You are on page 1of 27

KEPENTINGAN KERAJAAN DARI

SUDUT BARAT DAN ISLAM

DISEDIAKAN OLEH :
NUR SYAZANA BINTI ABDUL
AZIZ
KERAJAAN

Badan dalam suatu pertubuhan yang mempunyai


kuasa untuk membuat dan melaksanakan undang-
undang dan peraturan dalam sesebuah kawasan
tertentu.
Kepentingan Kerajaan Sebagai Pemerintah

"Kerajaan bukan lagi terhad


kepada "maintenance of law and order" dan
memungut hasil. Tetapi peranan Kerajaan
sudah diperluaskan sehingga terlibat dengan
semua gerak-geri ekonomi, sosial dan politik
dalam sebuah negara yang merdeka". 
- Tun Dr. Mahathir b. Mohamad -
Peranan Dan Tanggungjawab Pemimpin
Dalam Islam

Firman Allah swt, Al Anfaal: 27. Wahai orang-


orang yang beriman! janganlah kamu
mengkhianati (amanah) Allah swt dan
Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu
mengkhianati amanah-amanah yang
dipercayakan keatas kamu, sedang kamu
mengetahui (salahnya).
PERANAN KERAJAAN
DARI SUDUT ISLAM
Menegakkan Masyarakat Islam

Menurut Asy-Syahid Syed Qutb: 

"Islam tidak akan mampu untuk menunaikan tugasnya kecuali bila ia menjelma di dalam
bentuk sebuah masyarakat, iaitu ia menjadi panduan hidup suatu umat. Ini kerana manusia
tidak boleh menerima suatu akidah yang kosong dan yang tidak dapat dilihat buktinya melalui
suatu benda hidup yang nyata dan dapat disaksikan kewujudannya".

Oleh itu menegakkan masyarakat Islam adalah amat penting .Masyarakat Islam dapatlah
diertikan sebagai, sebuah masyarakat atau umat yang mempraktikkan cara hidup Islam yang
sempurna di dalam semua lapangan kehidupan bermasyarakat meliputi aspek politik, ekonomi
dan sosial . Asas kepada pembentukkan masyarakat ini ialah akidah tauhid yang murni dan
ukhwah Islamiyah yang hakiki di antara sesama anggota masyarakat.

Sesungguhnya Rasullullah saw telah mendirikan masyarakat Islam ini ketika baginda memimpin
negara Islam Madinah Al-Munawwarah dan Allah telah memuji mereka di dalam Al-Quran:

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang
makruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah." (Surah Ali-Imran: 110)
Seandainya diperhatikan secara teliti Rasullullah saw telah
menitikberatkan dua unsur penting didalam membina masyarakat
Islam Madinah yang masyhur itu.Unsur-unsur tersebut ialah:

(1) Pengukuhan dan Pemantapan Akidah

Akidah merupakan dasar dan asas masyarakat Islam yang


mempengaruhi seluruh perjalanan dan pergerakkan sosial
masyarakat tersebut. Ini sejajar dengan kedudukan akidah itu yang
menjadi mesej utama di dalam dakwah para rasul kepada manusia.
Allah berfirman:

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap


umat (untuk menyerukan): "sembahlah Allah dan jauhilah
thaghut" (Surah An-Nahl: 36)
Rasullullah saw sebelum menegakkan masyarakat Islam Madinah
,baginda telah mentarbiah para pengikutnya selama 13 tahun di Mekah
agar mereka memiliki akidah yang mantap dan kukuh. Dengan akidah
yang mantap itulah mereka menegakkan Daulah Islamiyah di Madinah
dan membentuk masyarakat Islam yang belum pernah wujud sebelum
daripada itu.

