You are on page 1of 9

Bahasa Melayu Kertas 2 Upsr - Presentation Transcript

1. KERTAS 2 MASA : 1 jam 15 minit

2. PENGENALAN BENTUK Terbahagi kepada tiga bahagian Bahagian A – Memindahkan maklumat /


Mentafsir bahan grafik Bahagian C – Membuat ulasan Masa 1 jam 15 mint Bahagian B – Menulis karangan

3. UPSR (BAHASA MELAYU) FORMAT BAHARU MULAI 2005

 KERTAS 2

 Markah.

 Markah penuh : 60 markah

 Bahagian A : 10 markah

 Bahagian B : 30 markah

 Bahagian C : 20 markah

4. BAHAGIAN A Mentafsir Bahan Grafik 15 minit BAHAGIAN B Karangan 40 minit BAHAGIAN C


Membuat Ulasan 20 minit PENULISAN

5. BAHAGIAN A Mentafsir Bahan Grafik

o 10 markah

o Tiada had bilangan patah perkataan

o Tulis 5 ayat berpandukan grafik

o Soalan berdasarkan bahan grafik yang diberikan

6. APA ITU BAHAN GRAFIK ?

o Gambar - Tunggal @ Bersiri

o Carta

o Graf

o Jadual

o Peta

o Pelan

o Contoh : Gambar Tunggal

7.
o Wajib dijawab

o Soalan berdasarkan grafik yang diberi

o Mungkin terdiri daripada gambar bersiri


o atau gambar tunggal.

o Ayat yang dibina mestilah berdasarkan apa yang

o terdapat dalam gambar sahaja.

SOALAN BAHAGIAN A - Cadangan masa menjawab - 15 minit


8. PANDUAN UNTUK MENJAWAB BAHAGIAN A

o Baca dan fahamkan arahan.

o - Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti

o yang terdapat dalam gambar.

o - Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di

o di bawah.

o - Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang

o terdapat dalam gambar di bawah.

o Perhatikan bahan grafik. Kaitkan kehendak soalan

o dengan bahan grafik yang diberi.

o Cari maklumat yang terdapat dalam bahan grafik

o seberapa banyak yang ada dan tandakan atau

o senaraikan maklumat tersebut.

9. 3 . Buat lima ayat sahaja , walaupun terdapat banyak maklumat dalam bahan grafik yang diberi. a. Bina ayat
berdasarkan kehendak soalan. i. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar . -
Maknanya calon dikehendaki menulis lima ayat tentang aktiviti yang melibatkan kata kata kerja sahaja.

10.
o Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar /

o situasi di bawah.

o - Maknanya calon boleh membina apa saja perkara

o yang terdapat dalam bahan grafik, tidak kira sama

o ada melibatkan kata kerta atau situasi yang ada

o dalam bahan grafik yang diberi.

iii. Boleh gunakan nama watak, tempat, atau apa saja yang sesuai asalkan ayatnya baik tanpa kesalahan ejaan, tanda
baca dan struktur ayat.
11.
o Kalau gambar bersiri, pastikan ayat yang dibina

o seimbang.
Dua ayat daripada gambar kedua atau tiga ayat daripada gambar kedua. Tiga ayat daripada gambar pertama atau dua
ayat daripada gambar pertama.
12. 5. Bagi mendapat markah penuh atau cemerlang dalam Bahagian A ini, anda seharusnya:- a. Membina ayat
yang sesuai dengan gambar yang diberi. b. Jangan bina ayat yang tiada kaitan dengan gambar dan arahan yang diberi. c.
Elakkan daripada membina ayat yang tersirat. d. Bina ayat dengan menggunakan kosa kata yang sesuai dan menarik.
Elakkan membina ayat yang mudah.

13.
o Ayat yang dibina boleh ditulis dalam bentuk:-

o Urutan nombor;

o 1. .……………………………………

o 2. …………………………………......

o Urutan abjad;

o a. ……………………………………

o b. ……………………………………

o Simbol ( -, /, * dan seumpamanya)

o d. Perenggan

Ayat yang ditulis tidak semestinya berkaitan antara satu sama lain
14. latihan Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

15. BAHAGIAN B KARANGAN

o 30 markah

o Tidak kurang 80 patah perkataan

o Diberikan tiga buah karangan. Pilih dan jawab satu karangan sahaja.

