You are on page 1of 23

Sejarah Melaka

Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara di antara tahun 1400 hingga
tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun
1409 apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai
agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah. Pemerintahan Kesultanan
Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah
Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan
terakhir Kesultanan Melayu Melaka. Pada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat
Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka.

FAKTOR-FAKTOR KEGEMILANGAN MELAKA

1. Kedudukan Geografi Yang Strategik

Kedudukan geografi Melaka terletak di tempat yang strategik di Selat Melaka, iaitu di
pertengahan jalan perdagangan anatara Timur dan Barat. Pedagang-pedagang asing yang
berulang alik di antara India (Barat) dan China (Timur) akan berdagang di Melaka, selain
mendapat bekalan makanan dan air ataupun membaiki kapal. Pelabuhan Melaka juga terlindung
daripada tiupan angin Monsun Timur Laut oleh Banjaran Titiwangsa dan angin Monsun Barat
Daya oleh Pulau Sumatera. Pedagang-pedagang yang datang berdagang juga menunggu
pertukaran angin Monsun untuk pulang dan datang ke Melaka.
Angin Monsun Timur laut yang bertiup dalam bulan November hingga Mac membawa
pedagang China ke Melaka dan pada masa sama akan membawa pedagang Asia Barat dan India
belayar pulang dari Melaka. Angin Monsun Barat Daya yang bertiup dalam bulan Mei hingga
September pula akan membantu pedagang Asia Barat dan India ke Melaka dan pada masa yang
sama membawa pedagang China belayar pulang dari Melaka. Selain itu, muara sungai Melaka
yang dalam membolehkan kapal dagang yang besar berlabuh di kawasan pelabuhan.

1
Perairan Selat Melaka yang sempit juga telah membolehkan kerajaan Melaka mengawal
laluan kapal-kapal dagang dengan mudah. Melaka juga mempunyai bentuk muka bumi yang
berbukit yang menjadi panduan untukl kapal dagang keluar masuk ke pelabuhannya. Selain
sesuai dijadikan kubu pelabuhan serta tempat memerhati musuh. Pokok-pokok bakau dan api-api
yang terdapat di persisiran pantai pula menjadikannya sukar ditembusi musuh.

2. Kemudahan Pelabuhan

Pelbagai kemudahan disediakan oleh pemerintah di pelabuhan Melaka untuk menarik


pedagang-pedagang asing ke palabuhan Melaka. Antara kemudahan-kemudahan tersebut ialah
kemudahan membaiki kapal, menyediakan rumah persinggahan dan gudang untuk menyimpan
barang. Kemudahan pengangkutan juga disediakan oleh Syahbandar seperti kapal, perahu, jong,
lancara, gajah dan pekerja untuk kemudahan para pedagang untuk membawa barangan ke
gudang.Pedagang juga mudah mendapatkan bekalan makanan dan air semelum memulakan
pelayaran semasa menunggu pertukaran angin Monsun. Angkatan laut yang terdiri daripada
Orang Laut juga dibentuk untuk melindungi pedagang daripada serangan lanun.

Parameswara telah mengasaskan sebuah kerajaan yang cekap, baik dan adil di Melaka
melalui Majlis Tertinggi yang diketuai olehnya. Jentera pentadbiran yang tersusun ini telah
berjaya mengekalkan Keselamatan, kemakmuran dan keamanan di Melaka. Syahbandar iaitu
anatara jawatan terpenting berjaya menguruskan pentadbiran di pelabuhan dengan cekap dan
bijak.

Antara tugas-tugas Syahbandar ialah

a. Menguruskan cukai
b. Menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal

2
c. Menguruskan gudang
d. Menguruskan pasar
e. Menjaga kebajikan pedagang
g. Menjaga keselamatan pedagang
h. Menjadi hakim di pelabuhan

Syahbandar juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kumpulan pedagang


seperti berikut :-

 Syahbandar I - Mengurus pedagang dari Gujerat.


 Syahbandar II - Menguruskan pedagang dari China, Ryukyu dan Champa.
 Syahbandar III -Menguruskan pedagang dari Kalingga, Pegu, Benggala dan Parsi.
 Syahbandar IV - Mengurus pedagang dari Pulau Jawa, Banda, Borneo, Filipina,
Maluku, Kalimantan dan Pasai.

3. Sistem Pentadbiran Yang Sistematik

3
Bagi melicinkan urusan pentadbiran kerajaan Melaka,Sultan Melaka telah mengadakan satu
sistem pentadbiran yang tersusun rapi yang dikenali sebagai “Sistem Pembesar Empat Lipatan
“Sistem ini boleh digambarkan seperti rajah yang berikut.