Oleh kerana itu menjadi kewajipan besar kepada pemimpin umat Islam
membentuk akidah umat dengan akidah yang benar di dalam membina
sebuah masyarakat Islam, seperti yang telah ditegaskan oleh Syed Qutb:

"Maka sebelum daripada difikirkan soal mewujudkan sistem


masyarakat Islam dan sebelum daripada mewujudkan masyarakat
Islam diatas landasan sistem itu, perlulah dan sayugialah
dititikberatkan dahulu kepada kebersihan hati nurani muslim itu
daripada mengabdikan diri kepada yang lain daripada Allah dalam
sebarang bentuk rupa". 
Rasullullah saw sebelum menegakkan masyarakat Islam Madinah
,baginda telah mentarbiah para pengikutnya selama 13 tahun di Mekah
agar mereka memiliki akidah yang mantap dan kukuh. Dengan akidah
yang mantap itulah mereka menegakkan Daulah Islamiyah di Madinah
dan membentuk masyarakat Islam yang belum pernah wujud sebelum
daripada itu.

Oleh kerana itu menjadi kewajipan besar kepada pemimpin umat Islam
membentuk akidah umat dengan akidah yang benar di dalam membina
sebuah masyarakat Islam, seperti yang telah ditegaskan oleh Syed Qutb:

"Maka sebelum daripada difikirkan soal mewujudkan sistem


masyarakat Islam dan sebelum daripada mewujudkan masyarakat
Islam diatas landasan sistem itu, perlulah dan sayugialah
dititikberatkan dahulu kepada kebersihan hati nurani muslim itu
daripada mengabdikan diri kepada yang lain daripada Allah dalam
sebarang bentuk rupa". 
2) Membentuk persaudaraan Islam hakiki.

Firman Allah swt:

" Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah


antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mendapat
rahmat." ( Surah Al-Hujurat: 10)

Persaudaraan merupakan rukun penting kepada kesejahteraan dan kestabilan


masyarakat dan negara Islam. Semasa menjawat jawatan ketua negara Islam Madinah,
baginda telah menekankan perkara ini, lalu baginda mempersaudarakan kaum
Muhajirin dan Ausar dengan ikatan Ukhuwah Islamiyah yang kuat. Persaudaraan ini
kemudiannya telah melahirkan kasih sayang ,tolong-menolong, ,tolak-ansur dan
seterusnya membuahkan perpaduan umat. Allah swt telah mengabadikan kisah mereka
di dalam Al-Quran:

"Dan orang-orang yang telah menepati Kota Madinah dan telah beriman (Ansar)
sebelum kedatangan mereka (Muhajirin), mereka menyayangi orang yang berhijrah
kepada mereka. Dan mereka tidak menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap
apa-apa yang diberikan pada mereka (Muhajirin) dan mereka mengutamakan
(orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri." ( Surah A-Hasyr : 9 )
Persaudaraan yang beginilah yang harus
dibangunkan oleh pemimpin umat Islam di dalam
membentuk masyarakat Islam. Al-Ustaz Mustafa
Mahsyur menyatakan: 

"Sesungguhnya tugas yang paling besar


disediakan oleh Rasulullah saw kepada muslimin
ialah menegakkan akidah tauhid dan
membangunkan daulah Islamiyah. Di dalam
perlaksanaanya pula perlulah ada perpaduan
dan ikatan diantara anggota muslimin". 
Menegakkan keadilan di dalam masyarakat

Adil adalah sifat asasi setiap pemimpin Islam.

Rasulullah saw adalah contoh pemimpin yang adil di dalam menegakkan


hukum Allah dan syariat Islam. Baginda ketika menjadi pemimpin di
Madinah pernah berpidato dengan tegasnya di hadapan rakyatnya
sebagaimana berikut:

" Sesungguhnya telah binasalah umat yang terdahulu daripada kamu,


mereka hanya bertindak sekiranya orang-orang yang lemah dikalangan
mereka mencuri dan mereka potong tangannya dan apabila orang yang
kuat di kalangan mereka mencuri maka mereka membiarkannya. Maka
demi Tuhan yang diri Muhammad di dalam genggamannya, kalaulah
Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya Muhammad memotong
tangannya".
Di dalam pemerintahan Islam keadilannya meliputi semua lapisan
masyarakat sama ada orang miskin atau orang kaya, orang bawahan
atau orang atasan, pemimpin atau rakyat dan orang Islam atau pun
orang yang bukan Islam. Tidak ada pilih kasih, berat sebelah dan
diskrimikasi. Keadilan yang beginilah yang menjadi impian manusia.
Maka menjadi tanggungjawab kepada pemimpin Islam hari ini
menegakkannya.Menurut Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang:

