You are on page 1of 8

Tentang 1Malaysia

1Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan
terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai
satu bangsa. Ia menyediakan peluang untuk meluahkan dan menerokai kepelbagaian
perspektif masyarakat kita. Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian
rakyat kita. Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan
di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai
bekalan terbaik kita untuk masa hadapan. Saya berharap agar laman web ini akan menjadi
permulaan kepada satu dialog yang penting dan terbuka bagi menerokai identiti, tujuan
dan hala tuju kita sebagai rakyat Malaysia. Saya menggalakkan setiap orang daripada
anda menyertai saya dalam memberikan takrifan kepada Malaysia kita dan peranan yang
perlu kita mainkan untuk masa hadapannya. Setiap kita – di sebalik segala perbezaan
kita – berkongsi impian untuk satu masa hadapan yang lebih baik. Setiap kita mahukan
peluang, dihormati, persahabatan dan saling memahami.
1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh
Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati
gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan
kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya
bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi.

Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa


Malaysia menjadi sebuah negara maju.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam
proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang
seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir
Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.[1]

Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara
satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'.
Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang.[2] Tiada perbezaan antara
bandar, luar bandar dan kumpulan etnik sekiranya mereka mempunyai potensi berhak
mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu
mempunyai peluang pendidikan yang terbaik. Kerajaan menawarkan akses pemula
dengan menyediakan datar permainan yang adil tetapi kita sebagai kerajaan tidak
berkemampuan memastikan penghasilan yang sama. Prinsip utama yang mendasari
1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar.[3]

Slogan 1Malaysia

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.


Logo 1Malaysia

Logo 1Malaysia adalah logo melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu
masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan
Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari,


berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.
Klinik 1Malaysia

Klinik 1Malaysia merupakan sebuah projek klinik yang telah dilancarkan oleh Perdana
Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di Flet Kampung Kerinchi, Kuala
Lumpur. Perasmian 50 klinik 1 Malaysia di seluruh Malaysia memberi makna besar
tanggungjawab kerajaan kepada golongan marhain .[1]

Kehadiran klinik ini bertepatan dengan gagasan 1Malaysia iaitu ‘Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan’. 50 buah klink dibuka dengan peruntukan RM10 juta - Bajet
2010.

48 daripada 50 klinik 1Malaysia telah beroperasi. Bayaran hanya RM1 sahaja. Ia


dikendalikan oleh pembantu hospital (HA).kerajaan membenarkan HA memberikan ubat
bagi sakit yang ringan. Antaranya ialah demam, batuk dan menjalani pemeriksaan darah
dan tahap kandungan gula.

Pengerusi lembaga pemegang amanah Yayasan 1Malaysia, Dr Chandra Muzaffar


menyatakan rakyat semakin yakin terhadap klinik 1Malaysia. Ia dibuka tujuh hari
seminggu dari 10 pagi hingga 10 malam. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Ismail
Merican menyatakan penduduk bandar yang miskin berpuas hati dengan klinik ini .Akta
Perubatan 1971 membenarkan jururawat dan HA menjalankan prosedur surgeri kecil
dengan menggunakaan alat surgeri spesifik. Pesakit kini boleh menukar kateter tiub pundi
kencing atau membalut luka akibat kecederaan di rumah, sekolah dan di tempat kerja.

Klinik 1Malaysia tidak bertujuan merampas fungsi klinik swasta. Hanya terdapat 3-4
klinik ini di setiap negeri. Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna
Malaysia Mohd Yusof Abdul Rahman berpendapat klinik 1Malaysia amat wajar bagi
tujuan penjagaan kesihatan golongan miskin bandar.

Klinik 1Malaysia ditempatkan di kawasan perumahan mereka, tidak lagi perlu


berkenderaan ke Klinik-klinik Kesihatan yang jauhnya sehingga 10 kilometer dari rumah.
Ia dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam termasuk cuti sekolah atau perayaan, .[2]

Klinik dipantau oleh Jabatan Kesihatan bagi memastikan segala kemudahan dan bekalan
ubat sentiasa mencukupi.Kes-kes yang di luar bidang perkhidmatan penolong pegawai
perubatan atau kes-kes yang perlu dilihat oleh pegawai perubatan akan dirujuk ke klinik
kesihatan atau hospital berdekatan.[3]
Lirik lagu 1 Malaysia

Satu Malaysia

Berdiri, Teguh di bumi


Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan, Mendapat rahmat


Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan


Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan


Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua

song of 1 Malaysia created by Nik Nizam and Errie Naham and lyric by Lokman Ghani.
The lyric for this song is as below.
Gagasan 1Malaysia

Gagasan 1Malaysia merupakan konsep unik yang perlu diterima oleh semua pihak di
negara sebagai lambang komitmen dan usaha oleh rakyat demi mencpai yang terbaik
untuk negara. Perdana Menteri berkata ia sangat berbeza dengan konsep satu negara yang
diamalkan di negara lain yang mengutamakan keadilan sosial buat semua kaum dan
penduduknya. simbol 1Malaysia merupakan jenama hebat yang perlu disayangi oleh
rakyat. simbol itu sangat unik kerana menggunakan nombor satu yang dimasukkan
dengan bendera Malaysia.

