You are on page 1of 3

Malayan Union merupakan

sebuah konfederasi negeri-


negeri Melayu dengan Negeri-
Negeri Selat (tanpa Singapura
yang menjadi sebuah crown
colony di bawah pentadbiran
British). Ia merupakan pewaris
Malaya British dan ditubuh
untuk memudahkan pentadbiran
tanah jajahan British di
Semenanjung Melayu. Ia
ditubuh pada April 1946 oleh
British. Antara butiran penting
Malayan Union merupakan:

1. Kewarganegaraan
yang memberi hak
saksama kepada
semua rakyat, tidak
kira bangsa; 
2. Kewarganegaraan
berdasarkan prinsip
jus soli; 
3. Penukaran Sultan
kepada Presiden. 
4. Sultan-sultan,
pemerintah negeri-
negeri Melayu,
terpaksa memberi
semua kuasa mereka
kepada Mahkota
British, kecuali dalam
hal-hal budaya atau
agama. 
5. Malayan Union
akhirnya diperintah
oleh seorang Gabenor
British.

http://dukeamienerev.blogspot.co
m

   
 

Dragonizer Sat Apr 15, 2006 2:11 pmPost #2

[size=7]Sejarah Kemerdekaan[/size]
Sumber: www.cikgu.net.my

Administrator/Anggota SPTians Pada tahun 1946, Inggeris kembali berkuasa di Tanah Melayu setelah Jepun
menyerah kalah dan mengundurkan tenteranya. Namun rakyat menolak penjajahan
Inggeris kerana corak penjajahan Jepun yang zalim dan kejam begitu menghantui.
Posts:
Inggeris telah mengatur rancangan membentuk Malayan Union di Tanah Melayu.
2,790 Sir Edward Gent, telah dihantar untuk menerajui Malayan Union yang pertama.
Beliau telah mengangkat sumpah untuk jawatan tersebut di Kuala Lumpur. Rakyat
Group: menolak penubuhan Malayan Union malah juga ditentang oleh Raja-raja Melayu.
Raja-raja Melayu dan rakyat tempatan mula menentang upacara itu dan berkabung
Admin selama satu minggu. 

Member Pada tahun 1946, Datuk Onn Jaafar telah menubuhkan satu kongres bagi semua
kumpulan dan pertubuhan politik Melayu di Tanah Melayu. Kongres ini telah
diadakan di Kuala Lumpur pada Mac 1946. Dalam kongres tersebut, satu kata
#1
sepakat telah dicapai bagi membentuk sebuah parti politik sebagai wakil seluruh
orang-orang Melayu di Semenanjung. Hasilnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Joined: Bersatu (UMNO) telah dibentuk. Bermula dari situ satu usaha ke arah
memperjuangkan kemerdekaan Malaya telah tercetus dan akhirnya ke arah
October 6, 2004 pembentukan negara Malaysia. Dengan beberapa barisan pejuang yang berjiwa
kental yang antaranya terdiri dari Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun
Abdul Razak, dan Tun Hussein Onn, maka pada 31 Ogos 1957 negara tercinta
Malaysia telah menyaksikan satu detik bersejarah dengan penurunan bendera Union
Jack di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai tanda berakhirnya sebuah
penjajahan British di Tanah Melayu.

http://dukeamienerev.blogspot.com

   
 

Dragonizer Sat Apr 15, 2006 2:45 pmPost #3

[size=7]Fakta-fakta Berkaitan Malayan Union[/size]

Sebab-sebab British menubuhkan Malayan Union


Administrator/Anggota SPTians
Britih telah menubuhkan Malayan Union pada 1 April 1946 sebagai persediaan
Tanah Melayu ke arah pembentukan kerajaan sendiri. Melalui penggabungan ini,
Posts: Tanah Melayu akan diberi latihan ke arah berkerajaan sendiri sesuai dengan Piagam
Atlantik 1945. Piagam tersebut menganjurkan masa depan sesebuah negara
2,790 ditentukan oleh rakyatnya sendiri. Selain itu, penubuhan Malayan Union juga adalah
untuk mewujudkan sebuah pentadbiran yang cekap dan seimbang di antara negeri.
Group: Malayan Union juga akan mewujudkan bangsa Malayan Union supaya golongan
pendatang dapat melupakan negara asal mereka. Malayan Union juga dapat
Admin menjimatkan kos pentadbiran selain mengawal kuasa politik orang Melayu. British
juga dapat menguasai pentadbiran negeri-negeri Melayu.
Member

