You are on page 1of 4

PENGENALAN PUSAT SUMBER

Latar belakang Pusat Sumber Sekolah

Pusat Sumber SK Bandar Banting terletak di Tingkat 2,


Blok Tunku Abdul Rahman. Ia terbahagi kepada 4
bahagian iaitu, perpustakaan, bilik tayang, bilik SAL
dan bilik BBM. Semenjak tahun 2005, Pusat Sumber
Sekolah Bandar Banting telah banyak mengalami
perubahan yang baik. Antaranya pada tahun 2005,
PSS Bandar Banting telah menerima sistem automasi
secara percuma daripada Syarikat Permata. Seterusnya
tahun 2006 PSS Bandar Banting telah diberi peluang
daripada PSPN untuk menerima Pusat Akses. Pada penilaian Gem-7 tahun 2009,
Pusat Akses SKBB telah mendapat tempat yang pertama. Pada tahun 2010, Kita
telah menjadikan PSS Bandar Banting salah satu tempat yang menarik di
Sekolah Kebangsaan Bandar Banting. Selain itu, Program NILAM dan program-
program yang berkaitan dengan PSS telah ada peningkatan.
Pada tahun 2011, Pengurusan PSS Bandar Banting akan melangkah
setapak lagi dalam penglibatan kegiatan Minggu Panitia. Selain itu, berusaha
dalam menganjurkan program bagi meningkatkan budaya membaca dikalangan
murid sekolah.
Insyaallah , dengan berkat kerjasama guru-guru SKBB impian ini akan
menjadi kenyataan. Semoga pada tahun 2011 ini, kita akan mencapai kejayaan
yang lebih cemerlang.
VISI & MISI
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BANTING

SLOGAN

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BANTING


CEMERLANG

VISI

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI


TERBILANG

MISI
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BANTING
MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI
PENDIDIKAN BERKUALITI
VISI & MISI
PUSAT SUMBER SK BANDAR BANTING

VISI

Berusaha ke arah menyediakan pelbagai bahan bacaan berilmu dan


sumber maklumat lain untuk menyemai semangat cintakan ilmu di
kalangan warga sekolah serta menjadikan pusat sumber unggul penjana
generasi terbilang.

MISI

1. Melahirkan generasi berilmu dan cemerlang dalam kurikulum dan


kokurikulum.
2. Menyemai minat membaca di kalangan murid dan warga sekolah
yamg lain.
3. Mewujudkan sausana yang ceria dan kondusif untuk menggalakkan
pengunjung ke PSS
4. Melatih generasi muda dalam kemahiran asas bidang ICT.

MOTTO PSS

‘PSS Pencetus Minda


Ke arah Kecemerlangan’

Huraian Motto :
Pusat Sumber merupakan gedung ilmu yang mengandungi 1001 jenis
maklumat. Sesiapa yang rajin mengunjungi dan memanfaatkannya akan
beroleh kejayaan yang cemerlang.
MATLAMAT

Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.


Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis,
kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu
pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat
memainkan peranan yang berkesan dalam
pembangunan negara, bangsa, dan agama.
Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif, dan
berdisiplin untuk membantu sahsiah pelajar supaya
dapat memainkan peranan positif.
Mendedahkan pelajar dengan pengetahuan teknologi
maklumat menerusi penggunaan komputer.

OBJEKTIF PSS

Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru


dan pelajar.
Menyediakan tempat untuk guru-guru merancang dan
menghasilkan sumber-sumber pengajaran dan
pembelajaran
Meningkatkan profesionalisme guru
Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis
maklumat.
Membina program media untuk pengajaran dan
pembelajaran.
Menyediakan perisian pendidikan untuk kegunaan guru
dan Pelajar

You might also like