"Keadilan itu sangat perlu bagi menegakkan kebenaran di kalangan


manusia bagi menjamin kedamaian dan ketenangan hidup,
menegakkan keamanan dan keselamatan ,mengukuhkan hubungan
yang baik diantara satu sama lain dan untuk memelihara keperluan
hidup manusia dengan cara yang baik.. Oleh itu, Al-Quran dan
hadis-hadis Rasullullah saw sangat memberi penekanan kepada
pemerintah untuk menegakkannya dan memberi amaran yang keras
kepada sesiapa yang melakukan kezaliman".
Menyebarkan dakwah Islamiyyah

Allah swt berfirman: 

"Orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi,


nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat
yang makruf dan mencegah daripada perbuatan yang mungkar dan kepada
Allah lah kembali segala urusan". (Surah Al-Haj:41)

Berdasarkan kepada ayat di atas, Allah menerangkan bahawa diantara


tanggungjawab pemimpin dan pemerintah Islam ialah menyebarkan dakwah
Islamiyah (amar makruf-nahi mungkar). Menyebarkan dakwah ini merangkumi
orang Islam dan orang bukan Islam. Dakwah kepada orang Islam bertujuan untuk
islah dan membentuk sebuah masyarakat Islam yang benar-benar menghayati
Islam. Sementara dakwah kepada orang bukan Islam bertujuan untuk menarik
mereka kepada kemurnian ajaran Islam dengan harapan mereka berhasrat untuk
memeluk agama Islam atau sekurang-kurangnya mereka menerima sistem
pemerintahan Islam.
Rasullullah saw telah melaksanakan tanggungjawab ini dengan jayanya di
Madinah. Baginda dari masa ke semasa menyampaikan ajaran Islam kepada
rakyatnya melalui khutbah-khutbah, nasihat-nasihat dan arahan-arahan
yang diberikannya. Masjid dijadikan sebagai pusat dakwah dan tarbiah
.Hasilnya lahirlah insan-insan rabbani yang kuat berpegang dengan Islam
seperti Abu Bakar As-Siddik, Umar Al-Khatab, Usman bin Affan dan Ali bin
Abi Talib.

Kepada orang yang bukan Islam baginda menjalinkan hubungan baik dan
dibuat perjanjian damai serta diberi keadilan Islam. Natijahnya ramai
orang-orang yang bukan Islam memeluk Islam. Baginda juga telah
mengutus surat kepada Maharaja Rom dan Parsi menyeru mereka kepada
Islam. Semua ini dilakukan oleh baginda demi untuk menunaikan amanah
dakwah yang dipikulkan ke atas pundaknya. Allah swt berfirman:

"Dan Kami tidak mengutuskan kamu ,melainkan kepada umat manusia


seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi
peringatan." (Surah Saba:28)
Mempertahankan Islam dan bumi umat Islam

Di dalam usaha untuk mempertahankan Islam dan bumi umat


Islam ini, jihad memainkan peranan yang amat penting.

Allah swt berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku


tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan
kamu daripada azab yang pedih?I aitu kamu beriman
kepada Allah dan Rasul dan berjihad pada jalan Allah
dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi
kamu„jika kamu mengetahui". (Surah As-Shuf: 10-11)
Jihad terdapat dalam dua keadaan:

(1) Ketika damai

Ketika negara Islam dalam situasi damai, pemimpin Islam berkewajipan


membuat persediaan tentang kemungkinan-kemungkinan musuh datang
menyerang.

Allah swt berfirman:

"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan kekuatan apa saja yang
kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang. Kamu
menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan selain mereka yang kamu
tidak mengetahuinya sedangkan Allah mengetahuinya". (Surah Al-Anfal:60)

Persediaan yang dibuat mestilah ,merangkumi persediaan dalaman dan luaran.


