You are on page 1of 2

Petua Menghadapi Pertengkaran

Hampir setiap perkahwinan mengalami pertengkaran,


walaupun ada antara anda malu untuk mengakuinya.
Bukan bererti pertengkaran itu tidak baik kerana ia juga
mungkin boleh mendatangkan kebaikan atau keburukan
kepada anda berdua. Tujuan berlakunya pertengkaran
adalah sesuatu yang tidak baik itu hilang daripada
pasangannya baik perihal peribadi ataupun pekerjaan.

Sebenarnya, pertengkaran adalah petanda awal dalam


perkahwinan, iaitu suami isteri cuba untuk menyatukan
selera, tujuan dan keperluan hidup mereka. Jika tidak
dibincang lebih awal, bimbang menimbulkan masalah yang
lebih besar pada masa akan datang. Tetapi, jika mereka
dapat mengatasi perselisihan, mungkin akan lebih
mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

1. Jika berlaku pertengkaran, janganlah anda mencari


kelemahan pasangan anda. Tidak wajar sekiranya
pertengkaran hanya ingin mencari kemenangan. Usahalah
untuk menyelesaikan masalah bersama.

2. Jika pertengkaran itu berkaitan dengan sesuatu topik,


janganlah melibatkan masalah lain kerana ia mungkin boleh
membesarkan lagi permasalahan itu.
3. Jangan bertindak menggunakan fizikal atau
melemparkan barang. Cara ini tidak akan menyelesaikan
masalah sebaliknya menjadi lebih besar lagi. Jangan
menggunakan kata-kata kasar dan menyakitkan hati
seperti, “Ini semua salah kamu…”, “engkau bodoh…”,
“engkau selalu melakukan kesalahan…”. Sebaliknya,
gunalah perkataan yang lembut seperti, “saya sedih dengan
perbuatan itu…”, “kamu tahu tak, betapa hancurnya hati
saya ini…”, dan sebagainya.

4. Jangan membiasakan diri menyendiri atau menjauhkan


diri daripada pasangan setelah anda berdua bertengkar. Ini
kerana akan merugikan hubungan suami isteri.

5. Jangan menggunakan seks atau wang untuk membalas


pertengkaran kerana ia akan menyebabkan terjadinya
pertengkaran yang lebih hebat.

6. Jangan biarkan pihak ketiga seperti mertua, ipar atau


adik beradik terlibat sama dalam pertengkaran kerana ia
menambahkan lagi kecurigaan dan api pertengkaran.
Selesaikan secara baik antara suami isteri.

7. Jangan bertengkar di depan anak-anak kerana ini


menjadikan anak-anak bingung, tertekan dan seterusnya
mewujudkan lagi masalah lain.

You might also like