You are on page 1of 3

PENGENALAN

Rekabentuk ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf


angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu nmedia untuk memberi satu konsep
dan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat.

PRINSIP-PRINSIP REKABENTUK
Walaupun seni rekabentuk memerlukan kebolehan seni lukis, tetapi untuk menghasilkan
bahan-bahan pengajaran tidak semestinya seorang itu pelukis. Sesorang guru dapat
menghasilkan bahan pengajaran jenis visual untuk pembelajaran dengan berpandukan
kepada beberapa prinsip seni rekabentuk. Dalam menghasilkan sesuatu media pendidikan
kita memerlukan rekabentuk. Rekabentuk adalah berupa huruf, angka, gambarajah, carta
dan sebagainya. Oleh itu kita harus dan perlu mempelajari kaedah-kaedah dan prinsip
rekabentuk yang betul supaya media-media pendidikan yang kita terbitkan itu bermutu.

Untuk mengeluarkan bahan-bahan pengajaran seperti carta, gambar kepingan lutsinar, slaid
dan sebagainya. Prinsip-prinsip rekabentuk dipatuhi supaya bahan itu nanti bukan sahaja
akan berkesan tetapi juga menarik.

1 Prinsip Mudah

1.1 Visual yang ditayangkan hendaklah dihadkan kepada satu idea. Idea yang banyak
dalam satu visual akan mengelirukan.

Perkara Utama : Menunjukkan cecair di masukkan ke dalam botol.


Tidak perlu dilukis tiga buah botol, dilukis sebuah botol lebih mudah untuk difahami.

1.2 visual yang mengandungi sedikit elemen adalah lebih baik kerana mudah dilihat.
1.3 Hadkan perkataan-perkataan yang ditayangkan kepada 15 atau 20 patah perkataan
sahaja dalam satu visual tayangan.

PROFILE SEKOLAH

- NAMA SEKOLAH
- ALAMAT SEKOLAH
- VISI DAN MISI SEKOLAH
- TAHAP PENCAPAIAN SEKOLAH
-

Contoh Bahan Transparensi

1.4 Lukisan hendaklah jelas dan terang. Garisan luar ( outline ) hendaklah dibuat dengan
garisan tebal. Garisan-garisan kecil harus ditinggalkan kerana garisan-garisan kecil
yang terlalu banyak akan mengelirukan.

KUCING

2. Prinsip Penyatuan

Penyatuan ialah perhubungan yang lahir di antara elemen-elemen visual apabila elemen-
elemen tersebut berfungsi bersama sebagai satu kesuluruhan. Dengan kata lain, elemen-
elemen seperti penghurufan, warna, bahan-bahan lain hendaklah saling melengkapi di
antara satu dengan yang lain untuk mengukuhkan idea dasar yang hendak disampaikan.
Penyatuan dapat diperolehi dengan menggunakan anak panah, kotak, garisan, bentuk-
bentuk tertentu, warna dan sebagainya.
3. Prinsip Penegasan

3.1 Tegaskan satu elemen atau satu idea sahaja yang boleh menjadi pusat minat dan pusat
perhatian.

3.2 Gunakan warna, penghurufan tertentu, saiz, ruang dan sebagainya untuk menegaskan
idea tersebut.

BOLA SEPAK BOLA SEPAK

Tajuk carta: Bola sepak . tidak perlu dilukis gambar permainan lain.

4. Prinsip Seimbang

Kesemua elemen-elemen dalam sesuatu visual dari elemen penghurufan hingga ke elemen
gambar dan garisan haruslah seimbang pada keseluruhanya dan tidak berat sebelah.
Dengan kata lain, semua elemen visual itu adalah dalam kedaan yang sama berat.

Seimbang formal seimbang tidak formal

You might also like