You are on page 1of 11

KAEDAH PEMBELAJARAN AKTIVITI MEMBACA

I. Membaca Bersama

A. Pengenalan

Membaca bersama melibatkan guru dan murid membaca dan ulang membaca buku
yang mempunyai teks bersaiz besar. Guru dan murid duduk bersama mengadap buku
besar. Guru tunjuk tulisan dan membaca. Murid boleh ikut membaca bersama.

B. Tujuan

Membaca bersama ialah satu langkah untuk membantu murid melihat bagaimana
membaca. Murid membaca mengikut contoh guru.

C. Hasil

Membaca bersama membentuk sikap positif kerana ;

1. Seronok
2. Membantu murid memahami buku
3. Mengenalkan murid kepada pelbagai jenis bahan
4. Memberi peluang kepada guru memberi contoh bacaan yang baik.
5. Melibatkan murid secara aktif
6. Meransang imaginasi murid dan mencetus idea baru
7.Menyediakan contoh teks yang baik untuk digunakan oleh murid
8. Membolehkan guru meransang murid untuk bercakap
9. Menggalakkan murid berinteraksi dengan teks dan visual
10.Murid seronok membaca di dalam suasana yang tidak tertekan
D. Sebelum membaca

1. Guru tentukan
- apa yang hendak dibaca?
- mengapa buku itu dipilih untuk dibaca?
2.Pilih dua atau tiga buku besar supaya kanak-kanak biasa melihatnya
3.Tentukan objektif sesi. Fokusnya mungkin isi kandungan atau strategi membaca.
-satu cerita

4.Tentukan sebanyak mana hendak dibaca. Satu perenggan, satu bab, keseluruhan teks
5.Galakkan murid
- lihat, bercakap, berkongsi, meramal

6. Letakkan buku di atas kayu pemidang supaya boleh dilihat


7. Sekiranya murid belum pernah membaca teks, tunjukkan kulit buku dan bincang
judul serta ilustrasi
8. Minta murid mereka perkara yang akan dibaca
9. Sediakan perkataan atau pengetahuan asas untuk membantu murid memahami teks.

10. Beritahu murid tujuan membaca.

Hari ini kita membaca ;

- supaya kita dapat cari perkataan berirama

- kerana cerita ini cerita jenaka

- untuk mengetahui mengenai katak bagi projek kita


E. Semasa Membaca

1. Baca teks sebaik mungkin dengan tidak berhenti bersoal jawab. Baca mengikut

nada dan intonasi membaca yang betul. Baca sehingga habis.

2. Ulang baca. Galakkan murid


- membaca bersama

F. Selepas Membaca

1. Dapatkan buku yang sama, saiz biasa supaya murid dapat membaca semula
- membaca sendiri
2. Berbincang dengan rakan
3. Bentuk peta cerita

Murid digalakkan menjalankan sesi membaca bersama sendiri

G. Bahan
1. Buku besar untuk membaca bersama
2. Buku saiz biasa untuk membaca sendiri

 
III. Membaca Berpandu

 A. Pengenalan 

Membaca berpandu ialah aktiviti membaca yang membolehkan guru memehati


kumpulan kecil (tidak lebih daripada 10 orang). Kumpulan ini membaca buku yang
ditentukan oleh guru. Guru memberi soalan,perkara perbincangan dan panduan.

B. Tujuan

1. Membentuk keyakinan memdapatkan maklumat dari buku.

2. Memudahkan perbincangan yang dapat membentuk kefahaman.

3. Menggunakan bahan untuk kemahiaran membaca yang tertentu.

C. Hasil

Guru dapat,

1. Melihat strategi yang digunakan oleh murid

2. Membantu murid membaca dengan tujuan

3. Membantu murid membuat renungan

4. Merangsang murid untuk membaca

5. Melihat reaksi murid kepada teks


D. Sebelum membaca

1. Guru tentukan

 - Apa yang hendak dibaca ?

 - Mengapa dibaca ?

2. Tentukan kumpulan untuk tujuan yang ditetapkan.

3. Tentukan objektif pembacaan.

4. Pilih bahan bacaan yang sesuai.

5.  Bincangkan tujuan membaca. Beri bahan kepada setiap ahli kumpulan

6. Bincangkan kulit buku dan judul.

7. Galakkan murid

 - Lihat, Bercakap, Berkongsi, Meramal

8. Sediakan pengetahuan asas yang dapat membantu murid memahami teks.

E. Semasa membaca

1.  Baca teks bersama/ sendiri mengikut objektif pembacaan

2. Beri soalan dan murid membaca senyap untuk mencari jawapan. Murid yang  dapat

menjawab dahulu diminta membuat soalan seterusnya.

3. Bincangkan teks melalui jawapan yang diberi

4.  Bincangkan bagaimana untuk memahami teks

5.  Bincangkan perasaan murid mengenai teks

6. Baca semula teks


 

F. Selepas membaca

1. Buat renungan

2. Bincang teks berpasangan

3. Cerita semula teks

G. Bahan

Buku yang digunakan dipilih mengikut kebolehan murid membaca dan minat mereka.


Buku yang dipilih boleh memberi cabaran tetapi tidak terlalu sukar.Teks perlukan
buku yang sebenar.
IV. Membuat Buku Besar Untuk Bilik Darjah

1. Buku besar akan digemari oleh pelajar

Ianya mempunyai banyak aktiviti yang berbeza bagi panduan membentuk buku ini.
Aktiviti ini memerlukan pelajar berbincang, menulis, bercerita mengikut urutan yang
betul dan mempersembahkan dalam teks yang asal. Aktiviti ini juga memerlukan
pengetahuan am untuk menyampaikan teks baru yang lebih kreatif.