Raja/Sultan

Pembesar berempat

Pembesar berlapan

Pembesar enam belas

Pembesar tiga puluh dua

Sistem Pembesar Empat Lipatan terdiri daripada kumpulan Pembesar yang menjadi Pegawai
Tadbir Kerajaan.Dalam sistem pentadbiran ini, Sultan mengetuai teraju pemerintahan.Baginda di
bantu oleh empat orang pembesar yang dikenali sebagai Pembesar Berempat. Mereka terdiri
daripada Bendahari, Penghulu, Bendahara, Temenggung dan Laksamana.Pembesar berempat
dibantu oleh Pembesar Berlapan , Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh
Dua.Pembesar-pembesar ini mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-masing yang perlu
dilaksanakan dengan jujur dan bijaksana.
Corak pemerintahan dan pentadbiran di negeri-negeri Melayu mempengaruhi
pembentukan susun lapis masyarakatnya. Sistem pemerintahan dan pentadbiran yang
diamalkan oleh kerajaan awal di Tanah Melayu telah mempengaruhi kepada pembentukan susun
lapis masyarakat. setiap lapisan masyarakat ini mempunyai peranannya yang masing-masing.

4
Secara amnya, susun lapis masyarakat Melayu lama ini dapat dikategorikan kepada 2 kumpulan,
iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah.

Golongan pemerintah menduduki bahagian teratas susun lapis masyarakat. raja atau Sultan
merupakan orang yang menduduki tempat yang tertinggi dalam kategori ini. Baginda
mempunyai kuasa mutlak bagi melakukan apa-apa sahaja. Sebagai contoh, baginda berkuasa
menggubal undang-undang untuk memperkukuhkan kedudukannya. Baginda merupakan tunggak
menyatupadukan rakyat. Mengikut konsep dewa raja, segala perintah haruslah diikuti oleh rakyat
jelata tanpa dipersoalkan. Baginda juga berhak memiliki hak-hak keistimewaan seperti
penggunaan bahasa dalaman, penggunaan warna kuning dan sebagainya. Baginda juga dianggap
sebagai seorang yang daulat dan apabila baginda mangkat, tempatnya akan diwarisi oleh
puteranya melalui adat pertabalan. Kerabat diraja pula menduduki tempat selepas raja. Mereka
merupakan ahli daripada keluarga di raja yang mempunyai pertalian darah dengan raja yang
sedang memerintah. Golongan kerabat diraja ini dibenarkan menggunakan bahasa dalaman,
warna kuning dan sebagainya. Semuanya ini merupakan hak istimewa mereka tetapi hak
istimewa yang dimiliki oleh mereka, tidak boleh melebihi hak istimewa yang dimiliki oleh raja
yang sedang memerintah.

Golongan bangsawan, pembesar dan ulama menduduki tempat selepas golongan kerabat
diraja. Golongan ini dikenali sebagai anak baik-baik. mereka boleh terdiri daripada kerabat diraja
dan juga kerabat raja. Taraf mereka adalah sentiasa kekal. Mereka mempunyai pengaruh yang
kuat di kalangan pembesar dan rakyat. Mereka juga memainkan peranan yang penting dalam
bidang pemerintahan dan pentadbiran. Bagi mengekalkan identiti mereka, golongan bangsawan
dibenarkan menggunakan bahasa dalaman. Pembesar pula merupakan orang yang memainkan
peranan yang penting dalam sektor pemerintahan dan pentadbiran kerajaan. Mereka merupakan
golongan yang paling menghampiri raja atau Sultan yang memerintah. Jawatan pembesar ini
biasanya diwarisi secara turun-temurun. Sebagai contoh, Bendahara Melaka di negeri Melaka
diwarisi oleh keluarga Tun Perak secara turun-temurun. Golongan ulama pula merupakan orang
yang menjadi pemimpin agama. Mereka merupakan orang mahir atau pakar dalam bidang
keagamaan, kesenian, kesusasteraan dan sebagainya. Mereka juga menjadi penasihat atau
perujuk kepada Sultan khasnya dalam soal keagamaan. Biasanya, golongan ulama ini menjadi

5
penulis atau perawi diraja juga. Mereka dikenali sebagai khatib, mufti dan kadi dan memakai
gelaran yang dianugerahkan oleh Sultan seperti Maharaja Kadi dan sebagainya.