Karangan Berformat Karangan Tidak Berformat


16. FORMAT Tiga tajuk karangan diberi. Jawab SATU soalan Pilihan soalan mungkin soalan berformat / tidak
berformat Jumlah perkataan tidak kurang 80 patah perkataan Masa cadangan 40 minit BAHAGIAN B

17. BENTUK SOALAN Corak karangan yang diuji mungkin BERFORMAT TIDAK BERFORMAT Apa dia
karangan berformat dan karangan tidak berformat ? Contoh …..?????

18. Berapa isi yang perlu ada dalam sesuatu karangan ? Bagi soalan Bahagian B, isi dikehendaki – Minimum
TIGA (3) isi penting. Kalau lebih …… ? Kalau lebih daripada itu digalakkan kerana gabungan beberapa isi adakalanya
sesuai diberi pertimbangan markah yang baik walaupun tanpa huraian lanjut tentang isi, lebih-lebih lagi karangan yang
berbentuk penceritaan. Pertimbangan markah yang sesuai perlu diberi bagi isi yang disertakan contoh dan huraian, isi
beserta contoh atau isi sahaja.

19. latihan

o Tuliskan kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum.

o 2. Kelas kamu akan mengadakan majlis


o perpisahan sempena guru kelas kamu yang akan

o akan bertukar sekolah. Selaku wakil kelas, kamu

o dikehendaki menyampaikan ucapan pada majlis

o tersebut. Tuliskan ucapan kamu selengkapnya.

o 3. Kamu telah lewat datang ke sekolah. Ceritakan

o tindakan yang kamu akan lakukan pada hari

o tersebut.

20. 4. Kelas kamu mengadakan majlis perpisahan untuk guru kelas kamu yang akan bertukar ke sekolah lain.
Sebagai ketua kelas, kamu diminta menyampaikan ucapan pada majlis itu. Tuliskan ucapan kamu selengkapnya. 5.
Kamu diminta untuk menyertai pertandingan Syarahan di sekolah kamu. Tajuk syarahan Tersebut ialah “Cara-cara
Untuk Berjaya Dalam Pelajaran”. Tuliskan syarahan tersebut.

21. BAHAGIAN C MEMBUAT ULASAN Cadangan masa menjawab Bahagian C 20 minit

22.
o 20 markah

o Ulasan yang dibuat berpandukan soalan kepada situasi yang diberikan.

o Tidak kurang 50 patah perkataan.

Membuat Ulasan
23. Cara Menjawab Soalan

o Baca dan fahami situasi.

o Gariskan kata kunci dalam soalan.

o Sediakan rangka karangan. Catatkan

o nilai-nilai murni atau pengajaran yang

o terdapat dalam teks.

o Tulis karangan pendek lebih kurang 5 hingga 10 ayat sahaja.

o Panjang jawapan tidak kurang 50 patah perkataan.

24. Contoh Soalan Membuat Ulasan

o Setiap hari Salina akan bangun awal pagi. Setelah menyiapkan diri, Salina akan ke dapur
membantu ibunya menyiapkan sarapan. Salina dan keluarganya akan bersarapan bersama-sama. Sebelum pergi
ke sekolah, Salina akan bersalaman dengan ayah dan ibunya. Sementara menunggu bas, Salina membaca buku.
Tiba di sekolah, Salina terus masuk ke kelas. Dia akan menyapu atau mengemaskan kelasnya. Dia akan
memastikan kelasnya berada dalam keadaan ceria.