2. Pengalaman Bahasa

Pelajar diberi peluang untuk melengkapi pembentukan buku besar dengan perkara
yang mereka gemari semasa pembacaan bebas. Teks yang dibina boleh disokong
dengan gambar atau lukisan. Bentuk teks yang dihasilkan boleh ditulis dalam bentuk
rencana, contoh ;

- menceritakan dengan panjang lebar mengenai sesuatu temasya


- peraturan untuk membuat resepi, percubaan sains atau menyelesaikan  masaalah
matematik
- laporan mengenai haiwan atau pembelajaran mengenai serangga

3. Bahan
- kertas untuk melakar tulisan
- kertas besar yang kosong (saiz 40 cm x 30 cm)
- pensil warna atau pen
- gambarajah (jika diperlukan)

4. Langkah-langkah

Guru dan kanak-kanak berbincang penggunaan bahasa, menentukan bagaimana untuk


ditulis / dirakam dan penyambungan pembinaan teks

Ulang dan sunting bersama. Guru menulis teks di atas kertas besar dan kanan-kanak
melukis gambarajah atau menambah lakaran di mana-mana yang patut
Mempamerkan muka surat itu, dalam urutan seperti carta atau lukisan supaya ia boleh
digunakan bersama dalam pembacaan sehingga kanak-kanak menjadi biasa dengan
teks itu

Untuk membuat buku, kumpulkan muka surat ikut turutan dan tambah kulit hadapan
untuk ditulis nama pengarang, muka surat bersama isi kandungan dan apa sahaja yang
berkaitan

Baca semula buku secara berulang-ulang (kerap kali) dan tinggalkan kepada kanak-
kanak untuk dibaca

Buat banyak salinan dalam saiz buku untuk perpustakaan kelas

J. Penerangan Teks

1. Selepas kanak-kanak membaca teks bukan fiksyen dan catat dalam bahasa yang
berbeza mengikut struktur dan penerbitan yang digunakan dan panduan membentuk
buku besar dengan format yang sama

2. Bahan

-kertas untuk lakaran tulisan ,kertas kosong yang besar, pensil atau pen warna,
gambarajah

3. Langkah-langkah

1. Baca semua teks dengan menggunakan contoh


2. Bincang dan lukis jadual / carta mengikut kebiasaan yang dapat
diperhatikan oleh kanak-kanak seperti isi kandungan muka
surat, index, bibliography dll
3. Semak muka surat isi kandungan dan gunakan garis panduan untuk 
membina buku besar dalam topik yang hampir sama seperti
Apa labah-labah kelihatan ?

Dimana labah-labah tinggal ?

Kanak-kanak membuat penyelidikan untuk mendapatkan penerangan di

setiap perkara.

Guru dan kanak-kanak bersama membentuk teks dari penyelidikan mereka.


Ulang dan semak  

Pindahkan penerangan dalam kertas besar dengan menggunakan saiz yang


dicadangkan. Kanak-kanak boleh melakar teks yang sepadan

Pamerkan mengikut siri dalam carta dinding. Baca berulang kali dan bercakap
mengenai bahasa yang digunakan dalam penerangan teks

Kumpulkan muka surat dan bina buku besar bersama. Bincangkan tempat, bentuk dan
fungsi untuk disiarkan dalam berbagai kumpulan
V. Membaca Sendiri

A. Pengenalan

Kanak-kanak belajar membaca dengan melihat orang lain membaca.Tujuan utama


program mmbaca ialah untuk menghasilkan pembaca yang boleh membaca sendiri.
Semua kanak-kanak dari awal lagi perlu diberi peluang membaca sendiri.

 B. Tujuan

 Kanak-kanak boleh

1. Berlatih dan membentuk keyakinan membaca.

2. Mencuba, menilai cara mereka membaca dan belajar daripada kesalahan.

3. Fokus kepada perkara yang meraka perlu latihan.

C. Hasil

Memastikan kanak-kanak

1. Ada masa untuk memilih buku.

2. Ada peluang untuk membaca semula buku yang mereka suka semasa 

 membaca bersama 

3. Boleh memilih jenis buku dan pengarang yang mereka minati

4. Boleh belajar memilih teks mengikut kebolehan mereka.

D. Sebelum menentukan

1. Murid menentukan

 - apa yang hendak dibaca ?


 - mengapa membaca ?

 2.  Peranan guru

- menyediakan masa untuk membaca .

- memastikan banyak bahan bacaan

- beri masa untuk murid memilih buku

3.  Galakkan murid

 - melihat,  berfikir,  meramal, menentukan bagaimana membaca  

E. Semasa membaca

1. Baca teks.

2. Murid perlu melihat guru juga membaca.

3. Semua orang membaca.

  

F. Selepas Membaca

1. Buat renungan dan membuat catatan/ rekod dengan menghasilkan peta minda.


Aktiviti ini memerlukan murid melihat semula teks. 

2. Berkongsi maklumat.

G. Bahan

Bahan untuk membaca sendiri boleh dipinjam daripada pusat sumber sekolah. Guru
memilih buku yang sesuai, beranika jenis dan mengikut tahap kebolehan murid
membaca.

You might also like