You are on page 1of 3

SUKAN LASAK (EKSTRIM)

Go-Kart

Sukan go-kart bukanlah satu perkara baru dalam arena sukan di negara kita. Sukan ini
tidak lagi terpinggir malah semakin hari pelbagai perubahan dilakukan bagi
meninggikan lagi mutu penciptaannya di samping memenuhi saingan perlumbaan go-
kart yang semakin mencabar. Namun begitu, dalam merekabentuk sebuah go-kart yang
lebih murah dan mudah ternyata Malaysia masih lagi ketinggalan.

Rekabentuk go-kart yang akan direka ini adalah salah satu usaha bagi melihat
kemampuan generasi rakan muda abad 21 di setiap Institut Pengajian Tinggi di negara
kita dalam menghasilkan sebuah prototaip go-kart yang mempunyai rekabentuk
tersendiri yang mesti memenuhi setiap syarat yang telah di gariskan oleh pihak
penganjur.

Prototaip go-kart yang dibina ini bukan sekadar untuk kegiatan riadah tetapi untuk
dijadikan asas kepada perlumbaan sukan bermotor. Proses pembuatan prototaip go-
kart ini mempunyai pelbagai proses sebelum sebuah prototaip yang dikehendaki itu
dicipta. Beberapa aspek perlu diambil kira antaranya adalah penyediaan methodologi
rekabentuk berdasarkan pertandingan rekabentuk terkini yang sedia ada di pasaran.
Perbandingan ini adalah berkaitan dengan rekabentuk dan pembinaan rekabentuk itu
sendiri. Seterusnya pemasangan , pengubahsuaian, ujipandu serta pengubahsuaian
semula perlu dilakukan sebelum ciri-ciri kesempurnaan sebuah go-kart yang sebenar
dihasilkan.

Go Kart semakin menjadi tarikan kepada golongan remaja.

Terjun Bungee 
Ia juga dikenali sebagai Bungee, Bungy, Bunjee, Le Benji or Suicide Practice dan ianya
semakin digemari dewasa ini, khususnya para belia.

Perkataan “bungee” mula diperkenalkan sekitar tahun 1930 dan nama tersebut
digunakan untuk getah pemadam. Menurut A.J Hackett, Bungee ialah slanga orang New
Zealand untuk tali elastik.

Meskipun bahaya besar boleh dihadapi dalam terjunan yang terlalu tinggi tersebut,
beberapa juta penerjun bungee telah berjaya dalam aktiviti tersebut sejak tahun 1980an
lagi.

Malangnya kadar eksiden dalam sukan lasak ini terlalu tinggi dan amat mengerikan.
Salah satu kesilapan yang sering mengakibatkan kemalangan ialah menggunakan tali
yang terlalu panjang. Tali hendaklah lebih pendek daripada ketinggian platform untuk
memberi ruang kepada tali untuk meregang dan menjadikan penerjunan selamat.

Terjun Bungee aktiviti lasak yang mencabar

Paintball

Paintball ialah sejenis sukan dimana para pesertanya menggunakan “marker” untuk
menembak paintball (saiz guli, .68 caliber, kapsul gelatin yang dipenuhi dengan cat
berwarna kepada pemain yang lain. Sukan ini diperkenalkan pada tahun 1980an dan
menjadi terkenal begitu cepat sekali

Sukan ini boleh dimainkan secara indoor atau outdoor dalam pelbagai stail. Tidak ada
peraturan tertentu dalam permainan ini. Ianya terpulang kepada objektif, strategi dan
daya imaginasi para pemain itu sendiri. Sukan ini menggunakan banyak jenis peralatan
dan unik jika dibandingkan dengan sukan lasak yang kain. Malahan ianya menggunakan
slanga yang tersendiri dalam berkomunikasi diantara pemain. Bertentangan dengan
sesetengah pendapat, paintball merupakan salah satu sukan yang paling selamat dan
hanya dimainkan oleh mereka yang mempunyai pelbagai kemahiran.

Paintball merupakan sukan yang makin diminati pada masa kini.

You might also like