You are on page 1of 9

TAJUK :

PENCEMARAN ALAM SEKITAD DI TAMAN MURNI

PERDANA,DUNGUN,TERENGGANU.

PENGHARGAAN

Pertama sekali,saya ingin menguacapkan terima kasih kepada pengetua sekolah saya iatu Pn.

Nong Shamsiah Bt Moktar Affandi kerana telah memberi peluang buat saya menjalankan kajian

di Taman Murni Perdana.


Seterusnya,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa saya iaitu Mohd Nor Bin Mohd

Ali dan ibu saya Nurizah Zainurin kerana telah banyak membantu dan menghantar saya ke

tempat kajian.

Selain itu,saya juga ingin memberi sekalung penghargaan kepada guru mata pelajaran geografi

saya; Pn.Rosliza kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan kerja

kursus ini.Tanpa beliau,saya pasti tidak tahu bagaimana untuk menyiapkannya.

Malah,di sini saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan saya Siti Fatonah,Nur

Fatin Najihah,Farah Anati dan Nur Hazwani kerana banyak memberi dorongan dan juga

bimbingan untuk saya menyiapkannya.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 20 orang pihak respoden iaitu

penduduk kampung Taman Murni Perdana yang sudi ditemuramah dan memberi kerjasama

sepanjang kajian ini dijalankan.Tidak lupa juga kepada semua pihak yang terlibat sama ada

secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kajian ini.

PENDAHULUAN

Pertama sekali tajuk kajian saya pada kali ini adalah pencemaran alam sekitar.Saya memilih

tajuk ini kerana marcapada ini,banyak pencemaran yang berlaku.Jadi,tajuk ini agak mudah untuk

dihuraikan lebih lanjut tentangnya.


Saya memilih Taman Murni Perdana sebagai kawasan kajian kerana tempat ini merupakan

kawasan tempat tinggal saya.Malah,saya juga tertarik dengan kawasan kajian kerana banyak

pencemaran yang berlaku jadi,saya ingin mengkajinya dengan lebih teliti lagi

Tempoh kajian dilakukan adalah sekitar 18 hari.Sebagai contoh masa yang diambil untuk

menjalankan temubual berlangsung selama 3 hari diikuti 3 hari berikutnya untuk membuat

lakaran dan juga rujukan,5 hari menulis nota dan 7 hari untuk melakukan kerja-kerja menaip.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenalpasti konsep pencemaran alam sekitar di Taman Murni Perdana.


2. Menyenaraikan jenis pencemaran di Taman Murni Perdana.

3. Mengkaji punca pencemaran alam sekitar di Taman Murni Perdana

4. Menyatakan kesan pencemaran alam sekitar di Taman Murni Perdana

5. Mencadangkan langkah0langkah mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di

Taman Murni Perdana

6. Bersyukur kerana kawasan kampung saya bebas pencemaran.Malah,kajian ini juga

menyemai semangat cinta alam sekitar di Taman Murni Perdana.

Kaedah kajian

Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan

untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya
telah menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah

yang telah digunakan :-

1)    Pemerhatian            : Saya telah membuat pemerhatian untuk mengenalpasti pencemaran

alam sekitar yang terdapat di kawasan perumahan tempat tinggal saya.

2)    Temu Bual              :  Seterusnya saya telah menemu bual beberapa orang penduduk

kampung Taman Murni Perdana untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka tentang

pencemaran alam sekitar. Temu bual dijalankan kepada penduduk kampung yang telah lama

menetap disitu kerana mereka lebih berpengalaman dan tahu tentang keadaan kawasan Taman

Murni Perdana ini.

3)    Soal Selidik             :Saya juga telah menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi

oleh penduduk kampung Taman Murni Perdana yang akan menjadi responden terhadap kajian

yang akan dilakukan. (borang soal selidik – sila rujuk lampiran )

4)    Rujukan                  : Selain itu, saya juga membuat rujukan dengan melayari internet dan

buku teks untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai pencemaran alam sekitar di

kawasan tempat tinggal saya.

Rumusan
Oleh itu,saya simpulkan di sini bahawa pencemaran alam sekitar di Taman Murni Perdana dan di

mana-mana sahaja zaman sekarang sedang berleluasa kerana perindustrian dan

pebangunan.Namun begitu,walaupun pencemaran berleluasa, mereka masih mengendahkannya

meskipun pencemaran ini banyak kesan negatifnya.Disebabkan itu,diselitkan beberapa cadangan

ataupun langkah bagi mengurangkannya.Akhir kata,saya berharap agar pencemaran di Taman

Murni Perdana ini dikurangkan.Sebagai rakyat Malaysia,saya bersyukur kerana kawasan tempat

tinggal saya tidak mengalami pencemaran seperti di Taman Murni Perdana.


BAHAN GRAFIK

PENCEMARAN DI TAMAN MURNI PERDANA

12%

9%
UDARA
AIR
BUNYI
BAU

16%
63%

Jadual:

PENCEMARAN DI TAMAN MURNI PERDANA

JENIS PERATUS PENCEMARAN


UDARA 60%
AIR 15%
BUNYI 9%
BAU 11%

UDARA
BUNYI
BAU

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah Taman Murni Perdana.Tempat ini diberi nama oleh UDA

HOLDINGS supaya masyarakat yang hidup di sini sentiasa hidup dalam keadaan murni

sahaja.Lokasi kawasan tempat ini adalah di Paka yang merupakan sempadan antara Bandar
Kemaman dan Dungun.Tempat ini boleh dilalui dengan kemudahan jalan raya dan sistem

pengangkutan yang disediakan.

Selain itu,jika dari Kemaman tambang bas yang dikenakan hanyalah dalam RM13.Tempat ini

berdekatan tasik jadi ia bertanah gambut.Jarak tempat ini dari Dungun pula ialah 35 km.

You might also like