25. Senaraikan nilai murni/pengajaran/ amalan baik yang terdapat dalam petikan

o Bangun awal pagi – disiplin diri


o Menolong ibu di dapur

o Bersarapan bersama – kasih sayang

o Bersalam – menghormati orang tua

o Rajin / tidak suka membuang masa

o Suka kepada kebersihan

26. Ahmad bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonton televisyen hingga larut malam. Dia tidak sempat
bersarapan. Dia terus mencapai basikalnya untuk pergi ke sekolah tanpa sempat bersalam dengan ibu dan bapanya.
Tiba di persimpangan jalan, dia tidak menghirau- kan lampu merah lalu terus memecut ke sekolah. Mujurlah tiada
kenderaan ketika itu. Sesampainya di hadapan sekolah, murid-murid telah berada di tapak perhimpunan. Dia terus
berlari ke tapak perhimpunan tanpa mengunci basikalnya. Sedang semua murid menyanyi lagu “ Negaraku”, dia masih
lagi berlari untuk masuk ke dalam barisan. Ketika hendak pulang ke rumah, dia mendapati bahawa basikalnya telah
hilang. Dia telah diberi tumpang oleh rakan untuk pulang ke rumah.

27. BAHAGIAN C – Cara menulis. Antara nilai murni yang terdapat di dalam petikan ini ialah
……………………………..(huraian/contoh). Seterusnya, terdapat nilai
murni…………………… ...................................(huraian/contoh)……………... Di samping itu, terdapat nilai
murni……………...... (huraian/contoh)……………………………………….. Selain itu, terdapat nilai
murni………………………. …………………………… ..(huraian/contoh)………….
……………………………………………………………… Akhirnya, kita……………………….(huraian/contoh)
…………………………………………………………… .. Kita janganlah…………………………………………...
(sekiranya perlu)

28.
o Untuk mendapat markah yang cemerlang

o Dalam bahagian C ini, anda mestilah:

o 1. Membuat ulasan yang jelas dan tepat.

o 2. Menggunakan ayat yang lengkap/gramatis

o 3. Berdasarkan bahan rangsangan yang diberi.

o 4. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata

o yang sesuai dan menarik.

o 5. Pastikan ejaan dan tanda baca serta imbuhan

o yang digunakan betul.

o Pastikan penggunaan penanda wacana yang

o betul dan sesuai bagi mengaitkan ayat yang

o dibina. Kenalpasti penanda wacana.

29. Setiap petang adik akan memastikan kerja sekolah yang diberi oleh guru sekolahnya siap. Setelah penat
menyiapkan kerja sekolahnya, adik berehat sebentar. Bagi menghilangkan rasa bosannya, adik bermain- main dengan
kucing kesayangannya di dalam bilik. Ketika bermain, tanpa disedari adik telah memecahkan cenderamata kesayangan
kakak. Kakak merasa sedih melihat cenderamata yang diperolehi daripada sahabat karibnya telah pecah. Emak
memarahi adik kerana tidak berhati-hati ketika bermain. Adik rasa bersalah dan meminta maaf kepada kakak. latihan

30. GARIS PANDUAN KEPADA PEMERIKSA A. CARA PEMERIKSAAN - UMUM

o PEMERIKSAAN DILAKUKAN SECARA HOLISTIK IAITU

o DENGAN MELIHAT SECARA KESELURUHAN DAN

o PENSKORAN DIBUAT MENGIKUT KRITERIA YANG

o DITETAPKAN (JANGAN UBAH)

o PEMERIKSA HENDAKLAH MEMBACA SETIAP AYAT/

o KARANGAN DENGAN TELITI UNTUK MENDAPAT KESAN

o (IMPRESSION) DARIPADANYA. SELEPAS ITU NILAI DAN

o ANGGARKAN TAHAP KARANGAN ITU DAN DISESUAIKAN

o DENGAN KRITERIA YANG DITETAPKAN

31.
o BACA AYAT/KARANGAN TERSEBUT SEKALI LAGI

o SAMBIL MENURUNKAN SIMBOL ATAU TANDA -

o TANDA PEMERIKSAAN & MENETAPKAN SKOR

o BERPANDUKAN KRITERIA PENSKORAN.

