You are on page 1of 1

NAMA : KALIDEVAN A/L MUNIANDY

CLASS : J 2.5

Refleksi
Salam sejahtera saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing saya. Saya
Kalidevan A/L Muniandy dari kelas J2.5 telah habis membuat persembahan KKBI
bagi Pendidikan Muzik 2. Kami telah ditugaskan secara berkumpulan untuk
rancangkan persembahan secara berkumpulan untuk satu ‘Lunch Time Concert”
yang merangkumi semua bidang yang dipelajari untuk semester ini.

Kami dikhendaki mempersembahkan sebuah lagu instrumental dan juga


sebuah lagu semasa bagi persembahan vokal. Kumpulan saya memiliha lagu Nuan
Nuan untuk persembahan instrumental dan juga lagu My Love yang dipopularkan
oleh West Life untuk persembahan vokal.

Saya memainkan guitar bagi persembahan instrumental lagu Nuan Nuan.


Saya telah membuat latihan setiap hari. Semasa membelajari lagu tersebut saya
rasa agar susah untuk memainkanya kerana tempoh lagu itu agak tinggi dan saya
juga pertama kali bermain guitar. Tetapi kawan-kawan sekumpulan saya telah
membantu saya untuk membuat yang terbaik. Walaupun saya rasa tergetar semasa
memulakan persembahan itu tetapi saya telah Berjaya membuat persembahan itu
dengan baik.

Bagi persembahan vokal My Love saya telah memilih beberapa bahagian


untuk menyanyi solo. Saya juga menyanyi bahagian korus. Saya manghadapi sedikit
masalah semasa menyanyi kerana saya tak dapat pitch lagu itu tetapi kawan-kawan
saya telah membantu saya. Pada akhirnya saya dapat juga.Semasa membuat
persembahan saya rasa tergetar. Tetapi saya dapat mengawal getaran tersebut.
Saya rasa yang telah membuat yang terbaik semasa persembahan saya.

Pada masa ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan-
kawan sekumpulan saya dan juga pensyarah pembimbing kerana membantu saya
untuk mempersembahkan persembahan ini. Walaupun ini adalah persembahan
yang pertama semasa belajar di Institut Pendidikan Guru saya rasa ini adalah
persembahan yang agak baik. Sekian, terima kasih.

You might also like