Golongan diperintah pula terdiri daripada 2 golongan utama manusia. Salah satunya ialah
rakyat. Golongan rakyat ini pula dapat dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu rakyat biasa dan
orang asing. Rakyat biasa merupakan rakyat yang bermastautin secara tetap dalam kerajaan itu.
Mereka terlibat dalam aktiviti perniagaan dan perdagangan. Biasanya, aktiviti perniagaan atau
perdagangan yang dijalankan oleh mereka merupakan milikan para pembesar. Mereka yang
terlibat ini dikenali sebagai orang kiwi. Selain itu, terdapat juga orang yang mahir dalam sesuatu
bidang seperti tukang kayu, tukang jahit dan mereka dikenali sebagai orang menderhaka.
Golongan rakyat biasa ini juga menjadi pengikut atau penyokong kepada seseorang pembesar
yang memegang kawasan mereka menetap. Orang asing pula merupakan sebahagian daripada
golongan rakyat. Mereka ini lebih dikenali sebagai orang dagang. Selain itu, penerokawan juga
merupakan orang asing. Biasanya, orang asing datang ke sini untuk menuntut, berniaga dan
sebagainya. Selain itu, terdapat juga mereka yang menjadi tentera upahan di kerajaan-kerajaan
Melayu awal. Orang asing ini dapat dibahagikan kepada 2 golongan, iaitu mereka yang
mengunjungi sekali-sekala dan mereka yang menetap terus di kawasan kerajaan tersebut. Dari
golongan yang menetap terus, ada kalangan mereka telah menukarkan identiti mereka supaya
sama dengan masyarakat tempatan; ada juga dikalangan mereka yang masih mengekalkan
identiti asal mereka. Walaupun begitu, mereka tetap tidak terlepas daripada hukum adat seperti
Hukum Kanun Melaka.

Golongan hamba pula merupakan golongan yang menduduki tempat paling rendah dalam
hierarki organisasi sosial. Golongan hamba ini juga dapat dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu
hamba diraja, hamba berhutang dan hamba biasa. Hamba diraja ini merupakan orang yang secara
sukarela menjadi hamba bagi raja yang memerintah. Mereka bertanggungjawab melakukan apa-
apa saja yang dititah oleh Sultan. Mereka juga mempunyai status yang lebih tinggi daripada
golongan hamba yang lain. Hamba berhutang pula terdiri daripada mereka yang tidak mampu
membayar hutang kepada pemiutangnya dalam tempoh masa yang ditetapkan. Mereka ini
disebut sebagai masuk hulan. Mereka ini terpaksa bersama isteri dan anak-anaknya tinggal
dengan si pemiutang dan bekerja sehingga hutangnya dibayar. Mereka boleh diperjual beli

6
kepada/daripada pembesar-pembesar lain. Walau bagaimanapun, mereka boleh menjadi rakyat
biasa semula apabila ia setelah selesai berkhidmat kepada si pemiutang dalam tempoh yang
dijanjikan. Hamba biasa pula menjadi hamba seumur hidup kepada pemiliknya secara turun-
temurun. Mereka ini dapat digolongkan kepada 3 jenis iaitu hamba abdi yang membuat kerja-
kerja berat dan kasar, dengan yang merupakan hamba yang dibeli dan biduanda yang merupakan
orang suruhan yang selalunya dimiliki oleh raja.
Setelah British hadir ke Tanah Melayu, struktur/organisasi sosial telah mengalami perubahan
yang mendadak. Kini, golongan raja tidak lagi berkuasa seperti dahulu, kuasa mereka telah
diambilalih oleh Residen. Sistem perhambaan juga mengalami kemerosotan dan akhirnya pupus.
Akhirnya, satu struktur organisasi sosial yang lebih unik telah diwujudkan dan hak-hak setiap
orang telah diperakui dan dilindungi.

4. Keberkesanan Undang-undang

Bagi melicinkan lagi urusan aktiviti perdagangan, kerajaan Melaka telah menggubal undang-
undang seperti Undang-undang Laut Melaka.Undang-undang Laut Melaka yang digubal
mengandungi 24 fasal. Undang-undang Laut Melaka yang digubal mengandungi

a. Peraturan dan tatatertib berniaga


b. Cara berjual beli

7
c. Hukum-hukum jenayah yang berlaku di kapal
d. Larangan dan tanggungjawab bakhoda

5. Cukai Perdagangan

Melaka mempunyai cukai pelabuhan yang teratur dan berpatutan. Terdapat dua jenis cukai yang
dikenakan dalam urusan perniagaan iaitu:

a.Cukai rasmi (duti import) atau Panduan


b.Cukai tak rasmi iaitu dalam bentuk hadiah kepada sultan dan pembesar

Selain itu, cukai juga dikenakan ke atas keluar masuk barangan makanan di Melaka kerana hasil
pertanian Melaka tidak mencukupi untuk keperluan sendiri. Perdagang juga perlu membuat
bayaran untuk mendapat Surat Kebenaran Berniaga untuk urusan jual beli. Surat ini merupakan
lesen untuk berniaga.

