Professional Documents
Culture Documents
KIMPALAN GAS
3.0 Pengenalan
Kimpalan ialah mencantum dua kepingan logam sama ada dengan melebur atau tidak melebur dengan menggunakan haba. Kimpalan yang digunakan melebihi takat suhu lebur dan logam itu
melebur dikenali kimpalan lebur. Kimpalan yang tidak melebihi takat suhu lebur, tetapi menghampiri hingga logam itu mula berfungsi sebagai plastik disebut kimpalan tidak lebur. Keluli lembut
melebur pada suhu 1400C. Logam yang mempunyai takat lebur rendah boleh dikimpal dan dilebur pada suhu yang lebih rendah. Berikut adalah contoh suhu takat lebur nagi setiap keluli. Keluli
327C, aluminium 850C hingga 1000C, loyang 900C-1020C,gangsa 960C, perak 960C dan kuprum 1080C
Kimpalan Gas merupakan kimpalan yang menghasilkan tautan di mana bahan dipanaskan dengan menggunakan nyala api gas bahan api oksi dengan atau tanpa penggunaan tekanan atau
dengan tanpa logam pengisi.
3.1.2 Regulator
Ia merupakan alat kawalan pengaliran gas yang keuar dari selinder atau paip manifold. Alat ini berfungsi menentukn tekanan isipadu gas yang diperlukan bagi sesuatu proses kimpalan.
Regulator menerima gas pada tekanan tinggi dan mengurangkan tekakanan untuk tekanan kerja yang boleh dikawal.
Prinsip asas kendalian bermula dari satu pegas yang diketatkan pada skru pelaras. Apabila skru pelaras diputarkan mengikut arah jam bahagian hujung batang skru menolak gegedang yang
dihubungkan dengan satu sauran masuk ke tempat kerja. Injap salur gas yang terkeluar ke tempat kerja terbuka dan melepaskan pengaliran gas yang terkawal.
a) Periksa kebocoran dengan menggunakan pemeriksa bocor atau air buih sabun,
b) Periksa bahagian-bahagian berikut:
I. Injap silinder.
II. Cagak pengatur.
III. Punca tuas pengatur.
IV. Cagak tolok tekanan tinggi.
Kimpalan gas adalah suatu proses kimpalan yang menghasilkan tautan bahan dipanaskan dengan menggunakan nyala api gas bahan api oksi dengan atau tanpa penggunaan tekanan atau
dengan atau tanpa logam pengisi.
Selain mengimpal gas, bahan api digunakan untuk memotong , melakukan rawatan haba seperti pengerasan dan sepuh pindap, membengkok atau melurus.Terdapat tiga proses yang biasa
dilakukan seperti Kimpalan oksi- asetilena, Kimpalan oksi – hidrogen, dan kimpalan tekanan gas.
3.4 Haba
Dalam proses kimpalan gas, haba yang digunakan biasanya daripada pembakaran campuran gas asetilena dan oksigen. Haba itu dikawal dan dihalakan kepada bahagian yang hendak
disambungkan supaya bahagian-bahagian itu akan menjadi lebur dan disambungkan dengan rod penambah. Nyalaan pembakaran oksi-asetilena paling tinggi berbanding suhu kepanasan
bahan api lain ialah (3316 C) dan amat sesuai untuk kerja mengimpal.
3.5 Suhu
Selain daripada itu , pelajar dinasihatkan untuk memakai pakainan perlindungan bagi tujuan keselamatan.
i. Menyalakan nyalaan
i. Menggayakan kedudukan
Kedudukan pengimpal adalah faktor penting untuk meng¬hasilkan kimpalan yang baik. Oleh itu, faktor yang lebih pen¬ting ialah kedudukall teras nyalaan. hni adalah komponen arahan teras
nyalaan, sudut dan tinggi. Setkan dengan betul mengikut rajah di bawah. Bagaimanapun , nyalaan agak sukar dilihat dari pengimpal. Ia mernerlukan latihan yang rapi untuk memerhatikan
keadaan ini.
