You are on page 1of 3

Nov 8, '07 5:00 AM

for everyone
kain batik lwn kain songket.......

Batik
Ø Perkataan batik berasal dari perkataan ‘tik’ yang bermakna menitik . Dalam
erti kata lain, ia bermaksud menulis titik-titik.

 Terdapat  dua jenis  batik:


 

                    1)  Batik tulis


                                  2) Batik Cap
  *  Nilai  sehelai batik  tulis adalah  lebih berharga  berbanding dengan sehelai
batik cap kerana  keahlian, penelitian dan kesabaran  seorang artis amat
penting untuk menghasilkan batik yang bermutu manakala pembikinan batik
cap pula amat ringkas dan mudah sahaja.
  *  Untuk menghasilkan kain batik, pelbagai media seperti lilin cair, kranji
beras dan tanah liat digunakan bagi mengelakkan beberapa bahagian
tertentu dari terkena bahan pewarna. Lazimnya,  canting, sejenis lilin cair
digunakan untuk mencorak corakan tertentu mengikut citarasa seseorang
artis. 
  *  Selain itu, antara cara lain untuk mencorak batik termasuk penggunaan lilin
anjal.
Ciri-ciri unik batik: 
> Penggunaan pewarna yang asalnya dari alam semulajadi.
Misalnya, akar-akar dan bebunga.
> Keselesaan si pengguna terjamin kerana tiada bahan kimia
digunakan.
> Pendedahan kepada cahaya menyebabkan batik kelihatan lain
daripada yang lain.

Motif Ayam  Motif bunga raya..


Batik-batik di seluruh pelosok dunia:
                 - Batik Percinan/Cina
Seperti namanya, Batik Percinan mempunyai unsur budaya bangsa Cina seperti naga.Yang
uniknya, batik ini sangat berwarna-warni dan mempunyai corak yang rumit tetapi
saujana mata memandang.
                 - Batik Belanda
Bagi batik ini, antara corak  yang digemari ramai, terutamanya di negara Eropah ialah
corak-corak bunga seperti tulip.
                -  Batik Rifa'iyah
Penghasilan batik daripada Arab ini amat dipengaruhi ajaran Islam. Sebagai contoh,
haiwan-haiwan seperti ayam boleh disembelih. Oleh itu, kebanyakan corak
mempertunjukkan kepala haiwan sahaja.
Adakah anda tahu?
Sejak ke abad ke 15M lagi, manusia telahpun menemui cara-cara
tradisional pembikinan batik. Contohnya, ubi kentang digunakan
untuk mereka corak kepada batik cap.
 

Songket
+ Perkataan songket berasal dari perkataan sungkit iaitu teknik menenun
benang emas atau perak bersama benang sutera mahupun kapas.
+ Kain songket lelaki mengandungi:
         # tengkolok
         # baju lengan panjang
         # kain samping
         # seluar panjang.
+ Kain songket wanita pula terbahagi kepada dua, iaitu baju kurung
ataupun baju kebaya.
Ciri-ciri unik songket:
- Si penenun tidak perlu melukis corak di atas sehelai kertas sebaliknya, mampu
membuat corak begitu sahaja mengikut selera dan citarasanya.
 
 
Persamaan antara batik dan
songket:
1)Menggunakan motif alam semulajadi
       * tumbuh-tumbuhan
       * binatang
       * bunga orkid
       * daun sireh
2)Kedua-duanya boleh dipakai kaum Adam dan kaum Hawa.
3)Selalunya digunakan untuk:
       * pakaian pengantin
       * perhiasan
       * cenderamata/buah tangan
 

Perbezaan antara batik dan songket:


1) Kain batik mempunyai corak berdiri, melintang, selang-seli.dll tetapi kain songket pula
bercorak susunan bunga penuh dan bunga bertabur .\
2)  Proses pembuatan mereka berbeza.
             - Kain batik:
                     * mencelup benang
                     * merebus kain
                     * menjemur kain sehingga kering
                      * menggosok, melipat dan membungkus kain dalam plastik untuk   
                dijualkan.
                - Kain songket:
                     * mencelup benang
                     * melerai benang
                     * menganeng benang
                      * menggulung
                      * menyapuk benang
                     * mengarak benang
                     * menyongket benang
                     * menenun.

Percayakah anda??
Pada zaman dahulu, cuma
kaum  kerabat diraja
sahaja yang mampu memakai
songket.

You might also like