1. Surat Kebenaran Berniaga dikeluarkan bertujuan untuk


a. Memastikan urusan perdagangan adalah lancar
b. Sumber pendapatan kerajaan
2. Sistem pungutan cukai yang dikenakan oleh kerajaan Melaka ialah Sistem Cukai
Berkeutamaan
3. Cukai yang dikenakan ialah mengikut kawasan dan hubungan dengan Melaka
a. Pedagang dari Barat seperti India, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai
sebanyak 6%
b. Pedagang dari Timur seperti China dan Jepun tidak dikenakan cukai tetapi mereka
dikehendaki memberi persembahan iaitu hadiah kepada Sultan, Temenggung dan
Syahbandar
c. Pedagang dari Kepulauan Melayu atau tinggal tetap di Melaka dikenakan cukai
sebanyak 3%

8
6. Penggunaan Sistem Matawang

Melaka menjadi tarikan pedagang asing kerana urusan niaga dijalankan melaui sistem tukar
barang dan penggunaan mata wang. Wang logam mula digunakan semasa zaman pemerintahan
Sultan Muzaffar Shah dan kedatangan pedagang asing telah meluaskan lagi menggunakan mata
wang tersebut. Wang logam ini diperbuat daripada timah yang dipanggil calains. Pada
permukaan wang timah ini dipahat nama sultan yang memerintah Melaka pada masa itu.
Penggunaan mata wang emas, perak dan timah juga digunakan. Mata wang ini dibawa dari
Pedir,Pasai, Kembayat dan Gujerat.

6.1 Penggunaan Sistem Mata Wang

Pelabuhan Melaka telah menjadi sebuah pelabuhan entrepot. Pelabuhan entrepot


berperanan sebagai pusat pengumpulan barangan dari kepulauan Melaytu dan pusat
pengedaran barangan dari Timur dan Barat ke Kepulauan Melayu

6.2 Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca

Bahasa Melayu telah digunakan dengan meluas di Melaka.Bahasa Melayu dianggap


sebagai Lingua Franca kerana digunakan dengan meluas oleh pedagang di pelabuhan
Melaka. Pedagang-pedagang asing juga tidak menghadapi masalah komunikasi dengan
pegawai Melaka kerana mereka boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu
juga digunakan di negeri-negeri Melayu lain yang berhampiran Melaka atau tanah
jajahan Melaka. Selain itu, bahasa Melayu juga digunakan dalam hubungan sosial,
pentadbiran, ekonomi, agama agama dan pendidikan.

9
7. Hubungan Diplomatik Dengan Negara Serantau

Melaka telah menjalankan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Pasai, Jawa,
Kampar dan Siak sejak pemerintahan Parameswara lagi.Hubungan dengan Melaka juga telah
memajukan ekonomi negera-negara ini kerana kegiatan perdagangan seperti. Pasai membekalkan
lada hitam, emas dan beras. Jawa membekalkan beras, bahan makanan dan rempah. Kampar
dan Siak membekalkan emas.

Pasai

 Hubungan dengan Pasai terjalin apabila Megat Iskandar Syah (1414-1424) mengahwini
puteri Pasai dan memeluk agama Islam.
 Rakyat Pasai yang menetap di Melaka pula telah berkahwin dengan orang tempatan.
 Kedua-dua kerajaan ini bertukar-tukar pendapat tentang perkara yang berkaitan dengan
hukum agama Islam.
 Kerajaan Melaka juga telah membantu kerajaan Pasai menamatkan keadaan huru-hara
dengan menghantar pembesar dan tenteranya.
 Hubungan kedua-dua kerajaan ini telah mewujudkan perasaan hormat-menghormati dan
tolong menolong.
 Hubungan kerajaan Melaka dan Pasai dianggap setaraf. Istilah Salam digunakan semasa
berutus surat.
 Melalui hubungan diplomatik ini, kerajaan sekitar Melaka telah mendapat bejalan seperti
a. Beras, makanan dan rempah dari Jawa
b. Lada hitam, beras dan emas dari Pasai

________________________________________________

Kampar dan Siak

10
 Penaklukan Melaka ke atas Siak pula membolehkan Melaka mengawal pengeluaran emas
dan penguasaan ke atas Kampar pula membolehkan Melaka mengawal eksport lada hitam
dan emas.
 2Kerajaan Melaka telah meberi taraf naungan terhadap Siak dan apabila berutus surat,
kedua-dua negara ini akan menggunakan sembah.
 Penggunaan istilah sembah ini menunjukkan kerajaan Kampar dan Siak lebih rendah
taraf berbanding dengan Melaka.
 Ufti dalam bentuk wang atau barangan perlu dihantar ke Melaka.
 Ketinggian kedudukan kerajaan Melaka dapat dilihat ketika Sultan Mansur Shah melawat
Majapahit.Baginda diiringi oleh raja-raja dari Palembang, jambi dan Lingga.

