You are on page 1of 10

BAHASA MELAYU(BAB14)

SINTAKSIS
DEFINISI SINTAKSIS.

 Sintaksis ialah bidang ilmu linguistik yang mengkaji pembinaan ayat.


Ayat terbina daripada rentetan kata yang digabungkan dandisusun
mengikut rumus atau hukum tatabahasa tertentu.
Sintaksis diertikan sebagai bidang yang mengkaji hukum atau rumus
tatabahasa yg digunakan untuk membentuk ayat dalamsesuatu
bahasa.

AYAT.
DEFINISI AYAT.
 Ayat merupakan unit pengucapan yang paling tinggiletaknya
dalam susunan tatabahasa dan mempunyai makna yang lengkap.
Ayat terbentuk daripada satu patah kata atau susunan beberapa
patah kata.
Pengucapannya bermula dengan kesenyapan dan diakhiri dengan
kesenyapan apabila diucapkan dengan antonasi yg sempurna.
 ayat terbina daripada unsur2 klausa,frasa dan kata.kata membentuk
frasa,frasa membentuk klausa dan klausa membentuk ayat.
Jumlah ayat dalam sesuatu bahasa tidak terhad tetapi
digolongkankepada ayat dasar(ayt inti) dan ayat terbitan(ayat
transformasi).

BINAAN AYAT.
 Sesuatu ayat yg lengkap mengandungi 2 konstituen,iaitu subjek
dan predikat.
 Subjek:unsur yg diterangkan atau dikenali sebagai judul.
 Predikat:menjadi unsur yg meneragkan.
 Ayat dasar:unsur yg menjadi konstituen subjek ialah frasa nama.
 Unsur predikatnya terdiri sama ada frasa nama,frasa kerja,frasa
adjektif ataupun kata sendi nama.
POLA-POLA AYAT DASAR.
 Berdasarkan konstituen subjek dan predikat,pola ayat dasar bahasa
Melayu terdiri empat pola.
 Pola-pola tersebut ialah:
(a)Frasa Nama + Frasa Nama(FN+FN).
contohnya:Bapa saya(FN) jutawan (FN) Bapa saya jutawan.
(b)Frasa Nama + Frasa Kerja(FN+FK).
Contohnya:Kakak( FN) menari(FK) Kakak menari.
(c)Frasa Nama + Frasa Adjektif(FN +FA).
Contohnya:Rumahnya(FN) cantik(FA) Rumahnya cantik.
(d)Frasa Nama + Frasa Sendi Nama(FA+FS)
Contohnya:Emak( FN) ke pasar (FS) Emak ke pasar.
FRASA
DEFINISI FRASA.
 Frasa ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu patah kata atau
rentetan beberapa patah perkataan berfungsi sebagai konstituen
dalam ayat,sama ada sebagai subjek,predikat,objek,atau keterangan.
 4 jenis frasa dalam bahasa Melay u iaitu frasa nama,frasa kerja,frasa
adjektif dan frasa sendi nama.
 Frasa nama,frasa kerja dan frasa adjektif ialahfrasa endosentrik
kerana setiap frasa ini mengandung satu unsur inti yang menjadi
wakil bagi frasa berkenaan.Maksudnya frasa nama mempunyai kata
nama sebagai unsur intinya,frasa kerja mempunyai inti terdiri
daripada kata kerja dan manakala frasa adjektif mempunyai inti kata
adjektif.
 Frasa sendi nama ialah frasa eksosentrik kerana frasa ini tidak
mempunyai satu unsur inti yang mewakili keseluruhan.
JENIS-JENIS FRASA.
Frasa terbahagi kepada frasa nama,frasa kerja,frasa adjektif dan frasa sendi
nama.

