You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

FORUM:
“BILA BAJU MELAYU BERTEMU
BAJU KURUNG”

ANJURAN:

PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL (PEMBINA)

CAWANGAN SHAH ALAM


1. MUKADDIMAH

Firman Allah S.W.T dalam Surah Az-Zariyat, ayat 49 yang bermaksud:

“Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu


mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami)”

Ayat tersebut menggambarkan kekuasaan Allah S.W.T dalam mencipta


makhlukNya berpasang-pasangan antara lelaki dan perempuan. Kehendak
naluri manusia untuk mempunyai pasangan masing-masing adalah fitrah
semula jadi atau sunnatullah yang mempunyai hikmah tersendiri. Islam
telah menggariskan peraturan-peraturan dan batas-batas tertentu bagi
memastikan kehendak manusia disalurkan dengan betul dalam membina
rumahtangga yang berlandaskan syariat.

Malangnya jiwa manusia yang cenderung menurut hawa nafsu mengambil


sikap sambil lewa akan hal ini. Sikap meremehkan hukum-hukum syariat
dalam aspek pergaulan antara lelaki dan perempuan ini telah menyumbang
kepada pelbagai bentuk maksiat yang berlaku di muka bumi ini amnya,
Malaysia khususnya. Antaranya pergaulan bebas, seks luar nikah,
pembuangan bayi, sumbang mahram, jenayah rogol dan macam-macam
lagi. Apa yang menyedihkan, golongan utama yang terlibat dalam masalah
sosial ini adalah orang Islam, khususnya kelompok belia dan remaja.

Sehubungan itu, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) mengambil


inisiatif untuk menganjurkan satu forum yang bertajuk “Bila Baju Melayu
Bertemu Baju Kurung” bagi menerangkan kepada remaja di luar sana akan
batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang tidak diikat
dengan sebarang ikatan yang sah. Bersesuaian dengan sambutan Maulidur
Rasul juga, forum ini cuba mengetengahkan contoh-contoh yang praktikal
daripada kehidupan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dalam aspek
pergaulan serta hubungan antara lelaki dan perempuan.
2. OBJEKTIF

2.1 Menerangkan akan batas-batas pergaulan antara lelaki dan


perempuan walaupun mereka telah diikat dengan tali pertunangan
apatah lagi tanpa sebarang ikatan yang sah.

2.2 Memberi kesedaran pandangan Islam tentang realiti ngeri,


masalah sosial dan penyakit-penyakit hati berkaitan hubungan lelaki
dan perempuan di masa kini.

2.3 Mengetengahkan contoh-contoh yang praktikal daripada


kehidupan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dalam aspek
pergaulan serta hubungan lelaki dan perempuan.

3. PERINCIAN PROGRAM

3.1 Sasaran:

Golongan belia (18-25 tahun), khususnya para pelajar IPT.

3.2 Anggaran peserta:

200 orang belia dan beliawanis daripada:

- Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam


- Universiti Teknologi MARA (UiTM), Puncak Alam
- Universiti Teknologi MARA (UiTM), Puncak Perdana
- Management & Science University (MSU)
- Monash Univesity, Sunway Campus
- Sunway University
3.3 Lokasi:

Dewan Kuliah B, Menara Sains dan Teknologi, Universiti Teknologi MARA


(UiTM), Shah Alam

3.4 Tarikh:

13 Feb 2011, Ahad.

3.5 Masa:

8.30 pagi – 12.00 t/hari.

3.6 Tema:

Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung.

4. TENTATIF

8.30 pagi : Pendaftaran peserta

10.05 pagi : Bacaan doa

10.10 pagi : Perasmian, ucapan alu-aluan & muqaddimah

10.20 pagi : Forum “Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung”

12.00 t/hari : Jamuan ringan, bersurai

5. MAKLUMAT AHLI PANEL

5.1 USTAZ SARIP BIN ADUL


5.2 PUAN FATIMAH SYARHA
6. JAWATANKUASA PENGANJUR PROGRAM

PENASIHAT: MOHAMAD SYAUQI BIN SAIDIN

PENGARAH: AMMAR BIN AHMAD RAJI

TIMBALAN PENGARAH: ROHANA MOHAMED ALI

SETIAUSAHA: KHAIRUNNISA BT MOHAMAD

BENDAHARI: MOHD NAIM BIN M. NORDIN

AJK PERHUBUNGAN & PENDAFTARAN: MOHD KHAIRIL BIN ALIAS

AJK LOGISTIK & PERALATAN: MOHAMAD AFANDI BIN AHMAD

AJK PROMOSI IPT:


i. MONASH – MUHD ZUL FAHMI BIN MD BAHRUDIN
ii. UiTM SHAH ALAM – SITI FATIMAH ABU TALIB
iii. UiTM PUNCAK ALAM –KHAIRUNNISA’ RAZALI
iv. MSU – MOHD KHAIRIL BIN ALIAS
v. SUNWAY UNI – ASHRAF HAKIM DZULKARNAIN BIN AZMAN

AJK MEDIA & PENERBITAN: MUHAMMAD ADIB BIN ABDULLAH

AJK CENDERAHATI : NURAZILA YAHYA

AJK MAKANAN : AHMAD FARIS BIN CHE ABD RAZAK

7. PENUTUP

Penerapan maklumat atau nilai-nilai murni yang diperolehi dapat


menjauhkan individu dengan perkara-perkara maksiat. Sehubungan itu,
melalui forum ini, diharapkan dapat memberi kesedaran kepada golongan
muda-mudi agar sentiasa berwaspada dalam pergaulan serta hubungan
antara lelaki dan perempuan. Masalah sosial orang Islam terutamanya
golongan muda-mudi tidak akan senyap atau berakhir sekiranya kita
berdiam diri. Atas dasar itulah, pihak kami terpanggil untuk mengadakan
forum seperti ini sebagai salah satu platform untuk memberi kesedaran
kepada golongan muda-mudi.

Disediakan oleh:

……………………………………………………

(AMMAR BIN AHMAD RAJI)


Pengarah Program Forum BMBK
Persatuan Belia Islam Nasional
(PEMBINA) Cawangan Shah Alam

You might also like