___________________________________________________

Hubungan Antarabangsa dengan China

 Semasa pemerintahan Maharaja Yung Lo (Dinasti Ming), baginda telah memperluaskan


hubungan perdagangan dan pengaruh China ke luar negeri.
 Pada tahun 1404, utusan Kerajaan Ming yang diketuai oleh Laksamana Cheng Ying
Ching tiba di Melaka.
 Melaka sedang diancam oleh Siam dan Majapahit mengambil kesempatan untuk
menjalinkan hubungan diplomatik dengan China.
 Pada tahun 1405, Parameswara telah menghantar satu utusan ke China dan kerajaan Ming
telah bersetuju memberi perlindungan dan mengiktiraf Parameswara sebagai raja Melaka.
 Kerajaan Ming juga telah menghantar sebuah inskripsi ke Melaka bersama-sama dengan
cap mohor, sepasang kain sutera dan payung kuning.
 China juga telah memberi amaran kepada kerajaan Siam agar tidak mengganggu
kedaulatan Melaka melalui utusannya yang diketuai oleh Cheng Ho yang tiba di Melaka
pada tahun 1409.
 Pada tahun 1411, Parameswara sendiri melawat China
 Selain itu, hubungan dengan China juga terjalin dalam bentuk hubungan perdagangan
apabila pedagang-pedagang China datang berdagang ke Melaka.

11
 Pedagang-pedagang China telah menjadikan Melaka sebagai tempat persinggahan atau
menunggu pertukaran angin sebelum bertolask ke India.

________________________________________________

Hubungan Diplomatik dengan Siam

 Siam telah menjadi ancaman Melaka sejak awal-awal lagi kerana semasa Parameswara di
Temasik. baginda telah membunuh Temagi iaitu wakil Siam.
 Hubungan Melaka dan Siam terjalin dengan penghantaran utusan diplomatik yang
diwakili oleh Tuan Telani dan Menteri Jana Putera ke Siam.
 Melaka mahu menjalinkan hubungan yang baik dengan Siam demi kepentingan ekonomi.
 Siam telah membekalkan beras, bahan makanan dan kayu jati.

8. Pusat Penyebaran Agama Islam

Melaka menjadi tumpuanpendakwah-pendakwah kerana Islam diisytiharkan sebagai agama


rasmi dan dianuti oleh sultan serta rakyatnya. Pengaruh Agama Islam Dalam Masyarakat
Melayu Tradisional. Namun begitu, Islam mula dibawa masuk ke Tanah Melayu khasnya
Melaka hanya selepas penghujung abad ke-14. Pemerintah Melaka yang pertama menganuti
Islam ialah Sultan Mahkota Iskandar Syah. Penerimaan agama Islam oleh masyarakat tradisional
bukan sahaja membawa pengaruh kepada akidah, tetapi ia juga membawa pengaruh terhadap
aspek kehidupan yang lain.
 
Dari segi pentadbiran, Islam telah mempengaruhi pentadbiran Kerajaan Melayu Melaka.
Ciri-ciri kerajaan ini berubah menjadi sama seperti ciri-ciri pentadbiran kerajaan di Timur
Tengah seperti Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Konsep dewaraja telah diambil alih oleh konsep

12
Sultan yang menganggap Sultan sebagai zul-illahi-fil-alam iaitu pegangan bahawa Sultan itu
adalah amanah Allah s.w.t. di muka bumi. Sultan juga dianggap sebagai Aminul Mukminin iaitu
ketua kepada umat Islam. Dalam sektor agama, Sultan menjadi ketua agama Islam dan baginda
bertanggungjawab memerintah dengan adil dan menjaga kebajikan rakyat jelatanya. Selain
daripada peranan Sultan, ahli-ahli sufi dan ulama-ulama juga menjadi penasihat tentang agama
Islam kepada raja. Kini, agama Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi.
Dari segi undang-undang, undang-undang Islam memainkan peranan dalam kerajaan-
kerajaan Melayu di Tanah Melayu. Para ulama memainkan peranan yang penting dalam
perundangan Islam. Perundangan Islam telah menjadi tunjang kepada undang-undang bertulis
seperti Hukum Kanun Melaka.. Selain itu, undang-undnag syariah yang meliputi pelbagai
perkara seperti hukum kesalahan jenayah (mencuri, membunuh dan sebagainya), jual beli, hal-
ehwal perkahwinan dan pembahagian harta pusaka juga diperkenalkan. Tokoh-tokoh yang akan
memelihara undang-undang ini terdiri daripada hakim dan kadi. Walaupun hakim dan kadi
menjadi tokoh yang memelihara undang-undang, tetapi rajalah yang akan menjatuhkan
hukuman. Baginda akan menjatuhkan hukuman mengikut hukum adat dan bukan hukum Islam.
 
Dari segi kehidupan masyarakat, kehadiran agama Islam telah mengubah cara hidup
mereka. Kepercayaan asal iaitu animisme, Hindu dan Buddha telah berubah menjadi agama
Islam. Agama Islam telah mengubah cara pemikiran orang Melayu. Mengikut agama Islam, ia
menyuruh umatnya berfikir untuk menerapkan unsur-unsur rasionalisme dalam pemikiran
mereka. Selain itu, unsur-unsur metafizik telah terterap ke dalam nilai hidup msyarakat
tempatan. Kini, masyarakat Melayu mempunyai pandangan dan falsafah hidup yang berkaitan
dengan unsur-unsur Islam seperti mencari rezeki yang halal, kewajipan mencari ilmu
pengetahuan dan sebagainya.
 