Bagi menyemarakkan lagi kempen gagasan 1Malaysia kerajaan perlu memperbanyakkan


aktiviti yang boleh melibatkan pelbagai kaum seperti kebudayaan dan permainan untuk
dilaksanakan disetiap peringkat masyarakat 1Malaysia. Pemimpin perlu turun padang
melihat sendiri permasalahan rakyat setiap kaum tanpa mementingkan status pemimpin
itu sendiri. Dengan itu semua agensi kerajaan perlu memainkan peranan yang lebih
daripada sekarang dalam mewujudkan perpaduan kaum.

SumberMaklumat:
Jabatan Penerangan Malaysia
November 2009
Kemajuan Gagasan 1Malaysia Terletak Pada Kepelbagaian Budaya, Kata Rais

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim Selasa
berkata kemajuan Gagasan Malaysia untuk masa akan datang terletak pada kepelbagaian
budaya dan seni rakyat negara ini.

Katanya melalui kebudayaan dan kesenian, Gagasan 1Malaysia lebih mudah dicapai dan
diamalkan kerana menerusi penyebaran dua elemen penting ini, tidak wujud halangan
penyatuan di kalangan rakyat pelbagai kaum.

"Menerusi kebudayaan dan kesenian yang kita jalin... dan kepelbagaian itu kita satukan
dalam persembahan-persembahan, maka pengertian mengenai gagasan itu lebih mudah
kita capai," katanya kepada pemberita selepas melancarkan "Buku Kebudayaan Malaysia:
Sebuah Pengenalan" di Auditorium Kompleks Kraftangan Malaysia di sini.

Dalam konteks ini, Rais berkata, mulai tahun depan menerusi Jabatan Kebudayaan dan
Kesenian Negara khasnya dan kementerian itu amnya, akan membantu pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) dalam mempromosi pelbagai program bercorak kebudayaan dan
kesenian pelbagai kaum ke peringkat negeri-negeri bagi membolehkan rakyat pelbagai
kaum menilai, menghormati dan menghargai semua amalan budaya di negara ini.

"Dengan lain perkataan kebudayaan Malaysia itu mesti jelas dilihat dalam
kepelbagaiannya...bila dipersembahkan di daerah dan negeri-negeri kita nampak di situ
kesatuannya. "Ini (persembahan) tidak tinggalkan mana-mana pihak termasuk di Sabah,
Sarawak dan Orang Asli. 1Malaysia bukan gagasan politik, ia juga gagasan kebudayaan
dan kesenian di tanah air," kata Rais.

Rais juga berkata usaha membantu NGO mempromosi kebudayaan dan kesenian rakyat
pelbagai kaum akan dijalankan secara menyeluruh dan keberkesanannya akan
dimasukkan dalam piawaian pekerjaan dan profesional kementerian.

"KPI (Petunjuk Prestasi Utama) dan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) di
bawah kementerian ini juga akan dilihat dari segi tersebut dan kita akan amalkan nisbah
praktikalnya buat masa akan datang khususnya pada 2010," katanya.

Rais berkata menerusi seni dan budaya, Gagasan 1Malaysia itu lebih praktikal diterima
oleh generasi muda, pertengahan, yang lanjut umur serta yang di peringkat persekolahan
dan tanpa penyatuan dalam budaya, negara tidak akan berjaya sepenuhnya mencapai
matlamat nasionalnya.

"Jadi kementerian bersama semua jabatan akan bersungguh melibatkan semua kaum
dalam percantuman persembahan, hiburan, seni dan budaya dalam setiap program
merakyatkan seni," katanya.
Mengenai pembentukan negara bangsa, Rais berkata pembentukannya menerusi keutuhan
pembudayaan akan memakan masa.

"Kementerian Pelajaran sudah setuju wujudkan sekurang-kurangnya dua sekolah seni di


Johor dan Selangor dan kami akan susul penubuhannya supaya kandungan dapat
diselaras dengan pembinaan negara bangsa melalui kaca mata pembudayaan," katanya.

Mengenai buku itu, Rais berkata ia adalah satu usaha murni yang perlu dihargai oleh
semua pihak lebih-lebih lagi kerana ramai rakyat Malaysia masih bergelut untuk
memahami apa itu budaya dan kebudayaan.

Rais berkata buku setebal 117 muka surat itu akan ditempatkan di semua 1,089
perpustakaan di seluruh negara bagi memudahkan orang ramai membacanya bagi
mengetahui soal mengenai budaya dan pembudayaan.

Buku itu diselanggarakan oleh Norliza Rofli dan Eddin Khoo serta mengandungi esei
terkumpul termasuk dari Rais di bawah tajuk "Pembudayaan dan Binaan Negarabangsa".
Penulis lain ialah Tan Sri Profesor Khoo Kay Kim, Stephen Chia Ming Soon, Mohd Anis
Md Nor, Azirah Hashim, Tan Sooi Beng dan Eddin Khoo.

Menjawab soalan, Rais berkata walaupun banyak buku dan majalah diterbitkan di negara
ini tetapi sistem di negara ini belum matang dalam membudayakan pembacaan dan
mencari ilmu yang meluas.

Umpamanya, kata beliau majalah Budaya yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka hanya terjual 6,000 naskHah setiap edisi keluaran, manakala majalah berbentuk
hiburan seperti URTV terjual sekurang-kurangnya 150,000 satu keluaran.

You might also like