You are on page 1of 8

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

DI BANDAR SUNWAY

PETALING JAYA ,SELANGOR

(KGT)

NAMA: MOHAMAD SYAQEER BIN HARIS

NO.K/P: 960201-10-5015

NO.ANGKA GILIRAN:

TINGKATAN: 3

NAMA GURU: NURUL IZZATI BINTI MOHAMED ISA

Penghargaan
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih kepada semua pihak

yang telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan kerja kursus geografi ini.

Ribuan terima kasih ,kepada guru geografi Cik Nurul Izzati Binti Mohamed Isa yang telah

banyak mencurahkan ilmu serta membimbing saya untuk menyiapkan tugasan ini.Ucapan terima

kasih juga kepada Encik Muhamad Bin Abdullah,Pengetua Sekolah Maahad Sains Al-Quran Al-

Amin kerana membenarkan kami melakukan kerja kursus ini.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang selalu mendoakan kesejahteraan dan

kejayaan saya.Selain itu,mereka memberi saya sokongan moral supaya tidak mudah berputus

asa.

Saya juga ingin berterima kasih kepada rakan kumpulan saya kerana meringankan bahu serta

bekerjasama bagi mendapatkan maklumat dan menyiapkan kajian Geografi.

Terakhir sekali,saya berterima kasih kepada pihak responden yang memberi kerjasama

dalam memberi maklumat supaya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.

Alhamdulillah,saya amat bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja kursus ini,dan dapat

mengetahui lebih mendalam tentang pencemaran alam sekitar di Bandar Sunway,Petaling

Jaya,Selangor.

Pendahuluan
Bagi memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran Geografi,murid tingkatan 3 diwajibkan

menjalankan kerja amali di.Murid-murid dikehendaki memilih “Pencemaran Alam Sekitar di

Bandar Sunway , Petaling Jaya, Selangor”. Tajuk ini dipilih kerana kawasan Bandar Sunway

ini berdekatan dengan saya yang memudahkan saya untuk mencari maklumat.

Kajian ini dijalankan semasa waktu persekolahan dan pada waktu lapang. Kami diberikan

masa lapan minggu untuk menyiapkan kerja kursus ini.Melalui kajian yang dijalankan,saya

mempelajari kaedah merekod data dan mempersembahkan data dalam bentuk laporan dan jadual.

Objektif Kajian
Kajian ini dilaksakan untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut :

a) Mengetahui konsep pencemaran alam sekitar di Bandar Sunway.

b) Mengenal pasti jenis pencemaran alam sekitar di Bandar Sunway.

c) Mengkaji punca pencemaran alam sekitar di Bandar Sunway.

d) Menyatakan kesan pencemaran alam sekitar di Bandar Sunway.

e) Menghuraikan cadangan mengurangkan kesan pencemaran di Bandar Sunway.

f) menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian di Bandar Sunway.
Kawasan

Kajian
Saya Mohamad Syaqeer Bin Haris telah memilih tajuk tugasan Pencemaran Alam Sekitar di

Bandar Sunway,Petaling Jaya,Selangor.

Bandar Sunway terletak di daerah yang termaju di Negeri Selangor iaitu daerah Petaling di

Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Bandar Sunway adalah di bawah pentadbiran Majlis

Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).Kawasan ini dibangunkan oleh Sunway City Group

Companies,pembinaan bermula pada tahun 1986 bagi membangunkan Bandar Sunway.Kawasan

ini terletak berhampiran bandaraya Kuala Lumpur dan perbandaran Subang Jaya. Jarak dari

Bandar Sunway ke Kuala Lumpur ialah 25 km , manakala jarak ke Subang Jaya ialah 1 km.

Kawasan ini dihubungkan erat dengan bandaraya Kuala Lumpur dan perbandaran

Subang Jaya melalui serangkaian lebuh raya,iaitu Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Lembah

Kelang Baru (NKVE) , Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah dan Lebuhraya Damansara-

Puchong.
Sebelum Bandar Sunway dimajukan, kawasan ini adalah lombong bijih timah.Pemaju

tanah ini iaitu Sunway City Group Companies mengembangkannya menjadi sebuah komuniti

dengan pelbagai kemudahan, seperti sekolah-sekolah , kolej-kolej, hospital , tempat beribadat

,kompleks membeli belah Sunway Pyramid serta taman tema air Sunway Lagoon di kawasan

lombong bijih timah.

Kaedah Kajian
Sebelum memulakan kajian, saya , Syafiq , Ridzwan, Ashra berbincang tentang kaedah-kaedah

yang dapat kami gunakan semasa membuat kajian. Antara kaedah-kaedah yang digunakan

termasuklah :

a) Pemerhatian: Kami memerhatikan jenis-jenis pencemaran alam sekitar utama di

kawasan kajian semasa sebelum sampai ke sekolah dan selepas waktu persekolahan serta

mengenal pasti kesan pencemaran alam sekitar terhadap kawasan kajian.

b) Soal selidik: Kami menggunakan borang soal selidik yang disediakan oleh guru untuk

mengumpulkan maklumat tentang pencemaran alam sekitar di Bandar Sunway. Kami

memberikan satu set borang kepada responden untuk menyoal tentang pencemaran yang

berlaku di kawasan kajian.

c) Rujukan: Kami merujuk daripada buku dan laman sesawang tentang pencemaran alam

sekitar di Bandar Sunway untuk memahami dengan lebih lanjut.


Dapatan
Kajian
8.1 ) Konsep Pencemaran Alam Sekitar

Pencemaran boleh dimaksudkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari

aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian

kehidupan.Takrifan Pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak

langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam

sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan

keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin

berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau ekosistem lain,tumbuhan dan

haiwan . Pencemaran yang berlaku di kawasan kajian boleh dinyatakan kepada dua bentuk

pencemaran alam iaitu:


1.Pencemaran udara

2.Pencemaran bunyi

8.3 ) Punca Pencemaran Alam Sekitar Di Kawasan Kajian

i ) Kenderaan

Kenderaan merupakan punca utama yang menyumbang di dalam pencemaran alam sekitar di

kawasan kajian saya . Kenderaan ini akan mengeluarkan asap yang menyebabkan penghakisan

lapisan ozon dan dapat menjejaskan kesihatan orang awam

You might also like