ISI ( ) KESALAHAN ISI /////// KESALAHAN STRUKTUR AYAT KESALAHAN PENGGUNAAN PERKATAAN
KESALAHAN TANDA BACA KESALAHAN EJAAN KESALAHAN EJAAN BERULANG KESALAHAN
IMBUHAN KESALAHAN IMBUHAN BERULANG
32. BAHAGIAN A – 10 MARKAH i. Ayat tidak sesuai atau tidak berkaitan dengan bahan grafik. ii. Penggunaan
perkataan yang terhad & tidak sesuai dengan bahan grafik. iii. Tidak menguasai kemahiran tanda baca & ejaan.
PENCAPAIAN TAHAP MINIMUM ( 1 – 3 ) i. Menggunakan ayat yang mudah & ringkas sesuai dengan bahan grafik.
ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata tetapi terhad dan sesuai. iii. Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca &
ejaan MEMUASKAN ( 4 – 6 ) i. Menggunakan ayat yang jelas dan menepati bahan grafik. ii. Penggunaan pelbagai
kata & kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan bahan grafik. iii. Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca
& ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat. BAIK ( 7 – 8 ) i. Menggunakan ayat yang gramatis & menepati bahan grafik. ii.
Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang meluas serta sesuai dengan bahan grafik. iii. Penggunaan ejaan & tanda
baca yang betul CEMERLANG ( 9 -10 ) KRITERIA PENSKORAN

33. BAHAGIAN B – 30 MARKAH i. - Penyampaian atau persembahan yang tidak sesuai dengan tema - Isi tidak
tepat, tidak berkaitan dengan tema atau sukar difahami. ii. Penggunaan perkataan yang terhad dan tidak sesuai dengan
tema. iii. Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaan. PENCAPAIAN TAHAP MINIMUM ( 1 – 10 ) i. -
Penyampaian atau persembahan yang mudah & ringkas. - Menyatakan isi dengan menggunakan ayat dasar berdasarkan
tema. ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata tetapi terhad dan sesuai. iii. - Penggunaan tanda baca yang terhad
(huruf besar, noktah koma) - Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca & ejaan. MEMUASKAN ( 11 – 16 ) i. -
Penyampaian atau persembahan yang jelas untuk dibaca. - Pengolahan idea yang baik dengan menggunakan ayat yang
gramatis dan bersesuaian dengan tema. ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan
tema. iii. Terdapat beberapa kesalahan ejaan & tanda baca tetapi tidak menjejaskan karangan. BAIK ( 17 – 23 ) i. -
Penyampaian atau persembahan yang jelas & menarik untuk dibaca. - Pengolahan idea yang sangat baik menggunakan
pelbagai ayat yang gramatis bertepatan dengan tema. ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang meluas serta
sesuai dengan tema. iii. Penggunaan ejaan & tanda baca yang betul berdasarkan jenis karangan. CEMERLANG ( 24
-30 ) KRITERIA PENSKORAN

34. BAHAGIAN C – 20 MARKAH i. Ulasan tidak menepati bahan rangsangan. ii. Penggunaan perkataan yang
terhad & tidak sesuai dengan bahan rangsangan. iii. Tidak menguasai kemahiran tanda baca & ejaan. PENCAPAIAN
TAHAP MINIMUM ( 1 – 5 ) i. Ulasan tepat menggunakan ayat mudah & ringkas. ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa
kata tetapi terhad dan sesuai. iii. Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca & ejaan MEMUASKAN ( 6 – 11 ) i.
Ulasan jelas & tepat menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan. ii. Penggunaan pelbagai kata &
kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan bahan rangsangan. iii. Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca &
ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat. BAIK ( 12 – 16 ) i. Ulasan jelas & tepat menggunakan ayat yang gramatis
berdasarkan bahan rangsangan. ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang meluas serta sesuai dengan bahan
rangsangan. iii. Penggunaan ejaan & tanda baca yang betul CEMERLANG ( 17 -20 ) KRITERIA PENSKORAN

35.
o - KARANGAN YANG TERPESONG / ATAU TIADA KAITAN

o LANGSUNG DENGAN TAJUK/TEMA, MAKSIMA 5 MARKAH

o DARIPADA MARKAH KESELURUHAN.

o KARANGAN YANG TIDAK MEMATUHI FORMAT, TOLAK 2

o MARKAH DARIPADA MARKAH KESELURUHAN.

