You are on page 1of 6

MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN

JAWATAN KOSONG (SEMENTARA/KONTRAK/TETAP)

Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA dan keutamaan kepada rakyat Negeri
Terengganu Darul Iman yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi
kekosongan jawatan-jawatan berikut :-

BIL JAWATAN KUMPULAN JADUAL GAJI


PERKHIDMATAN

1. Pegawai Undang - Undang Pengurusan P1T1 RM1989.45 – P1T24 RM4700.07


Gred L41 dan Profesional P2T1 RM2085.46 – P2T24 RM4982.51
P3T1 RM 2185.65– P3T24 RM5274.82
2. Penolong Pegawai Undang-Undang Sokongan P1T1 RM1472.26 – P1T22 RM3028.61
Gred L29 P2T1 RM1543.35 – P2T22 RM3226.80
P3T1 RM1617.46 – P3T22 RM3406.73
3. Penolong Jurutera (Awam) Sokongan P1T1 RM1549.40 – P1T21 RM3046.80
Gred J29 P2T1 RM1620.49 – P2T21 RM3241.91
P3T1 RM1694.60 – P3T21 RM3430.90
4. Penolong Jurutera (Mekanikal) Sokongan P1T1 RM1549.40 – P1T21 RM3046.80
Gred J29 P2T1 RM1620.49 – P2T21 RM3241.91
P3T1 RM1694.60 – P3T21 RM3430.90
5. Penolong Pegawai Hidupan Liar Sokongan P1T1 RM1206.06 – P1T26 RM3028.61
Gred G27 P2T1 RM1275.64 – P2T26 RM3214.76
P3T1 RM1348.24 – P3T26 RM3406.77
6. Pembantu Hidupan Liar Sokongan P1T1 RM824.91 – P1T24 RM2155.88
Gred G17 P2T1 RM876.34 – P2T24 RM2277.03
P3T1 RM929.28 – P3T24 RM2402.48
7. Pembantu Tadbir (Kewangan) Sokongan P1T1 RM821.89 – P1T25 RM2152.86
Gred W17 P2T1 RM873.32 – P2T25 RM2274.01
P3T1 RM926.26 – P3T25 RM2399.46
8. Pembantu Pembangunan Sokongan P1T1 RM820.38 – P1T24 RM2151.35
Masyarakat P2T1 RM871.81 – P2T24 RM2272.50
Gred S17 P3T1 RM924.75 – P3T24 RM2397.95
9. Juruteknik (Awam) Sokongan P1T1 RM843.06 – P1T26 RM2325.37
Gred J17 P2T1 RM896.00 – P2T26 RM2452.46
P3T1 RM950.45 – P3T26 RM2583.95
10. Pelukis Pelan Sokongan P1T1 RM843.06 – P1T26 RM2325.37
Gred J17 P2T1 RM896.00 – P2T26 RM2452.46
P3T1 RM950.45 – P3T26 RM2583.95
11. Pembantu Kesihatan Awam Sokongan P1T1 RM862.73 – P1T24 RM1711.21
Gred U17 P2T1 RM914.16 – P2T24 RM1809.64
P3T1 RM967.10 – P3T24 RM1912.44

Jadual gaji di atas tidak termasuk Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Imbuhan Tetap Perumahan dan Elaun-Elaun
lain.
SYARAT LANTIKAN:

1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41 - (1 KEKOSONGAN)


(Ruj: MPK. PERJ. 85) - (BERTARAF SEMENTARA/KONTRAK/TETAP)

i. Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
ii. Lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination); dan
iii. Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Undang-Undang adalah layak
dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pegawai Undang-Undang
Gred L41, tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;

a) Mempunyai kelayakan seperti di atas; dan


b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

2. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L29 – (1 KEKOSONGAN)


(Ruj: MPK. PERJ. 106) - (BERTARAF SEMENTARA/KONTRAK/TETAP)

i. Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
ii. Diploma dalam bidang Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L29: P1T4 RM1671.91); dan

iii. Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pembantu Tadbir (Undang-Undang) dan
Jurubahasa adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan
Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29, tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah
disahkan dalam perkhidmatan dan;

a) mempunyai kelayakan seperti di atas; atau


b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

3. PENOLONG JURUTERA (AWAM) GRED J29 – (1 KEKOSONGAN)


(Ruj: MPK. PERJ. 76) - (BERTARAF SEMENTARA/KONTRAK/TETAP)

i. Diploma dalam bidang Kejuruteraan (Awam) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J29: P1T2 RM1615.95); dan

ii. Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Juruteknik (Awam) adalah layak dipertimbang oleh
Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Penolong Jurutera Gred J29, tertakluk
kepada kekosongan jawatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;

a) mempunyai kelayakan seperti di atas; atau


b) lulus Peperiksaan Khas; dan
c) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

4. PENOLONG JURUTERA (MEKANIKAL) GRED J29 – (2 KEKOSONGAN)


(Ruj: MPK. PERJ. 95) - (BERTARAF SEMENTARA/KONTRAK/TETAP)

i. Diploma dalam bidang Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J29: P1T2 RM1615.95); dan

ii. Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Juruteknik bidang Kejuruteraan dan Pemeriksa Kereta
Bermotor adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan
Penolong Jurutera (Mekanikal) Gred J29, tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah disahkan
dalam perkhidmatan dan;

a) mempunyai kelayakan seperti di atas; atau


b) lulus Peperiksaan Khas; dan
c) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

