You are on page 1of 2

Kanak-kanak dahpada setiap peringkat umur, bangsa dan status sosioekonomi

berpotensi menjadi mangsa penderaan seksual. Dalam lapan daripada sepuluh kes
yang dilaporkan, pendera adalah dikenali mangsa. Pendera boleh jadi seorang lelaki
atau wanita yang biasanya merupakan seorang yang berada dalam kedudukan
berkuasa yang dipercayai dan disayangi mangsa.
Kanak- kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual juga selalunya
mengalami kesan fizikal, mental, emosi, tingkah laku, kerohanian, dan kesan
sampingan lain. Keadaan ini menjadi lebih tragis apabila kanak-kanak yang telah
dicabul secara seksual dibunuh oleh pelakunya. Tidak menghairankan jika ancaman
pencabulan seksual terhadap kanak-kanak merupakan salah satu daripada ketakutan besar yang dialami oleh
kebanyakan ibu bapa.
Kejadian gangguan seksual kanak-kanak jga perlu diberi perhatian oleh semua
pihak kerana ia ibarat mukadimah atau pembuka tirai bagi melakukan kesalahan
seksual yang lebih berat seperti merogol dan sebagainya. Persoalan dan isu gangguan
seksual di Malaysia semakin jelas berlaku ekoran daripada beberapa pendedahan dan
dakwaan yang dibuat oleh beberapa mangsa. Mereka yang pernah diganggu secara
seksual kini semakin berani ke hadapan. Tindakan yang dilakukan ini memaparkan
kepada kita tahap kesedaran masyarakat berkenaan soal-soal sebegini semakin
meningkat. Peningkatan tahap kesedaran ini diharapkan dapat mengurangkan
bilangkan kes gangguan seksual kanak-kanak.

Menurut undang-undang (US), "penderaan seksual kanak-kanak" adalah istilah


menyeluruh (umbrella term) menggambarkan kesalahan jenayah dan sivil di mana
seseorang dewasa terbabit dalam aktiviti seksual dengan kanak-kanak bawah umur
dan mempergunakan kanak-kanak bawah umur bagi tujuan memuaskan nafsu
seksualnya. Professor Sosiologi David Finkelhor, direktor bagi Crimes against Children
Research Center, menggambarkan "penderaan seksual kanak- kanak" sebagai memerlukan dua komponen. Yang
pertama aktiviti seksual membabitkan kanak-kanak
dan yang kedua pula ialah 'keadaan penderaan' seperti paksaan atau jurang usia yang
besar antara peserta yang menunjukkan ketiadaan persetujuan.

Penderaan seksual adalah satu perlakuan individu yang memaksa, memperdaya


atau mengugut kanak-kanak yang mendorong mereka mengadakan hubungan seksual
dengan mereka semata-mata untuk memuaskan nafsu seksual. Penderaan seksual
boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Antara bentuk-bentuk penderaan seksual yang
biasanya dilakukan terhadap kanak-kanak adalah seperti:
♦ Memasukkan objek atau bahagian tubuh ke dalam faraj, mulut atau dubur.
♦ Menyentuh bahagian sulit.
♦ Menunjukkan bahan-bahan lucah kepada kanak-kanak.
♦ Mengambil gambar kanak-kanak dalam aksi seksual.
♦ Menggalakkan kanak-kanak menonton atau mendengar aksi seksual.
♦ Membuat panggilan telefon lucah,
♦ Rogol.
♦ Seks oral / liwat / pelacuran
♦ Mengintai.
♦ Mencium.
♦ Mengusap.
♦ Mempamerkan aksi ataupun bahan-bahan lucah kepada kanak-kanak.
Penderaan seksual dalam bentuk apa pun adalah satu tindakan yang
mempunyai tujuan untuk merosakkan, mencederakan atau membunuh dan pelaku
seperti ini ttdak sepatutnya dibiarkan bebas.

6.0 KESAN-KESAN NEGATIF YANG DIHADAPI OLEH KANAK-KANAK


PENDERAAN SEKSUAL.
Kesan penderaan seksual adalah berbeza mengikut personaliti seseorang
kanak-kanak dan seriusnya keadaan peristiwa itu. Terdapat banyak kesan-kesan
negatif yang dihadapi oleh kanak-kanak yang mengalami penderahan seksual
antaranya :-
♦ Perasaan marah
♦ Perasaan bersalah
♦ Perasaan iri hati
♦ Perasaan malu
♦ Kontlik dalaman terhadap kasih sayang
♦ Keliru
♦ Merasa rendah diri
♦ Merasa dirinya tidak berguna lagi
♦ Pandangan kacau bilau terhadap seks
♦ Hidup terasing dan kurang mempercayai orang
♦ Kecenderungan untuk bunuh diri
♦ Gangguan personaliti
♦ Garang

Difahamkan, dia direman empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354
Kanun Keseksaan (KK) iaitu menggunakan kekerasan dengan niat mencabul kehormatan.

You might also like