You are on page 1of 3

Teori pembelajaran Gagne dikenali sebagai Teori Pemprosesan Maklumat yang

memberi fokus kepada penggunaan bahan bercetak. Beliau mengatakan bahawa


pembelajaran dan penyampaian isi pelajaran mesti bergerak daripada aras paling
mudah kepada yang lebih kompleks. Beliau mengemukakan lapan fasa yang
melibatkan proses pembelajaran dimana tiga daripadanya ialah motivasi,
kefahaman dan maklum balas.

Nyatakan empat selain daripada yang dinyatakan di atas dengan huraian ringkas

1. Fasa Penyimpanan- Kod

Apabila seseorang telah berjaya memilih rangsangan yang relevan dan


mempersepsikannya denga tepat, maka rangsangan itu akan dibawa oleh sistem saraf
ke dalam stor ingatan jangka pendek. Di situ, rangsangan tersebut akan dikodkan
dengan suatu cara yang ringkas dan tersendiri seperti merekodkan isi-isi penting dalam
bentuk yang mudah disimpan.

2. Fasa Penahanan- Stor Ingatan

Selepas rangsangan yang dipilih dan dikodkan dalam stor ingatan jangka pendek,
sebahagian atau keseluruhanya akan disalurkan dan disimpan dalam stor ingatan
jangka panjang. Kod-kod yang disimpan dalam stor jangka panjang akan
ditransformasikan dan disusun semula dengan satu sistem yang lebih kekal dalam
ingatan dan lebih mudah dikeluarkan. Fasa ini dinamakan fasa penahanan, iaitu
menyimpan maklumat, peristiwa atau pengalaman yang diperoleh dengan cara yang
sistematik.

3. Fasa Generalisasi- Pindaan

Fasa generalisasi ini merujuk kepada fasa pemindahan pembelajaran atau fasa aplikasi
di mana seseorang individu boleh mengingat kembali maklumat dalam stor ingatan
jangka panjang dan menggunakannya untuk situasi yang sama atau serupa.
Misalnya, seorang murid telah mengetahui bentuk segiempat tepat, segiempat sama
sisi, rombus yang masing-masing mempunyai empat sisi, maka murid itu akan
membuat generalisasi bahawa bentuk-bentuk tersebut boleh diklasifikasikan dalam
kategori sisiempat.

4. Fasa Maklum Balas-Peneguhan

Fasa ini merupakan fasa terakhir dalam sesuatu proses pembelajaran. Fasa maklum
balas ini berlaku selepas seseorang individu telah bertindak balas dengan prestasi atau
perubahan tingkah laku yang tepat. Tindakan maklum balas mempunyai fungsi
peneguhan seperti memberi galakan kepada orang yang telah menunjukkan prestasi
yang tepat. Contohnya, seseorang murid yang dapat memberi jawapan yang harus
diberikan pujian oleh guru.

Berdasarkan Model Pemprosesan Maklumat yang dikemukakan Gagne, beberapa


aspek utama dapat dikenal pasti dalam fasa proses pembelajaran. Di antaranya ialah
kesediaan, motivasi, pengamatan, ingatan dan lupaan serta pemindahan.
Berdasarkan tiga fasa berikut, jelaskan bagaimana ia diaplikasikan dalam
pengajaran Pengajian Sosial.

(i) Motivasi

Fasa motivasi ialah fasa pertama yang berlaku dalam sesuatu proses pembelajaran.
Lazimnya, manusia belajar kerana didorong oleh motivasi tertentu. Tanpa motivasi,
proses pembelajaran tidak akan bermakna dan berkesan. Oleh itu, motivasi memainkan
peranan yang penting dalam mana-mana proses pembelajaran.

Manusia berusaha belajar kerana mempunyai motif tertentu. Motivasi merupakan


tindakan yang menimbulkan motifnya supaya belajar. Jadi motivasi digunakan untuk
menggalakkan murid-murid supaya berusaha belajar.

 (ii) Kefahaman

 Fasa ini melibatkan aktiviti pemerhatian dan pemilihan rangsangan yang tepat dan
relevan. Di dalam fasa ini, seseorang akan menumpukan perhatian terhadap sesuatu
rangsangan yang dimotivasikan dan memilih serta membezakan rangsangan-
rangsangan melalui organ derianya. Contohnya, semasa belajar di bilik darjah, seorang
murid menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru dan menolak gangguan
yang lain seperti bunyi perbualan daripada rakan sekelas yang lain.

 (iii) Maklum balas

Fasa prestasi juga dikenali sebagai fasa perlakuan. Mengikut Gagne, fasa ini boleh
diperlihatkan dan diukur daripada perubahan tingkah laku seseorang dalam proses
pembelajaran. Fasa prestasi berlaku apabila seseorang bertindak balas dengan
perubahan tingkah lakunya sebaik sahaja isyarat ransangan diberikan. Misalnya, murid
bertindak balas dengan menjawab soalan guru secara lisan.

You might also like