o MENYALIN PETIKAN SAHAJA (BAHAGIAN C) BERI 3 MARKAH

o SAHAJA .

o JIKA BILANGAN PATAH PERKATAAN KURANG DARIPADA

o JUMLAH PERKATAAN YANG DITETAPKAN, MARKAH

o KESELURUHAN AKAN TURUN.

o JIKA KARANGAN TIDAK MEMATUHI ARAHAN, SKOR

o PEMARKAHAN AKAN TURUN WALAUPUN KARANGAN

o CEMERLANG - CERITAKAN PENGALAMAN ORANG LAIN

36.
o PANDUAN PEMERIKSA

o BACAAN PERTAMA – BACA SECARA MENYELURUH DAN

o LETAKKAN DALAM ARAS YANG SESUAI.

o BACAAN KEDUA – BACA SECARA TELITI IAITU UNTUK

o MENENTUKAN ASPEK ISI & BAHASA.

o - PERUBAHAN ARAS PENSKORAN AKAN BERUBAH


o SAMA ADA NAIK / KEKAL / TURUN PADA BACAAN

o KALI KEDUA.

o PENANDAAN BAHAGIAN A

o PENEKANAN UTAMA KEPADA;

o - PEMINDAHAN MAKLUMAT

o - TATABAHASA

o - STRUKTUR AYAT / BINAAN AYAT.

37.
o BACA SEMUA AYAT YANG DITULIS OLEH CALON.

o PILIH LIMA AYAT YANG MENGANDUNGI AKTIVITI ATAU

o MAKLUMAT BERDASARKAN GAMBAR SAHAJA.

o JIKA BUAT LEBIH DARIPADA 5 AYAT, CALON TIDAK

o BOLEH DAPAT MARKAH PENUH. TIDAK LAYAK DAPAT

o CEMERLANG. SEKURANG-KURANGNYA BAIK.

o JIKA SATU POINT/NOMBOR MENGANDUNGI LEBIH

o DARIPADA SATU AKTIVITI, HENDAKLAH DITERIMA

o SEBAGAI ISI YANG BERLAINAN. ( SATU AYAT TETAPI

o BANYAK AKTIVITI HENDAKLAH DITERIMA SEBAGAI

o 2 ISI SAHAJA.

o JIKA CALON BUAT 5 AYAT TETAPI 4 AYAT SAHAJA

o YANG MEMPUNYAI LIMA AKTIVITI BERKAITAN GAMBAR

o LAYAK DAPAT MARKAH PENUH.

38. Kesilapan yang biasa dilakukan oleh calon semasa menjawab soalan peperiksaan 1. 1. Tidak benar-benar
memahami kehendak soalan - Kurang teliti membaca dan memahami arahan, kehendak soalan dan jawapan yang
dituliskan. 2. Jawapan yang diberikan tidak terancang dan tidak tersusun dengan kemas. - tidak mempersembahkan
jawapan dalam bentuk format yang teratur dan betul.

39.
o 3. Jawapan tidak mempunyai pendahuluan, isi

o dan penutup.

o - tiada mempunyai perenggan.

o 4. Menggunakan ejaan, imbuhan, tanda baca serta


o struktur ayat yang salah dan kurang sesuai.

o Terlalu kerap menyelitkan unsur perbualan atau

o dialog dalam jawapan.

o Gagal mengatur masa dengan bijak sehingga gagal

o menjawab cukup soalan.

o Terkeluar tajuk. Tidak menjawab apa yang

o diminta oleh soalan.

40. 8. Ayat yang dibina terlalu ringkas dan mudah. Tidak menarik. 9. Ulasan tidak dibuat dengan ayat yang
tersusun kemas. Kurang menggunakan penanda wacana. Penanda wacana yang digunakan tidak sesuai.

41. PETUA SEORANG GURU Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.
Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun. Kalau seorang guru mengajar tanpa alat,
Murid belajar dengan ralat. Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap. Kalau
seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara. Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak
akan tahu murid yang bodoh atau pandai. Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.
Sumbangan : Cikgu paklong

42. Disampaikan oleh:- Cikgu Pak Long

You might also like