You are on page 1of 4

KARANGAN UMUM - MEMUPUK PERPADUAN KAUM

PENDAHULUAN

Negara Malaysia unik dari segi penduduknya yang berbilang kaum. Namun
demikian, rakyat negara ini sudah faham dan terima kepentingan perpaduan
kaum untuk negara.

Sejak mencapai kemerdekaan, pelbagai dasar telah digubal untuk mencapai


perpaduan negara demi memastikan proses pembangunan negara berjalan
dengan lancar.

Tambahan pula, perpaduan negara adalah amat penting kerana masyarakat


yang bersatu padu merupakan teras kepada kestabilan sosio-politik dan
pembangunan yang berterusan.

Oleh sebab itulah kerajaan meletakkan aspek keharmonian kaum dan


perpaduan negara sebagai teras dalam setiap dasar pembangunan negara
termasuklah dasar 1 Malaysia, dan Wawasan 2020.

88

ISI 1
Justeru, kita dapat lihat bahawa perpaduan kaum tidak boleh dipandang
sebagai keadaan semula jadi.
Salah satu langkah untuk mengekalkan perpaduan kaum ialah dengan
penubuhan sekolah wawasan. Sekolah wawasan merupakan tempat yang
terbaik untuk memulakan proses integrasi antara kaum.
Sekolah wawasan menyediakan ruang dan peluang untuk murid-murid
pelbagai kaum berinteraksi secara langsung kerana mereka berkongsi semua
kawasan dan kemudahan di sekolah.

Dengan itu, mereka akan membesar dengan sikap toleransi dan


hormat terhadap budaya dan agama kaum lain. Tegasnya, sekolah
wawasan mampu memupuk persefahaman kaum dan seterusnya
mempercepat integrasi nasional.

88
ISI 2
Selain itu, acara seperti Rumah Terbuka Malaysia sempena Hari Raya
Aidilfitri merupakan peristiwa positif yang dapat turut memupuk perpaduan
kaum.

Adalah wajar bagi kerajaan untuk meneruskan tradisi rumah terbuka


kebangsaan ini bukan saja untuk Hari Raya tetapi juga untuk perayaan-
perayaan lain seperti Krismas, Tahun Baru Cina, Deepavali, Pesta Keamatan
dan Hari Gawai.

Tradisi ini akan membuktikan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia hidup
dalam
penuh muhibah, semangat toleran dan saling hormat-
menghormati di antara kaum-kaum yang berbeza.
Namun begitu, acara ini adalah sebahagian daripada usaha kita untuk
memelihara dan memupuk perpaduan kaum secara menyeluruh.

93

ISI 3
Sejajar dengan konteks perbicaraan, dengan menganjurkan program
Hari Keluarga, semangat muhibah antara kaum yang berbeza di Malaysia
dapat disemarakkan.

Agenda program ini bertujuan untuk mewujudkan nilai


keakraban dan membendung sikap diskriminasi.

Serentak dengan itu,


menerusi program hari keluarga ini, pelbagai lapisan masyarakat yang hadir
dapat berkomunikasi dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
Oleh itu, jelaslah bahawa usaha-usaha dalam membentuk
perpaduan kaum di Malysia boleh direalisasikan dengan program Hari
keluarga yang berpotensi untuk memperkasakan hubungan antara kaum di
negara kita.

80

ISI 4
Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, pelaksanaan Program Latihan
Khidmat Negara
(PLKN) juga mampu mengekalkan keharmonian rakyat serta negara.

Melalui program ini, para remaja berbilang kaum berpeluang


untuk bersatu dan berganding bahu melaksanakan
aktiviti-aktiviti berkumpulan dalam
PLKN dan seterusnya perpaduan
dapat disemai. Sehubungan dengan itu, mereka akan terdedah kepada
corak hidup masyarakat majmuk Malaysia secara mendalam lagi.

Seterusnya, persefahaman yang lebih erat akan memupuk perasaan kekitaan.


Dengan ini, tembok pemisah antara kaum dapat diruntuhkan di
samping mengekalkan keharmonian negara
79

KESIMPULAN
Secara tuntasnya, rakyat Malaysia perlu bersatu padu dalam
menjayakan aspirasi perpaduan kaum umpama ‘bulat air kerana
pembentung, bulat masyarakat kerana muafakat’.

Perpaduan kaum merupakan suatu misi yang amat penting agar Malaysia
dapat mengorak langkah menuju ke arah pembentukan negara bangsa dan
menjadi sebuah negara yang mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
dengan negara-negara maju.
Rakyat adalah aset negara yang paling bernilai
dalam pembinaan negara yang berbilang kaum demi visi Wawasam 2020.

72

You might also like