1. Buatkan kawah leburan pada garis-garis persilangan di garis-garis persilangan di garis penanda
2. Jangan biarkan kawah mendidih dan elakkan percikan.
1. Gerakkan kelajuan yagn seimbang, sementara itu kawal lebar kawah yag seragam
2. Tambahkan kelajuan gerakkan sehingga sumpitan menghampiri penghujung bahan kerana penghujung bahan mudah terbakar
iv. Semakan
i. Mengimpal Titik
- Kepitkan kedua-dua kepingan keluli dengan ragum tangan dan ambil 25 mm basian tindih
- Kimpal dua titik kedudukan di tepi kepingan tersebut
4.0 Rumusan
Kimpalan adalah salah satu cara untuk menyambungkan 2 keping logam dan biasanya melalui proses pemanasan. ‘Manufactures’ menggunakan kaedah ini untuk membuat berbagai-bagai jenis
bahan antaranya kereta, peralatan rumah, dan perabot. Sektor pembinaan pula menggunakannya dalam membuat bangunan, menyambungkan bahagian-bahagian tertentu dan sebagainya.
Subjek kimpalan dan fabrikasi logam ini bertujuan membekalkan kami dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai jenis kerja kimpalan. Sepanjang tempoh dalam menyiapkan projek,
sangat penting untuk mengamalkan langkah keselamatan dan menjalankan kerja kimpalan dengan menggunakan pelbagai jenis alatan tangan dan mesin. Kemahiran yang dipelajari termasuk
proses mengimpal dengan menggunakan gas oksi-asetelina, proses penyediaan bahan dan sambungan serta mengimpal plat dan Melalui mata pelajaran ini kami dapat memahami perajalanan
dalam industri yang terlibat dengan kerja kimpalan dan industri-industri yang terlibat sama.
Projek dalam fabrikasi logam telah dapat kami siapkan mengikut tempoh masa yang diberi. Sepanjang masa membuat kerja-kerja ini,kami telah belajar untuk membaca plan, membentuk,
memasang kepingan logam dengan cara mengimpal, merivet, memotong, melipat, dan cara-cara lain mengikut piawaian industri masa kini. Kami juga telah diajar mengenai asas logam,
mengukur, memotong, mengikir. Sepanjang itu juga, kami melihat untuk perlu lebih kreatif dalam menentukan langkah-lagkah kerja agar tidak tersilap dan kerja-kerja dapat disiapkan dengan
mudah. Banyak juga proses-proses yang melibatkan penggunaan peralatan tangan dan mesin pelbagai bagi memudahkan kemahiran merancang dan mereka bentuk kerja-kerja.
Dalam melakukan aktiviti ini kita dapat mempelajari mempelajari teknik-teknik yang betul dalam mengendalikan mesin-mesin kimpalan di bengkel. Pendedahan meluas oleh instrutor
berpengalaman seperti En. Iskandar adalah sangat terperinci memudahkan bagi kami melakukan aktiviti ini sendiri dengan mudah. Walaubagaimanapun, kekurangan peralatan menyebabkan
pelajar terpaksa bergilir-gilir mengunakan alat kimpalan, menyebabkan tidak banyak aktiviti dapat dijalankan. Pendedahan yang di berikan dapat membantu kami untuk lebih berkeyakinan
semasa berdepan pelajar pada masa depan kerana subjek ini boleh dikategorikan sebagai subjek yang agak sukar dan mempunyai banyak risiko yang mungkin terjadi.
Kemahiran-kemahiran yang kami dapat dari pengajaran yang diberi sangat memuaskan. Dari sebelum ini, kami tidak berani untuk memegang sekalipun peralatan-peralatan kimpalan
sehinggalah kami mampu menyiapkan tugasan yang diberi dengan yakin dan jayanya. Subjek ini telah banyak memberi kami kemahiran dan ilmu melalui latihan teori dan amali untuk kerja-
kerja mengimpal, menyambung logam menggunakan pelbagai proses, kemahiran merancang dan mereka bentuk kerja-kerja kimpalan. Dalam pembelajaran ini juga kami memandang serius
faktor keselamatan diri dan alatan kerja. Kerja mengimpal ini adalah suatu kerja yang berisiko tinggi kerana melibatkan penggunaan alatan-alatan yang berkuasa tinggi yang boleh
mendatangkan kecederaan serius.
Secara keseluruhannya, banyak boleh diperkatakan sepanjang tempoh sesi pembelajaran untuk subjek kimpalan dan fabrikasi logam ini. Bagaimana suatu kerja yang sukar dapat kami miliki
kemahirannya seperti mengimpal arka dan gas. Pada pandangan kami sebelum ini, kerja ini adalah sangat merbahaya tetapi sebaliknya jika selagi kita mematuhi peraturan yang ditetapkan.