Frasa nama.
-Frasa nama terbina daripada 1 patah kata atau rentetan beberapa
patah kata unsur intinya ialah kata nama.
-Frasa nama terbentuk daripada rentetan kata mempunyai 2 jenis
hubungan antara kata iaitu inti+penerangan dan inti+inti.
-Binaan frasa nama inti +penerangan terbahagi:
(a) inti +penerangan nama.
(b) inti +penerangan bukan nama.
-binaan inti + penerangan nama terbahagi:
(a)keturunan.Contohnya:bahasa Melayu.
(b)jenis.contohnya:cawan plastik,kasut kulit.
(c)penyambut.contohnya:penunggang motosikal,pam air.
(d)kegunaan.Contohnya:bahan peluntur,cecair pengilat.
(e)kelamin.Contohnya:ayam jantan,budak lelaki.
(f)tempat.Contohnya:dasar laut,pinggir pantai.
(g)Arah.Contohnya:kerusi belakang,pantai barat.
(h)Anggota badan.Contohnya:bulu dada,sarung tangan.
(i)inti + penerang tenaga penggerak.Contohnya:dapur minyak,kincir angin.
(j)perihal atau perkara.Contohnya:borang kemasaukan,kad jemputan.
(k)milik.Contohnya:bumbung rumah,keluaran Malaysia.
(l)nama khas.Contohnya:bandar Shah Alam,litar Sepang.
(m)panggilan atau gelaran.Contohnya:Hajah Ruqiah,Lebai Mahat.

-Binaan inti + penerangan bukan nama terbahagi kepada beberapa jenis.


(a)penentu terbahagi keepada:
(i)penentu hadapan.Contohnya:dua lelaki,enam jam.
(ii)penentu belakang.Contohnya:rumah itu,gadis ini.
(b)kata kerja.Contohnya:Alat tulis,buku ulang kaji.
(c)Kata adjektif.Contohnya:bandar baru,bangunan tinggi.
(d)frasa sendi nama.Contohnya:anugerah kepada rakyat,kedamaian di desa.
(e)bilangan ordinal.Contohnya:adik keempat,isteri kedua.
-Binaan frasa nama inti + inti terbahagi beberapa jenis.
(a) inti + inti dengan maksud sama erti.Contohnya:ampun maaf,hamba abdi.
(b) inti + inti dengan maksud lawan erti.Contohnya:hujung pangkal,ibu bapa.
-Sistem tatabahasa bahasa Melayu,susunan unsur-unsur frasa nama mesti
mematuhi hukuman D-M,iaitu unsur diterangkan(diterangkan) mesti mendahului
unsur menerangkan(penerangan)atau dalam kaedah paling mudah dirumuskan
sebagai Diterangkan-(inti)-Menerangkan(penerang).Contohnya:

DITERANGKAN MENERANGKAN
tenaga pengajar
budak kecil

-Binaan frasa nama dikecualikan hukum D-M seperti Perdana Menteri,naib


presiden,ibu negeri dll.
-Binaan ayat frasa nama berfungsi sebagai subjek,prediket,objek atau
pelengkap.dibukti kan melalui ayat ini.
 Tasik itu lebar(frasa nama tasik itu berfungsi sebagai subjek.)
-Frasa kerja ialah binaan boleh berdiri daripada satu patah kataatau lebih
dengan kata kerja sebagai unsur intinya.
-Frasa kerja terbahagi kepada 2 iaitu:
(a)binaan frasa kerja tanpa objek.
(b)binaan prasa kerja dengan objek.

-Binaan frasa kerja tanpa objek terdiri daripada kata kerja tak transitif mungkin
diikuti oleh pelengkap kata nama,pelengkap kata adjektif atau pelengkap frasa
sendi nama.contohnya:
=: perompak itu bersenjatakan pisau.(pelengkap kata nama)
=:orang itu sentisa berbuat baik.(pelengkapnya kata adjektif).
-Binaan frasa nama tanpa objek boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif
tanpa pelengkap atau kata kerja tak transitif dengan kata nama sebagai
penerang.
Contohnya:
abang ketawa. (Tanpa pelengkap)
kami bermain dam. (Kata nama dam sebagai penerang).
-

You might also like