You are on page 1of 3

Konsep 1 Malaysia 

menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib  Tun Abdul Razak:
“Kita berdiri, kita  berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan
kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik
dalam negara kita;

Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum
Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi
pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu
pertimbangan daripada kerajaan.

Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak
sekian lama”.

2.1  Huraian
Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan kesimpulan berikut :

2.1.1  Konsep 1 Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan


peranan masing.

 Ayat yang menyebut “Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia.
One People” menuntut rakyat daripada pelbagai kaum dan agama berfikir melepasi
sempadan kaum masing-masing.  Mereka juga di tuntut melahirkan tindakan yang
melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum.

Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, diminta tidak hanya berfikir dalam skop
bangsa mereka sahaja.  Mereka juga diminta tidak hanya membataskan tindakan
mereka kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja. 
Demikianlah juga dengan kaum-kaum yang lain, mereka dituntut melakukan perkara
yang sama.

Sementara ayat “dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua


kumpulan etnik dalam negara kita” lebih menjurus dan bersangkutan dengan
kepimpinan negara.  Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan melayani dan
memenuhi segala keperluan dan hak semua kaum dan etnik di Malaysia.

2.1.2  Nilai tambah dan pembaharuan dalam Konsep 1 Malaysia

“Mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam


negara kita”  telah dilaksanakan kerajaan semenjak kemerdekaan negara lagi. 
Perkara ini berjalan dalam bentuknya yang tersendiri iaitu pihak kepimpinan negara
melayani kehendak dan keperluan setiap etnik melalui wakil kaum masing-masing.

Melalui konsep 1 Malaysia, YAB Perdana Menteri mahukan setiap wakil rakyat
bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka
kepada kaum-kaum lain.
1. PENGENALAN
• Cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia
ketika ini, memerlukan setiap negara menyusun
strategi masing-masing agar tidak tersisih daripada
arus kemajuan dunia dan menjadi mangsa
penindasan pihak tertentu. Bagi menghadapi
keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira
keturunan dan anutan agama, perlu bertindak
sebagai satu bangsa, yakni Bangsa Malaysia, yang
berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat
yang sama iaitu membina sebuah negara yang lebih
maju, selamat, aman dan makmur serta mampu
bersaing dengan masyarakat lain di dunia

Bagi melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdaya


tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang
dibawa oleh arus globalisasi, termasuk dalam bidang
sosial, ekonomi dan politik, maka Perdana Menteri
Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak memperkenalkan
Konsep 1Malaysia yang berpaksikan prinsip “Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Konsep
ini bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan
sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip
Rukun Negara..

Konsep 1Malaysia bertujuan memperkukuhkan


hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai
kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk
menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang
bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka.
Konsep ini juga, jika dihayati sepenuhnya oleh
semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah
negara yang lebih aman, stabil dan maju dalam
segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Lompat ke: pandu arah, cari
Logo rasmi 1 Malaysia

1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana
Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini
idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak
mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara
evolusi.

Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia
menjadi sebuah negara maju.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara
menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang
diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun
Abdullah Ahmad Badawi.[1]

Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama
lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum
dipereratkan bagi jangka masa panjang.[2] Tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan
kumpulan etnik sekiranya mereka mempunyai potensi berhak mendapat bantuan kerajaan
berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang
terbaik. Kerajaan menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang adil
tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan memastikan penghasilan yang sama. Prinsip
utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar.[3]

Slogan 1 Malaysia

Slogan satu malaysia pada 2009 adalah "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".Slogan
pada 2010 pula ialah "1 Malaysia Menjana Transformasi", Slogan-slogan tersebut juga adalah
tema sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke 52 dan 53.

[sunting] Logo 1Malaysia


Logo 1Malaysia terbentuk dari nombor satu dan berlatarbelakangkan bendera Malaysia.Logo
Tersebut melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan
mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir
dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

You might also like