#1 Sebab-sebab Orang Melayu Menentang Malayan Union


Joined:
Pelaksanaan Malayan Union telah menimbulkan penentangan orang Melayu
October 6, 2004 terhadap sistem pemerintahan tersebut. Antara sebab penentangan ialah tindakan Sir
Harold MacMichael yang mengugut raja-raja Melayu, contohnya Sultan Badlishah
dari Kedah. Sultan turut tidak diberi masa yang secukupnya untuk berunding dengan
Majlis Mesyuarat Negeri. Orang Melayu juga menentang
kerakyatan mudah kepada kaum imigran secara jus soli. Status peribumi orang
Melayu juga terjejas. Orang Melayu mempunyai kedudukan yang sama taraf dengan
kaum pendatang.

Sir Harold MacMichael Mengugut Sultan

Pada 1 April 1946, British telah mengisytiharkan pembentukan Malayan Union di


Kuala Lumpur. Pengisytiharan tersebut telah mendapat bantahan daripada orang
Melayu, terutamanya terhadap SirHarold MacMichael. Beliau tidak memberi masa
yang secukupnya kepada raja-raja Melayu untuk berfikir dan berbincang mengenai
Malayan Union. Contohnya, Sultan Perak tidak diberi masa yang
cukup untuk membincangkan Malayan Union dalam Majlis Mesyuarat Negeri.
Sir Harold MacMichael juga mengugut sultan untuk diturunkan takhta sekiranya
baginda enggan menandatangani perjanjian Malayan Union. Ini berlaku terhadap
Sultan Badlishah dari Kedah.

Kesan-kesan Pelaksanaan Malayan Union

Antara kesan daripada pelaksanaan Malayan Union ialah telah berlaku perubahan
status Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada negeri jajahan. Kuasa raja-
raja Melayu juga hilang walaupun mereka masih berhak membincangkan soal
agama Islam, tetapi zakat fitrah dipungut atas nama Gabenor Malayan Union.
Selain itu, kedudukan orang Melayu kini setara dengan orang dagang berdasarkan
kerakyatan sama rata atau jus soli. Dasar terbuka British ini dilihat akan mengancam
status quo orang Melayu sebagai penduduk peribumi. Jumlah orang Melayu juga
menjadi kecil dengan kemasukan orang dagang. Selain itu, ekonomi dan pendidikan
orang Melayu juga amat mundur dan jauh ketinggalan berbanding dengan orang
dagang yang diberi perhatian oleh British. Orang Melayu juga bimbang akan
kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh kerajaan Melayu seperti pada
zaman Kesultanan Melayu Melaka. Oleh itu, orang Melayu bangun
mempertahankan status quo mereka. Gabungan 29 buah pertubuhan Melayu bangun
menentang Malayan Union menunjukkan wujud perpaduan kebangsaan untuk
menentang Malayan Union.

Isu Jus Soli

Jus soli merupakan isu yang menjadi tuntutan orang dagang terhadap kerakyatan di
Tanah Melayu. Isu ini telah dibantah oleh orang Melayu. Isu tersebut ialah
pemberian hak kerakyatan yang sama rata kepada semua kaum di Tanah Melayu.
Perjuangan ini dianggap boleh melemahkan lagi kedudukan orang Melayu. Selepas
perbincangan dan rundingan, raja-raja Melayu bersetuju menerima kerakyatan
jus soli. Kerakyatan jus soli diterima dengan bersyarat, iaitu orang bukan Melayu
mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dalam Persekutuan Tanah Melayu
yang merdeka. Seterusnya suruhanjaya ini juga menyetujui agama Islam sebagai
agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu.

You might also like