Islam juga membawa pengaruh kepada adat resam masyarakat tempatan. Agama Islam
telah membawa sistem nilai sosial yang berbeza dengan sebelumnya. Masyarakat Melayu telah
membuat penyesuaian antara unsur-unsur Hindu dan Islam untuk mengelakkan amalan yang
diamalkan pada dahulu kala bertentangan dengan ajaran Islam. Agama Islam telah
menghapuskan sistem nilai sosial yang berasaskan perbezaan taraf atau sistem kasta. Mengikut
agama Islam, semua umat Islam merupakan stu gagasan. Mereka haruslah sentiasa beriman dan

13
bersaudara dan menjadikannya sebagai prinsip ke arah perpaduan masyarakat. mereka juga
menganggap orang asing yang beragama Islam adalah saudara mereka. Antara adat resam yang
banyak dipengaruhi oleh Islam ialah adat bercukur, adat perkahwinan dan sebagainya. Selain itu,
aspek Islam yang baru juga diamalkan, contohnya membayar zakat, bekerjasama, bergotong-
royong dan kekeluargaan.
 
Islam juga memberi pengaruh yang kuat dari segi pendidikan masyarakat Melayu
tradisional. Pendidikan formal mula wujud sejak Kesultanan Melayu Melaka dengan kedatangan
pada pendakwah dan alim ulama agama Islam. Istana telah dijadikan pusat pendidikan, pusat
kegiatan intelektual dan menjadi tumpuan alim ulama dari negara-negara Arab, India dan Parsi.
Di sini, mereka akan berbincang tentang hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam. Istana juga
menjadi khazanah hikayat yang memberi pengajaran agama bertemakan kisah para nabi,
contohnya, Hikayat Abu Samah dan Hikayat Nabi Yusof. Mereka mengadakan pendidikan Islam
dengan tujuan melahirkan pelajar-pelajar yang tahu tentang agama Islam, memupuk akhlak
mulia dan sebagainya.
 
Selain itu, sistem pengajian madrasah juga merupakan sebahagian daripada sistem
pendidikan di Tanah Melayu selepas kedatangan Islam. Ia merupakan lanjutan daripada sistem
pendidikan di masjid dan surau. Di madrasah, kitab bahasa Arab atau kitab bahasa Melayu yang
ditulis ikut struktur Bahasa Arab digunakan. Seterusnya, sekolah pondok merupakan pusat
pengajian tertinggi di Tanah Melayu. Ramai ibu bapa tidak mampu menghantar anak mereka ke
sekolah pondok kerana kesempitan wang. Sekolah pondok ini amat terkenal di negeri Kelantan
sehingga negeri ini digelar sebagai “Serambi Mekah”. Sekolah ini didirikan oleh seorang guru
atau ulama yang kepakaran dalam ilmu agama yang dipelajari dari Mekah.
 
Walaupun pengaruh Islam memberi kesan yang kuat dalam pelbagai aspek kehidupan,
namun setelah kedatangan British, pengaruh Islam semakin luntur. British telah menggantikan
atau memperkenalkan kaedah baru dala pentadbiran dan perundangan, kehidupan seharian dan
pendidikan. Semuanya ini telah menjadi asas kehidupan masyarakat sehinggalah apa yang wujud
pada hari ini.

14
8.1 Kesan Perkembangan Islam di Melaka

Kesan Politik

 Sultan Muhammad Shah adalah sultan yang pertama menggunakan gelaran "sultan" bagi
menggantikan gelaran 'seri' yang berunsur agama Hindu
 Pada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah, corak pemerintahan dan
kepimpinan Islam telah diamalkan. Baginda dianggap mencontohi kepimpinan Khalifah
Omar Al Khatab iaitu dengan menyamar diri pada waktu malam untuk melihat sendiri
kehidupan rakyat dan menangkap pencuri
 Melaka juga telah mengadakan hubungan diplomatik lebih luas bukan sahaja dengan
negeri di kepulauan Melayu, China, Kepulauan Ryukyu di Jepun tetapi Melaka juga telah
menerima utusan dan hadiah dari Raja Aden, Ormus, Cambang dan Bengal
 Melaka juga menerapkan nilai-nilai syariah dalam pentadbiran serta undang-undang
seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang laut Melaka untuk mewujudkan satu
sistem pemerintahan yang adil, bermuafakat bermusyawarah dan persamaan taraf
 Hukum-hukum adalah berkaitan dengan membunuh, berzina dan meminum arak

