kerja ini
telah disertakan senarai nama pengawas pusat sumber dan guru pengiring yang akan
mengikuti lawatan ini untuk rujukan pihak tuan.

7.0 PERBELANJAAN

Dalam mesyuarat yang diadakan mengenai lawatan ini, kami telah bersetuju untuk memungut
bayaran sebanyak RM150 daripada setiap peserta lawatan.

38 orang × RM150 = RM5700

Jumlah = RM5700

Bayaran ini dikutip bertujuan untuk membeli cenderahati, membayar elaun pemandu dan
menampung bayaran-bayaran masuk ke tempat-tempat lawatan yang memerlukannya.
8.0 PENUTUP
Kami amat berharap program lawatan ini mendapat kelulusan dan seterusnya berjalan dengan
lancar. Objektif-objektif program ini akan sentiasa dititikberatkan sepanjang lawatan ini bagi
memastikan objektif tersebut tercapai. Program lawatan ini pastinya dapat menyuntik
semangat pengawas-pengawas pusat sumber untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang.

Sekian Terima Kasih.

“Let’s Dig For Knowledge”

Yang menjalankan tugas, Disemak oleh,

.......................................... ............................................
( ) (AHMAD ASYRAF BIN AZILAH)
Pengerusi, Setiausaha,
Program Lawatan Berinformasi, Badan Pengawas Sumber,
Badan Pengawas Pusat Sumber, SM Sains Sultan Mahmud.
SM Sains Sultan Mahmud.

Disahkan oleh,

............................................
(PUAN NAPISAH BINTI ADAM)
Guru Penasihat,
Badan Pengawas Pusat Sumber,
SM Sains Sultan Mahmud.

You might also like