Persediaan dalaman bermaksud bala tentera Islam mesti ditanam rasa takwa
dan cintakan syahid. Manakala persediaan luaran bermaksud bala tentera Islam
mestilah terlatih dan mahir untuk menggunakan alat-alat senjata canggih.
(2) Ketika perang

Sekiranya negara diancam oleh musuh dan peperangan tidak dapat dielakkan lagi
maka pemimpin negara Islam wajarlah melancarkan jihad fisabilillah demi
mempertahankan darah dan bumi umat Islam. Pada zaman Rasullullah saw setelah
turunnya ayat membenarkan perang terhadap orang kafir iaitu firman Allah swt:

"Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana


sesungguhnya mereka telah teraniya. Dan sesungguhnya Allah benar-benar
Maha Kuasa menolong mereka". (Surah Al-Hajj:39)

Maka baginda telah turun ke medan jihad memimpin bala tentera Islam
sehinggalah Allah memberikan kemenangan kepada Islam di dalam peperangan
Badar yang terkenal.

Demikianlah tanggungjawab pemimpin Islam didalam mempertahankan Islam dan


umatnya. Para pemimpin Islam hendaklah kehadapan di dalam mempertahankan
Islam dan sanggup berkorban apa saja demi kelangsungan Islam.
Pandangan Barat Mengenai Peranan Kerajaan

peruntuka
n
agihan

kestabilan

Menurut Musgrave, 1973


Fungsi Peruntukan (allocation)

Fungsi peruntukan bertujuan untuk menyediakan


kemudahan awam bagi keperluan rakyat
Fungsi Agihan (distribution)

Fungsj agihan bertujuan untuk memastikan semua


rakyat menikmati kekayaan negara.
Fungsi Kestabilan ( Stabilization)

fungsi kestabilan untuk memastikan agar semua


rakyat yang ingin bekerja diberi peluang pekerjaan
dan menentukan supaya paras harga berada di paras
stabil.
Ketertiban dan Keamanan Negara

Memberikan
perlindungan
kepada rakyat

Konsep “ low
and order “ /
ketertiban

Menggubal dan
menguatkuasakan
undang-undang.
Menjaga Kebajikan Rakyat
Kerajaan
mengutamakan
kesejahteraan dan
kemakmuran rakyat
mengatasi
mengatasi masalah
masalah sosial
sosial
masyarakat
masyarakat seperti
seperti
kemiskinan,
kemiskinan, pengangguran,
pengangguran,
kebuluran
kebuluran dan
dan sebagainya.
sebagainya.

Pembangunan ekonomi
dan sosial harus
dilaksanakan demi
kesejahteraan rakyat. 

Contoh : kerajaan
malaysia,
melaksanakan Dasar
Ekonomi Baru (DEB)
Mengeratkan Perpaduan dan Keharmonian

Pembangunan sosial dan ekonomi saling melengkapi.

Kerajaan perlu bijak merancang dan membina matlamat untuk


merealisasikan sebuah negara aman dan harmoni.

Tanpa perpaduan dan keharmonian, kestabilan sosial negara akan tergugat dan
boleh berpecah belah-sistem kerajaan akan lupuh dan terganggu. Cthnya:
peristawa 13 Mei 1969 di Malaysia dan pergolakan di Mesir.

Keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara akan terancam


Memelihara Pertahanan Dan Keamanan Negara

Kerajaan
juga perlu Contohn
Mengusa mempertaha ya:
hakan nkan
Malaysi
kelangsunga
pertahan n hidup a-
an untuk warganegara
nya dari memper
menjaga setiap
kukuhka
kemung ancaman dan
kinan
gangguan n Dasar
yang timbul
serangan dari dalam Pertaha
dari luar
mahupun nan
datang dari
luar negara. Negara
Memperbaiki Keadaan Negera Selepas Mengalami Bencana

Menyediakan tempat perlindungan, makanan dan


pakaian.
Pasukan penyelamat dan sukarelawan

You might also like