You are on page 1of 2

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan


mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan
satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua
dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan
Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.

Sejarah

Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang
telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa
sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957.

Ianya bermula dari satu persidangan perlembagaan telah diadakan di London 18


Januari hingga 6 Februari 1956 yang telah dihadiri oleh satu rombongan delegasi
daripada Persekutuan Malaya, yang mengandungi empat wakil pemerintah, iaitu ketua
Menteri Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri-menteri lain, dan juga
Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya.

Susun atur

Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian dan 13 jadual, setiap bahagian


mengandungi satu atau lebih artikel yang relevan.

• Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan


• Bahagian 2 - Kebebasan asasi
• Bahagian 3 - Kewarganegaraan
• Bahagian 4 - Persekutuan
• Bahagian 5 - Negeri-negeri
• Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri
• Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan
• Bahagian 8 - Pilihanraya
• Bahagian 9 - Kehakiman
• Bahagian 10 - Perkhidmatan awam
• Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat
• Bahagian 12 - Am dan pelbagai
• Bahagian 13 - Peruntukan sementara
• Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya
• Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja
Persekutuan ialah sebentuk kesatuan yang terdiri daripada sebilangan negeri atau
rantau yang separuh berpentadbiran sendiri yang disatukan oleh satu kerajaan pusat
("persekutuan"). Dalam sesebuah negara persekutuan, status pentadbiran sendiri bagi
negeri-negeri komponen lazimnya dikukuhkan oleh perlembagaan dan tidak wajar
diubah oleh keputusan yang dibuat oleh kerajaan pusat yang hanya menyebelahi satu
pihak.

Persekutuan ini boleh berupa suatu kawasan pelbagai etnik, atau meliputi sebidang
tanah wilayah yang amat luas, namun tidak semestinya begini. Persekutuan lazimnya
ditubuhkan melalui persetujuan asal antara sebilangan negeri berdaulat.

You might also like