Kesan Ekonomi

 Melaka telah menjadi pelabuhan entrepot yang terkenal di dunia pada abad ke 15
 Banyak barang-barang yang berkaitan dengan Islam dibawa masuk seperti kitab-kitab
agama, minyak wangi, permaidani, pakaian dan sebagainya
 Melaka juga menjalankan konsep jual beli secara Islam seperti dalam soal timbangan,
sukatan, konsep zakat, fitrah, wakal, sedekah

15
Kesan Sosial

 Pada abad ke-15, Melaka menjadi pusat pengajian dan perkembangan agama Islam
yang terpenting
 Banyak perkataan Arab seperti ilmu, faedah, fardhu, sedekah, hikmat dan lain-lain
lagi memperkayakan khazanah bahasa Melayu
 Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa ilmu dan Lingua Franca
 Tulisan Jawi juga telah disenaraikan daripada tulisan Arab dan digunakan sepenuhnya
dalam urusan rasmi, perkembangan kesusasteraan melayu, kitab-kitaba agama
Penulisan dan penterjemahan hasil karya Saduran Islam. Contohnya darul Manzun,
Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah dan
Hikayat Iskandar Dzulkarnain
 Al-Quran telah menjadi asas sistem pengaruh yang besar dalam budaya kehidupan
orang Melayu
 Agama Islam juga mempunyai pengaruh yang besar dalam budaya kehidupan orang
Melayu seperti

Kesenian

 Corak ukiran di kubah masjid mimbar mihrab,menara azan, tempat berwuduk, madrasah,
batu nisan dan sebagainya.

Tulisan

 Terdapat dalam ukiran berbentuk bunga, geometri, ayat al-Quran dan hadis
Khat.

Amalan

 Khatam, al-Quran, majlis kesyukuran dan kenduri arwah

Usaha gigih pemerintah Melaka mengembangkan agama Islam menyebabkan kedudukan


Islam semakin kukuh di Melaka. Melaka juga terkenal sebagai Serambi Makkah iaitu tempat

16
umat Islam belajar agamaatau persinggah sebelum bertolak ke Tanah Suci Makkah untuk
menunaikan fardhu haji. 9. Istana telah menjadi pusat kegiatan intelektual kerana kebanyakan
golongan yang tahu menulis dan membaca ialah kerabat diraja dan golongan bangsawan.

9. Perluasan Kuasa

9.1 Perluasan Kuasa Melalui Peperangan

Kerajaan Melayu Melaka mula menjalankan dasar perluasan kuasa pada zaman
pemerintahan Sultan Muzaffar Shah Bendahara Tun Perak adalah orang yang
bertanggungjawab menjalankan dasarperluasan kuasa kerajaan Melayu Melaka
Kerajaan Melayu Melaka menjalankan dasar perluasan kuasa ini dengan
melancarkan serangan ke atas wilayah lain Antara kawasan yang ditakluki oleh
Melaka ialah merangkumi Pahang, Pantai Barat. Semenanjung dari Perak hingga
ke Johor, Singapura, Kepulauan Riau Lingga,Kampar dan sebahagian besar Pantai
Timur. Setelah menguasai wilayah-wilayah tersebut untuk mengekalkan kuasanya
Kerajaan. Melaka telah menyerahkan wilayah-wilayah ini kepada pembesar-
pembesar yang banyak berjasa.Sebagai contoh, Pahang yang ditakluki telah
diserahkan kepada Sri Bija Diraja untuk mentadbir wilayah tersebut Kejayaan
perluasan kuasa ini disebabkan oleh kebijaksanaan sultan mengatur stratregi serta
dibantu oleh askar yang berani dan sanggup berkorban.

9.2 Perluasan Kuasa Melalui Campurtangan

Melaka juga memperluaskan kuasanya melalui cara campur tangan dalam


persengketaan politik di negeri yang menjadi saingannya. Melaka telah campur
tangan politik kerajaan Pasai iaitu dengan membantu Sultan
Pasai iaitu Sultan Zainal Abidin apabila adiknya cuba merampas kuasanya.
Melaka juga membantu Pasai untuk kali kedua apabila Pasai berperang dengan

17
Aru dan Aru dapat dikalahkan.Pasai yang berhutang budi kepada Melaka
seterusnya mengakui kekuasaan Melaka walaupun Pasai adalah setaraf dengan
Melaka.

9.3 Perluasan Kuasa Melalui Perkhawinan

Melaka juga berjaya memperluaskan kuasa dan pengaruhnya ke wilayah-wilayah


di sekitarnya dengan mengahwinkan putera-puterinya kepada putera-putera raja
wilayah sasaran. Sebagai contoh, Sultan Melaka telah mengahwinkan puterinya
dengan kerabatdiraja Pahang dan Kampar untuk mengeratkan perhubungan di
antara kedua-dua Negara. Sultan Melaka juga telah mengahwini puteri raja yang
kalah dalam peperangan iaitu Sultan Mahmud Shah telag mengahwini puteri
Sultan kelantan setelah Kelantan dapat dikalahkan. Melalui cara ini hubungan
baik dapat dipelihara disamping dapat mengukuhkan lagi pengaruh Melaka.