5. PENOLONG PEGAWAI HIDUPAN LIAR GRED G27 – (1 KEKOSONGAN)


(Ruj: MPK. PERJ. 201) - (BERTARAF SEMENTARA/KONTRAK/TETAP)

i. Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G27: P1T5 RM1472.26); atau

ii. Diploma dalam bidang Sains atau Perhutanan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G27: P1T6 RM1538.81); atau

iii. Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Hidupan Liar adalah layak dipertimbang
oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred
G27, tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;

a) mempunyai kelayakan seperti di atas; atau


b) lulus Peperiksaan Khas; dan
c) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan
6. PEMBANTU HIDUPAN LIAR GRED G17 – (1 KEKOSONGAN)
(Ruj: MPK. PERJ. 202) - (BERTARAF SEMENTARA/KONTRAK/TETAP)

i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai badan yang tegap dan tidak ada kecacatan
pancaindera serta kebolehan menggunakan senjata); dan

ii. Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah / Sijil Rendah
Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Hidupan Liar Rendah adalah layak
dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pembantu Hidupan
Liar Gred G17, tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;

a) mempunyai kelayakan seperti di atas; atau


b) lulus Peperiksaan Khas; dan
c) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

7. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17 – (4 KEKOSONGAN)


(Ruj: MPK. PERJ. 62) - (BERTARAF SEMENTARA/KONTRAK/TETAP)

i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta kepujian
dalam mata pelajaran Matematik atau Perdagangan atau Akaun pada peringkat peperiksaan
tersebut; atau

ii. Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T2 RM871.80); atau

iii. Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia di Peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T5 RM1021.53); atau

iv. Sijil Pengurusan Perniagaan atau Sijil Penyimpanan kira-kira daripada Politeknik di bawah Kementerian
Pendidikan atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T9 RM1221.17); dan

v. Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian lisan) pada peringkat SPM atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

8. PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S17 – (1 KEKOSONGAN)


(Ruj: MPK. PERJ. 151) - (BERTARAF SEMENTARA/KONTRAK/TETAP)

i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

ii. Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan; dan

iii. Lulus Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.
9. JURUTEKNIK (AWAM) GRED J17 – (2 KEKOSONGAN)
(Ruj: MPK. PERJ. 75) - (BERTARAF SEMENTARA/KONTRAK/TETAP)

i. Sijil dalam bidang Kejuruteraan Awam yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan daripada
politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred J17: P1T9 RM1254.50); dan

ii. Lulus Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.

10. PELUKIS PELAN GRED J17 – (2 KEKOSONGAN)


(Ruj: MPK. PERJ. 111) - (BERTARAF SEMENTARA/KONTRAK/TETAP)

i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan kepujian
daripada Seni Lukis atau Lukisan Geometri pada peringkat peperiksaan tersebut
(Gaji permulaan ialah pada Gred J17: P1T1 RM843.06); atau

ii. Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang Pelukis Pelan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J17: P1T2 RM894.49); atau

iii. Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang Pelukis Pelan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J17: P1T3 RM945.92); dan

iv. Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pelukis Pelan Rendah adalah layak dipertimbangkan
oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pelukis Pelan Gred J17, tertakluk
kepada kekosongan jawatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;

a) mempunyai kelayakan seperti di atas; atau


b) lulus Peperiksaan Khas; dan
c) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

11. PEMBANTU KESIHATAN AWAM GRED U17 – (1 KEKOSONGAN)


(Ruj: MPK. PERJ. 122) - (BERTARAF SEMENTARA/KONTRAK/TETAP)

i. Warganegara Malaysia;

ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

iii. a) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan; dan
b) tamat dengan jayanya kursus latihan yang ditetapkan dan mendapat Sijil Pembantu Kesihatan Awam
yang diiktiraf oleh kerajaan; dan

iv. Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah / Sijil Rendah
Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am Rendah/Pembantu Am Pejabat/Atendan


Kesihatan/Pembantu Perawatan Kesihatan dan Atendan Haiwan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa
Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pembantu Kesihatan Awam gred U17, tertakluk kepada kekosongan
jawatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;

a) Mempunyai kelayakan seperti di atas; atau


b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

CARA MEMOHON:

Borang permohonan (berharga RM1.00) boleh didapati di Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, Tingkat 2,
Majlis Perbandaran Kemaman. Borang yang lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas
sebelah kiri sampul surat dan dihantar ke Majlis Perbandaran Kemaman seperti alamat berikut:-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN
JALAN AIR PUTIH
24000 KEMAMAN, TERENGGANU.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 10 MEI 2011 (SELASA)

PERHATIAN:
(i) Permohonan yang lewat diterima atau tidak lengkap tidak akan dilayan
(ii) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga
(iii) Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan adalah dianggap tidak berjaya

nanie/iklan jawatan

You might also like