You are on page 1of 7

Tembok Besar China

Tembok panjang 10,000 merupakan satu siri kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM
dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti
Ming, untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik. Ia
didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-3 SM terhadap perompak puak-
puak nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongolia dan
Manchuria.

Panjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km daripada Shanhaiguan sehingga ke
Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan
Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang. Pada 2009, satu tinjauan
arkaeologi baru menggunakan teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan
tembok, dengan segala cabangnya, menjangkau 8,851.8 km (5,500.3 batu).

Piramid yang dibina dengan 2,500,000 blok batu besar yang tersusun rapi. Piramid Agung
Kufu merupakan satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia yang tertua dan yang terakhir masih
tinggal. Piramid ini dipercayai dibina sebagai makam untuk Firaun Kufu (tempoh
pemerintahan: 2606-2583 SM) daripada Wangsa Mesir Keempat. Arkiteknya ialah Hemon,
saudara Kufu. Piramid ini siap dibina pada sekitar tahun 2580 SM, setelah menelan masa 20
tahun.

Piramid Agung Kufu merupakan piramid yang terbesar dan paling terkenal serta tertua antara
tiga piramid (Piramid Kufu, Piramid Khafre dan Piramid Menkaure) di Bandar Kematian
Giza, Mesir. Kawasan tersebut bersebelahan dengan bandar moden Kaherah, dan menjadi
bahagian utama bagi kompleks bangunan-bangunan yang merangkumi laluan pejalan kaki
yang istimewa, dua kuil, tiga piramid yang kecil (digelar piramid permaisuri), lubang-lubang
untuk mengebumikan bot-bot serta mastaba-mastaba untuk bangsawan.

Taj Mahal yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan
makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan
untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibena pada 1632 dan siap 1648.
Kadang kala Taj Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj' sahaja, ia adalah contoh terbaik
Senibina Mughal yang menggabungkan senibena Parsi, Turki , India dan dan gaya senibena
Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri . Taj Mahal merupakan
sebuah kompleks bersepadu yaitu mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi ,
masjid, menara tinjau dan lain-lain. Tahun 1983 UNESCO mengisytiharkan Taj Mahal
sebagai Tapak Warisan Sedunia yang perlu dilindungi. Bangunan ini dikatakan 'permata
senibina Islam'.

Borobudur ialah kuil atau candi agama Buddha yang terletak di desa Boro , Kabupaten
Magelang, Jawa Tengah, Indonesia. Borobudur terletak kira-kira 100 km di barat daya
Semarang dan 40 km di sebelah barat laut Yogyakarta. Luasnya 2500 km persegi.
Borobudur adalah stupa Buddha mazhab Mahayana, dan monumen Buddha terbesar di dunia.
Ia dibina antara tahun 750 dan 850 Masihi oleh pemerintah Jawa Dinasti Sailendra dan
Sanjaya. 1950 Sejarawan J.G. de Casparis kajian Ph.D beliau menyatakan Borobudur adalah
tempat pemujaan. Dengan analogi prasasti Karangtengah dan Kahulunan, Borobudur dibina
oleh raja dari dinasti Syailendra bernama Samaratungga sekitar 824. Candi raksasa hanya
siap 50 tahun kemudian ketika puterinya Ratu Pramodhawardhani memerintah. Kuil
Borobudur dibina atas tanah bukit hanya setinggi 265 meter dari dasar laut dan 15 meter
tinggi.

Angkor Wat dibina oleh Raja Suryavarman II pada pertengahan abad ke 12. Pembinaan
Angkor Wat memakan masa selama 30 tahunIa merupakan bangunan keagamaan yang
terbesar di dunia dan juga merupakan satu hasil binaan tunggal yang terbesar di Asia
Tenggara. Di bawah pemerintahan Jayawarman VII telah terlaksana pembinaan kompleks
Angkor Thom dengan temboknya sepanjang 10 batu, Bayon yang mempunyai banyak
menara, dan lain-lain kuil yang tidak terkira banyaknya.
Sebagaimana dongeng gunung Meru, kawasan kuil Angkor Wat dikelilingi oleh dinding dan
terusan yang mewakili lautan dan gunung yang mengelilingi dunia. Jalan masuk utama ke
Angkor Wat yang sepanjang setengah kilometer dihiasi susur pemegang tangan dan diapit
oleh tasik buatan manusia yang dikenali sebagai Barays. Jalan masuk ke kuil Angkor Wat
melalui pintu gerbang, mewakili jambatan pelangi yang menyambungkan antara alam dunia
dengan alam dewa-dewa.

Taman Tergantung Babylon telah dibina oleh Raja Nebuchadnezzar II (604-562 BC), anak
kepada Nabopolassar yang telah menguasai Kerajaan Babylon dan mengakibatkan
berakhirnya tamadun Mesopotamia yang selama ini dibawah pimpinan Raja Hammurabi
(1792-1750 BC). Taman tergantung Babylon terletak sekitar 50 kilometer selatan Baghdad,
Iraq di sebelah tebing timur Sungai Euphrates.
Menurut sesetengah punca, taman tersebut dibina untuk menggembirakan isteri
Nebuchadnezzar, Amyitis yang rindukan kampong halaman. Amyitis, anak kepada Raja dari
kerajaan Medes, telah berkahwin dengan Nebuchadnezzar untuk menjalinkan hubungan
kerjasama di antara dua negara. Negara dari mana dia datang adalah sebuah kawasan yang
subur menghijau dan berbukit-bukau tetapi malangnya dia terpaksa berpindah ke kawasan
yang rata dan tandus berbatu di Mesopotamia (sebuah kawasan di barat daya Asia) yang
menyebabkan dia bersedih. Maka, raja memutuskan untuk membina keadaan seperti
kampong halamannya di sebuah bukit tiruan yang berbumbungkan kebun-kebun dan taman.

Menara Condong Pisa merupakan menara loceng bagi gereja besar bandar Pisa di Itali.
Menara ini terletak di sebalik gereja besar dan merupakan struktur ketiga yang dibina di
Piazza del Duomo di Pisa. Meskipun sepatutnya berdiri betul-betul tegak, namun menara ini
mula condong ke arah tenggara sejurus selepas bermulanya pembinaan pada tahun 1173
kerana asasnya yang lemah dan substrat longgar yang membolehkan asas menara beranjak
arah. Kini, menara ini condong ke arah barat daya.
Menara Pisa tingginya 55.86m dari tanah di sisi terendahnya dan 56.70m di sisi tertingginya.
Lebar dinding di tapak menara ini ialah 4.09m sementara di aras atas pula lebarnya 2.48m.
Beratnya dianggarkan kira-kira 14,500 tan metrik. Menara ini mempunyai 296 anak tangga;
aras ketujuhnya kekurangan dua anak tangga di tangga yang menghadap ke udara. Menara ini
condong sebanyak 3.97 darjah. Ini bererti puncak menara berada 3.9m dari kedudukan
sepatutnya seandainya menara ini berdiri tegak.

You might also like