9.4 Perluasan Kuasa Melalui Kerelaan

Terdapat juga negeri-negeri yang secara rela hati meminta perlindungan dan ingin
mempertahankan Melaka. Negeri-negeri ini mahu berlindung di bawah kekuatan
Kerajaan Melaka. Antara negeri-negeri itu ialah Jambi, Lingga, Patani dan Kedah.
Negeri-negeri ini dikehendaki membayar ufti dan memberi hadiah kepada
Kerajaan Melaka.

9.5 Peranan Pemimpin Dalam Perluasan Kuasa

Peranan Pemimpin Dalam Perluasan Kuasa juga menyumbang kepada perkembangan


Melaka menjelang abad ke-15, Melaka telah muncul sebagai sebuah empayar yang kuat di
Kepulauan Melayu. Empayar Melaka meliputi seluruh kawasan Semenanjung Tanah Melayu dan
negeri-negeri Pantai Timur Sumatera seperti Kampar, Siak, Inderagiri, Rokan, Jambi dan
Kepulauan Riau Lingga. Penguasaan Klang di sebelah barat Semenanjung Tanah Melayu dan
penguasaan Rokan dan Siak di Pantai Timur Sumatera telah memudahkan Melaka mengawal

18
Selat Melaka sepenuhnya. Kejayaan Kerajaan Melayu Melaka memperluaskan kuasanya kerana
mempunyai beberapa pemimpin dalam yang berwibawa seperti Sultan Muzaffar Shah.

10. Pusat Kegiatan Ilmu

Peranan Istana sebagai Pusat kegiatan Intelektual, Jurutulis pengarang dan Ulama di Istana.
Konsep intelektual bermaksud orang yang tahu membaca dan menulis. Pada zaman dahulu
bilangan orang yang tahu membaca dan menulis amat kecil bilangannya. Orang yang mahir
dalam bidang ini akan berpeluang menjadi jurutulis, pengarang, guru, dan ulama di istana.Tugas
jurutulis ialah mengarang surat rasmi untuk raja, menggubal perjanjian, menjadi guru kepada
anak-anak raja.Tugas pengarang ialah menulis karya sejarah dan kesusasteraan
Melayu.Menterjemah karya-karya asing-Arab, Parsi, dan Monghul ke dalam bahasa Melayu.
Mencatat diari istana dan Menyusun salasilah raja-raja. Tugas ulama ialah menulis kitab agama
Islam dan menterjemah Kitab agama .Bahasa asing telah dikuasai oleh golongan cerdik pandai
di Melaka. Mereka telah menterjemah dan menyadur karya sastera dari negara Arab dan Parsi.

19
Rajah 1.0
PEMBESAR EMPAT LIPATAN

Rajah 1.1
Kawasan Pegangan Pembesar Melaka

20
Gambar 2.0
Gambar Pembesar Di Balairung Seri Zaman Kesultanan Melaka

Rajah 1.3
Ringkasan Pemerintahan Sultan Melaka

21
Gambar 2.1
Kawasan Jajahan Kerajaan Melaka

Gambar 2.2
Keadaan Pelabuhan Melaka Pada Kurun ke -15

22
BIBLIOGRAFI

 Universiti Pendidikan Sultan Idris,Tanjong Malim Perak.2011.Modul Kenegaraan(HNS


2013)

 Internet mengenai sejarah melaka.Google.,Http://wikipedia.org,wiki/kedatangan dan


penyebaran islam di nusantara.

 Khalid Mohd . utusan karya Sdn,Bhd.Sejarah Awal Malaysia Dalam Sejarah


Melayu,Julai –September 2005.

 Disunting.Nor Aini Hj Idris.2000.Pendidikan Di Tanah Melayu,.Penerbit Universiti


Kebangsaan Malaysia.

 Kassim Ahmad (ed),Hikayat Hang Tuah,Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan


Pustaka.1975.

 Pemerintah Pertama Melaka: Parameswara (1394-1414). Sejarah Malaysia. Perpustakaan


Negara Malaysia. 2000.

 http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?
section=sm01&spesifik_id=1&ttl_id=1. Diambil 2009-01-22.

 Windstedt (KBE, CMG, D.Litt (ed).), Sir R.O (1938). ""The Malay Annals or Sejarah
Melayu". Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society (The Branch) XVI: 32.

 Buyers, Christopher. "The Ruling House of Malacca - Johor".


http://www.royalark.net/Malaysia/malacca.htm. Diambil 2009-06-13.

23

You might also like